Assalamualaikum,
Setelah mencari doa dan mengumpulkan dari beberapa tempat, dan diolah supaya bersesuaian dengan sy. Ini adalah kompilasi doa doa utk sy di sana nanti. Kepada para pembaca, kalau ada sesiapa, jiran tetangga, atau saudara mara yg pergi menunaikan haji. Boleh la copy dan berikan doa ni kepada mereka. Moga bermanfaat utk kita semua.
Ya Allah, kami memohon keampunan Mu ya Allah. Kami memohon rahmat Mu ya Allah. Kami memohon taufik dan hidayah Mu, ya Allah. Kami dijemput oleh Mu bagi menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Kami bersyukur atas segala nikmat yg Engkau berikan kepada kami sekeluarga.
Ya Allah, terimalah kami sebagai tetamu Mu ya Allah. Tetamu yang paling istimewa ya Allah, tetamu yang paling-paling istimewa ya Allah. Kami tahu, Engkaulah yang berkuasa member keistimewaan kepada sesiapa yang Engkau mahu berikan. Ya Allah, ampunilah diri kami ya Allah.
Ya Allah, Kau peliharalah keselamatan dan kesihatan ahli keluarga kami di Malaysia. Tenangkanlah hati mereka. Jangan kau cetuskan rasa rindu kepada kami sepanjang kami menjadi tetamu Mu ya Allah. Ya Allah, berikanlah kesihatan kepada ibu bapa ku dan pembantu rumah ku serta kakak ku. Kau lindungilah mereka. Masukkanlah mereka dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Kau balaslah budi baik mereka yang sanggup bersusah payah menjaga anak kami dengan memberi kemuliaan, kesejahteraan dan kebahagian di dunia dan akhirat. Kau ampunilah dosa dosa mereka ya Allah.
Ya Allah, Kau ampunilah diri kami. Ya Allah, bersama-sama kami nanti adalah kedua ibu bapa kami. Ya Allah, kami pergi ke rumah Mu semata mata untuk beramal ibadah kepada Mu. Janganlah Kau palingkan niat dan tujuan kami. Jangan Kau sukarkan perhubungan antara kami. Ya Allah, Kau berilah perasaan kasih saying, cinta mencintai antara kami, saling maaf bermaafan dan tidak cepat berasa tersinggung dan bermasam muka. Jadikanlah kami saling faham memahami dan saling kasih mengasihi. Ya Allah, jauhilah kami dari bertelingkah dan berselisih faham yang boleh menjejaskan amal ibadah kami di sana nanti ya Allah. Jangan Kau uji kami dalam soal ini ya Allah.
Ya Allah, permudahkanlah perjalanan kami. Bermula dari kami keluar dari rumah ini sehinggalah kami kembali ke sini. Janganlah kami terjebak dengan sebarang kesulitan yang menyukarkan kami untuk sampai ke rumah Mu. Jauhilah kami dari mala petaka atau bencana yang akan menimpa kami Ya Allah. Ya Allah, jangan Kau pisahkan kami. Berilah ketengan, keamanan dan kemudahan terutamanya dalam soal-soal kesihatan sepanjang perjalanan kami. Elakkan kami dari perasaan kerap membuang air kecil. Peliharalah kesihatan kami, mudah mudahan dengan kesihatan yang Kau berikan. Dapatlah kami beramal ibadah untuk mendekatkan diri kami kepada Mu.
Ya Allah, hanya pada Mu lah, tempat kami bergantung harap. Berikanlah kemudahan kepada kami sekeluarga. Berikanlah keistimewaan kepada kami dalam segala perkara. Tempatkanlah kami dikawasan yang berdekatan dengan Masjidil Haram. Ya Allah, kami memohon kepada Mu agar tempat tinggal kami tidak menjadi penghalang kepada tujuan kedatangan kami ke Tanah Haram ini.
Ya Allah, kami mahu beramal ibadah kepada mu. Semata mata untuk Mu, ya Allah. Permudahkanlah makan minum kami dan berikanlah kesihatan yang baik sepanjang kami di sana. Kau berikanlah kesabaran kepada kami dalam menghadapi sebarang cabaran dan dugaan disana nanti.
