Episod 22
Sarah semakin rancak meracuni fikiran Aliya supaya Aliya melihat sendiri keakraban Aidil dan Nur. Sarah kata pada Nur, menurut Aliya, Aidil masih simpan perasaan terhadapnya. Dan ini meretakkan hubungan mereka. Nur pinta berjumpa dengan Aidil untuk penjelasannya. Aidil berkata dia hanya simpan perasaan terhadap Nur sebagai seorang adik. Aidil mengiyakan dia pernah menyayangi Nur dahulu. Tanpa pengetahuan mereka, Sarah dan Aliya mendengar perbualan mereka. Pucat lesi muka Aliya. Adam juga ada mendengar perbualan itu. Sambung Aidil, Nur seorang wanita yang sempurna, dan sangkanya dia akan dikahwinkan dengan Nur, sebaliknya yang berlaku. Dia rela berkorban melepaskan wanita yang disayanginya untuk adiknya. Aliya tidak dapat mendengar lagi, lalu pergi. Adam sebak mendengar pengakuan abangnya dan pergi juga. Aidil berkata perkara yang lepas sudah dilupakannya. Jodoh Nur bersama Adam, dan dia bersama Aliya itu sudah tertulis. Nur lega akan penjelasan
Episod 23
Aidil mendapati Aliya telah pulang ke rumah ibu bapanya. Dia cuba berjumpa tapi Aliya mahu bersendiri. Sarah berkata Aliya tidak tahan dengan cara kampung dan rindukan kemewahannya. Hancur hatinya Aidil sampai bila pun dia tidak akan mampu memberikan kemewahan sebegitu pada isterinya. Dia berjumpa dengan Adam yang tidak belas kasihan. Adam bertanya jika Aidil jujur cintanya pada Aliya. Aidil terhina ditanya begitu. Nur juga perasan yang Adam menjauhkan diri. Adam ditugaskan ke Mumbai, sebelum berlepas dia pinta maaf pada Aidil atas semua kesalahannya yang terdahulu. Setelah pemergian Adam, Nur terkejut bila dikhabarkan Mumbai diserang pengganas, dan hotel Adam telah ditawan. Nur dan Aidil cuba mendapatkan kepastian dari Wisma Putra, tapi tiada berita. Ibu juga tidak putus-putus berdoa untuk keselamatan Adam. Nur berkeputusan untuk ke sana, setelah Adam disahkan ada dibiliknya pada masa ia diserang. Tetapi mayatnya tidak ditemui dan dia diklasifikasikan sebagai hilang
Episod 24
6 bulan kemudian, ibu bertanya pada Nur sampai bila dia mahu hidup sendiri. Kata Nur, Adam menunggu Nur lama dan Nur akan tunggu dia seumur hidupnya. Aidil hilang akal, kehilangan Adam dan Aliya. Nur memujuknya supaya berjumpa Aliya. Aidil dan Aliya bertemu dan Aidil rela melepaskannya jika itu yang dia mahu. Aliya sedih, tanya kembali apakah itu yang diinginkan Aidil? Aidil keliru. Kata Aiya dia tahu Nur bersendiri mungkin Aidil mahu mengahwininya. Aidil menceritakan apa yang sebenarnya berlaku, dan Aliya juga. Mereka akhirnya mendapat tahu yang ini semua adalah angkara Sarah. Aidil dan Aliya kembali bersama. Sewaktu Aidil bersembang dengan ibunya mereka melihat keadaan Nur senyum bersedih. Tanya ibu, kalau ditakdirkan Adam telah pergi, sanggupkan Aidil mengahwini Nur? Aliya mendengar soalan itu. Aidil berkata dia tidak sanggup menduakan Aliya. Aliya terharu.
Episod 25
Aliya merapati Nur dan memberitahunya yang dia mengizinkan Aidil mengahwini Nur jika itu takdir mereka. Nur menggeleng cintanya hanya pada Adam dan dia akan tetap menjadi isteri Adam. Setiap hari Nur menulis email pada Adam. Dia bercerita pada Adam segala-galanya yang berlaku dalam hidupnya seperti yang dilakukan Adam dahulu. Walaupun dalam surat Nur cuba ceria, sebaik selepas menulis, dia menitiskan air mata. Adam turut menitiskan airmata sambil membaca email di Mumbai. Adam kini bermisai dan berjambang. Soal temannya tidak mahu pulangkah dia? Kata Adam, buat pertama kali dalam hidupnya, dia mahu berkorban untuk abangnya, dia mahu Aidil bahagia. Sarah yang melihat kakaknya menulis surat setiap hari pada Adam merasa cukup bersalah. Tanpa pengetahuan Nur, Sarah mula menulis surat untuk Adam.
Episod 26 ( Terakhir )
Nur menghabiskan masa dengan anak-anak di masjid. Suatu hari, Aidil melihat Nur menangis, airmata berlinangan di pipi. Aliya mendekatinya mengingati perbualan mereka yang dia mengizinkannya. Aidil merapati Nur dan berkata dia sanggup menjaga Nur. Nur memandang Aidil, kemudian Aliya dan Nur menggeleng perlahan. Nur membuat keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur. Dia tidak mahu lagi menjadi penyebab renggangnya hubungan Aidil dan Aliya. Dia ke stesen keretapi, dihantar Aidil dan Aliya. Sewaktu keretapi berhenti, seorang lelaki berjambang turun. Nur, Aidil atau Aliya tidak sedar akan ketibaannya. Nur bersalam dengan Aidil dan Aliya.. Tudung Nur terbang di tiup angin dan dia menaiki keretapi. Dalam keretapi, Nur memandang keluar, Adam tiba disisinya sambil memberi salam. Nur terkejut, memandangnya, bersyukur.. dia tahu Adam akan pulang juga ke pangkuannya. Mereka berpelukan.

COMMENTS