Assalamualaikum,
Masa semakin suntuk, semakin hari, debaran untuk menjadi tetamu Allah semakin kuat. Dari segi persiapan, sy rasa persiapan dari segi mental amat amat penting. Setiap hari, dikesempatan masa yg Allah kurniakan kepada sy, sy membaca buku buku haji yang berkaitan. Kalau nak dikatakan perlaksanaan haji, dari segi rukun dan wajib haji. Alhamdulillah sy dah faham. Hanya menunggu masa dan ketika utk dilaksanakan.
Cuma, dari segi mental.. Sy perlu kuat dari segi mental. Bagi sy, apa yg penting ketahanan mental kita untuk berhadapan dengan segala cabaran di sana. Kalau tak kuat, takut nanti di sana jadi lemah semangat dan tak kuat ibadah kepada Allah.
Sy membaca buku Travelog Haji, Mengubah Sempadan Iman dan 50 Tip Motivasi Haji nukilan Prof Kamil Ibrahim. Alhamdulillah, buku yg lepas sy baca dan Alhamdulillah, sy terasa semangat untuk menunaikan haji semakin membara.
Pertama, sy rasa diri sy dan keluarga betul betul istimewa. Dikalangan berjuta rakyat Malaysia, Alhamdulillah kami antara yang terpilih. Syukur kami kepada Allah kerana telah memilih kami. Bukan mudah untuk menjadi tetamu Allah.
Sebagai contoh, sy mendaftar utk pergi menunaikan Haji dengan Syarikat Zahafiz. Utk makluman, jumlah yg mendaftar untuk pergi menunaikan haji dengan Zahafiz adalah sebanyak 1200 orang. Daripada jumlah ini, hanya 700 org yg dapat pergi menunaikan haji. Alhamdulillah, sy terpilih dikalangan 700 org ni.
Kedua, lepas membaca buku tu, sy terasa rasa perhambaan diri kepada Allah teramat penting dlm perjalanan haji ini. Segala masalah yg kita hadapi, segalanya perlu dirujuk kepada Allah. Segala yg berlaku di sana adalah atas ketentuan Allah. Jadi, sy perlu bergantung sepenuhnya kepada Allah. Dan selalu berdoa kepada Allah. Semoga segala urusan di sana dipermudahkanNya.
Ya Allah, tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Dikau ya Allah, Kaulah Tuhan yang Maha Esa, ya Allah. Kau yang kami sembah, tempat kami bergantung harap, tiada sekutu bagi Mu ya Allah, malah tiada sesiapa yang setara dengan Mu ya Allah. Ampuni aku ya Allah di atas segala kekhilafan ku ya Allah.
Ya Allah, aku ingin menunaikan haji dalam masa yang terdekat ini ya Allah, tetapi aku ini hamba Mu yang banyak melakukan dosa dan maksiat kepada Mu ya Allah. Dosa-dosa kecil, dosa dosa besar, dosa yang aku ketahui dan dosa yang tidak aku ketahui. Ya Allah Kau ampunilah aku. Sesungguhnya aku manusia yang kerdil lagi hina ya Allah.
Aku bertaubat pada Mu ya Allah. Aku bertaubat Ya Allah. Aku bertaubat ya Allah. Jika aku pernah mensyirikkan Mu, jika aku pernah menduakan-Mu ya Allah, ampunilah aku. Jika ia berlaku, bukan kerana aku ingin melakukannya, tetapi kerana kejahilanku ya Allah. Maka kau ampunilah aku..
Ya Allah, bantulah aku, pandulah aku ke jalan Mu. Ajarkan lah aku, berikan ilham kepada ku. Aku ingin pergi ke rumah Mu semata-mata kerana Mu ya Allah, semata-mata kerana Mu ya Allah.
Ya Allah, peliharalah kesihatanku sepanjang berada di sana nanti. Mudah mudahan dengan kesihatan yang Kau kurniakan kepadaku. Aku dapat beramal ibadah sebaik mungkin dan dapat mendekatkan diriku kepada Mu. Namun ya Allah, jika aku ditimpa masalah kesihatan sekalipun, aku mohon pada Mu agar ia tidak mengganggu amal ibadah aku disana nanti. Kau kuatkan semangat aku, berikan aku kekuatan fizikal dan mental sepanjang aku berada dirumah Mu. Bantulah aku ya Allah.
Ya Allah, ya tuhanku. Lindungilah penglihatan ku, lindungilah pendengaran dan lidah ku, agar tidak melakukan perkara yang buruk. Agar tidak terdengar cerita yagn buruk. Agar tidak menzahirkan ucapan yang buruk.
Ya Allah, peliharalah mataku, pendengaranku dan lidahku. Lebih lebih lagi jagalah hatiku. Supaya aku tidak mengata orang lain didalam hati.
Ya Allah, kau jauhi aku daripada mereka yang berniat jahat, yang suka menipu ya Allah. Temukanlah aku dengan mereka yang baik baik ya Allah. Ya Allah bantulah aku ya Allah.
Ya Allah, aku mahu berubah kepada yang lebih baik. Jadikanlah ibadah haji ini sebagai sempadan supaya aku berubah ke arah yang lebih baik. Jadikanlah aku seorang yang penyabar, seorang yang pengasih dan seorang yang penyayang. Ya Allah, aku mahu berubah ya Allah. Bantulah aku ya Allah.
Ya Allah ya Tuhanku, Kau permuhdakan segala urusanku. Berikan perasaan bersabar kepada ku seumpama sabarnya Nabi Ayub. Ya Allah mudahkan urusan ku semasa menunaikan ibadah haji nanti. Jangan Kau uji aku dengan sesuatu yang tidak mampu aku menangggungnya Ya Allah.
Ya Allah, aku datang ke rumah Mu semata mata kerana Mu, aku ingin melakukan ibadah dengan penuh khusyuk lagi tawaduk. Wahai tuhan, jangan sampai aku kerap ke tandas lantas menggangu urusan ibadahku. Peliharalah ibadah ku. Peliharalah wuduk ku. Jangan sampai urusan tandas itu menyusahkan aku. Wahai tuhan, bantulah aku.
Ya Allah, apabila aku pulang ke Malaysia nanti, aku mohon kepada Mu agar aku menjadi manusia yang lebih baik di sisi Mu. Dekatkan diriku dengan Mu.Permudahkan aku beramal ibadah kepad Mu sebagaimana aku beramal ibadah di Mekah dan Madinah.
Ya Allah, seandainya ini perjalanan pertama dan terakhirku ke rumah Mu, jadikanlah ia yang terbaik buatku. Sesungguhnya aku datang semata mata kerana Mu. Ikhlas beribadah kerana Mu. Seandainya Kau menjemputku untuk bertemu dengan Mu ketika aku pergi menunaikan haji ini, Kau matikanlah aku dalam keadaan beriman. Kau masukkanlah aku ke syurgaMu. Wahati Tuhan, terimalah aku. Sesungguhnya hidupku, matiku, ibadahku, semata mata kerana Mu.
Semoga Allah permudahkan segalanya dan diterima amal hamba Nya ini. Amin. Ya Rabbal Alamin.
Petang ini, sy ke Shah Alam. Utk menghadiri Kursus Perdana Haji Anjuran Zahafiz di Masjid Shah Alam. Semoga dipermudahkan.... Amin..

COMMENTS