Assalamualaikum,
Hari ke 6 kami di sana, para jemaah di beri peluang. Sesiapa yg ingin mendaki dan melihat sendiri Gua Hira', boleh buat ziarah tambahan dengan bayaran 15 Riyal. Kami yg muda2 ramai2 berpakat utk mendaki Gua Hira'. Setelah dikumpulkan, 14 org jemaah yg ingin melihat Gua Hira' dari dekat. 8 org muda dan 6 org yg sedikit berumur termasuk jemaah wanita.
Bila kami sampai ke kaki bukit, cita2 murni 6 org jemaah yg sedikit berumur terhenti di kaki bukit. Sebabnya, dari bawah kami tengok bukit ni terlalu tinggi. Frankly speaking sy sendiri pun terasa tingginya Gua Hira' ni. Boleh sampai ka.....
Kami yg muda2 menguatkan semangat utk memulakan pendakian. Kami nak merasai sendiri macam mana dulu Rasulullah mendakit bukit ni. Cumanya, Rasulullah mungkin mendaki bukit ni pada waktu siang, kami mendaki waktu malam. Tak lah terasa sangat panas terik matahari waktu siang.
Utk ziarah tambahan ni, Maria dan Mak tak turut serta sebab dia org tak confident boleh naik sampai ke atas. So, sy pun advise la dia org utk rehat saja di hotel. Rehat supaya boleh tumpu ibadah pada keesokan harinya.
Dengan lafaz Bismillah, kami memulakan langkah utk mendaki Gua Hira'. Kiri berjubah tu adalah Mutawif kami. Dia yg bawa kami mendaki sampai ke atas.

Sy memulakan pendakian dengan warming up. Regangkan otot2 mana yg perlu. Kami memulakan pendakian pukul 10.45 mlm.
Dengan lafaz Bismillah, kami memulakan langkah utk mendaki Gua Hira'. Kiri berjubah tu adalah Mutawif kami. Dia yg bawa kami mendaki sampai ke atas.
Mak aih, mula2 pun dah nak kena mendaki kaki bukit yg agak curam. Naik baru sket, dah terasa lenguh2 lutut...
Ni kira pit stop kami yg pertama. 5 minit mendaki, Saya, Mortin dan sorang brother yg berumur sket dah mula penat. Kami semua berehat seketika...
Nasib baik ada Abg Zul ( Tengah ) dlm group kami.. so tak lah laju sangat kami nak daki sebab Abg Zul cepat sket rasa letih. Boleh la sy dan Mortin tumpang rest. Budak2 muda yg lain semuanya laju aja naik. Langsung tak penat..
Pit stop seterusnya.. Sy, mortin dan Abg Zul tinggal bertiga dibelakang. Ustaz dan budak2 muda lain semuanya dah laju naik ke atas...
Kami di pit stop seterusnya. Masa ni ntah kemana menghilang budak2 tu....
Kami bernasib baik sebab skrg ni nak daki Gua Hira' dah ada tangga bersimen. Tangga bersimen ni baru siap Ramadhan tahun lepas. Kira Alhamdulilah la... Kalau tak, nak naik ni lebih mencabar la.. Ada sesetengah tempat tu siap ada railing lagi. Lebih mudah nak naik skrg berbanding masa Rasulullah naik dulu...
45 minit kami mendaki kami dah sampai ke puncak bukit. Mengejutkan kami bila kami tengok ada kedai yg jual macam2 barang kat atas. Semua kami terkejut, macam mana lah dia org ni bawa barang naik ke atas. Kami yg naik kosong pun penat, ni nak naik atas siap bawak barang lagi.. Yg mengejutkan, bila dah sampai punca paling tinggi, kami tertanya2 mana dia Gua Hira'. Ustaz dan budak2 muda lain dah hilang ntah ke mana... Tinggal kami bertiga di belakang. So, kami pun tanya la org yg jual tu Gua Hira' di mana.. Dan dia pun tunjuk lah direction yg kami kena tuju. Rupa-rupanya, Gua Hira' bukan di puncak bukit tu. Tapi, lepas sampai puncak, kami kena turun sket bukit di arah yg lain. So, kami pun turun lah balik bukit di arah yg lain pulak.
