Haji Menuju Allah - Raihan
By : Mohd Firdaus Mat Saad
Assalamualaikum,
JEMPUTAN HAJI!
Sayu. Sebak. Kalau dulu dengar nasyid ni. Tak rasa apa-apa. Hari ni, bila saya dengar sekali lagi, hati saya terasa terharu. Setiap bait-bait perkataan dalam lirik nasyid ni menyentuh jiwa.
Alhamdulillah, setelah hampir 8 bulan menunggu, akhirnya saya mendapat panggilan telefon dari pihak yang menguruskan Haji saya.
"En Firdaus, tahniah. Encik Firdaus dan keluarga dah menerima jemputan dari Allah untuk pergi menunaikan haji tahun ni. Buat masa ni kita belum dapat tentukan tarikh penerbangan, tapi kemungkinan besar awal bulan 10. Kita akan tentukan tarikh sebenar dalam masa terdekat. Dan saya minta En Firdaus sekeluarga untuk pergi ke Kursus Haji Perdana di Masjid Shah Alam pada 24 & 25 September 2011 ni."
Alhamdulillah, saya sujud syukur menerima panggilan ini.
BAGAIMANA IA BERMULA
Semuanya bermula pada tahun lepas, selepas saya dan Maria balik menunaikan Umrah pada April 2010. (Jemput baca TRAVELOG UMRAH).
Sebelum ni, tak pernah kami terlintas untuk menunaikan haji pada usia semuda ni, 30 tahun.
Selepas balik dari Umrah, kami terbuka hati pergi mendaftar untuk menunaikan haji.
Maria pada masa tu pun baru saja buka akaun Tabung Haji. Maria tak pernah ada akaun Tabung Haji sebelum ni.
Tapi belum lagi terlintas untuk kami pergi menunaikan Haji dalam masa terdekat.
Lagipun, kalau ikut jadual pun tahun 2032 baru boleh pergi.
So, tak lah saya terfikir sangat pasal haji ni. Kami mendaftar sebab saya rasa tak salah untuk mendaftar.
Tapi, inilah yang dikatakan hidayah. Inilah yang dikatakan, Allah memilih sesiapa yang dikehendaki Nya untuk menjadi tetamunya. Bukan semua di'pilih' Allah untuk ke sana.
Baru saya faham, hanya insan-insan terpilih sahaja yang bertuah menjadi tetamu Allah.
Ada orang yang kaya, tetapi Allah masih belum menjemputnya ke sana walaupun duit dah melimpah ruah. Mempunyai segalanya, tetapi kalau belum dipilih Allah, dia tidak akan dapat pergi jua.
BUKU TRAVELOG HAJI & CD KULIAH HAJI
Selepas balik dari Umrah tahun lepas, saya membeli buku Travelog Haji: Merubah Sempadan Iman oleh Prof Kamil, dan buku Travelog Haji Muda.
Saya juga membeli 2 CD Kuliah Haji yang disampaikan oleh Ustaz Shamsuri Ahmad. 2 CD ni mengandungi 30 kuliah dalam bentuk MP3. Memang best, tanyalah siapa yang pernah dengar.
Lepas dah baca buku dan dengar CD ni, hati saya mula membuak-buak rasa nak menunaikan Haji di usia muda.
Saya mula berbincang dengan Maria. Alhamdulillah, walaupun pada awalnya kami rasa macam banyak halangan, akhirnya kami sepakat mula merancang untuk pergi menunaikan Haji pada tahun ini juga.
Kemudian saya berbincang dengan Mak Mertua dan Bapa Mertua saya yang juga masih belum menunaikan Haji. Alhamdulillah, mereka juga setuju untuk pergi Haji bersama kami.
Kami sedar, kami baru je daftar Haji tahun lepas. Jadi kami tentu tak layak merayu dari Tabung Haji untuk pergi Haji dengan Muassasah pada tahun ini.
Maka, awal tahun 2011 ini, kami mendaftar dengan syarikat swasta untuk menunaikan Haji.
Setelah membuat penyelidikan antara Rayhar, Andalusia dan Zahafiz serta beberapa syarikat lagi, saya memilih syarikat Zahafiz.
Tak perlulah saya nyatakan kenapa, tapi bagi saya, saya cuba buat pertimbangan yang terbaik dalam semua pihak dan sesuai dengan kemampuan saya.
