ANDA NAK TAHU APA ITU KONTRAK FARMIG........
A. Apakah skim kontrak ternakan ayam tersebut?
Perusahaan ayam di negara ini telah maju setapak lagi dengan wujudnya sistem integrasi ternakan ayam daging. Pemeliharaan ayam daging berkontrak adalah sebahagian daripada sistem integrasi ternakan ayam tersebut. Di dalam sistem integrasi ternakan ayam daging, beberapa komponen seperti ladang ayam pembiakan dan penetasan, pengilang makanan ternakan, kesihatan ternakan, loji pemprosesan, pengembangan dan pemasaran ayam adatah dikawal oleh sesebuah syarikat yang besar yang juga dikenali sebagai integrator. Pemeliharaan ayam daging biasanya dilakukan oleh penternak secara kontrak di bawah kelolaan integrator tersebut.
INTEGRATOR
<-- ---="" amp="" ayam="" kesihatan="" khidmat="" kilang="" ladang="" lanjutan="" loji="" makanan="" memproses="" nasihat="" pemasaran="" pembiakan="" pemeliharaan="" penetasan="" penternak="" pusat="" rosesan=""> dan -------->Pengeluaran Ayam Daging
B. Siapakah integrator-integrator ini?
Mereka ini terdiri daripada Kentucky Fried Chicken (KFC), Pertanian Charoen Pokphand (CP), Goldkist, Leong Hup, Cargill dan Malayan Flour Mills (MFM}.
C. Apakah peranan saya di dalam integrasi ayam daging ini sebagai seorang penternak?
Peranan anda ialah memelihara anak-anak ayam dengan makanan dan lain-lain input yang telah dibekalkan oleh integrator kepada anda. Tetapi sebelum anda dibekalkan dengan segala input yang isebutkan, anda mestilah menandatangani surat perjanjian atau kontrak dengan pihak integrator terlebih dahulu.
D. Kenapa berkontrak?
Penternak hendaklah bersetuju memelihara anak-anak ayam dengan menggunakan makanan/ubat-ubatan dan mematuhi syarat-syarat dan nasihat yang diberikan oleh integrator. Harga anak ayam dan makanan termasuk harga ayam akan ditetapkan. Jika anda bersetuju dengan syarat-syarat dan harga anak ayam, makanan dan harga ayam daging yang akan dibeli semula oleh integrator, anda akan diminta menandatangani surat perjanjian atau kontrak dengan pihak integrator.
-->E. Apakah kebaikan menyertai skim kontrak ini daripada menternak ayam sendirian?
Anda tidak memerlukan modal yang banyak untuk memulakan projek. Anda cuma perlu membiayai pembinaan reban dan peralatan serta bekalan api dan air.
Sebagai seorang penternak kontrak, anda tidak perlu bimbang ke mana ayam daging anda yang telah cukup umur dan beratnya hendak dijual. Ini kerana pihak integrator akan membeli semula ayam-ayam daging yang telah anda pelihara.
Masalah turun naik harga yang sentiasa berlaku tidak akan menjejaskan anda. Anda akan dibayar dengan harga di ladang yang telah ditetapkan seperti yang terdapat di dalam kontrak anda dengan pihak integrator.
Bekalan anak ayam, makanan, ubat-ubatan dibekalkan kepada anda secara kredit. Input-input ini akan dibayar kepada integrator selepas ayam anda dijual kepada integrator tersebut.
Apabila kontrak telah ditandatangani dan reban serta peralatan-peralatan lain telah disediakan, anak ayam dan makanan akan terus dihantar ke reban anda.
F. Berapa lamakah satu-satu kontrak tersebut?
Ada yang mengikat kontrak untuk 1 atau 2 tahun. Tetapi, jika anda seorang penternak yang baik dari segi prestasi pemeliharaan ayam daging tersebut, kontrak tersebut boleh diperbaharui selepas ia tamat.
Tetapi jika anda didapati tidak memelihara ayam-ayam daging dengan baik dan selalu cuai dan rugi, kontrak anda boleh dibatalkan bila-bila masa oleh pihak integrator.
