CARA ORDER SHAKLEE ONLINE - HARGA TERMURAH TERUS DARI HQ!

Potret Kejayaan - Kemboja

Kaya dengan berniaga

Daripada berniaga kain dari rumah ke rumah, sesetengah masyarakat Kemboja di negara ini kini sudah bergelar orang kaya.

TIDAK begitu sukar untuk mencari gerai pembikin sosej tradisi Kemboja milik Hassan Mohamad, sementelah hanya itu satu-satunya gerai menjual daging segar di Pasar Borong Kanchong Darat, Banting, Selangor.

Biarpun tidak mempunyai sebarang penunjuk arah, tanda nama mahupun kain rentang, haruman yang terbit daripada sosej panggang dan daging lembu segar mampu membawa krew Jurnal terus kepada usahawan daging berusia 50 tahun itu.

"Sosej ini sedap dimakan panas-panas, seeloknya selepas diangkat daripada panggangan. Rasanya tidak akan sebaik itu apabila ia sudah sejuk," jemput Hassan sebaik sahaja penulis memperkenalkan diri.

Aroma daging cincang yang disumbat ke dalam usus lembu nipis itu seperti menusuk-nusuk saraf rasa.

Dengan ukur lilit lapan sentimeter dan 13 sentimeter panjang, ia sungguh puas dinikmati.

Sebaik saja gigitan yang pertama, anda sudah boleh merasai jus dan tekstur daging cincang yang kualitinya sama seperti sosej berjenama antarabangsa.

Namun, di sebalik kisah sosej tradisi Kemboja yang dihasilkan Hassan, ada cerita yang tersirat.

Asalnya, anak kelahiran Praek Pra, kawasan berdekatan Phnom Penh, Kemboja ini hanya bersekolah sehingga darjah empat dan terpaksa menghabiskan usia remaja dengan menjadi buruh paksa sebelum nekad melarikan diri ke Thailand pada tahun 1980.

"Ibu selalu menangis apabila melihat saya terpaksa membanting tulang bekerja pada usia muda. Untuk mendapat wang, ia adalah sesuatu yang mustahil.

"Sebagai galakan, ibu akan membuatkan sosej daging lembu yang sedap untuk saya. Itulah ganjaran istimewa yang saya terima selepas berbulan-bulan makan kangkung rebus," imbasnya.
Tidak hairanlah pada tahun 1985, setahun selepas Hassan tiba di Malaysia di bawah program Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR), nostalgia itu memberikannya satu azam untuk menjadikan sosej warisan itu sebagai punca rezekinya.

"Berbekalkan simpanan RM250, saya datang ke negara ini. Selepas beberapa tahun menjual barangan keperluan di pasar malam di sekitar Selangor, hanya pada tahun 1990 saya mampu tunaikan impian itu.

"Alhamdulillah, daripada perusahaan kecil-kecilan di rumah, saya kini sudah pun memiliki kilang pemprosesan daging tidak jauh dari rumah.

Sosej usus lembu

"Dengan bantuan suntikan modal daripada Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) dan Jabatan Veterinar, saya dapat mengembangkan perniagaan ini," katanya yang mampu menjual makanan itu lebih 70 kilogram sehari dan memperoleh pendapatan bersih sekitar RM7,000 seminggu.

"Menyediakan sosej juga bukan perkara mudah. Usus lembu sepanjang 1.5 meter perlu dibersihkan untuk dijadikan kulit sosej.

"Bahagian dalam usus perlu diterbalikkan ke luar. Kemudian, ia akan dibersihkan dengan cara mengerik menggunakan pisau secara lembut dan berhati-hati supaya tidak terkoyak dan terputus.

Selepas usus menipis dan dibersihkan, barulah daging cincang disumbat dan dijadikan sosej.

"Selepas itu ia akan dikeringkan selama dua hari sebelum sedia dijual. Ia sama seperti sosej yang ada di pasar raya cuma sosej kami tidak menggunakan tepung," jelasnya yang mempunyai tiga orang pembantu di kilang pemprosesan.

