CARA ORDER SHAKLEE ONLINE - HARGA TERMURAH TERUS DARI HQ!

Istikharah...

Assalamualaikum,

Asyik2 entry sy pasal ayam aja.. Hari ni entry pasal Solat Istikharah. Kalau siapa yg dah lama follow blog sy, mesti dah pernah baca entry sy dulu pasal Solat Istikharah. Tapi, kali ni.. sy nak cerita pengalaman sy sendiri dlm Solat Istikharah. Dan sy turut copy balik artikel yg sy dah masukkan dlm blog sy dulu utk dikongsi bersama...

Ceritanya begini... Dari dulu lagi, sy memang sudah biasa dilatih utk solat istikharah sebelum buat satu2 keputusan. Tak kira la, dlm hal kecil atau hal besar... Biasanya, sebelum sy finalise sesuatu decision.. mesti sy minta petunjuk dari Allah dulu... Sebabnya.. Allah lebih mengetahui apa yg terbaik utk sy dlm semua hal...

Kenapa sy cerita pasal Istikharah pulak kali ni.... Sebabnya.... Baru2 ni, sy ada visit rumah kawan sy, Adzhar di Sungai Dua.. Di rumah dia.. sy bersembang la dengan mak mertua dia.. Dan salah satu dari nasihat dia utk sy... Nak buat apa2 pun, solat istikharah dulu.. Minta petunjuk dari Allah... Sy pun ucapkan terima kasih kat dia atas nasihat dia tu... Dan sy rasa, sy perlu kongsi cerita sy dengan semua... Moga kita semua dapat manfaat...

Di mulakan cerita... sebelum sy mula menternak ayam.. sy bekerja sebagai Engineer di Silterra Malaysia Sdn Bhd... Masa tu sy baru balik dari UK dan Silterra company sy yg pertama.. Sy selesa kerja sebagai Engineer di Silterra. Gaji yg ok dan dekat dengan rumah sy di Parit Buntar.. So, ok la..

Lepas sy kerja beberapa bulan... abg2 sy propose utk sy buat ternakan ayam daging... Dia kata ternakan ayam daging dapat untung yg besar... Lebih besar dari apa yg sy peroleh sebagai Engineer masa tu....

Sy pun tertarik la dengan cerita2 yg sy dengan dari abg2 sy.. Seisi keluarga menyokong penuh hasrat sy ni kecuali ayah sy. Biasala.. Sy tak salahkan dia. Sebab ayah sy memang tak suka buat bisness.. Kerja makan gaji dari muda sampai ke tua... So, memang dia pangkah sy buat ternakan ayam ni...

Lepas tu.. sy pun buat survey di merata2 tempat. Berjumpa dengan hampir sepuluh penternak ayam.... Semua penternak ni bagi sokongan kat sy utk buat ternakan ayam ni...

Dan lepas sy survey ni.. hati sy mula berbelah bahagi... Sy ada dua option... Nak teruskan kerja sebagai engineer yg dah menjanjikan pendapatan yg tetap setiap bulan. Atau pun berhenti kerja dan buat projek ternakan ayam ni.... Sy dlm dilema... Hati sy mengatakan sy nak bela ayam.. Tapi, sy tak berani nak buat keputusan yg AMAT BESAR ni. Keputusan yg akan MERUBAH kehidupan sy secara keseluruhannya. Sama ada, sy akan BERJAYA atau pun, sy hanya MENJAHANAMKAN kehidupan sy... Fuh..... Besar ni decision yg sy nak kena buat...

Atas nasihat ramai org.. dan seperti yg sy biasa amalkan.. Sy pun bersolat Istikharah... Hampir setiap hari sy akan buat solat istikharah. Sy ulang sekali lagi.. HAMPIR SETIAP HARI sy solat istikharah. Minta petunjuk dari Allah.. Antara doa sy...

"Ya Allah, Engkau lebih mengetahui apa yg terbaik untuk aku. Sekiranya Kau takdirkan ternakan ayam ni yg terbaik untuk ku, pada masa kini dan masa akan datang. Untuk kehidupan ku di dunia dan kehidupan ku di akhirat.. Maka Kau permudahkan lah segala urusan ini untuk ku... Tetapi Ya Allah, sekiranya Kau takdirkan ternakan ayam ni bukan yg terbaik untuk ku, pada masa kini dan masa akan datang, Untuk kehidupan ku di dunia dan diakhirat. Maka Kau kekalkan lah aku untuk kerja sebagai Engineer. Berilah petunjuk kepada ku apa yg terbaik utk ku di dunia dan akhirat"...

Setelah hampir setahun sy beristikharah.. Akhirnya sy buat keputusan utk berhenti kerja dan memulakan projek ternakan ayam daging. Bermulalah episod baru dlm kehidupan sy sebagai seorang penternak ayam..

Dipendekkan cerita, pusingan pertama sy menternak ayam sy dpt untung yg ok. Pusingan kedua sy dpt untung yg kurang sket... DAN pusingan yg ketiga.... Sy rugi RM25 000. Habis untung pusingan pertama dan kedua.. Sekali rugi... Hilang untung 2 pusingan.. Perghhh... Bergoyang lutut sy.. Nak berjalan pun lemah... Sy bukan sekadar jatuh dlm perniagaan.. Sy dah pun jatuh tertiarap.. Maqam paling rendah....

