Assalamualaikum,
3 kali bertemu Prof Kamil, bukan sedikit ilmu yang saya peroleh. Terlalu banyak nasihat yang beliau berikan menusuk masuk ke dalam hati saya. Bagi saya, Prof bukan sekadar 'penceramah' haji, sebenarnya dia 'pakar motivasi' haji.
Kenapa? Berbanding dengan penceramah penceramah lain, apa yang Prof cakapkan lebih mudah difahami dan dihayati. Ini kerana beliau menceritakan pengalaman beliau yang realiti. Dan beliau hanya menceritakan apa yang telah beliau lakukan. Beliau tidak menyuruh orang lain buat sesuatu yang beliau sendiri tidak buat.
Maksudnya, apa yang beliau suruh buat adalah apa yang boleh dibuat secara realitinya. Sebab beliau sudah lalui dan sudah lakukan. Dan yang beliau amat amat tekankan, datang haji kita mesti berubah. Memperoleh Haji Mabrur mesti menjadi sasaran kita. Dan kita mesti berusaha untuk menjadi 'insan yang terpilih' supaya kita boleh masuk ke dalam golongan yang 'satu'.
Lantas, beliau menerangkan bagaimana untuk menjadi insan yang terpilih. Termasuk ke dalam golongan yang 'satu'. Berikut merupakan nasihat nasihat Prof yang amat berkesan dalam hati saya:
1) TIDAK SYIRIK
"Firdaus, rukun Islam yang pertama adalah mengucap dua kalimah syahadah. Kita berjanji hanya Allah yang kita sembah dan kita tidak akan sesekali menduakan Allah". Prof menyambung nasihat beliau kepada kami.
Kemudian beliau membaca maksud sepotong ayat Al Quran, Ayat 116, Surah An Nisa', "Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan dosa orang yang syirik dengan-Nya. Dan Dia mengampun dosa yang lain dari itu.”
Beliau menjelaskan, Allah boleh mengampunkan dosa semua umat manusia kecuali dosa syirik. Maksudnya, ini isu besar. Sekiranya kita ada melakukan perkara perkara yang menduakan Allah. Tempat kita di neraka. Nauzubillah.
Masalahnya, kita sebagai umat Islam selalu berkata. "Mana mungkin kita mensyirikkan Allah. Mana mungkin kita menyekutukan Allah". Ini yang kita rasa.
Tetapi hakikatnya, kita banyak melakukan amalan amalan syirik yang boleh menjejaskan akidah kita. Dan kita sewajarnya takut sekiranya dosa dosa ini tidak diampunkan Allah. Sudah pasti, kita tergolong dalam golongan 999 itu.
Sebagai contoh mudah, apabila kita sakit dan makan ubat. Kita kata, "Aku makan ubat ni yang baik sakit, kalau tak. Tak sembuh sembuh lagi la". Bunyi macam tak salah. Tetapi, kalau kita tersalah 'iktiqad'. Mengatakan yang menyembuhkan kita adalah ubat itu, kita boleh termasuk dalam golongan yang menyekutukan Allah.
Sepatutnya, kita mengatakan, "Alhamdulillah, selepas makan ubat ni. Allah sembuhkan aku".
Kita seharusnya mula 'menukar' cara kita bercakap. Kita selalu bercakap, Nasib Baik. Nasib baik. dan Nasib Baik.
"Nasib baik aku tak beli kereta tu, kalau tak susah aku sebab kereta tu kereta curi" sewajarnya ditukar kepada "Alhamdulillah, Allah gerak hati aku tak beli kereta tu. Rupa rupanya kereta tu kereta curi".
Sekarang ini, kita kena banyak sebut, Alhamdulillah. Kita kena ingat. Semua yang berlaku kerana Allah. Bukan sebab yang lain.