KURSUS HAJI
Bermula bulan April-Jun 2011, saya dan Maria menyertai Kursus Bersiri Asas Haji anjuran Tabung Haji di Masjid Parit Buntar.
Alhamdulillah, saya dah faham mengenai tatacara pekerjaan haji. Rukun dan Wajib haji semuanya difahamkan berkali-kali untuk mengelak dari membuat kesilapan di sana nanti.
Saya juga ada seorang sahabat yang bekerja sebagai Mutawif. Beliau dah 7 kali pergi menunaikan haji dan menceritakan pengalaman beliau di sana.
Ini menambahkan lagi kefahaman saya tentang haji. Terima kasih kepada Akhi Saufi atas segala tunjuk ajar.
PENGORBANAN
Sejujurnya, untuk menunaikan haji ni, terlalu banyak yang kami perlu korbankan demi menunaikan perintah Allah yang merupakan Rukun Islam yang wajib kita lakukan.
Pengorbanan pertama adalah kami terpaksa berjimat cermat untuk mengumpul wang bagi menunaikan haji.
Maklumlah, kami nak kumpul sekitar RM20k setiap seorang dalam masa satu tahun. Jumlah yang lebih tepat yang perlu dikumpul adalah RM21,900 x 2 = RM43,800 dalam masa satu tahun.
Seperti kata pepatah Arab. "Man Jadda Wajada". Sesiapa yang berusaha pasti dia dapat.
Setiap pusingan bisnes ternakan ayam saya, saya terpaksa menyimpan RM6000 hasil daripada keuntungan ayam yang saya peroleh.
Selepas 6 pusingan, saya berjaya mengumpul sekitar RM24,000. Alhamdulillah, wang saya mencukupi untuk tujuan ni.
Maria pulak, setiap bulan dia simpan duit gaji, dan tahan diri dari beli barang-barang yang tak perlu.
Alhamdulillah, duit yang kami perlukan pun dah mencukupi sekarang.
Selain tu, kami terpaksa menangguhkan hasrat kami untuk anak kedua.
Sekiranya Maria mengandung tahun ni, segala perancangan untuk menunaikan haji pasti terbantut, dan kami pun tak tahu bila kami boleh pergi pulak.
Kesian juga tengok Farees yang dah umur 2 tahun setengah, tak dak kawan nak main kat rumah. Terpaksalah dia main dengan Abi ngan Ummi dia saja.
Dan ada lagi satu yang saya terpaksa korbankan.
Bagi saya, ni pengorbanan terbesar yang terpaksa saya lakukan.
Saya terpaksa menangguhkan proses pembinaan reban baru saya di Bandar Baru, Kedah.
Topik ni saja memerlukan satu entry sebab banyak ceritanya. Nanti saya ceritakan.
Penangguhan ni tidak menyebabkan saya rugi, tetapi boleh menyebabkan saya tidak memperoleh keuntungan sekitar RM50,000. Bagi saya, tak pa lah, bukan rugi, cuma tak untung.
Dan saya yakin, rezeki adalah kurnian Allah, Dia akan memberi kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya.
Setiap satu yang kita gunakan ke jalan Allah, Allah pasti akan menggantikan dengan 700 kali lebih ganda.
Jika bukan di dunia, pasti di akhirat Allah akan berikan.
Tak pa lah, biarlah saya berkorban kali ni. Lagipun, apa yang saya kecapi selama ni pun adalah hasil pertolongan Allah.
Jadi, apa salahnya saya berkorban untuk Allah kali ni.
Semoga Allah memberkati usaha saya ni dan melipat gandakan rezeki kepada saya selepas ni.
Moga Allah beri yang terbaik. Amin.
SEGALANYA DIPERMUDAHKAN ALLAH
Bagi saya apa yang penting adalah niat kita.
Macam yang kita biasa dengar, kalau seseorang tu berhajat dan berazam untuk pergi menunaikan umrah atau haji, pasti Allah akan memudahkan urusannya ke arah tu.
Dan Alhamdulillah, saya betul-betul dah merasainya.
Tahun lepas 2010, saya berazam dan berniat nak menunaikan umrah. Alhamdulillah, dipermudahkan Allah.
Tahun ni 2011 pulak, saya berazam untuk menunaikan haji, dan Alhamdulillah, juga dipermudahkan Allah.
Memang benar apa yang dikata, kalau kita berniat dan berazam untuk menunaikan Haji dan Umrah, pasti Allah akan membuka jalan untuk kita. Syukur kepada Allah.