Selain sosej yang juga dikenali sebagai 'tong mo', Hassan dan isterinya Sharifah Abdullah, 42, turut menjual makanan tradisi Kemboja seperti 'lol mak dom' iaitu daging lembu salai bawang putih dan 'kan pedam' atau ikan patin salai.

Bagi yang mahu mencari sosej yang enak ini, pada setiap Ahad, datanglah ke Kampung Kanchong Darat.

Selain popular sebagai kampung yang melahirkan jaguh badminton negara daripada keluarga Datuk Haji Sidek, ia juga dikenali kerana pasar Kemboja.

Enggan pulang

Pasar yang terkenal sebagai syurga pakaian itu bukan sahaja kaya dengan kepelbagaian produk malah harga yang ditawarkan sangat berpatutan.

Dimonopoli oleh peniaga Kemboja beragama Islam yang telah menetap di kampung itu sejak tahun 1980-an, ia dibuka sejak sembilan tahun lalu oleh Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Kanchong Darat.

Kini pasar tersebut itu mempunyai lebih 60 peniaga dan 80 peratus daripadanya adalah orang Kemboja.

Menurut Ketua Masyarakat Kemboja di kampung itu, Idris Yusuf, 57, perniagaan pakaian adalah tradisi dari negaranya, maka tidak hairan orang Kemboja cenderung menjadikannya sebagai punca pendapatan mereka.

"Di sini terdapat lebih kurang 300 petak gerai dan setiap petak disewa pada harga RM3. Biasanya setiap peniaga akan menyewa tiga hingga lima petak atau lebih.

"Kebanyakannya menjual kemeja T, seluar jean, skirt, telekung, blaus, tudung, kain ela, barangan keperluan, makanan dan pelbagai barangan pada harga murah," ujarnya yang turut berniaga kain.

Bagi sebahagian besar orang Kemboja yang menetap di Kampung Kanchong Darat, mereka dahulunya adalah pelarian yang terpaksa meninggalkan negara akibat polisi perang Pol Pot dan keganasan Gerakan Komunis Kemboja yang juga dikenali sebagai Khmer Rouge pada tahun 1975 hingga 1979.

Menceritakan pahit maung tinggal di negara kelahirannya, seorang peniaga kain, Mukaini Ismail, 51, menggambarkan kehidupannya dulu tidak ubah seperti binatang.

"Apabila komunis memerintah, kami semua dipaksa menjadi buruh, kebanyakannya mengerjakan sawah padi.

"Kami bekerja dari pagi sampai ke malam dan cuma diberi makan sekali sehari. Tiada makanan enak apatah lagi duit gaji. Makanan kami cuma kangkung atau bayam rebus yang dimasak di dalam kawah besar.

"Tin susu menjadi penyukat makanan. Selepas seharian di ladang, kami cuma diberi makan satu tin kangkung rebus. Ia tidak ubah seperti babi," cerita Mukaini yang telah menetap di negara ini selama 28 tahun.

Kini, dianggarkan terdapat 60,000 masyarakat Kemboja di negara ini. Biasanya mereka membina koloni sendiri. Di Kampung Kanchong Darat sahaja terdapat 700 penduduk Kemboja.

Pasar Kemboja adalah salah satu identiti mereka. Malah sesetengah peniaga akan menjelajah ke beberapa pasar Kemboja dalam seminggu.

Salah seorang daripada mereka ialah Saudi Idris, 46, yang menetap di Cheras, Kuala Lumpur.

Menurut peniaga Kemboja ini, beliau akan berniaga di beberapa pasar pagi Kemboja termasuk di Sungai Tiram, Ayer Hitam dan Kluang di Johor, Bandar Jengka dan Pekan di Pahang, serta Sungai Buloh dan Kampung Kanchong Darat di Selangor.

Beliau membawa muatan pakaian seperti kain ela, tudung, kain pelekat dan batik menggunakan van.

Harga murah

Menurutnya, kain tudung yang dijualnya berharga di antara RM5 hingga RM15 sehelai, manakala kain ela berharga RM15 hingga RM35.