Pada umur 24 tahun masa tu, sy terpaksa berhadapan dengan cabaran yg AMAT BESAR masa tu. Habis semua duit simpanan sy hilang sekelip mata. Sy cek akaun Maybank sy.. Sy cek akaun ASB sy... Total baki duit sy masa tu hanya RM300. Yess.. RM300 sahaja.. Nak buat macam mana, kehidupan perlu diteruskan. Sy kena mulakan pusingan seterusnya..

Masa ni, sy betul2 lemah.. Sy betul2 terasa kerdilnya diri ini.. Sy dah tak mampu nak buat apa... Sy terpaksa pinjam duit dari abg sy utk perbelanjaan pusingan seterusnya.. Alhamdulillah.. Abg sy membantu.. Dan masa ni jugak lah.. ayah sy kata. "Ni lah sebabnya dia tak bagi buat bisnes.. Dah elok2 kerja engineer... Berhenti nak bela ayam... Tengok la ni, nampak macam org Indonesia aja."

Disebabkan tekanan kewangan yang terlalu tinggi, sampai satu tahap sy terfikir.... Sy termenung seorang diri... Hmmmm "Betul ka tindakan aku berhenti kerja dan buat projek ternakan ayam ni"... Pada waktu tu, ada sedikit perasaan menyesal pun ada.. Menyesal sebab sy mula terasa apa yg ayah sy kata dulu tu betul...

Disebabkan sy dah 'termasuk' dlm bidang ni, sy terpaksa teruskan jugak.... Sy cuba kuatkan semangat balik... Sy mula teringat... Sy kena bersangka baik dengan Allah.. Dulu sebelum sy mula buat projek ni, sy dah beristikharah kepada Allah selama setahun. Dan Allah beri petunjuk utk sy buat projek ni... Sy mula terfikir, kalau lah Allah dah takdirkan aku untuk ternak ayam.... Selepas aku betul2 minta petunjuk dari Allah.. Takkan Allah nak menganiaya aku... Dan sy pun teringat janji2 Allah, "Tidak akan menyesal orang yang beristikharah"... Sy tak harus menyesal dengan apa yang saya buat..

Masa tu, mula teringat ayat al-Quran yg bermaksud.. "Allah takkan menguji hamba Nya melainkan dengan sesuatu yang mampu ditanggung oleh hamba Nya itu". Terus sy kuatkan semangat. Sy jadikan apa yg berlaku sebagai pengajaran dlm hidup sy... Sy terus berusaha dan berdoa. Sy minta Allah beri yg terbaik kepada saya...

Rupa2nya, apa yang berlaku ada hikmahnya. Bila rugi, sy mula terasa betapa susahnya hidup kalau tidak berwang. Dan sy mula sedar betapa pentingnya kita untuk beringat semasa kita senang untuk menghadapi masa susah. Jangan ingat, hari ni kita senang, selama2nya kita akan senang... Dan Allah beri kesedaran lagi kepada sy, utk membantu orang2 yg susah.. terutama kalau Allah beri rezeki yang lebih kepada kita...

Dan sekarang, sy terus mengorak langkah... Sy mula nampak kenapa Allah takdirkan ternakan ayam yang terbaik untuk sy. Bila sy lalui semua ni, baru sy nampak... Pentingnya kita istikharah sebelum kita buat sesuatu keputusan. Sama ada kecil atau besar... Dan bila kita dan buat keputusan berdasarkan apa yg kita rasakan betul selepas istikharah.... Yakinlah Allah ada bersama kita... Semasa senang dan susah..

Sekarang sy bersyukur kepada Allah.. Sy rasa Allah betul2 beri yg terbaik utk sy. Sy happy dengan apa yg sy buat sekarang. Alhamdulillah, sy memperoleh pendapatan yang berlipat ganda berbanding sy kerja sebagai Engineer. Kadang2 untung tinggi ... kadang2 untung kurang.. Bila untung tinggi, sy macam tak percaya boleh mendapat pendapatan sebanyak tu... Sy ada banyak masa dengan keluarga.. Dan segala2nya... Sy bersyukur kepada Allah.. Kerana beri petunjuk yang terbaik kepada sy... Syukur sesangat...

Pengajaran yg sy nak kongsi bersama.... kalau kita nak buat apa2 keputusan.. tak kiralah keputusan besar atau kecil... kita beristikharah lah.. Kita minta petunjuk dari Allah... Insya Allah, kita tak akan sesekali menyesal dengan apa yang kita buat.. Kita minta apa yang kita mahu.. Tapi Allah bagi apa yang kita perlu. Bersangka baik dengan Allah dalam semua perkara... Mungkin kita rasa suka utk buat sesuatu perkara, tetapi perkara tu bukan yg terbaik utk kita... Dan kita mungkin tak suka sesuatu perkara, sedangkan perkara tu adalah yg terbaik utk kita... Allah knows best.... let Him decides what best for us.

Harapan sy, moga Allah terus memberi kekuatan kepada sy untuk memajukan diri dalam bidang ini.. Moga segala urusan dipermudahkan Nya... Amin..

