Assalamualaikum,
Semalam, Lembaga Pertubuhan Peladang KL dan beberapa pegawai PPK Parit Buntar datang ke reban ayam sy untuk interview pasal ternakan ayam saya. Bukan sekejap, 3 jam.. Bukan interview basically, sessi bercerita dan kongsi pengalaman dengan mereka. Mereka nak tahu macam mana sy boleh buat bisnes sampai ke tahap ni.
Dan dia org bagi tau sy, tujuan dia org datang salah satu sebab adalah utk membuat penilaian utk Anugerah Usahawan Peladang Peringkat XXXX Kategori XXXX. Dia bagi tau sy, ada 5 org calon dari 1 Malaysia. Salah seorang calon, usahawan dari Kuala Selangor. Dia mengusahakan projek penanaman padi beratus2 ekar. Perghh... Besarnya business brother ni... Dia ada lori dan jentera berpuluh2 biji. Macam mana nak fight ngan dia... Business sy kecil2an aja...
Sy tanya la pasal calon2 lain, dia cakap sorang lagi calon di Perak buat mengusahakan perniagaan cendawan secara besar besaran... Lagi sorang calon di Perlis. Dan sorang lagi sy tak ingat dari mana.. So, melihatkan profil calon2 lain.. Hmmm.. rasa susah gak.. Bukan senang nak menang. Tapi, kalau menang, hadiah dia perghhhh.... Besar gak.. Tak nak cakap lagi sekarang....
Dulu sy pernah jadi calon Anugerah Usahawan Muda MARA Peringkat Kebangsaan 2009, ada 2 calon yg disaring dan layak ke peringkat akhir. Sy sorang, dan lagi sorang usahawan ternakan lembu daging dari Sabah... Mula2 masa interview ngan pegawai MARA, sy nampak macam boleh menang.. tapi last2 rezeki tu dapat kepada penternak lembu tu.. Rupa2nya, dia ternak lembu lebih dari 1000 ekor dalam satu masa. Cuba bayangkan aset dia, seekor lembu RM2000. Kalau ada 1000 ekor., tak RM2 juta.. So, tak pa la.. Memang layak la dia menang.. .. Ada 2 calon pun sy kalah, kali ni ada 5 calon... So, kena doa lebih lagi la kali ni... Tak pa la, ada rezeki ada la.. Kalau tak da rezeki pun, Alhamdulillah.. Insya Allah. Rezeki Allah ada banyak lagi kat muka bumi ni..
Masa bersembang dengan pegawai dari LPP dan PPK, pegawai LPP ada menceritakan pasal sorang usahawan di Melaka. Dia buat ternakan puyuh.... Mula2 buat secara kecil2an.. (So, sesiapa yg sekarang buat bisness kecil2an, baca cerita ni betul2.) 3 Tahun pertama dia buat business dia kata macam duduk dalam "neraka dunia". Susah gila nak survive. Nak bagi makan anak isteri lagi. Dia kata, dia tak dak pilihan, dia kena duduk rumah mertua dia. Kalau duduk rumah sendiri, alamat hari2 kena puasa la.
Cerita dia lagi, masa di rumah mertua.. 3 tahun dia langsung tak belanja duit dapur rumah. Semuanya ditanggung oleh mertua dia. Memang la rasa malu, tapi nak buat macam mana... Business masih bermasalah.
Mula2 memang dia buat kecil2an. Tapi, setiap kali ada keuntungan dia akan perbesarkan perniagaan dia. Dia tambah lagi bilangan ternakan puyuh dia tu. Kiranya, setiap keuntungan digunakan sepenuhnya untuk perbesarkan lagi perniagaan dia. Dia langsung tak beli apa2 barang untuk kepentingan diri sendiri.. Memang komited la...
Tahun kedua, perniagaan semakin baik. Dan dia makin nampak potensi dalam industri ternakan puyuh. Dia menambah kapasiti pengeluaran... Dan dalam masa yg sama, dia semakin cekap dan pandai dari segi teknikal ternakan puyuh.. Keuntungan semakin bertambah dalam tahun2 berikutnya..
Tamat tahun ketiga., dia dah mula rasa perniagaan makin mantap. Dia perbesarkan lagi perniagaan. Dan Alhamdulillah, dia antara penternak puyuh terbesar di Melaka. Dan akhirnya, dia mendapat Anugerah Usahawan Muda Peringkat Negeri Melaka tahun 200x. Disebabkan dah mula mendapat perhatian pada mata PPK di sana, beliau mendapat hadiah dari Kerajaan Negeri Melaka berekar2 tanah tanah dia gunakan bagi perkembangkan perniagaan dia.. Dan Alhamdulillah, sekarang dia memang dah betul2 maju... Seronok dengan cerita kejayaan penternak ni...
Pengajaran yg sy nak kongsi bersama dengan para pembaca...
1) Dalam membuat perniagaan, kita akan memulakan perniagaan secara kecil2an.. Pada waktu ni, kita akan merasa susah yg teramat sangat. Kerana hasil jualan tak sebanyak mana.. Dan kos operasi yg semakin meningkat. Kita kena sabar dan tabah. Dan kena bijak membuat perancangan kewangan... Tak boleh membeli barang sesuka hati. Kena letak priority. Hanya beli barang yg penting2 saja...
2) Dalam buat bisness, walau pun kecil, kita kena berazam untuk memperbesarkan perniagaan ke peringkat yg lebih tinggi lagi. Kalau kita setakat nak buat kecil2an, dan tak plan nak perbesarkan perniagaan, kita tak akan maju dan terus berada di tahap tu sampai kita tua. Kita kena berani utk berhijrah ke tahap yg lebih tinggi lagi...
3) Dalam perniagaan apa pun, "volume" memainkan peranan penting. Bagi peniaga Cina, mereka tak kisah kalau untung kecil, tapi yg penting, volume mesti besar. Contohnya, kalau la buat ternakan burung puyuh, seekor burung puyuh boleh untung bersih RM0.50. So, kalau kita ternak 100,000 ekor. Dah untung RM50,000 dalam satu musim... Apa yg sy tengok, peniaga Cina amat mementingkan 'kuantiti' dalam perniagaan mereka. Biar untung kecil, tapi mau banyak. Yg menjadi masalah pengusaha2 Melayu.. Bila buat sesuatu, kecil tak besar pun tak. Nak makan sendiri tak habis. Kalau nak jual pulak, tak cukup utk meet demand in bulk scale..Last2, projek hancur. Tak kira la, ternak keli ka, ternak lintah ka, bela puyuh ka.... Yg penting mau besar.
4) Dlm buat business.. 3 tahun pertama kita kena sabar tahap tertinggi. Masa tu lah kita nak mendalami ilmu dlm bidang yg kita ceburi.. Nak tahu selok belok perniagaan. Nak buat network... Dan macam2 lagi. Yg menjadi masalahnya, kita buat business hangat2 tahi ayam.. Mula2 semangat, lama2 hmmm... Malas nak cakap. Puncanya, tak cukup sabar.. Rasa untung sket. Tak cukup duit nak survive. Dan tak nak teruskan perniagaan tu. Sebenarnya, kalau kita dah lepas tempoh 3 tahun pertama.. Insya Allah. Lepas tu dah mudah sebab kita dah cukup pengalaman dari pelbagai sudut yg diperlukan..
5) Ingat kata2 org Cina, "Kalau nak meniaga, meniaga betul2. Kalau tak, JANGAN MENIAGA. Kerja makan gaji sudah, Kalau nak meniaga, biar sampai besar.. Jangan buat kecil2"..
Rasanya, cukup dulu setakat ni... apa yg sy cerita hanyalah sekadar pandangan dari pengalaman sy dan pemerhatian sy terhadap perniagaan org lain... Kalau ada sesiapa yg terasa, sy mohon maaf. Harap tak da siapa yg simpan dlm hati..
Wasalam

asslamualaikum...saya atiqah,pelajar UPSI...saya telah diberi tugasan berkenaan dengan penternakan ayam daging...jadi kalau pn.maria dapat meluangkan masa untuk ditemu ramah,saya amat berbesar hati...
ReplyDelete3 thn untuk bersabar?? kami baru 3 kali masuk ayam tapi dh bermcm mcm msalah(kewangan)..nmpknye kena 100 kali gnda kesabaran..hurmm
ReplyDelete