"Harga tersebut lebih murah 20 peratus daripada kedai biasa," katanya yang ditemui di Pasar Pagi Sungai Tiram, Johor Bahru.

Pasar tersebut dibuka pada setiap hari Khamis dari 7 pagi hingga 12 tengah hari dan menghimpunkan lebih 200 peniaga kain dan pakaian.

Kehadiran masyarakat Kemboja di sini sejak tahun 1975 telah sinonim dalam kehidupan penduduk tempatan. Penempatan tumpuan mereka ialah di Taman Muhibbah, Ulu Tiram yang menempatkan 300 keluarga.

Ketua Masyarakat Kemboja Ulu Tiram, Ghazali Musa, 50, berkata, pada peringkat awal penghijrahan, warga Kemboja masih tercari-cari peluang pekerjaan di negara ini.

Pelbagai kerja dilakukan termasuk menjaja kain dari rumah ke rumah sebelum berniaga di pasar tani atau pasar malam.

"Di Ulu Tiram ini sahaja sekarang sebanyak 20 peratus adalah golongan yang berjaya dalam peniagaan masing-masing.

"Bagaimanapun, bilangan keluarga susah masih ramai iaitu merangkumi 40 peratus manakala selebihnya berpendapatan sederhana," katanya.

Seorang peniaga berjaya, Zakaria Ahmad, 46, berkata, beliau memulakan perniagaan ketika berusia 20 tahun dengan menjaja kain dari rumah ke rumah sejak tahun 1980.

Hasil jualan daripada menjaja pakaian itu, katanya, sedikit demi sedikit dia memajukan perniagaan hingga mampu membuka sebuah kedai di bandar Kota Tinggi.

Akhirnya, pada tahun 1988, Zakaria dapat membina rumah sendiri dengan kos RM350,000. Namun, beliau enggan gambar rumahnya dirakam.

