VERSI TERBARU.... SILA BACA SEMULA
Assalamualaikum,
SEJARAH MASJID NABAWI
Masjid Nabawi terletak ditengah tengah kota Mekah. Masjid ini dibina oleh Rasulullah dan para sahabat pada tahun 622M.
"Pahala mengerjakan solat dalam masjidku ini ( Masjid Nabawi ) adalah 1000 kali lebih daripada bersolat di masjid masjid lain kecuali Masjidil Haram" Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim.
Inilah kelebihan Masjid Nabawi.
Pada peringkat awal, Rasulullah dan para sahabat membina masjid ini sekitar 850.5 meter persegi sahaja. Dinding masjid ini adala hasil campuran batu dan tanah. Manakala tiangnya pula terdiri daripada batang batang tamar. Atapnya pula terdiri dariada pelepah dan daun tamar serta ia berlantaikan tanah liat sahaja.
Pada peringkat awal, masjid ini berqiblatkan Baitul Maqdis. Namun apabila sampai satu masa Allah memerintakan Rasulullah untuk menukarkan kiblat ke Kaabah, Malaikat Jibril telah datang turun kepada Rasulullah untuk membantu menentukan arah kiblat yang baru.
Malaikat Jibril kemudiannya menuding jari ke arah Kaabah, lalu terbelah segala bukit bukau sehingga Rasulullah nama dengan jelas akan Kaabah. Selepas itu, bukit bukit yang terbelah itu kembali seperti sediakala.
Zaman silih berganti, masjid ini mengalami pembesaran bagi menampung bilangan jemaah yang semakin bertambah. Dan yang terakhir dilakukan oleh Raja Fahd Ibni Abdul Aziz yang dimulakan pada 1405H. Sekarang ini, Masjid Nabawi boleh menampung bilangan jemaah sebanyak 650,000 orang dalam satu masa dan boleh mencecah sehingga 1 juta orang pada musim haji.
VIDEO KLIP MASJID NABAWI
KISAH KAMI JEMAAH ZAHAFIZ
Jemaah kami, KT21 tiba di Madinah pada hari Khamis. Rakan kami, dari Jemaah Zahafiz Kumpulan II tiba sehari selepas kami. Mereka dari KT24.
Kami mendapat berita mereka diberi 'hidangan istimewa' oleh Allah ketika di KLIA. Kapal terbang mereka rosak dan perlu diperbaiki.
Kesannya, mereka lewat 7 jam dari waktu yang dijadualkan. Mereka semua terpaksa berehat di ruang menunggu KLIA. Masya Allah. Allah menguji mereka seawal minit pertama perjalanan haji mereka.
Alhamdulillah, saya dikhabarkan semua jemaah redha dengan ujian Allah ini. Ramai yang bersyukur kerana kapal terbang ini rosak ketika di atasa darat. Kalau ia rosak ketika di udara, lagi susah. Nauzubillah.
Pada hari Sabtu, kami semua jemaah Zahafiz dibawa Ziarah Dalam masjid. Antara kawasan yang dilawat bagi aktiviti Ziarah Dalam ini ialah Perkuburan Baqi', Raudhah dan juga Makam Rasulullah dan para sahabat.
Saya tidak turut serta. Ini kerana saya sudah pun mengetahui tempat tempat ini. Lagipun, pada malam sebelum itu, saya mula berqiamullail seperti yang Prof cadangkan. Saya bangun pada pukul 1.30 pagi dan beribadah di masjid sehingga waktu Subuh. Jadi, saya amat mengantuk dan perlu berehat.
Memandangkan waktu ziarah dalam itu sekitar pukul 7.00 pagi bertembung dengan waktu tidur saya, saya terpaksa tidur. Ini bagi membolehkan saya pergi ke masjid pada pukul 10.00 pagi.
Namun, untuk entry kali ini. Saya akan memasukkan gambar gambar ziarah dalam yang saya lakukan sendiri untuk dikongsi dengan para pembaca.
ZIARAH DALAM SENDIRI
1) Luar Masjid Nabawi

Sama sama kita saksikan keindahan Masjid Nabawi.