G. Bagaimana caranya untuk mendapatkan kontrak tersebut?
Anda mestilah mempunyai tanah yang sesuai dan yang boleh dimasuki oleh lori. Jika tidak terdapat jalan yang sesuai, sukar bagi lori untuk masuk menghantar anak ayam dan makanan ke reban.
Anda juga mestilah mempunyai modal yang cukup untuk mendirikan reban mengikut panduan daripada pihak integrator, membeli peralatan bekas makanan dan minuman dan lain-lain serta kemudahan air dan api.
Hubungilah integrator yang bergiat menjalankan skim ini dan berdekatan dengan tempat anda. Tetapkan temujanji untuk pihak integrator pergi melihat tanah yang anda cadangkan sebagai tapak ternakan ayam daging kontrak tersebut.
Jika pihak integrator telah bersetuju dengan tapak tanah dan anda bersetuju dengan syarat-syarat kontrak, anda bolehlah menandatangani kontrak sebelum reban didirikan.
H. Adakah latihan dan pengalaman diperlukan?
Ya. Malah jika anda telah dilatih untuk menternak ayam daging secara komersial, peluang anda untuk mendapatkan kontrak adalah lebih cerah lagi. Tetapi latihan saja bukanlah syarat yang utama untuk mendapatkan kontrak. Malah ramai penternak yang telah berjaya tidak pernah mendapat latihan yang formal.
I. Siapakah yang menyediakan latihan?
Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Pergilah ke Pejabat Haiwan yang berdekatan untuk maklumat lanjut tentang kursus dan tarikh yang sesuai untuk anda.
J. Di manakah latihan ini dijalankan?
Jabatan Perkhidmatan Haiwan anda mempunyai 3 buah pusat untuk memberi latihan yang anda pertukan untuk menternak ayam daging secara komersial. Pusat-pusat tersebut adalah seperti berikut:
Pusat Latihan dan Ternakan Ayam Cheras, Selangor.
Pusat Latihan dan Ternakan Ayam Ayer Keroh, Melaka.
Pusat Latihan dan Ternakan Ayam di Marang, Kuala Terengganu, Terengganu.
Kursus ayam daging secara komersial yang dijalankan memakan masa selama 6 minggu.
K. Selepas penternak menyediakan reban dan peralatan yang diperlukan, apa pula peranan integrator?
Anak ayam dan makanan akan dihantar ke reban anda. Selain daripada. membekalkan anak ayam, makanan, ubat-ubatan dan khidmat nasihat, integrator akan memasarkan ayam-ayam yang telah anda pelihara dengan harga yang telah ditetapkan, seperti di dalam kontrak yang telah anda dan kontraktor persetujui dan tandatangani.
L. Bolehkah saya mengetahui syarat-syarat kontrak secara am?
Di antara syarat-syarat utama yang perlu anda sebagai penternak patuhi adalah seperti berikut:-
Tidak membeli anak ayam dan makanan secara kredit daripada integrator/syarikat lain.
Memelihara ayam-ayam yang dibekalkan dengan baik.
Tidak menjual ayam-ayam atau makanan yang dibekalkan kepada orang lain.
Bertanggungjawab ke atas semua kos yang terlibat sehingga ayam yang dipelihara dijual.
Menjaga kebersihan ladang dan pengurusan seperti yang dikehendaki oleh integrator.
Selain daripada syarat-syarat am di atas, pihak integrator mungkin ada syarat-syarat yang lebih khusus lagi. Pastikan anda telah benarbenar faham dengan kontrak sebelum ianya dipersetujui. Sebagai contoh, ada pihak integrator yang mahukan anda menghantar ayam ke pusat pemprosesan dengan berat badan yang telah ditetapkan di dalam kontrak.
Syarat-syarat yang telah ditetapkan hendaklah dipatuhi. Prestasi penternakan anda juga adalah diawasi oleh integrator. Jika anda tidak mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dan prestasi penternakan anda pula rendah, kontrak anda mungkin dibatalkan pada bila-bila masa.