Contoh lain, apabila hendak buat kenduri pada musim hujan, kita meminta bantuan dari 'bomoh' untuk tolak hujan. Selepas itu, ada pantang larangnya yang perlu kita ikut. Tambahan pula, pantang larang yang disuruh tak logik difikirkan. Tapi kita ikutkan jua.
Dan ditakdirkan Allah, pada hari itu tidak hujan. Kita mula berkata, "Nasib baik aku minta tolong dari 'bomoh' tu. Tak hujan betul hari ini". Kita seolah olah merasakan hari itu tidak hujan sebab bomoh itu. Bukan kerana Allah yang tidak menurunkan hujan hari itu. Ini semu boleh dikategorikan sebagai menyekutukan Allah.
Apa salahnya, kita minta doa terus dari Allah. Minta doa bersungguh sungguh supaya Allah tidak menurunkan hujan di tempat kita pada hari itu. Itu lebih mudah. Dan Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba Nya.
Prof juga menegur, ada jemaah yang menunaikan haji, meletakkan Surah Yasin di dalam beg. Niatnya hanya satu. Supaya pihak imegresen tidak memeriksa beg mereka. Kenapa perlu begitu. Kenapa kita perlu 'berharap' pada surah Yasin. Kenapa kita tidak gantung harap kepada Allah. Nampak macam betul, tapi hakikatnya ia salah. Tapi, kita tidak sedar.
Bukan ini sahaja, banyak lagi contoh contoh lain yang kita sebagai 'orang Melayu' lakukan yang bercanggah dengan aqidah kita. Tidak perlu saya huraikan semuanya.
Syirik merupakan isu besar. Maka, untuk menjadi 'insan' terpilih, kita tidak boleh ada dosa ini. Namun, dalam masa yang sama, kita kadang kadang ada melakukan dosa ini tanpa kita sedari.
Apa yang harus kita lakukan? Berdoalah. Memohon ampunlah dari Allah.
"Ya Allah, ampunkanlah dosaku sekiranya aku ada mensyirikkan Mu. Menduakan Mu. Sekiranya ia berlaku, ia bukan diatas kemahuan ku, tetapi ia berlaku diatas kejahilanku. Kau ampunkan dosa syirikku"
Ini yang perlu kita doakan setiap kali lepas solat. Setiap hari. Mudah mudahan, sekiranya kita ada melakukan dosa dosa syirik yang tidak kita sedari, Allah akan mengampunkan kita. Mudah mudahan kita termasuk di dalam golongan yang satu.
Saya mula menyedari kepentingan doa ini. Terus, doa ini termasuk dalam doa harian saya.
Terima kasih kepada Prof di atas nasihat yang 'simple' ini, tapi teramat signifikan buat saya di dunia dan akhirat. Semoga saya tidak lagi melakukan 'syirik-syirik' kecil ini. Dan sekiranya terbuat pun, semoga Allah ampunkan.
Kepada masyarakat Malaysia, khasnya Melayu, berhati hatilah. Kadang kadang banyak yang 'orang orang tua cakap' betul pada adat. Tapi salah pada agama. Berhati hatilah. Semoga kita tidak termasuk dalam golongan orang yang syirik. Nauzubillah.
2) SOLAT BERJEMAAH
Prof amat menitik beratkan Solat Fardhu Berjemaah. Bunyinya mudah, tetapi hanya 'insan' terpilih sahaja yang boleh istiqamah melakukannya. Tidak kiralah, berjemaah di Masjid, berjemaah di Surau, berjemaah bersama rakan sekerja di pejabat. Pokoknya, Solat Berjemaah yang bersesuaian dengan keadaan kita.
Prof bertanya kepada kami berdua, "Di Malaysia ada tak menunaikan solat di masjid secara berjemaah setiap waktu?".
Kami hanya mampu menggelengkan kepala.
Ikhlas saya katakan, walaupun surau hanya di hadapan rumah saya. Saya tak mampu menunaikan solat secara berjemaah sepenuhnya di sana.