Ya Allah, semasa kami di Madinah nanti, Kau berikanlah rasa cinta, rasa sayang dan rasa kasih kepada Masjidil Nabawi. Ya Allah, kami mahu yang terbaik. Kamu mahu beramal ibadah di sana. Berikanlah kami peluang menziarahi dan melalui Makam Rasulullah. Berilah kami ruang untuk bersembahyang di Raudah. Cukupkanlah sembahyang kami sekurang kurangnya 40 waktu secara berterusan. Berilah kami peluang untuk melakukan yang terbaik di sana nanti ya Allah.
Ya Allah, kami akan mengerjakan haji Tamattuk. Kau terimalah ibadah ini ya Allah. Semasa kami di Mekah nanti, mudahkanlah kami melakukan ibadah umrah wajib. Berikanlah laluan dan lorongan bagi kami melakukan tawaf umrah. Permudahkanlah kami melakukan sai’. Ya Allah, berikanlah kekuatan dan kesihatan untuk kami melakukan amal ibadah ini. Ya Allah, jangan Kau uji kami dengan rasa jarak yang jauh, hati yang malas dan tenaga yang tiada.
Ya Allah, semasa kami berada di Tanah Haram nanti, janganlah Kau lalaikan kami dengan bersenang lenang dan malas beramal ibadah. Ya Allah, kami hadir sebagai tetamu Mu dalam keadaan jahil. Kaulah yang dapat membantu kami. Ya Allah, berikanlah kami perasaan jatuh cinta kepada Masjidil Haram. Gerakkanlah hati kami suapya sentiasa berada di sana. Beramal ibadah di sana. Itulah cita-cita kami ya Allah. Kami datang semata mata kerana Mu ya Allah. Kerana Mu ya Allah. Ya Allah, tutuplah pintu hati kami daripada lalai bershopping di sana nanti.
Ya Allah, penuhilah ruang masa kami dengan melakukan amal ibadah yang sepatutnya kami lakukan. Ya Allah, kami ingin khatam Al Quran di Masjidil Haram Ya Allah. Ya Allah, kami ingin bersembahyang di Hijir Ismail Ya Allah. Ya Allah, kami ingin mencium Hajar Aswad. Ya Allah, kami ingin berdoa dihadapan Multazam ya Allah. Berilah ruang kepada kami apabila kami memerlukannya ya Allah. Berikanlah rasa kasih yang mendalam kepada Masjidil Haram. Ya Allah, Kau ajarlah kami. Kau bantulah kami. Kau tunjukkanlah dengan sebaik-baik pengajaran. Kau berikanlah ilham untuk kami melakukan yang terbaik. Hanya yang terbaik untuk Mu ya Allah. Ampunilah kami ya Allah, hanya kepada mu tempat kami berserah dengan sesungguhnya.
Ya Allah, gerakkanlah hati kami untuk melakukan umrah sunat sebanyak mungkin. Ya Allah, gerakkanlah hati kami bagi membanyakkan amal di Masjidil Haram. Berikanlah perasaan kasih sayang, cinta dan keinginan untuk berada di sana. Ya Allah, mudahkanlah untuk kami melakukan ibadah tawaf, bersembahyang dan membaca al quran.
Ya Allah, ampunilah kami. Permudahkanlah perjalanan kami dari Mekah ke Arafah. Jauhilah kami daripada sebarang mala petaka. Jangan Kau uji kami dengan sesuatu yang tidak dapat kami memikulnya Ya Allah. Berikanlah kesihatan kepada kami. Amankan hati kami. Tenangkan perasaan kami. Ingatkan kami untuk bertalbiah di sepanjang jalan.
Ya Allah, mudahkan urusan kami ketika berada di Arafah. Berikanlah kemudahan bilik air kepada kami sekeluarga. Janganlah ia menjadi masalah yang besar kepada kami. Ya Allah, tetapkan hati kami untuk beramal ibadah. Ya Allah, kuncilah mulut kami daripada bercakap perkara yang tidak memberi faedah. Jauhilah kami daripada mereka yang suka bersembang, menghabiskan masa dan membazir waktu.