M. Bagaimana mendapatkan keuntungan dari sistem kontrak?
Jika anda adalah penternak yang masih baru dan belum berpengalaman, mulakan ternakan anda dengan bilangan minima yang ditetapkan oleh integrator. Tetapi, apabila telah berpengalaman, tingkatkan bilangan ayam yang anda pelihara. Jika anda seorang penternak yang gigih dan dibantu pula oleh keluarga, 10,000 ekor ayam bagi satu pusingan adalah dicadangkan (setahun anda boleh memelihara sebanyak 6 pusingan).
Kurangkan kematian di bawah paras 4% sahaja untuk memperbaiki keuntungan bersih.
Jangan membazir makanan. Sentiasa periksa kedudukan bekas makanan ayam anda. Kedudukan bekas makanan yang terlalu rendah bagi ayam yang telah berumur 2 minggu ke atas menyebabkan makanan terbuang dan akan menyebabkan pembaziran.
Pastikan sistem pengurusan, termasuk kesihatan ayam yang dipelihara sentiasa diberi perhatian.
N. Siapakah yang menyediakan ubat-ubatan dan khidmat nasihat?
Pihak integrator. Malah pihak integrator akan menghantar wakil-wakil mereka untuk memberi khidmat nasihat yang anda perlukan.
O. Dari mana pelan dan anggaran kos reban ayam boleh diperolehi?
Kebanyakan integrator mempunyai pelan reban yang mana anda terpaksa ikuti. Anggaran kos mendirikan reban juga~ada disertakan.
P. Saya ingin menternak 10,000 ekor ayam, berapa banyakkah modal untuk reban dan peratatan yang diperlukan untuk menternak ayam?
Oleh kerana harga bahan-bahan seperti kayu, atap, upah dan lain-lain adalah berbeza mengikut tempat, anda mestilah mempunyai modal di antara RM150 000 untuk reban dan peralatan yang diperlukan.
Q. Adakah integrator menetapkan bilangan minima ayam daging yang ingin dipelihara?
Ada. Kebanyakan integrator bersetuju mengadakan kontrak dengan anda jika anda ingin memelihara di antara 8,000-10,000 ekor ayam daging satu pusingan.
Pastikan dengan integrator yang telah anda pilih berapa bilangan minima ayam daging yang membolehkan anda memulakan ternakan secara kontrak tersebut.
Tetapi, perlu diingat, kuantiti ternakan yang sikit menyebabkan projek ini tidak ekonomik..
R. Berapa kali pemeliharaan boleh didapati bagi setahun?
Ia bergantung kepada kontrak. Jika kontrak yang anda perolehi memerlukan ayam berumur 35 - 40 hari, anda boleh memelihara sehingga 6 kali setahun. Tetapi, jika anda dikehendaki memelihara sehingga 45 - 50 hari, anda boleh memelihara sebanyak 5 kali pusingan/tahun.
S. Jika saya kekurangan wang sebagai modal untuk pembinaan reban dan pembelian peralatan yang diperlukan, bolehkah saya meminjam daripada bank?
Boleh. Tetapi biasanya bank akan membiayai 60 - 70% daripada modal keseluruhan untuk tujuan pembinaan reban dan pembelian peralatan tersebut. Hubungilah bank yang berdekatan untuk keterangan lanjut. Biasanya, pinjaman boleh dibuat di Agrobank, MARA, PUNB dll.
T. Adakah skim kontrak ternakan ayam daging ini menguntungkan?
Tentu sekali. Secara am anda boleh mendapati 40 - 60 sen untung bersih bagi setiap ekor ayam yang anda jual. Jika kematian ayam rendah, mungkin anda boleh mendapat untung yang lebih tinggi lagi. Pastikan makanan ayam daging yang dibekalkan digunakan dengan cekap agar kadar tukaran makanan (FCR) anda mencapai 1.7 pada berat ayam 2 kg hidup.