5 minit lepas turun bukit semula di arah lain, kami sampai di pintu gua. Pergh... perjalanan turun bukit di arah lain ni betul2 mencabar. Walaupun bertangga, tapi jalan agak sempit dan di tepi kami gaung. Kalau jatuh, selamat jalan la. Kami terpaksa berhati2 turun. Memang agak menakutkan... Gambar atas ni pintu gua utk masuk ke Gua Hira'. Pintu ni memang sempit, sorang saja boleh masuk at one time... Gambar di atas ni Ustaz yg menunggu kami di dalam gua.
Ni gambar Mortin masa nak masuk ke pintu gua. Sebab dia ni kecil, senang aja dia lepas.
Sy dan Mortin mengambil peluang utk bersolat sunat dua rakaat di dlm Gua Hira', tempat yg Rasulullah pernah menerima wahyu yg pertama dari surah Al-Alaq. Ayat 1-3.
Thalhah bergaya, posing baik punya kat atas bukit ni. Sebelum sampai, sy sangkakan Gua Hira' ni tempat yg tertutup. Rupa2nya, lepas masuk pintu gua tadi tu... Tempat ni dah jadi gua terbuka. Cumanya lepas masuk ada sket tempat yg tertutup.. Tempat kami bersolat tu. Tempat lain semuanya terbuka...
Mohaimin senyum aja sebab berjaya sampai ke atas. Tapi, bila sampai atas dia rasa macam loya2 aja..
Inilah yg dinamakan Gua Hira'. Tempat Rasulullah menerima wahyu daripada Allah. Wahyu yg pertama. Kami semua bersyukur sebab dpt menyaksikan sendiri tempat Rasulullah menerima wahyu ni...
Batu yg ditulis dengan "Iqra' Bismirabbikallazi Qalaq.... Qhalaqal insanamin Alaq" Ghar Hira' yg bermaksud Gua Hira'.
Thalhah posing lagi... Dia ni pun masa nak turun dah rasa loya2 sket..
Lagi gambar sy di pintu Gua Hira'. Okaz jgn salah faham, botak ni memang dah botak sebab beriharam. Tasbih besar tu pulak baru beli kat puncak bukit... Nak masuk dlm poket besar sangat, tu yg gantung di leher aja. Tak dak kaitan dengan mana2 kumpulan tarekat...
Lagi gambar sy di sekitar Gua Hira' tu.
Tulisan2 yg terdapat di sekitar gua. Gua Hira' juga dinamakan Jabal Nur...
Setelah berada 30 minit di dlm Gua Hira' tu, kami mula mengatur langkah utk turun semula ke bawah. Masa nak naik sy tak terasa sangat sakit kaki.. Masa nak turun terasa sakit kaki sebab bila turun kami terpaksa nak menghempap kaki.. Terasa lutut bergoyang....
.
.
Alhamdulillah, pukul 12.45 malam kami selamat sampai ke bawah. Basically, perjalanan naik ke puncak bukit mengambil masa 45 minit.. 15 minit tengok2 barang kat kedai di atas tu.. Then 30 minit berehat didalam gua dan 30 minit lagi utk turun ke bawah...
.
Kami semua berpuas hati sebab dapat melihat sendiri rupa bentuk Gua Hira'. Tempat yg Rasulullah selalu "Beruzlah" mengasingkan diri.. Utk bertafakur... Dan tempat Rasulullah menerima wahyu yg pertama....
.
Bagi mereka yg belum pernah pergi ke Mekah.. Ambillah peluang utk mendaki Gua Hira' ni. Satu pengalaman yg tak mungkin boleh dilupakan... Sy bersyukur sebab inilah pertama kali sy sampai ke Gua Hira'. Kalau di lihat dari jauh, memang gua ni tinggi.. Tapi kalau kita ada keyakinan dan keazaman.. Insya Allah, kita boleh sampai ke atas...
.
Wassalam
Assalam,
ReplyDeleteAlhamdulillah!
Terima kasih kongsi cerita manaiki gua Hira. Saya memang teringin sangat. Semuga Allah permudahkan.
Memang pengalaman ini menjadi kenangan sepanjang hayat.
Semuga tuan haji dan keluarga diredhai Allah.
Syukran
AJ