Bawah ni artikel yg sy copy paste dari entry dulu... To all readers, please read till end... Banyak pengajaran yg boleh kita ambil....

Betapa pentingnya Solat Istikharah dalam kehidupan harian kita

Oleh: Ismail Abu Bakar Rujukan : http://www.darussyifa.org/

[Nota: Diakhir tulisan ini anda boleh muat turun Rakaman Audio yang mengupas secara panjang lebar selama 47 minit tentang Solat Istikharah oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din]

Bila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja.

Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;

Mahfum Hadis:
Dari Jabir ra., ia berkata: "Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya”

Betapa pentingnya Solat Istikharah ini sebagaimana pentingnya kita mempelajari al-Quran.
Sebagai satu iktibar dan renungan penulis ingin berkongsi beberapa contoh kisah benar yang berlaku di kalangan sahabat-sahabat yang terlupa mengamalkan solat istikharah. Nama dalam kisah ini bukan nama sebenar.

Kisah-1
Setelah berpindah randah dari satu rumah sewa ke rumah sewa, akhirnya tergerak hati Salim untuk memiliki rumah sendiri. Lalu dia melihat iklan di surat khabar dan berkenan dengan tawaran rumah yang agak munasabah harganya.. Rumah tersebut masih belum dibina lagi tetapi pihak pemaju telah menawarkan pakej jualan yang istimewa. Pihak pemaju perumahan memberi jaminan rumah tersebut akan siap dalam masa dua tahun. Salim berminat dengan rumah tersebut lalu terus membelinya. Kini lima tahun telah berlalu, projek perumahan itu telah terbengkalai kerana pemaju telah bankrupt. Salim terpaksa membayar ansuran bulanan hutang kepada bank walaupun rumah yang diidamkan masih tidak wujud.

Kisah-2
Abu dan Salmah telah berkahwin selama 4 tahun. Mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata.. Anak yang sulung telah berumur 3 tahun dan yang kedua masih 8 bulan. Mereka berasa agak susah hendak ke sana kemari kerana hanya memiliki motosikal. Satu hari Salmah mencadangkan kepada Abu untuk membeli kereta. Abu lalu terus pergi ke Perodua Show room untuk melihat-lihat kereta. Dia berkenan dengan model Kelisa lalu terus membelinya. Selang sebulan keretanya kena curi. Dah enam bulan berlalu keretanya masih tidak ditemui, tetapi dia masih membayar ansuran bulanan dengan pihak bank kerana pampasan yang pihak insurans bagi tidak mencukupi untuk melangsaikan bayaran baki hutang dengan pihak bank.

Kisah-3
Munirah akhirnya terpikat dengan pujukan rakan satu ofisnya Hafsah untuk melabur dalam satu skim pelaburan di internet. Dia akhirnya mengeluarkan sehingga RM10,000 untuk pelaburan tersebut. Dua tahun telah berlalu duit pelaburannya lesap tak nampak bayang.

Kisah-4
Rashid dan Zakiah telah mempunyai tiga orang anak. Mereka bercadang untuk mengambil pembantu rumah Indonesia. Mereka pergi ke agensi pembantu rumah dan terus memilih seorang pembantu rumah yang terdapat dalam senarai biodata. Selang dua bulan pembantu rumah pun sampai dan berkhidmat kepada mereka seperti yang dijangkakan. Tiga bulan berlalu tiba-tiba pada satu hari didapati pembantunya telah lari dari rumah.

Kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar di mana penulis sendiri bertanya kepada mereka adakah mereka telah melakukan Solat Istikharah sebelum memilih atau membuat keputusan. Mereka kata langsung tak terfikir hendak melakukannya.

Dalam contoh yang lain pula penulis ingin berkongsi dengan satu kisah yang disampaikan kepada penulis seperti berikut;

Kisah -5
Iskandar berumur 40 tahun telah berkahwin dan mempunyai enam orang anak. Suatu hari dia mendapat telefon dari kawan baiknya Jaafar. Jaafar hendak memberikan satu hadiah istimewa kerana jasa Iskandar yang telah menyelesaikan masalah keluarganya. Jaafar hendak menawarkan kepadanya perbelanjaan pakej menunaikan haji untuk suami isteri ditanggung sepenuhnya iaitu RM15,000 setiap orang. Hati Iskandar gembira bukan kepalang kerana sudah lama dia mengidam untuk menunaikan haji. Lagipun duit simpanan dalam tabung hajinya baru RM3000. Iskandar tidak terus menerima hadiah tersebut sebaliknya dia memberi tempoh tiga hari untuk membuat keputusan. Iskandar melakukan Solat Istikharah tiga malam berturut-turut. Pada hari keempat dia berjumpa Jaafar mengatakan dia sangat berat untuk menerima hadiah tersebut. Dia mengatakan ingin pergi menunaikan haji dengan duit pendapatan sendiri. Jaafar agak kecewa, dipujuknya namun Iskandar tidak terima juga. Selang dua bulan selepas itu baru Iskandar mendapat tahu duit yang hendak diberikan kepadanya itu adalah dari duit riba iaitu interest bank konvensional akaun simpanan tetap Jaafar. Jaafar telah tersalah sangka. Disangkanya bahawa duit riba boleh dihadiahkan kepada orang lain tetapi tidak boleh digunakan sendiri.