COMMENTS

Name

3C Shaklee,17,5 Sebab Perlu Kolagen,1,5 Star Trip to Bangkok,1,5 Star Trip to Italy,7,Advance Joint Health Tablet,3,Advance Marketing Power,4,Agen Banda Aceh,1,Ahli Shaklee,5,Aidilfitri,7,Aidilfitri 2020,1,Aidilfitri 2023,1,Air Kencing Kuning,1,AJHT,3,Al-Quran Tagging,1,Alahan,1,Alfafa,2,Alfalfa,1,Alfalfa Complex,1,Allergic,1,Allergy,1,Allergy Test,1,Amalan Hari Jumaat,1,AMP,5,Anak Sihat & Pintar,1,Anggur Muscadine,1,Anti Aging,2,Anti Penuaan,2,Aquaria KLCC,1,Arman Zaharil,1,Awet Muda,1,Awet Muda.,1,B-Complex,1,Baby Development Guide,1,Baby Shaklee,1,Bagaimana Memilih MInyak Ikan Omega-3 Berkualiti Tinggi,2,Bahaya Beli Shaklee di Lazada Shopee 11thStreet,1,Bahaya Painkiller,1,Bahaya Ubat Penahan Sakit,1,Banda Aceh,1,Basic H,1,Batu Maung,1,Batuk Berkahak,1,Bayi Kahak,1,Bayi Selsema,1,BComplex,1,Beauty On The Go,4,beli lampu murah,1,Berani Berniaga,2,Berpuasa dengan Shaklee,1,Beza Vivix Resv Shaklee,1,bina,1,Bina Reban,16,Birthday,1,Bisnes,3,Bisnes Online Shaklee,5,Bisnes Shaklee,33,BLNC,2,BMW,1,BMW X4,1,Bomoh Patah Selama Perak,1,BOTG by MFMS,4,Breastfed Baby,1,Breastfeeding,10,Breastfeeding Tips,16,bromo,1,Buah Pinggang Rosak,1,Buasir,1,Buat Duit Hari-Hari,3,Buat Rumah Sendiri,7,Bukit Bendera,3,Bukit Merah Laketown,1,Bukti Kajian Klinikal Shaklee,1,Busines,2,Business,48,Business Opportunity,182,Business Shaklee,19,butik feedmilk Shah Alam,2,Cameron Highlands,1,Car Bonus Shaklee,1,Car Sticker Juru,1,Cara Elak Osteoporosis,3,Cara Elak Tulang Rapuh,2,Cara Melakukan Qiamullail,3,Cara Order Shaklee Online,1,Carotomax,1,Cash Rebate,2,Cash Rebate Shaklee,2,Cegah Osteoporosis,3,CEO Shaklee,1,Ceramah Motivasi,26,Chewable Vit C,2,Cholesterol,1,Collagen,6,CoQ-Trol,3,COQ-TROL PLUS SHAKLEE,1,CoQ10,3,COQHealth,1,COQTROL Tenaga,1,Coronavirus,1,Covid19,1,Darah Tinggi,2,Delivery Servis,1,Detox Shaklee,2,Diabetes,1,Diet,1,Disneyland,1,Dr Hamid Arshat,1,Dr Zubaidi,1,Duit Raya,1,Duit Raya Awal,1,Duit Raya Shaklee,1,Dzuha,1,Ebook,11,Ebook Percuma,1,Ebook Sorry Boss Saya Terpaksa Berhenti Kerja,1,Eczema,2,Empayar Maria Firdaus,13,Energizing Soy Protein,7,EPO,1,Escape Penang,1,ESP,12,ESP Protein,2,ESP Shaklee,2,ESP Untuk Ibu Hamil,1,ESP Untuk Kurus,1,ESP Untuk Otot,1,ESP Untuk Tenaga,1,Evening Primrose Oil,1,Exclusive Dinner Jutawan Shaklee,1,Faedah Menjadi Ahli Shaklee,2,Fakta Kolagen,1,Family,119,Family Day,1,Farees,67,Fateh,8,Fawwaz,5,Feedmilk,2,feedmilk jubah menyusu popular,2,Fish Oil,1,Florida,1,Formula Mudah MESTI Kurus,8,Founder NECK,1,Free Trip Shaklee,57,Free Vitalea,1,Friends,20,Fungsi Kolagen,3,Fungsi Omegaguard,4,Gama Linoleik Acid,1,Gambar Kaabah,1,Gambar Raya,1,Garlic Complex,1,General,136,Genetically Modified Organism,1,Genset,1,GLA,1,GLA Complex,5,Global Allergy Centre,1,GMO,1,Good & Services Tax,1,Grand Canyon,1,Grand Seminar 2018,1,GST,1,Gunung Kinabalu,1,Haji Muda,3,Halal,1,Hari Raya,1,Hari Raya Dengan Shaklee,2,Hari Raya Open House,1,Helicopter Tour,1,Herb-lax,1,Hero Kiddo,1,Hiasan Dalaman,1,Hiasan Rumah,3,Holiday,3,Home And Mobile Spa,3,Home Exterior Design,1,Homestay di Desaru,1,Homestay Di Kok Lanas,1,Homestay Di Machang,1,Ibu,1,Ibu Hamil Batuk,1,Ibu Menyusu Batuk.,1,Ibu Menyusu Berpuasa,1,IF,1,ijen crate,1,IKEA Personal Shopper,1,Ikhlas,1,Immune Booster,1,Immune System,2,India,2,Indonesia,2,Insentif Shaklee,4,Inspirasi Mariafirdaus,4,Intensif Jutawan Industri,6,Interchange,1,Interior Design,1,Intermittent Fasting,5,Istanbul,2,Italy,7,Jakarta Trip,1,Jam Dinding Kaabah,1,Jamuan Aidilfitri,1,jenama baju feedmilk,2,Jom Detox,3,Jom Detox Jutawan,3,Jom Detox NECK,2,Jom Detox Now Everyone Can Kurus,2,Jom Rileks,1,JomDetox,1,Jubah Menyusu,2,Jubah Mia,2,Jubah muslimah,2,Jutawan Shaklee,1,Kaedah Merancang Semulajadi,1,Kalsium,1,Kanser,1,Kanser Kolon,1,Kanser Usus,1,kawah ijen,1,Keahlian Shaklee,4,Kebaikan Kolagen,2,Kebaikan Omegaguard,3,Kebaikan Shaklee Collagen,4,Kebaikan Susu Ibu,1,Kebaikan Vitamin E Untuk Lelaki Wanita,1,Keburukan Intermittent Fasting,1,kedai lampu murah puchong,1,Kelas Bisnes Facial,1,Kelebihan Ahli Shaklee,4,Kelebihan Shaklee,1,Kembara Sufi,9,Kembara Turki,8,Kencing Manis,1,Kepentingan Protein,1,Kepentingan Suplemen,2,Keperluan Makanan Bayi,1,Keperluan Wanita Mengandung,2,Kesan Gadjet Pada Sikap Anak-Anak,1,Kesan Kehilangan Kolagen,2,Kesan Merokok,1,Kesan Susu Ibu,1,Kesihatan Bayi,1,Kesihatan Jantung,4,Kesihatan Minda,1,Kesihatan Sendi,2,Kesihatan Tulang,3,Kesuburan Lelaki,1,Kesuburan Wanita,1,Keunikan Vivix,1,Kiriman Doa Di Depan Kaabah,1,Kisah Kejayaan Bisnes,3,Kisah Pesakit Kanser,1,Kolagen,5,Kolesterol,3,Kompilasi Info Produk Shaklee,6,Komtar,1,Komuniti Bisnes Shaklee,3,Konsultan Reban Ayam,59,Kontraktor Reban Ayam,53,Korban,1,Krabi,2,Kursus Ayam Daging,64,Kursus Dr Azizan Osman,3,Kursus Haji,2,Kursus Haji Online,1,Kursus Solat,1,Kursus Umrah,3,Kursus Umrah Online,2,Kursus Umrah Percuma,2,Kurus dan Sihat,2,Kurus Dengan Cepat,2,Kurus Sebelum Raya,1,Las Vegas,2,Lasik,2,Latest Post,1762,Lecithin,2,Legoland,1,Legoland Malaysia,1,Life Inspiration,1,Look Younger Longer,2,Los Angeles,1,Magic Aura Shaklee,1,Magnesium,1,Makan Sedap,2,Mamacilik Empire,1,Manfaat Omegaguard,3,Maria Firdaus,6,Maria Firdaus Empire,6,Maria Firdaus Kids,1,Maria Firdaus Millionaires in Shaklee,6,Maria Firdaus Mobile SPA Academy,16,Mariafirdaus,2,Mariafirdaus Baby,1,Mariafirdaus Kids,1,Mariafirdaus Travelog,68,Mariafirdaus Villa,2,Master Celebration Maria Firdaus,8,Master Coordinator Shaklee,33,Master Maria Firdaus,1,Mealshakes,6,Mengandung Semasa Umrah,1,Mercedes Benz C200,1,MFMS,5,MFMS