U. Apakah kadar tukaran makanan atau FCR tersebut?
Kadar tukaran makanan, atau FCR itu ialah satu nilai yang menggambarkan banyak makanan yang diperlukan oleh seseekor ayam untuk menukar makanan kepada daging. Sebagai contoh, jika kadar tukaran makanan ayam daging anda 2.2, ini bermakna anda terpaksa memberi 2.2 kg makanan untuk ditukarkan menjadi 1 kg daging.
Kadar tukaran makanan ini bergantung kepada beberapa faktor. Di antaranya:-
Kuatiti dan baka anak ayam
Kualiti dan jenis makanan yang diberikan
Kadar kematian.
Pembaziran makanan akibat daripada kecuaian untuk menetapkan ketinggian bekas makanan.
Pengurusan keseluruhannya termasuk status penyakit di ladang ternakan.
Oleh kerana kualiti makanan dan anak ayam yang diberikan oleh pihak integrator adalah terjamin, anda mestilah mengawasi kadar kematian ayam-ayam daging yang anda pelihara. Jika ayam yang ada pelihara mati, makanan yang selama ini diberikan kepada ayam tersebut adalah sia-sia sahaja. Ini yang menyebabkan kadar tukaran makanan ayam daging anda menjadi 2.0 atau 2.2 dan sebagainya.
Kadar tukaran makanan yang baik adatah dalam lingkungan 1.6-1.7 pada berat badan 2 kg, iaitu ayam daging anda memerlukan 1.6-1.7 kg makanan untuk ditukar menjadi 1 kg daging.
V. Adakah penternak yang mengalami kerugian daripada kontrak ayam daging ini dan kenapa?
Ada. Terdapat beberapa sebab. Di antaranya disebabkan oleh kematian yang melebihi 5% dan
kadar tukaran makanan sehingga melebihi 2.0 pada berat badan 2kg.
W. Adakah pihak integrator datang menangkap ayam yang telah cukup berat dan umurnya?
Tidak semestinya. Ada integrator yang datang menangkap ayam di reban. Tetapi, ada juga yang mahukan anda menghantarnya ke loji pemprosesan ayam.
X. Oleh kerana sema input diberi secara kredit, bagaimana hutang terhadap integrator diselesaikan?
Sebelum ayam anda dikeluarkan oleh integrator dari ladang atau selepas ayam tersebut sampai di loji pemprosesan, ayam akan ditimbang. Pendapatan anda akan ditentukan. Pihak integrator akan menolak semua kos anak ayam, makanan, ubat-ubatan yang telah anda gunakan. Bakinya adalah milik anda. Tetapi jangan lupa selesaikan hutang bank anda terlebih dahulu, jika anda masih belum habis menjelaskan hutang untuk pembinaan reban dahulu.
Y. Bagaimana boleh berjaya dalam ternakan ayam daging berkontrak
Anda mesti lah seorang yang berdisiplin dan bersungguh-sungguh semasa menjalankan kontrak ternakan tersebut.
Sistem kontrak ini bukan tajaan kerajaan. Pihak integrator tidak akan meneruskan kontrak jika anda didapati tidak berminat untuk meneruskannya. Prestasi anda sentiasa diawasi.
Untuk mencapai kejayaan dan keuntungan, anda mestilah meneruskan projek ini sekurang-kurangnya selama 5 tahun berturut-turut. Jika selepas 1 atau 2 pusingan ancla berhenti atau diberhentikan, hutang dari pinjaman anda pun tidak mungkin habis dibayar.
Z. Bagaimana untuk mendapat keterangan lanjut?
Boleh cari di internet, atau hubungi penternak -penternak ayam disekitar kawasan anda..

firdaus....gud info...ok la share ilmu...wish hang akan jadi usahawan muda paling bjaya n popular huhu...----chef kamarul---hehe
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletetertarik membaca artikel mengenai ternakan ayam. nak minta izin untuk share jadikan rujukanm
terima kasih
salam,
ReplyDeletetertarik dgn artikel ternakan ayam nie. izinkan saya share artikel ini sebagai rujukan...
terima kasih