Kisah-6
Cikgu Imran telah mendapat arahan pertukaran sekolah dari Sabak Bernam ke Sandakan. Bila menerima surat tersebut hatinya agak gembira kerana ingin memberi khidmat di kawasan pedalaman. Baginya tidak ada masalah sebab masih bujang, dan teringin sangat hendak ke Sabah. Dia solat Istikharah walaupun keputusan telah ditetapkan oleh kementerian kepadanya. Dia berdoa “Ya Allah kalau pemergian aku ke Sandakan ini baik untukku dan agamaku maka permudahkanlah jika tidak kau gantikanlah dengan yang lebih baik dan sempurna”. Selang dua minggu Pengetua disekolahnya memberitahu kepadanya pertukaran dia ke Sabah di tarik balik disebabkan masalah teknikal.. Dia rasa agak pelik namun tidak kecewa malah tetap gembira kerana telah melakukan solat istikharah. Dia yakin ini yang terbaik di pilih oleh Allah untuknya. Selang sebulan dia bertemu Jodoh dengan Ustazah (al-Hafizah) yang baru berpindah di taman tempat dia tinggal.

Semua kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran. Yang pastinya kita tidak akan rugi di dunia dan akhirat bila beramal dengan Solat Istikharah ini.

Dewasa ini ramai di kalangan kita hendak membeli rumah yang berharga lebih RM200,000. Bayaran balik mungkin mengambil masa selama 20 hingga 25 tahun. Dalam tempoh tersebut macam-macam perkara boleh terjadi. Jika sekiranya kita melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah tersebut, pasti Allah akan mendorongkan kita membuat pilihan yang tepat dan memudahkan segala urusan. Penulis ada bertemu dengan beberapa sahabat yang melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah, Alhamdulillah segala urusan menjadi mudah dan dapat membayar balik hutang rumah lebih awal daripada yang dijangkakan.

Seperkara lagi, supaya Allah SWT memakbulkan doa kita, jauhilah segala bentuk pinjaman yang ada unsur-unsur riba’ seperti dari sistem konvensional. Pilihlah sistem perbankan Islam semoga Allah memberikan keberkatan dan menurunkan rahmatnya sepanjang tempoh pinjaman di buat. Yakin dan percayalah jika kita mengikut suruhan Allah, pasti Allah akan membantu kita di ketika senang dan susah. Jika Allah bantu kita tiada sesiapa yang boleh menghalangnya.

Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara melakukan Solat Istikharah adalah seperti berikut;

Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi).. Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.

Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”

Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu)

Terjemahan Doa':

Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.

(Dari hadis riwayat Imam Bukhari)

COMMENTS

BLOGGER: 4
  1. Setuju sangat2...
    Cuma andainya kita telah membuat satu keputusan & telahpon melaksanakan keputusan tersebut tanpa Solat Istiharah... agak2 camner erk? Adakah dengan berdoa sahaja semoga keputusan tu terbaik utk kita adalah satu yg memadai?

    ReplyDelete
  2. Yg dah lepas tu kita serahkan kepada Allah. Berdoalah moga Allah terus beri yg terbaik utk kita... Sama2 kita berdoa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni saya mempunyai masalah lebih kurang sama dengan saudari...jadi saya cuba cari doa atau solat apa yg boleh membantu saya, jadi terbaca artikel saudari..saya akan cuba..sekarang ni mmg benar2 saya dlm kesusahan.doakan saya semua ye.

      Delete
  3. terima kasih ...entry yang cukup bagus...saya berfikir sekejap dan menilai diri