Academy,16,MFMS Empire,61,mia jubah popular,2,Minum Susu Untuk Kalsium,1,Modify Hilux,1,Most Fantastic Millionaires in Shaklee,5,Motivasi,86,Motivasi Usahawan,3,Motivation,4,MRSM PDRM Kulim,1,MRSM Taiping,4,Multivitamin,1,Multivitamin Pertama di Dunia,1,Muscadine Grape,1,My Shaklee Effect,1,MYVI,1,Natural Skincare,1,NECK,7,Non-GMO,1,Norafizal Mat Saad,9,Now Everyone Can Kurus,54,nursingwear,2,Nutrien Untuk Tulang Kuat,2,Nutriferon,2,Nutrisi Semulajadi,1,Nutrisi Untuk Lelaki,2,Offline Coaching,2,Omega-3,7,OmegaGuard,16,Omegaguard Shaklee,1,Omegaguard Untuk Ibu Dan Bayi,2,Omegaguard Untuk Kesihatan Jantung,1,Omegaguard Untuk Kesihatan Otak,1,Omegaguard Untuk Kurus,1,Online Business,139,Organic Skincare,1,Orlando,3,Ostematrix,6,Osteporosis,2,Pakaian Menyusu,2,Panduan Didik Anak Solat,1,Panduan Perkembangan Kanak-kanak,1,Parenting,1,Parit Buntar,1,Pedoman Hidup,1,Pemilihan Soy Protein,1,Penang,4,Penang Hill,2,Pencen Kubur,20,Pengalaman Bersalin,1,Pengalaman di Gunung Kinabalu,1,Pengalaman Haji,3,Pengalaman Umrah,3,Pengedar Shaklee,2,Pengedar Shaklee Alor Setar,1,Pengedar Shaklee Bandar Darulaman,1,Pengedar Shaklee Bukit Jambul,1,Pengedar Shaklee Changloon,1,Pengedar Shaklee Jitra,1,Pengedar Shaklee Kepala Batas,1,Pengedar Shaklee Nibong Tebal,1,Pengedar Shaklee Parit Buntar,2,Penjagaan Kulit Shaklee Youth,2,Penternak Ayam Daging,62,Peranan bapa dalam penyusuan susu ibu,1,Perbezaan Ubat dan Suplement,2,Percutian Di Kashmir,2,Percutian Shaklee,6,Performance Drink,5,Perintah Kawalan Pergerakan,1,Period Pain,1,Perokok,1,Personal,1,Photoshoot,1,Phytocol-ST,2,Piramid Makanan,1,PKP,1,Polifenol,2,Politik,1,Port Dickson,1,Postnatal SPA,2,Potret Kejayaan,14,Pra Haji,7,Pregnancy Set,3,Premium Beautiful,5,Produk Shaklee,130,Produk Tradisional Bahaya,1,Projek Blog Mega Shaklee,1,Projek Buat Duit,7,Projek Buat Duit MFMS,24,Projek SPA,19,Promosi Shaklee,4,Protein Soya Terbaik,1,PT3,1,Puasa dengan Shaklee,1,Public Sharing,1,Pulau Pangkor,1,Pulau Perhentian,1,Pulau Pinang,1,Pulau Redang,1,Qiamullail,3,Rahsia Merancang Keluarga Semulajadi,1,Rahsia Pelajar Cemerlang,12,Ramadan Shaklee,2,Ramadhan,1,Ramuan Vivix,1,RAST Test,1,Raya Dengan Shaklee,1,Reban Ayam Tertutup,57,Resepi ESP,1,Resepi Sihat dan Sedap,1,Resipi Jutawan Bertaqwa,1,Restoran Pen Mutiara,1,Results SPM,1,ResV,1,ResV Shaklee,1,Reunion MRSM Taiping,1,Reverse Aging,1,Rich Dad Poor Dad,1,Roger Barnett,1,Rome,1,Rumput Sungai Buloh,1,Saintis Shaklee,1,Sakit Jantung,2,San Francisco,1,Selamberselak,2,Sembelit,1,Senggugut,1,Set Anak Pintar Sihat,1,Set Bajet Kesihatan Optimum.,1,Set Berpantang,12,Set Berpantang Shaklee,1,Set Berpuasa Shaklee,7,Set Berpuasa Shaklee Kanak-Kanak,7,Set Bersalin,11,Set Bersalin Shaklee,8,Set Bersalin Terbaik,1,Set Breasfeeding,10,Set