Satu perkara yang saya nak kongsi dengan para pembaca. Bila kita berniat saja nak pergi menunaikan haji dan sekiranya duit yang menjadi penghalang kita, berdoalah sungguh-sungguh kepada Allah.
Sepanjang usaha saya mengumpul duit untuk ke Haji, Allah betul-betul mempermudahkan segala urusan saya.
Alhamdulillah, hampir setiap pusingan ternakan ayam saya memperoleh keuntungan yang tertinggi jika dibandingkan dengan penternak-penternak ayam lain di zon utara ni.
Allah mempermudahkan urusan saya. Sebab itulah, usaha saya untuk mengumpul duit tu cepat berhasil.
Sebagai contoh, pada pusingan lepas sahaja, hampir kesemua penternak CP memperoleh keuntungan kurang dari RM1 seekor disebabkan pelbagai masalah yang dihadapi oleh setiap penternak.
Dan Alhamdulillah, saya masih lagi memperoleh keuntungan tertinggi dikalangan penternak.
Ia keuntungan kedua tertinggi yang saya peroleh sepanjang 6 tahun saya dalam industri ternakan ayam ni.
Alhamdulillah, saya yakin, bila kita berniat nak melakukan ibadah haji, pasti dan pasti Allah akan mempermudahkan urusan kita.
Yang penting, nawaitu mesti ada. Disamping usaha dan doa yang berterusan serta bertawakkal kepada Allah.
PERSIAPAN MENTAL DAN FIZIKAL
So.... what's next?
Dalam masa ni, saya dan Maria sedang mempersiapkan diri secara mental dan fizikal untuk menjadi tetamu Allah pada Nov 2011 ini.
Kami mula membeli barang keperluan secara fizikal.
Dan dalam masa yang sama, keperluan rohani juga perlu dimantapkan, seperti membiasakan diri menunaikan solat-solat sunat, dan menunaikan solat secara berjemaah di surau.
Ini adalah usaha kami bagi memastikan kami benar-benar bersedia untuk ke sana.
Mohon para pembaca semua doakan agar Allah mempermudahkan segala urusan kami di sana nanti, dan menjadikan kami sekeluarga sebagai tetamu yang paling istimewa di rumah Nya nanti. Amin.
Wassalam.
========
Entry Updated January 2012
Syukur Alhamdulillah, kami sekeluarga selamat menunaikan Haji pada Nov 2011.
Jemput baca perjalanan penuh Haji kami di sini:-
===================
Anda bakal menunaikan Umrah? Tapi belum tahu caranya?
Tonton 25 video ringkas ini yang menceritakan dengan detail perjalanan umrah.
Dan ianya PERCUMA! Click link di bawah:-
KURSUS UMRAH ONLINE PERCUMA!! (Sila Click)
Jemput baca pengalaman sebenar Puan Hajah Maria tentang kesihatan semasa semasa Umrah dan Haji.
(Sila Click)
================
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?
Hubungi kami untuk:-
KONSULTASI PERCUMA,
HARGA PRODUK TERBAIK DAN
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!
CONTACT : Click to CALL (019-2592731)
Click to WHATSAPP
FACEBOOK : Kam Maria Abdul Mutalib
INSTAGRAM : Kam Maria Abdul Mutalib
EMAIL : come_maria@yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~
EBOOK PERCUMA!
Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah.
Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!
==================
Adakah anda suka dengan perkongsian di Mariafirdaus.Com.My?
Nak dapatkan update blog terbaru terus ke WHATSAPP anda?
Click link ini : http://mariafirdausblog.wasap.my
Kami akan broadcast update blog terbaru yang bermanfaat, terus ke WHATSAPP anda. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami.
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?
Hubungi kami untuk:-
KONSULTASI PERCUMA,
HARGA PRODUK TERBAIK DAN
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!
CONTACT : Click to CALL (019-2592731)
Click to WHATSAPP
FACEBOOK : Kam Maria Abdul Mutalib
INSTAGRAM : Kam Maria Abdul Mutalib
EMAIL : come_maria@yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~
EBOOK PERCUMA!
Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah.
Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!
==================
Adakah anda suka dengan perkongsian di Mariafirdaus.Com.My?
Nak dapatkan update blog terbaru terus ke WHATSAPP anda?
Click link ini : http://mariafirdausblog.wasap.my
Kami akan broadcast update blog terbaru yang bermanfaat, terus ke WHATSAPP anda. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami.
COMMENTS