    ReplyDelete

Name

3C Shaklee,17,5 Sebab Perlu Kolagen,1,5 Star Trip to Bangkok,1,5 Star Trip to Italy,7,Advance Joint Health Tablet,3,Advance Marketing Power,4,Agen Banda Aceh,1,Ahli Shaklee,5,Aidilfitri,7,Aidilfitri 2020,1,Aidilfitri 2023,1,Air Kencing Kuning,1,AJHT,3,Al-Quran Tagging,1,Alahan,1,Alfafa,2,Alfalfa,1,Alfalfa Complex,1,Allergic,1,Allergy,1,Allergy Test,1,Amalan Hari Jumaat,1,AMP,5,Anak Sihat & Pintar,1,Anggur Muscadine,1,Anti Aging,2,Anti Penuaan,2,Aquaria KLCC,1,Arman Zaharil,1,Awet Muda,1,Awet Muda.,1,B-Complex,1,Baby Development Guide,1,Baby Shaklee,1,Bagaimana Memilih MInyak Ikan Omega-3 Berkualiti Tinggi,2,Bahaya Beli Shaklee di Lazada Shopee 11thStreet,1,Bahaya Painkiller,1,Bahaya Ubat Penahan Sakit,1,Banda Aceh,1,Basic H,1,Batu Maung,1,Batuk Berkahak,1,Bayi Kahak,1,Bayi Selsema,1,BComplex,1,Beauty On The Go,4,beli lampu murah,1,Berani Berniaga,2,Berpuasa dengan Shaklee,1,Beza Vivix Resv Shaklee,1,bina,1,Bina Reban,16,Birthday,1,Bisnes,3,Bisnes Online Shaklee,5,Bisnes Shaklee,33,BLNC,2,BMW,1,BMW X4,1,Bomoh Patah Selama Perak,1,BOTG by MFMS,4,Breastfed Baby,1,Breastfeeding,10,Breastfeeding Tips,16,bromo,1,Buah Pinggang Rosak,1,Buasir,1,Buat Duit Hari-Hari,3,Buat Rumah Sendiri,7,Bukit Bendera,3,Bukit Merah Laketown,1,Bukti Kajian Klinikal Shaklee,1,Busines,2,Business,48,Business Opportunity,182,Business Shaklee,19,butik feedmilk Shah Alam,2,Cameron Highlands,1,Car Bonus Shaklee,1,Car Sticker Juru,1,Cara Elak Osteoporosis,3,Cara Elak Tulang Rapuh,2,Cara Melakukan Qiamullail,3,Cara Order Shaklee Online,1,Carotomax,1,Cash Rebate,2,Cash Rebate Shaklee,2,Cegah Osteoporosis,3,CEO Shaklee,1,Ceramah Motivasi,26,Chewable Vit C,2,Cholesterol,1,Collagen,6,CoQ-Trol,3,COQ-TROL PLUS SHAKLEE,1,CoQ10,3,COQHealth,1,COQTROL Tenaga,1,Coronavirus,1,Covid19,1,Darah Tinggi,2,Delivery Servis,1,Detox Shaklee,2,Diabetes,1,Diet,1,Disneyland,1,Dr Hamid Arshat,1,Dr Zubaidi,1,Duit Raya,1,Duit Raya Awal,1,Duit Raya Shaklee,1,Dzuha,1,Ebook,11,Ebook Percuma,1,Ebook Sorry Boss Saya Terpaksa Berhenti Kerja,1,Eczema,2,Empayar Maria Firdaus,13,Energizing Soy Protein,7,EPO,1,Escape Penang,1,ESP,12,ESP Protein,2,ESP Shaklee,2,ESP Untuk Ibu Hamil,1,ESP Untuk Kurus,1,ESP Untuk Otot,1,ESP Untuk Tenaga,1,Evening Primrose Oil,1,Exclusive Dinner Jutawan Shaklee,1,Faedah Menjadi Ahli Shaklee,2,Fakta Kolagen,1,Family,119,Family Day,1,Farees,67,Fateh,8,Fawwaz,5,Feedmilk,2,feedmilk jubah menyusu popular,2,Fish Oil,1,Florida,1,Formula Mudah MESTI Kurus,8,Founder NECK,1,Free Trip Shaklee,57,Free Vitalea,1,Friends,20,Fungsi Kolagen,3,Fungsi Omegaguard,4,Gama Linoleik Acid,1,Gambar Kaabah,1,Gambar Raya,1,Garlic Complex,1,General,136,Genetically Modified Organism,1,Genset,1,GLA,1,GLA Complex,5,Global Allergy Centre,1,GMO,1,Good & Services Tax,1,Grand Canyon,1,Grand Seminar 2018,1,GST,1,Gunung Kinabalu,1,Haji Muda,3,Halal,1,Hari Raya,1,Hari Raya Dengan Shaklee,2,Hari Raya Open House,1,Helicopter Tour,1,Herb-lax,1,Hero Kiddo,1,Hiasan Dalaman,1,Hiasan Rumah,3,Holiday,3,Home And Mobile Spa,3,Home Exterior Design,1,Homestay di Desaru,1,Homestay Di Kok Lanas,1,Homestay Di Machang,1,Ibu,1,Ibu Hamil Batuk,1,Ibu Menyusu Batuk.,1,Ibu Menyusu Berpuasa,1,IF,1,ijen crate,1,IKEA Personal Shopper,1,Ikhlas,1,Immune Booster,1,Immune System,2,India,2,Indonesia,2,Insentif Shaklee,4,Inspirasi Mariafirdaus,4,Intensif Jutawan Industri,6,Interchange,1,Interior Design,1,Intermittent Fasting,5,Istanbul,2,Italy,7,Jakarta