Cantik Shaklee,1,Set Detox Shaklee,1,Set Gastrik Shaklee,1,Set Haji & Umrah,1,Set Haji Shaklee,4,Set Hamil Shaklee,2,Set Hello New You,1,Set Ibu Hamil Shaklee,3,Set Ibu Hamil/Bersalin/Menyusu,15,Set Jantung,1,Set Kanak-Kanak,8,Set Kanak-kanak Shaklee,3,Set Kecantikan,4,Set Kecantikan Shaklee,5,Set Kesihatan Lelaki Shaklee,3,Set Kesihatan Wanita Shaklee,3,Set Kesuburan,1,Set Kesuburan Shaklee,2,Set Kulit,1,Set Kulit Shaklee,1,Set Kurus,2,Set Kurus Shaklee,7,Set Lutut,1,Set Mengandung,5,Set Mengandung Shaklee,3,Set Menyusu,17,Set Menyusu Shaklee,5,Set Minda Shaklee,1,Set Puasa Shaklee,2,Set Ramadan Shaklee,3,Set Raya Shaklee,1,Set Sendi,2,Set Shaklee Untuk Pendakian,1,Set Shaklee Untuk Tenaga,1,Set Shaklee Untuk Umrah dan Haji,2,Set Sistem Imun,2,Set Slimming,1,Set Slimming Shaklee,1,Set Umrah Shaklee,5,Shaklee,73,Shaklee 5 Star Trip,1,Shaklee Awards,2,Shaklee Baby,3,Shaklee Bagan Serai,2,Shaklee Berkesan,2,Shaklee Business,50,Shaklee Business Leaders Conference,2,Shaklee Business Leaders National Conference,1,Shaklee Car Bonus Achievers,5,Shaklee Collagen Powder,7,Shaklee dan Israel,1,Shaklee dan Makanan Sunnah,1,Shaklee Difference,2,Shaklee Effects,16,Shaklee for Kids,2,Shaklee Free Trip,25,Shaklee Free Trip to Switzerland,1,Shaklee Fun Day,1,Shaklee Global Conference 2016,2,Shaklee Global Conference USA 2014,17,Shaklee Halal,2,Shaklee Incentive Trip,3,Shaklee Independent Distributor Terbaik,1,Shaklee Japan Trip,2,Shaklee Japan Trip 2017,7,Shaklee Kids,2,Shaklee Leaders,1,Shaklee Lovers,1,Shaklee Mama,4,Shaklee Murah,2,Shaklee National Conferences Award,8,Shaklee National Convention 2018,1,Shaklee Nibong Tebal,2,Shaklee Nilai,1,Shaklee Parit Buntar,2,Shaklee Product Trainer,1,Shaklee Ready Stock,1,Shaklee Rewards,64,Shaklee Selamat,3,Shaklee Semulajadi,2,Shaklee Shop,1,Shaklee Skincare,1,Shaklee Story,1,Shaklee Success Seminar 2015,1,Shaklee Terbaik,1,Shaklee Total Detox Solution,2,Shaklee Trip Cruise,1,Shaklee Trip To Langkawi,2,Shaklee Untuk Darah Tinggi,1,Shaklee Untuk Jantung,1,Shaklee untuk Jemaah Haji dan Umrah,1,Shaklee untuk Kanak-kanak,3,Shaklee USA Trip 2014,1,Shaklee USA Trip 2019,1,Shaklee Vita-E Complex,1,Shaklee Vitamin E,2,Shaklee Western Mediterranean Cruise 2018,11,Shaklee Youth Skincare,2,Shakleebaby,1,Shakleebaby Gentle Wash,1,Shakleebaby Massage Oil,1,Shakleebaby Soothing Lotion,1,Shopping Trip,1,Sijil Halal,1,Sistem Imun,1,SKPTM,8,SMKA Al Mashoor,1,Success Stories Shaklee,4,Success Story TWB,12,Super Star Libra Cruise,1,Supervisor Shaklee,2,Suplemen Shaklee,2,Suplemen Untuk Lelaki,2,Supplement untuk Berpuasa,1,Supplements Shaklee,2,Supplements Terbaik,2,Surabaya,1,Surah Al-Kahfi,1,Sustained Release Vit C,7,Susu Ibu,1,Susu Ibu dalam Al-Quran,1,Switzerland,2,Tahi