Ya Allah, semasa wukuf nanti, berikanlah ruang kepada kami diluar khemah untuk mengadap Mu bersama ahli keluarga. Ya Allah, Kau izinkan kami untuk beramal ibadah dari gelincir matahari sehinggalah terbenam matahari. Ya Allah, berikanlah kesihatan yang baik semasa wukuf. Jangan Kau lalaikan kami daripada pelbagai perkara yang menyusahkan.
Ya Allah, permudahkanlah perjalanan kami ke Muzdalifah. Izinkan kami untuk bermabid di sana. Dan mudahkanlah perjalnaan kami ke Mina. Berikanlah kesihatan yang terbaik semasa kami di sana. Mudahkanlah urusan melonta kami ya Allah. Jauhilah kami daripada kesesakan manusia. Berikanlah ruang dan lalauan untuk kami berjalan dan melontar di semua jamrah. Jauhilah kami daripada sebarang kecelakaan semasa kami melakukan ibadah ini. Kami berserah kepada Mu ya Allah. Permudahkanlah kami menyelesaikan segala rukun dan wajib haji di sana nanti.
Ya Allah, berikanlah taufik dan hidayah Mu kepada kami. Kau berikanlah kerahmatan Mu kepada kami. Ya Allah,selepas selesai segala-galanya, kami memohon kepada Mu, permudahkanlah perjalanan pulang kami. Jauhilah kami dari malapetaka sepanjang perjalanan pulang kami. Berikanlah keselamatan kepada kami sehingga kami dapat berjumpa dengan ahli keluarga kami. Ya Allah, Kau berkatilah kami ya Allah. Ampunilah kami ya Allah.
Ya Allah, kami ini adalah manusia jahil. Kami ini manusia yang kerdil. Kami banyak dosa kepada Mu. Ampunilah kami. Kami pergi menunaikan fardu haji semata mata kerana ketakutan dan keinginan untuk menyampaikan rasa syukur kami kepada Mu. Kau yang Maha Berkuasa. Kau yang memakbulkan segala permohonan hamba Mu. Ya Allah, kami mahu yang terbaik, yang teristimewa dan yang terpilih diantara jutaan hamba-hamba Mu.
Ya Allah, berikanlah dan kurniakanlah haji yang mabrur kepada kami sekeluarga, haji yang Kau redhai dan yang mulia disisimu. Ya Allah, apabila kami pulang ke Malaysia nanti, kami mahu berubah ya Allah. Kami mahu menjadi manusia yg lebih baik disisimu. Ya Allah, berikanlah kebahagian kepada kami sekeluarga. Berikanlah rezeki yang halal dan jauhilah kami daripada mereka yang suka membuat fitnah. Kaulah yang mencipta kami dan kami hanyalah hamba Mu yang hina dan tidak berpengetahuan.
Ya Allah, sekiranya kami dipanggil oleh Mu, Kau masukkanlah kami dikalangan orang yang beriman, mereka yang beramal soleh. Kau tempatkanlah kami di dalam syurga Mu yang paling istimewa. Syurga Firdaus ya Allah. Kami mohon keredhaan Mu.

Firdaus, ko sampai kat sana jangan lupa doakan aku.... :) nak kena anto ayat doa khusus ke kat ko? hehehehe....
ReplyDeletesalam, saya mintak izin copy doa ni ya..
ReplyDeleteAssalamu'alaikum. Saya mohon izin copy doa ini ya. Terima kasih.
ReplyDeleteassalam.
ReplyDeletesaya mohon izin copy doa ini. terima kasih.
semoga puan dan keluarga dlm peliharaan Allah selalu. amin.
Salam, saya minta izin guna guna sebahagian doa untuk kirimkan dkt kawan ke mekah. Terima kasih
ReplyDeleteassalam. saya mohon copy doa dan apa-apa hasil tulisan puan untuk saya jadikan panduan.
ReplyDeleteAssalamualaikum...terima kasih atas perkongsian ilmu. semoga ianya menjadi saham akhirat untuk saudara sekeluarga. perkongsian pengalaman umrah yang sangat baik.
ReplyDeletesaya mohon izin copy doa ini.
terima kasih.
Assalamualaikum w.t.b
Assalammualaikum. Terima kasih di atas pengkongsian. Saya dgn rendah diri mohon izin copy doa ini.
ReplyDeleteAssalamualaikum.. saya mohon copy doa ini.. tq
ReplyDelete