Trip,1,Jam Dinding Kaabah,1,Jamuan Aidilfitri,1,jenama baju feedmilk,2,Jom Detox,3,Jom Detox Jutawan,3,Jom Detox NECK,2,Jom Detox Now Everyone Can Kurus,2,Jom Rileks,1,JomDetox,1,Jubah Menyusu,2,Jubah Mia,2,Jubah muslimah,2,Jutawan Shaklee,1,Kaedah Merancang Semulajadi,1,Kalsium,1,Kanser,1,Kanser Kolon,1,Kanser Usus,1,kawah ijen,1,Keahlian Shaklee,4,Kebaikan Kolagen,2,Kebaikan Omegaguard,3,Kebaikan Shaklee Collagen,4,Kebaikan Susu Ibu,1,Kebaikan Vitamin E Untuk Lelaki Wanita,1,Keburukan Intermittent Fasting,1,kedai lampu murah puchong,1,Kelas Bisnes Facial,1,Kelebihan Ahli Shaklee,4,Kelebihan Shaklee,1,Kembara Sufi,9,Kembara Turki,8,Kencing Manis,1,Kepentingan Protein,1,Kepentingan Suplemen,2,Keperluan Makanan Bayi,1,Keperluan Wanita Mengandung,2,Kesan Gadjet Pada Sikap Anak-Anak,1,Kesan Kehilangan Kolagen,2,Kesan Merokok,1,Kesan Susu Ibu,1,Kesihatan Bayi,1,Kesihatan Jantung,4,Kesihatan Minda,1,Kesihatan Sendi,2,Kesihatan Tulang,3,Kesuburan Lelaki,1,Kesuburan Wanita,1,Keunikan Vivix,1,Kiriman Doa Di Depan Kaabah,1,Kisah Kejayaan Bisnes,3,Kisah Pesakit Kanser,1,Kolagen,5,Kolesterol,3,Kompilasi Info Produk Shaklee,6,Komtar,1,Komuniti Bisnes Shaklee,3,Konsultan Reban Ayam,59,Kontraktor Reban Ayam,53,Korban,1,Krabi,2,Kursus Ayam Daging,64,Kursus Dr Azizan Osman,3,Kursus Haji,2,Kursus Haji Online,1,Kursus Solat,1,Kursus Umrah,3,Kursus Umrah Online,2,Kursus Umrah Percuma,2,Kurus dan Sihat,2,Kurus Dengan Cepat,2,Kurus Sebelum Raya,1,Las Vegas,2,Lasik,2,Latest Post,1762,Lecithin,2,Legoland,1,Legoland Malaysia,1,Life Inspiration,1,Look Younger Longer,2,Los Angeles,1,Magic Aura Shaklee,1,Magnesium,1,Makan Sedap,2,Mamacilik Empire,1,Manfaat Omegaguard,3,Maria Firdaus,6,Maria Firdaus Empire,6,Maria Firdaus Kids,1,Maria Firdaus Millionaires in Shaklee,6,Maria Firdaus Mobile SPA Academy,16,Mariafirdaus,2,Mariafirdaus Baby,1,Mariafirdaus Kids,1,Mariafirdaus Travelog,68,Mariafirdaus Villa,2,Master Celebration Maria Firdaus,8,Master Coordinator Shaklee,33,Master Maria Firdaus,1,Mealshakes,6,Mengandung Semasa Umrah,1,Mercedes Benz C200,1,MFMS,5,MFMS Academy,16,MFMS Empire,61,mia jubah popular,2,Minum Susu Untuk Kalsium,1,Modify Hilux,1,Most Fantastic Millionaires in Shaklee,5,Motivasi,86,Motivasi Usahawan,3,Motivation,4,MRSM PDRM Kulim,1,MRSM Taiping,4,Multivitamin,1,Multivitamin Pertama di Dunia,1,Muscadine Grape,1,My Shaklee Effect,1,MYVI,1,Natural Skincare,1,NECK,7,Non-GMO,1,Norafizal Mat Saad,9,Now Everyone Can Kurus,54,nursingwear,2,Nutrien Untuk Tulang Kuat,2,Nutriferon,2,Nutrisi Semulajadi,1,Nutrisi Untuk Lelaki,2,Offline Coaching,2,Omega-3,7,OmegaGuard,16,Omegaguard Shaklee,1,Omegaguard Untuk Ibu Dan Bayi,2,Omegaguard Untuk Kesihatan Jantung,1,Omegaguard Untuk Kesihatan Otak,1,Omegaguard Untuk Kurus,1,Online Business,139,Organic Skincare,1,Orlando,3,Ostematrix,6,Osteporosis,2,Pakaian Menyusu,2,Panduan Didik Anak Solat,1,Panduan Perkembangan Kanak-kanak,1,Parenting,1,Parit Buntar,1,Pedoman Hidup,1,Pemilihan Soy Protein,1,Penang,4,Penang Hill,2,Pencen Kubur,20,Pengalaman Bersalin,1,Pengalaman di Gunung Kinabalu,1,Pengalaman Haji,3,Pengalaman Umrah,3,Pengedar Shaklee,2,Pengedar Shaklee Alor Setar,1,Pengedar Shaklee Bandar Darulaman,1,Pengedar Shaklee Bukit Jambul,1,Pengedar Shaklee Changloon,1,Pengedar Shaklee Jitra,1,Pengedar Shaklee Kepala Batas,1,Pengedar Shaklee Nibong Tebal,1,Pengedar Shaklee Parit Buntar,2,Penjagaan Kulit Shaklee Youth,2,Penternak