Ayam,6,Tazkirah,173,Ternakan Ayam,344,Testimoni,5,Testimoni NECK,3,Testimoni Shaklee,1,Testimony AMP,2,Testimony ESP,1,Testimony ESP Untuk Menyusu,2,Testimony Gastrik,1,Testimony NECK,6,Testimony Set Ibu Hamil,3,Testimony Set Menyusu,3,Testimony Shaklee Set Bersalin,1,Testimony Shaklee Set Ibu Hamil,1,Testimony Shaklee Set Menyusu,2,The Gravityz,1,The Landmark Study,1,The Most Fantastic Millionaires in Shaklee Empire,1,The Shaklee Difference,1,The Walking Beauty,12,Tiket Murah Aquaria KLCC,1,Tip Tambah Susu Ibu,6,Tips Anak Pandai,1,Tips Awet Muda,2,Tips Bercuti Di Legoland,1,Tips Berhenti Merokok,2,Tips Berpuasa,2,Tips Bersalin,1,Tips Bisnes,1,Tips Business,1,Tips Cemerlang,1,Tips Elak Batuk Berkahak,1,Tips Haji,2,Tips Hamil,1,Tips Jarak Anak,1,Tips Memilih Protein,1,Tips Mudah Berpuasa Untuk Kanak-Kanak,3,Tips Mudah Menyusukan Bayi Di Tempat Awam,1,Tips Penyusuan,11,Tips Travel,1,Trampoline for kids,1,Travelog Haji,110,Travelog Istanbul,1,Travelog Shaklee Trip Italy 2015,10,Travelog Shaklee Trip Japan 2017,7,Travelog Shaklee Trip USA 2014,14,Travelog Shaklee Trip USA 2016,3,Travelog Shaklee Western Mediterranean Cruise 2018,9,Travelog Turki,9,Travelog Umrah,24,Travelog USA 2019,23,Trip Indonesia,2,Trip Yogyakarta,1,Tukar Nombor Plate,1,Tulang Rapuh,2,tumpak sewu,1,Turkey Trip,3,Turki Trip,7,Turunkan Kolesterol Secara Semulajadi,2,TWB,18,TWB by MFMS,17,Ubat VS Supplement,1,Ubat Vs Vitamin,1,Universal Studio,1,Universal Studio Singapore,1,Urin Kuning,1,US Trip,1,USA Trip,16,v,1,Video,4,Video Shooting,1,Visit Singapore,1,Vita-lea for children,1,Vitalea,3,Vitalea for Children,2,Vitalea for Kids,2,Vitamin C,5,Vitamin C Shaklee,2,Vitamin E,2,Vitamin Kanak-Kanak,1,Vitamin Kulit,1,Vitamin Kulit Cantik,1,Vitamin Rahmah,2,Vitamin Semulajadi,1,Vitamin Shaklee,2,Vitamin Shaklee Percuma,1,Vitamin Sintetik,1,Vitamin Tenaga,1,Vitamin Umrah Haji,1,Vitamin untuk Ibu Hamil,2,Vitamin untuk Ibu Menyusu,1,Vitamin untuk kanak-kanak,3,Vitamin Untuk Lelaki,2,Vitamin untuk Perokok,1,Vitamin Untuk Wanita,1,Vivix,12,Vivix Shaklee,4,Vivix Untuk Diabetes,1,Vivix Untuk Kencing Manis,1,WAHM,1,Wanita Bersalin,1,Wanita Mengandung,3,WanitaKeperluan Wanita Mengandung,1,Warna Urin,1,Wedding Anniversary,1,Why Shaklee,1,Womens Health Set,2,Working-At-Home-Mom,2,Youth Experience Party,1,YOUTH Mask,1,Youth Shaklee,2,Youth Skincare,1,Zinc,1,Zinc Complex,1,Zinc Plus,2,
ltr
item
Maria Firdaus: Potret Kejayaan - Kemboja
Potret Kejayaan - Kemboja
Maria Firdaus
https://www.mariafirdaus.com.my/2009/11/potret-kejayaan-kemboja.html
https://www.mariafirdaus.com.my/
https://www.mariafirdaus.com.my/
https://www.mariafirdaus.com.my/2009/11/potret-kejayaan-kemboja.html
true
6501105525487195336
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy