Assalamualaikum,
Setelah mendapat 'confirmation' daripada Zahafiz dan Tabung Haji mengenai jemputan menunaikan haji pada tahun ini. Saya mula memaklumkan kepada sahabat sahabat saya melalui Facebook.
Saya bertanya kepada mereka sekiranya ada diantara mereka yang mahu mengirim doa untuk saya baca di Tanah Suci, di tempat tempat yang afdhal berdoa, mereka boleh menghantar emel kepada saya. Tawaran ini turut dibuat melalui blog saya ini.
Tawaran saya ini mendapat sambutan yang menggalakkan. Emel masuk yang mengirim doa kepada saya mencurah curah. Bagi memudahkan saya, semua emel ini saya masukkan ke dalam satu folder khas. Ada pula yang menghantar emel, dan mengirim doa yang amat pendek. Mereka kata tidak mahu menyusahkan saya.
Menyusahkan? Ya, memang menyusahkan. Tetapi menyusahkan yang menyeronokkan saya. Semasa saya pergi menunaikan umrah dahulu pun, saya membuat tawaran yang sama. Cumanya, sambutan masa tu tak sehebat sambutan kali ini. Kalau dahulu, hanya sekitar 6-7 muka surat. Kali ini 26 muka surat.
Saya tak kisah.
Seorang sahabat saya menasihatkan saya untuk sentiasa mendoakan untuk orang lain. Apabila kita mendoakan sesuatu kepada oran lain, para malaikat akan mendoakan kita perkara yang sama sebanyak 10 kali. Dan doa para malaikat adalah lebih mustajab berbanding doa kita sendiri. Itulah sebabnya, saya tidak kisah mendoakan untuk para sahabat saya.
Sebab itulah saya betul betul tak kisah sekiranya ada orang yang menghantar doa yang panjang kepada saya. Lagi banyak saya mendoakan untuk dia, lagi banyak para malaikat mendoakan saya. Saya rasa, itu tawaran yang baik untuk kedua dua pihak. Kita semua mendapat manfaat yang sama. Win-win situation.
Semasa saya mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Shamsuri, beliau menjelaskan:
"Tiada hijab doa seorang sahabat kepada sahabat yang lain selagi doa itu tidak diketahui oleh orang yang didoakan itu"
Inilah kuasa doa. Doa untuk para sahabat teramat mustajab. Sekiranya anda ada hajat, dan amat mengharapkan hajat itu. Doakan hajat itu kepada sahabat sahabat anda, insya Allah, Allah akan kabulkan untuk anda sekali.
Beberapa hari sebelum saya pergi menunaikan haji, saya mula 'compile' semua doa doa itu didalam satu fail. Selepas itu, saya tersedar ada beberapa nama pengirim yang tidak termasuk dalam senarai doa saya. Saya mula mencari kembali emel mereka di folder yang saya simpan. Masya Allah, emel mereka hilang.
Astagfirullahal Azim. Macam mana boleh jadi macam ni. Saya gagal menjaga amanah orang dengan baik. Lalu, saya pantas menulis kembali dalam blog saya dengan menyenaraikan senarai nama doa doa mereka yang saya dah terima. Dan saya meminta kepada mereka yang tiada nama disitu untuk menghantar emel kepada saya semula.
Dan, Alhamdulilllah. Mereka cepat memberi respon kepada emel saya dengan menghantar semula emel doa mereka. Dan saya 'compile' kembali ke dalam satu fail yang akhirnya menjadi 26 muka surat. Malangnya, masih ada nama yang tertinggal yang saya tak sedar. Contohnya, Nurman Yaman. Saya ingat dia ada emel saya pada peringkat awal. Tetapi, nama dia tiada didalam senarai doa yang diterima. Saya memohon maaf kepada dia dan mereka lain yang mengalami masalah yang sama. Walau bagai mana pun, saya bersyukur kerana segala hajat hajatnya sudah pun diperkenankan Allah. Subhanallah. Allah Maha Mengetahui.
Walaubagaimana pun, ketika saya berada di Tanah Suci, saya ada menerima dua lagi emel kiriman doa. Walau pun terlewat, tetapi mereka termasuk dalam list saya.
Bagi meredakan keresahan saya dengan emel yang hilang, di Mekah, saya mendoakan :
"Ya Allah, ada sahabat sahabat aku yang hantar emel doa kepada ku, tetapi aku telah hilang emel mereka. Aku mohon kepada Mu, Kau kabulkan lah hajat hajat mereka dan Kau permudahkan urusan mereka"
Itu sahaja yang mampu saya lakukan. Sekali lagi, saya mohon maaf kepada mereka.
Bagi yang tersenarai. Tugasan saya mudah, saya print dan bawa satu set doa doa mereka dan saya bacakan doa doa itu di tempat yang mustajab.Tetapi bukan mudah kerana, semuanya 26 helai. Saya simpan doa ini dalam beg sandang saya. Dan sebagai 'back up', saya transfer doa ni dalam pdf file dan di simpan dalam handphone saya sebagai alternatif sekiranya kertas yang di print hilang.
Ada juga para sahabat yang datang berjumpa saya sebelum berangkat dan mengirim doa kepada saya secara lisan. Dari awal lagi, saya dah buat persiapan untuk kes kes macam ni. Semua kiriman doa secara lisan saya tulis dalam 'notes' handphone saya yang kemudiannya saya taip semula dalam fail doa saya.
Secara keseluruhannya, saya berasa bangga dapat mendoakan para sahabat saya yang berhajat, mudah mudahan apabila saya menyampaikan hajat para sahabat, Allah pula menyempurnakan hajat saya sendiri. Semoga Allah membantu.
Sekiranya anda berpeluang untuk menunaikan haji atau umrah, ambillah peluang yang sama. Jadikan pemergian kita itu bermanfaat untuk orang lain juga. Lebih ramai yang mendapat manfaat, lebih baik. Kerana... Kita memang hendak melakukan yang terbaik..
Wassalam

Alhamdulillah Allah maha mendengar dan memakbulkan doa mu utk sahabat2 mu wahai sahabatku Hj Firdaus. Alhamdulillah Allah juga telah memakbulkan doa kami sekeluarga walaupun tertinggal. Sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik dari perancangan kita. No hard feelings bro. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan semua hati2 hamba2Nya.
ReplyDeleteAssalam Hj,
ReplyDeleteAlhamdulillah.
Salam hormat