Assalamualaikum,
Menunaikan haji di usia muda. Sesuatu yang tak pernah terlintas difikiran saya dan Maria. Tak pernah tertulis di kamus hidup saya untuk menunaikan haji pada usia 30 tahun. Sebab bagi saya dahulu, haji hanya untuk orang tua. Haji hanya untuk orang yang pencen. Jadi, tunggulah saya bila dah berumur barulah saya pergi menunaikan haji.
Bahkan seperti orang lain, mungkin juga anda. Saya langsung tak fikir nak mendaftar untuk pergi menunaikan haji di Tabung Haji. Jahilnya saya pada waktu itu. Saya menyalahkan diri sendiri kerana tidak mengambil berat hal haji pada waktu itu. Kalau boleh diulang kembali waktu, pasti saya mendaftar haji selepas saya pulang dari United Kingdom pada tahun 2003 dahulu.
Semasa menunaikan Umrah pada April 2010, saya bertemu dengan seorang sahabat bernama Dr Nazri. Bagi saya dari segi ibadah di Mekah, saya lihat beliau jauh terkehadapan berbanding saya. Dia banyak melakukan tawaf sunat dan umrah sunat. Saya jarang melihat dia di hotel sebab kebanyakan masanya, dia berada di masjid. Ini yang sepatutnya berlaku kepada jemaah haji. Masa di masjid mesti lebih lama dari masa di hotel. Sebab kita pergi ke sana untuk beribadah, bukan untuk berehat.
Dr Nazri banyak berbincang dengan saya mengenai hasratnya untuk menunaikan haji pada tahun 2010. Dia menceritakan yang dia betul betul berhajat nak pergi menunaikan haji pada tahun itu. Dan dia mengajak saya sekali. Tapi, jauh disudut hati saya mana mungkin saya sempat mengumpul duit dalam masa yang begitu singkat iaitu dalam tempoh sekitar 5 bulan.
Dia banyak memberi motivasi kepada saya untuk pergi menunaikan haji pada usia muda. Dia kata banyak kelebihan pergi haji pada usia muda. Cepat atau lambat, haji adalah suatu rukun dan kita wajib melakukannya. Lebih baik dilakukan segera dari kita bertangguh kerana kita tak tahu bila maut akan menjemput kita. Jutaan terima kasih dan penghargaan saya buat Dr Nazri atas segala nasihat. Nasihat dan motivasi beliau banyak membuka hati saya untuk pergi menunaikan haji pada usia muda... Hanya Allah yang membalas segala jasanya.
Selepas balik dari Mekah, langkah pertama yang saya dan Maria lakukan adalah mendaftar haji di Tabung Haji. Dan selepas tu, mula berbincang dengan Maria bila masa terbaik untuk menunaikan haji. Kami membuat keputusan untuk menunaikan haji pada tahun 2011. Dan mula mengatur perancangan ke arah ini.
Pada masa itu, kami berfikir. Haji adalah suatu rukun dan wajib dilakukan oleh kita. Lakukan pada usia muda adalah lebih baik daripada melakukan pada usia tua. Lakukan haji ketika anak seorang adalah lebih baik daripada melakukan haji ketika anak 4-5 orang. Lakukan haji ketika anak masih kecil, adalah lebih baik daripada melakukan haji ketika anak sudah besar.
Selepas memikirkan itu dan ini, kami mula berbincang dengan ibu bapa saya yang sudahpun pergi menunaikan haji. Mereka menggalakkan kami pergi menunaikan haji pada usia muda. Dan Alhamdulillah, kami mendapat sokongan daripada semua pihak.
Dan apabila saya maklumkan kepada mertua saya, ibu mertua saya terus berhasrat untuk turut serta bersama kami. Alhamdulillah, hasrat hatinya yang terdetik ketika kami melakukan umrah terkabul. Dia nak pergi haji dengan anaknya. Alhamdulillah, Allah memilih kami untuk pergi sekali.
Saya diamanahkan untuk menguruskan semua urusan kami iaitu urusan mencari pakej swasta yang terbaik untuk kami. Dan setelah membuat penilaian, kami memilih untuk pergi haji melalui Syarikat Zahafiz Travel & Tours Sdn Bhd. Dan Alhamdulillah, saya rasa saya telahpun membuat pilihan yang tepat.
Ilmu-ilmu mengenai haji mula dicari. Satu perkara yang saya nak kongsi. Saya betul betul faham perjalanan haji selepas saya berbincang dengan sahabat saya, Ustaz Saufi yang sudah 7 kali menunaikan haji ketika beliau belajar di Madinah. Selepas saya faham perjalanan haji melalui beliau, barulah saya rasa mudah faham apa yang tertulis di buku dan apa yang disampaikan melalui ceramah ceramah dan kursus.
Saya mendengar ceramah Ustaz Shamsuri mengenai Haji berkali kali. Dan Alhamdulillah, saya semakin faham mengenai haji. Saya turut menghadiri Kursus Bersiri Asas Haji Anjuran Tabung Haji di Masjid Daerah Kerian. Kefahaman mengenai haji semakin jelas. Perasaan pergi menunaikan haji semakin membara. Hati semakin terpanggil dengan Kaabah.
Dan saya serta Maria terus berdoa, "Ya Allah, kami mohon kepada Mu, tetapkanlah masa yang terbaik untuk kami pergi menunaikan haji. Sekiranya kami pergi haji tahun ini adalah yang terbaik untuk kami di dunia dan akhirat, permudahkan urusan kami ke arah ini. Jika tidak, Kau tetapkanlah masa lain yang lebih baik untuk kami pergi menunaikan haji. Berikan yang terbaik untuk kami."
Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan buat kami sekeluarga. Kami bertemu dengan Syarikat yang sedia membantu menguruskan urusan haji kami. Dan bertemu dengan orang yang baik baik untuk memberi kefahaman kepada kami mengenai haji. Alhamdulillah. Allah memudahkan segalanya. Sujud syukur saya kepada Nya.
Yakinlah dengan janji Allah. Selangkah kita nak mendekatkan diri kepada Allah. Seribu langkah Allah akan datang menghampiri kita. Berusahalah untuk mencari hamba yang terbaik di sisi Allah. Allah hanya akan menilai kita berdasarkan ketakwaan kita. Mana mungkin kita berkata kita bertakwa kalau kita memberi seribu satu alasan untuk melengah lengahkan pemergian kita menunaikan haji.
Wassalam.

Assalam,
ReplyDeleteMembaca catatan kali membuat hati teringin sangat nak pegi haji lagi.
Semuga dalam rahmat Allah.
Jazakaullah