Gambaran luar masjid selepas waktu solat. Jemaah sedang keluar dari masjid.
Gambaran di luar masjid selepas solat Isyak
Pintu masuk untuk jemaah wanita. AWAS. ANDA AKAN DIRABA di sini. Oleh Polis Wanita. Mereka mencari sekiranya anda membawa telefon atau kamera ke dalam masjid. Jemaah wanita tidak dibenarkan membawa kamera dan telefon ke dalam masjid bagi mengelak terambil gambar wanita lain yang tidak menutup aurat dengan sempurna di bahagian dalam.
Payung di luar masjid yang begitu cantik. Ini bagi mengelak jemaah kepanasan apabila bersolat diluar ketika masjid sudah penuh di dalam.

3) Raudhah
Raudhah merupakan salah satu tempat yang mulia yang terletak dalam Masjid Nabawi. Ia terletak bersebelahan dengan Makam Rasulullah S.A.W. Pada asalnya, Raudhah terletak diantara rumah Rasulullah di sebelah timur dan mimbar Masjid Nabawi di sebelah barat.
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud, "Di antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman daripada taman taman syurga". (Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim )
Raudhah merupakan tempat ibadah utama dalam Masjid Nabawi buat Rasulullah dan para sahabat. Di sinilah juga tempat turunnya wahyu, majlis ilmu dan sebagainya.
Pada masa kini, kawasan Raudhah dikenali dengan perbezaan warna karpet berbanding tempat tempat lain. Karpet di Raudhah berwarna hijau manakala di kawasan lain berwarna merah.
Apabila kita ke sana, pastikan kita berusaha untuk pergi bersolat dan berdoa di Raudhah kerana di situ adalah salah satu tempat yang mustajab untuk kita berdoa.

Inilah kawasan Raudhah. Taman syurga yang terletak didunia. Pada waktu haji, kawasan ini penuh sesak dan terpaksa berebut rebut untuk masuk ke kawasan ini.
Raudhah terletak diantara rumah nabi dan juga mimbar nabi. Sebelah kanan adalah rumah Nabi dahulu. Dan sebelah kiri adalah mimbar nabi. (Tiada dalam gambar)
Karpet yang membezakan kawasan Raudhah dan Bukan Raudhah. Yang warna hijau adalah Raudhah dan yang merah bukan Raudhah
Jalan yang digunakan oleh jemaah perempuan untuk ke Raudhah. Kain pemisah ini dipasang untuk mengasingkan bahagian lelaki dan perempuan
Kawasan Raudhah untuk wanita. Di sebelah yang padat sana adalah Raudhah. Di sini bahagian karpet merah bukan Raudhah.
4) Makam Rasulullah Dan Sahabat
Rasulullah telah wafat pada pagi Isnin bersamaam 12 Rabiulawal 11 Hijrah di bilik Saidatina Aisyah ketika baginda berumur 63 tahun.
Bagina telah meninggal dunia setelah sakit beberapa hari. Selepas jenazah disempurkan, jasad Baginda telah dimakamkan dalam sebuah bilik Saidatina Aisyah pada hari keesokannya.
Selepas 2 tahun 3 bulan memegang tampuk pemerintahan selepas kewafatan Rasulullah, Saidina Abu Bakar pula jatuh sakit dan terus meninggal dunia. Sebelum meninggal dunia, beliau telah meminta izin daripada anaknya, iaitu Saidatina Aisyah untuk dikebumikan disebelah Rasulullah. Permintaan beliau telah dipersetujui oleh anaknya itu.
Selepas itu, tempat beliau diambil oleh Saidina Umar. Saidina Umar memerintah empayar Islam selama 10 tahun 6 bulan sebelum ditikam oleh seorang Majusi bernama Abu Lu'luah.
Saidina Umar cedera parah akibat ditikam. Sejurus selepas ditikam, beliau terus meminta anaknya untuk berlari ke rumah Saidatina Aisyah untuk meminta izin jenazahnya dimakamkan disebelah Rasulullah dan Saidina Abu Bakar. Saidatina Aisyah bersetuju untuk diberikan tempat itu kepada Saidina Umar walaupun pada peringkat awal, Saidatina Aisyah sudah 'reserve' tempat itu untuk beliau sendiri.
Akhirnya, Saidatina Aisyah mengambil keputusan agar jenazahnya dikebumikan di Perkuburan Baqi' sahaja bersama isteri isteri Rasulullah yang lain. Semua isteri Rasulullah dikuburkan di Perkuburan Baqi kecuali Siti Khadijah dan juga Maimunah yang dikuburkan di Mekah.