Ayam Daging,62,Peranan bapa dalam penyusuan susu ibu,1,Perbezaan Ubat dan Suplement,2,Percutian Di Kashmir,2,Percutian Shaklee,6,Performance Drink,5,Perintah Kawalan Pergerakan,1,Period Pain,1,Perokok,1,Personal,1,Photoshoot,1,Phytocol-ST,2,Piramid Makanan,1,PKP,1,Polifenol,2,Politik,1,Port Dickson,1,Postnatal SPA,2,Potret Kejayaan,14,Pra Haji,7,Pregnancy Set,3,Premium Beautiful,5,Produk Shaklee,130,Produk Tradisional Bahaya,1,Projek Blog Mega Shaklee,1,Projek Buat Duit,7,Projek Buat Duit MFMS,24,Projek SPA,19,Promosi Shaklee,4,Protein Soya Terbaik,1,PT3,1,Puasa dengan Shaklee,1,Public Sharing,1,Pulau Pangkor,1,Pulau Perhentian,1,Pulau Pinang,1,Pulau Redang,1,Qiamullail,3,Rahsia Merancang Keluarga Semulajadi,1,Rahsia Pelajar Cemerlang,12,Ramadan Shaklee,2,Ramadhan,1,Ramuan Vivix,1,RAST Test,1,Raya Dengan Shaklee,1,Reban Ayam Tertutup,57,Resepi ESP,1,Resepi Sihat dan Sedap,1,Resipi Jutawan Bertaqwa,1,Restoran Pen Mutiara,1,Results SPM,1,ResV,1,ResV Shaklee,1,Reunion MRSM Taiping,1,Reverse Aging,1,Rich Dad Poor Dad,1,Roger Barnett,1,Rome,1,Rumput Sungai Buloh,1,Saintis Shaklee,1,Sakit Jantung,2,San Francisco,1,Selamberselak,2,Sembelit,1,Senggugut,1,Set Anak Pintar Sihat,1,Set Bajet Kesihatan Optimum.,1,Set Berpantang,12,Set Berpantang Shaklee,1,Set Berpuasa Shaklee,7,Set Berpuasa Shaklee Kanak-Kanak,7,Set Bersalin,11,Set Bersalin Shaklee,8,Set Bersalin Terbaik,1,Set Breasfeeding,10,Set Cantik Shaklee,1,Set Detox Shaklee,1,Set Gastrik Shaklee,1,Set Haji & Umrah,1,Set Haji Shaklee,4,Set Hamil Shaklee,2,Set Hello New You,1,Set Ibu Hamil Shaklee,3,Set Ibu Hamil/Bersalin/Menyusu,15,Set Jantung,1,Set Kanak-Kanak,8,Set Kanak-kanak Shaklee,3,Set Kecantikan,4,Set Kecantikan Shaklee,5,Set Kesihatan Lelaki Shaklee,3,Set Kesihatan Wanita Shaklee,3,Set Kesuburan,1,Set Kesuburan Shaklee,2,Set Kulit,1,Set Kulit Shaklee,1,Set Kurus,2,Set Kurus Shaklee,7,Set Lutut,1,Set Mengandung,5,Set Mengandung Shaklee,3,Set Menyusu,17,Set Menyusu Shaklee,5,Set Minda Shaklee,1,Set Puasa Shaklee,2,Set Ramadan Shaklee,3,Set Raya Shaklee,1,Set Sendi,2,Set Shaklee Untuk Pendakian,1,Set Shaklee Untuk Tenaga,1,Set Shaklee Untuk Umrah dan Haji,2,Set Sistem Imun,2,Set Slimming,1,Set Slimming Shaklee,1,Set Umrah Shaklee,5,Shaklee,73,Shaklee 5 Star Trip,1,Shaklee Awards,2,Shaklee Baby,3,Shaklee Bagan Serai,2,Shaklee Berkesan,2,Shaklee Business,50,Shaklee Business Leaders Conference,2,Shaklee Business Leaders National Conference,1,Shaklee Car Bonus Achievers,5,Shaklee Collagen Powder,7,Shaklee dan Israel,1,Shaklee dan Makanan Sunnah,1,Shaklee Difference,2,Shaklee Effects,16,Shaklee for Kids,2,Shaklee Free Trip,25,Shaklee Free Trip to Switzerland,1,Shaklee Fun Day,1,Shaklee Global Conference 2016,2,Shaklee Global Conference USA 2014,17,Shaklee Halal,2,Shaklee Incentive Trip,3,Shaklee Independent Distributor Terbaik,1,Shaklee Japan Trip,2,Shaklee Japan Trip 2017,7,Shaklee Kids,2,Shaklee Leaders,1,Shaklee Lovers,1,Shaklee Mama,4,Shaklee Murah,2,Shaklee National Conferences Award,8,Shaklee National Convention 2018,1,Shaklee Nibong Tebal,2,Shaklee Nilai,1,Shaklee Parit Buntar,2,Shaklee Product Trainer,1,Shaklee Ready Stock,1,Shaklee Rewards,64,Shaklee Selamat,3,Shaklee Semulajadi,2,Shaklee Shop,1,Shaklee Skincare,1,Shaklee Story,1,Shaklee Success Seminar 2015,1,Shaklee Terbaik,1,Shaklee Total Detox Solution,2,Shaklee Trip Cruise,1,Shaklee Trip To Langkawi,2,Shaklee Untuk Darah Tinggi,1,Shaklee Untuk