Kadang kadang, saya sendiri yang mencipta alasan untuk tidak bersolat jemaah. Memilih untuk bersolat berseorangan di rumah. Ini saya, yang ada sedikit ilmu agama, yang ada kesedaran agama, yang rumah dekat dengan surau. Tapi, masih terbabas. Saya tak mahu berbicara mengenai orang lain.
"Di padang masyar nanti, soalan yang pertama ditanya kepada kita adalah mengenai solat." Ujar Prof. Adakah kita solat diawal waktu, adakah kita solat berjemaah, adakah kita solat bersendirian, adakah solat kita khusyuk, adakah kita bersolat sekadar melepaskan batuk di tangga.
Jadi untuk menjawab dengan 'kemas' semasa di padang masyar, tiada pilihan lain melainkan kita menunaikan solat secara berjemaah.
Ia amat dituntut oleh nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W. Ia amat dititik beratkan oleh baginda. Tetapi diringan ringankan oleh kita.
Apabila kita menunaikan solat secara berjemaah, sudah pasti pahalanya lebih. Sudah pasti kita bersolat diawal waktu, dan sudah pasti lebih sempurna berbanding bersolat bersendirian. Pokok pangkalnya, semuanya lebih jika kita bersolat berjemaah.
Mengapa kita memilih untuk bersolat bersendirian.
Prof mengajak kami untuk beriltizam bagi menunaikan solat secara berjemaah di masjid pada setiap waktu ketika berada di Tanah Suci. Jangan sesekali menunaikan solat di hotel secara bersendirian. Dan mohon doa daripada Allah, agar boleh diteruskan amalan ini apabila berada di Malaysia nanti.
Kemudian, Prof mendedahkan. "Firdaus, saya betul betul mengambil berat solat secara berjemaah. Tahu tak, sejak saya menunaikan haji 5 tahun yang lepas, baru dua kali saya tidak bersolat jemaah. Yang lain semuanya saya bersolat jemaah".
Subhanallah. Saya tergamam mendengar. Sungguh saya tak sangka. Ada orang yang mampu buat begini. Sesuatu yang tidak mampu difikirkan. Bagaimana ada orang boleh istiqamah sebegini. Tidak lain tidak bukan, kerana Allah telah memilih beliau untuk menjadi 'insan terpilih'. Kerana, beliau sendiri yang berazam dan mahu masuk ke dalam golongan yang 'satu' itu. Allah memudahkannya.
Kisah ini memberi pengajaran kepada saya. Memberi keazaman baru kepada diri saya. Mencorakkan hidup saya ke arah yang lebih baik. Saya mesti melakukannya. Saya mesti menunaikan solat secara berjemaah.
Dan segala-galanya bermula di Tanah Suci. Kalau saya gagal di Tanah Suci, pasti saya gagal di Malaysia nanti. Kepada Allah jua saya panjatkan doa.
Prof menambah, 'Kalau dah betul betul nak buat, lakukannya semata mata kerana Allah. Semata mata kerana Allah. Insya Allah, Allah akan bantu. Yang penting, lakukannya semata mata kerana Allah"
Insya Allah Prof. Akan saya lakukan. Moga Allah bersama saya.

Salam sejahtera,
ReplyDeleteSaya doakan tuan diberkati dan dirahmati Allah.
Barangkali saya tersilap, solat yang pertama sekali yang akan dihisab, bukan ditanya di dalam kubur.
MKI
trm kasih kerana sudi berkongsi nasihat Prof dan pengalaman haji Tuan. Semoga Tuan dan keluarga dirahmati Allah
ReplyDelete-MR-
Assalam,
ReplyDeleteSemuga kita semua menjadi insan NYA yang 'SATU' seperti yang dinasihatkan oleh prof. Kami mohon pertolongan MU, ya Allah. Permudahkanlah bagi kami melaksanakannya.
Semuga tuan haji dan keluarga beserta prof dan keluarga di redhai Allah.
Barakaullahufikum
Jazakaullahukhairan kathira'
AJ