Makam Rasulullah, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar terletak di sini.
Inilah tempat tempat yang dibawa untuk aktiviti ziarah dalam di kawasan Masjid Nabawi.
Wassalam
* Cerita tempat tempat bersejarah ini diambil dari buku IBADAT HAJI, UMRAH DAN ZIARAH TERBITAN LEMBAGA TABUNG HAJI.
* KREDIT KEPADA www.suziey.com KERANA ADA SEDIKIT GAMBAR DI ATAS DIAMBIL DI SITU
PERKUBURAN BAQI'
Perkuburan Baqi' ini terletak bersebelahan Masjid Nabawi. Disinilah terletaknya makam 10,000 para sahabat, isteri isteri Rasulullah termasuk Saidatina Aisyah.
Perkuburan Baqi' dibuka untuk ziarah di bahagian dalam hanya untuk lelaki sahaja. Iaitu selepas Subuh dan Selepas Asar. Sekitar satu jam. Orang perempuan hanya boleh menziarahi perkuburan ini dari luar sahaja.
Berdasarkan pengalaman saya, setiap waktu solat fardhu di Masjid Nabawi. Pasti ada solat jenazah. Dan kebiasaanya 3-8 jenazah disolatkan pada satu satu masa.
Dan pahala mensolatkan jenazah adalah 1 kirat. (Bersamaan 1 Bukit Uhud. Dan Bukit Uhud ini adalah bukit yang paling besar dan panjang di Madinah). Dan bersolat di Masjid Nabawi pahalanya 1000 kali ganda berbanding bersolat di masjid lain. Bayangkan besarnya pahala yang kita peroleh bila menunaikan solat jenazah di masjid ini. Bersamaan dengan 1000 Bukit Uhud. Subhanallah. Besar sungguh pahala yang Allah tawarkan.
Perkuburan Baqi' dibuka untuk ziarah di bahagian dalam hanya untuk lelaki sahaja. Iaitu selepas Subuh dan Selepas Asar. Sekitar satu jam. Orang perempuan hanya boleh menziarahi perkuburan ini dari luar sahaja.
Berdasarkan pengalaman saya, setiap waktu solat fardhu di Masjid Nabawi. Pasti ada solat jenazah. Dan kebiasaanya 3-8 jenazah disolatkan pada satu satu masa.
Dan pahala mensolatkan jenazah adalah 1 kirat. (Bersamaan 1 Bukit Uhud. Dan Bukit Uhud ini adalah bukit yang paling besar dan panjang di Madinah). Dan bersolat di Masjid Nabawi pahalanya 1000 kali ganda berbanding bersolat di masjid lain. Bayangkan besarnya pahala yang kita peroleh bila menunaikan solat jenazah di masjid ini. Bersamaan dengan 1000 Bukit Uhud. Subhanallah. Besar sungguh pahala yang Allah tawarkan.
Inilah tempat tempat yang dibawa untuk aktiviti ziarah dalam di kawasan Masjid Nabawi.
Wassalam
* Cerita tempat tempat bersejarah ini diambil dari buku IBADAT HAJI, UMRAH DAN ZIARAH TERBITAN LEMBAGA TABUNG HAJI.
* KREDIT KEPADA www.suziey.com KERANA ADA SEDIKIT GAMBAR DI ATAS DIAMBIL DI SITU
Assalam,
ReplyDeleteVery informative and very nice pictures.
Maha Suci Allah! Terima kasih berkongsi sejarah Madinah dan gambar gambar ini yang membuat hati digamit rindu sangat untuk menziarah masjid Nabawi.
Semuga ALlah rhmati tuan haji dan keluarga.
AJ