Jantung,1,Shaklee untuk Jemaah Haji dan Umrah,1,Shaklee untuk Kanak-kanak,3,Shaklee USA Trip 2014,1,Shaklee USA Trip 2019,1,Shaklee Vita-E Complex,1,Shaklee Vitamin E,2,Shaklee Western Mediterranean Cruise 2018,11,Shaklee Youth Skincare,2,Shakleebaby,1,Shakleebaby Gentle Wash,1,Shakleebaby Massage Oil,1,Shakleebaby Soothing Lotion,1,Shopping Trip,1,Sijil Halal,1,Sistem Imun,1,SKPTM,8,SMKA Al Mashoor,1,Success Stories Shaklee,4,Success Story TWB,12,Super Star Libra Cruise,1,Supervisor Shaklee,2,Suplemen Shaklee,2,Suplemen Untuk Lelaki,2,Supplement untuk Berpuasa,1,Supplements Shaklee,2,Supplements Terbaik,2,Surabaya,1,Surah Al-Kahfi,1,Sustained Release Vit C,7,Susu Ibu,1,Susu Ibu dalam Al-Quran,1,Switzerland,2,Tahi Ayam,6,Tazkirah,173,Ternakan Ayam,344,Testimoni,5,Testimoni NECK,3,Testimoni Shaklee,1,Testimony AMP,2,Testimony ESP,1,Testimony ESP Untuk Menyusu,2,Testimony Gastrik,1,Testimony NECK,6,Testimony Set Ibu Hamil,3,Testimony Set Menyusu,3,Testimony Shaklee Set Bersalin,1,Testimony Shaklee Set Ibu Hamil,1,Testimony Shaklee Set Menyusu,2,The Gravityz,1,The Landmark Study,1,The Most Fantastic Millionaires in Shaklee Empire,1,The Shaklee Difference,1,The Walking Beauty,12,Tiket Murah Aquaria KLCC,1,Tip Tambah Susu Ibu,6,Tips Anak Pandai,1,Tips Awet Muda,2,Tips Bercuti Di Legoland,1,Tips Berhenti Merokok,2,Tips Berpuasa,2,Tips Bersalin,1,Tips Bisnes,1,Tips Business,1,Tips Cemerlang,1,Tips Elak Batuk Berkahak,1,Tips Haji,2,Tips Hamil,1,Tips Jarak Anak,1,Tips Memilih Protein,1,Tips Mudah Berpuasa Untuk Kanak-Kanak,3,Tips Mudah Menyusukan Bayi Di Tempat Awam,1,Tips Penyusuan,11,Tips Travel,1,Trampoline for kids,1,Travelog Haji,110,Travelog Istanbul,1,Travelog Shaklee Trip Italy 2015,10,Travelog Shaklee Trip Japan 2017,7,Travelog Shaklee Trip USA 2014,14,Travelog Shaklee Trip USA 2016,3,Travelog Shaklee Western Mediterranean Cruise 2018,9,Travelog Turki,9,Travelog Umrah,24,Travelog USA 2019,23,Trip Indonesia,2,Trip Yogyakarta,1,Tukar Nombor Plate,1,Tulang Rapuh,2,tumpak sewu,1,Turkey Trip,3,Turki Trip,7,Turunkan Kolesterol Secara Semulajadi,2,TWB,18,TWB by MFMS,17,Ubat VS Supplement,1,Ubat Vs Vitamin,1,Universal Studio,1,Universal Studio Singapore,1,Urin Kuning,1,US Trip,1,USA Trip,16,v,1,Video,4,Video Shooting,1,Visit Singapore,1,Vita-lea for children,1,Vitalea,3,Vitalea for Children,2,Vitalea for Kids,2,Vitamin C,5,Vitamin C Shaklee,2,Vitamin E,2,Vitamin Kanak-Kanak,1,Vitamin Kulit,1,Vitamin Kulit Cantik,1,Vitamin Rahmah,2,Vitamin Semulajadi,1,Vitamin Shaklee,2,Vitamin Shaklee Percuma,1,Vitamin Sintetik,1,Vitamin Tenaga,1,Vitamin Umrah Haji,1,Vitamin untuk Ibu Hamil,2,Vitamin untuk Ibu Menyusu,1,Vitamin untuk kanak-kanak,3,Vitamin Untuk Lelaki,2,Vitamin untuk Perokok,1,Vitamin Untuk Wanita,1,Vivix,12,Vivix Shaklee,4,Vivix Untuk Diabetes,1,Vivix Untuk Kencing Manis,1,WAHM,1,Wanita Bersalin,1,Wanita Mengandung,3,WanitaKeperluan Wanita Mengandung,1,Warna Urin,1,Wedding Anniversary,1,Why Shaklee,1,Womens Health Set,2,Working-At-Home-Mom,2,Youth Experience Party,1,YOUTH Mask,1,Youth Shaklee,2,Youth Skincare,1,Zinc,1,Zinc Complex,1,Zinc Plus,2,
ltr
item
Maria Firdaus: Istikharah...
Istikharah...
Maria Firdaus
https://www.mariafirdaus.com.my/2010/03/istikharah.html
https://www.mariafirdaus.com.my/
https://www.mariafirdaus.com.my/
https://www.mariafirdaus.com.my/2010/03/istikharah.html
true
6501105525487195336
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy