CARA ORDER SHAKLEE ONLINE - HARGA TERMURAH TERUS DARI HQ!

Travelog Haji - Part 26 - Sesaknya Raudhah

Assalamualaikum,

RAUDHAH DIWAKTU PAGI

Pada hari kedua saya di Madinah, saya pergi seawal jam 1.45 pagi ke Masjid. Saya teringat kata kata Prof, pergilah ke Raudhah pada pukul dua pagi, pasti ada ruang kosong di situ.

Dalam perjalanan menuju ke masjid, hati ini berdoa "Ya Allah, berilah ruang untuk aku beribadah di Raudhah". Ini sahaja yang saya doakan. Diselang seli dengan doa "Rabbiyassir Wala Tuassir" yang bermaksud "Ya Allah pemudahkan aku. Jangan Kau susahkan".

Tepat pukul 1.55 pagi saya sudah berada di kawasan hadapan masjid. Apa yang saya lihat. Kawasan Raudhah masih lagi ditutup untuk pembersihan selepas digunakan oleh jemaah wanita.

Tetapi, tabir pemisah yang tinggi sudahpun dibuka. Yang tinggal tabir pemisah yang rendah sahaja. Dan sudah ramai orang berkumpul dihadapan tabir ini. Menanti ia dibuka.

Memandangkan sehari sebelum itu, saya sudah berhadapan situasi yang sama. Saya berada berdekatan dengan kawasan tabir yang saya lihat semalam awal awal sekali dibuka.

Jangkaan saya tepat. Jam 2.00 pagi tepat. Tabir dihadapan saya dibuka dahulu. Dan saya mula perhatikan ada 2 tabir lain juga yang turut dibuka secara serentak. Ini bermakna ada 3 tempat tabir ini dibuka secara serentak. Ini memudahkan tugas saya untuk masuk ke Raudhah pada waktu lain.

Pintu tabir dibuka, orang ramai terus berlari menuju ke Raudhah. Saya tidak terkecuali. Saya berlari dengan pantas, tetapi agak sukar kerana saya berstokin. Agak licin apabila stokin bergesel dengan karpet.

Alhamdulillah, Allah menyediakan ruang untuk saya di Raudhah. Lebih istimewa, saya boleh memilih di mana sahaja saya mahu kerana waktu itu Raudhah masih kosong. Menanti jemaah yang berlari tadi mengambil tempat.

Dalam sekelip mata, ruang Raudhah penuh. Penuh sepenuhnya. Walaupun penuh, masih ada lagi orang yang terus masuk ke situ. Ruang yang tadi kosong terus sempit dalam kurang dari 2 minit.

Apabila saya berada di Raudhah pada waktu pagi, saya bersolat sunat Tahjud 2 rakaat, kemudian bersolat sunat Hajat 2 rakaat dan terus berdoa.

Untuk malam yang pertama ini, saya bersyukur kerana segala urusan saya dipermudahkan. Saya berdoa dalam keadaan sujud hampir 20 minit. Rasanya, dalam seumur hidup. Inilah sujud saya yang paling lama. Hati saya gembira.

Terus saya sujud syukur kerana semua yang dihajati dibantu oleh Allah.

Selepas beribadah disitu sekitar 30 minit, saya keluar dari Raudhah untuk menuju ke tempat lain di dalam masjid. Untuk meneruskan ibadah ibadah saya yang seterusnya.


Mihrab ni dikatakan tempat Nabi pernah bersolat dahulu. Terlalu ramai orang yang berebut untuk bersolat disini.

Orang ramai bersesak mencari ruang solat di Raudhah

Corak tiang inilah yang menandakan kita berada di Raudhah

RAUDHAH DI WAKTU PETANG

Prof Kamil memberi cadangan yang tepat. Tidur selepas solat Zuhur sekejap benar benar memberi rehat yang cukup kepada tubuh badan.

Selepas tidur sekejap dan bangun, badan terasa puas berehat. Bersedia untuk 'dikerjakan' semula sehingga waktu Isyak.

Saya biasanya menuju kembali ke masjid pada pukul 2.30-2.45 petang. Dan tiba di kawasan hadapan Raudhah sebelum pukul 3.00 petang.

Memandangkan saya sudah tahu tabir pemisah mana yang akan dibuka dahulu, saya bersedia di situ. Saya yang terkehadapan. Saya mahu saya yang pertama tiba di Raudhah. Dan saya bebas memilih tempat yang saya mahu.

Orang ramai mula berebut dihadapan tabir pemisah. Terlalu banyak tabir pemisah, orang ramai yang tidak tahu pintu mana dahulu yang akan dibuka menunggu di pintu yang salah. Melainkan mereka yang sudah membuat pemerhatian awal sahaja akan berada di tempat yang betul.

Dan setiap kali saya menunggu di tabir itu, Alhamdulillah. Memang itu yang dibuka dulu. Sama ada yang pertama dibuka, kedua atau ketiga. Yang pasti, bila dibuka ruang untuk saya di Raudhah masih tersedia. Alhamdulillah.

Seingat saya, saya dapat memasuki kawasan Raudah setiap kali saya berhajat untuk masuk. Ada kalanya, kebiasaannya saya bersolat Asar di situ. Jika tidak pun, saya bersolat Asar di Saf hadapan masjid.

MEMBERI RUANG

Beribadah di ruang Raudhah memberi satu kepuasan buat saya. Menambah lagi kemanisannya kerana saya berasa mudah untuk dapat masuk ke situ. Walaupun, ramai jemaah yang kata mereka sukar untuk masuk ke kawasan itu. Alhamdulillah. Segalanya ketentuan Allah jua. Mungkin ini berkat doa saya sejak dari Malaysia lagi yang memohon Allah permudahkan saya untuk beribadah di dalam Raudhah.

Satu yang pasti, saya bersyukur kerana Allah memberi saya ilham bagaimana mahu masuk ke dalam Raudhah sejak hari pertama. Ilmu yang tiada di dalam kursus haji dan tiada di dalam buku. Mereka yang tidak tahu, pasti mengalami sedikit kesukaran untuk masuk ke situ.

Alhamdulillah, dalam hati saya tertanam perasaan untuk 'memberi'. Inilah juga yang diajar oleh Prof Kamil dalam buku Travelog Haji. Jangan takut untuk 'memberi' ruang kepada orang lain.

Biasanya, ketika saya bersolat dan berdoa di Raudhah, pasti dan pasti ada jemaah yang tercari cari ruang untuk menunaikan solat sunat dan berdoa di situ. Tapi, kadang kala ia bukan mudah.

Hati saya selalu terpanggil untuk membantu jemaah yang 'tercari-cari' tempat untuk bersolat dan berdoa. Kebiasaannya, saya mencari jemaah Malaysia juga. Lebih mudah untuk berbicara.

Biasanya, di Raudhah saya bersolat 4 rakaat. Kemudian, saya berdoa. Saya tahu, semasa saya berdoa, ruang tempat saya duduk itu boleh digunakan oleh jemaah lain untuk bersolat sunat.

Jadi, saya memerhati disekeliling sekiranya ada jemaah Malaysia. Kalau ada terus saya panggil ke tempat saya.

"Haji, saya dah bersolat. Sekarang saya nak berdoa sahaja. Haji boleh bersolat dan berdoa di tempat saya".

Mereka yang menerima tawaran saya selalunya berterima kasih dan mendoakan saya. Saya gembira.

Untuk berdoa, saya berdiri betul betul dibelakang tempat mereka bersolat. Biasanya, sekiranya saya membaca doa doa yang dikirim oleh para sahabat dari Malaysia. Ia akan mengambil masa selama satu jam. Di Raudhah selalu menjadi keutamaan tempat saya berdoa.

Selepas jemaah tadi menunaikan solat beberapa rakaat dan berdoa. Mereka memberikan tempat itu kembali kepada saya. Lalu saya mencari jemaah lain pula. Yang masih tercari cari ruang. Yang pasti, saya akan memberi kepada jemaah Malaysia.

Sebabnya, jemaah Malaysia akan memberikan kembali tempat itu kepada saya selepas mereka selesai berdoa. Jemaah negara lain ada yang mengambil kesempatan diatas 'kebaikan' saya. Mereka mahu terus duduk di tempat itu.

Itulah rutin saya di sebelah pagi. Saya mencari sekitar 4 orang untuk diberi ruang.

Dilubuk hati saya selalu berdoa, "Ya Allah, Kau berilah ruang kepadaku di Raudhah apabila aku memerlukan seperti mana aku memberi ruang kepada orang lain untuk beribadah di sini"

Dan kesannya. Saya sentiasa dipermudahkan Allah apabila hendak masuk ke dalam Raudhah. Syukur saya kepadanya. Mungkin inilah keberkatan apabila kita 'memberi' ruang kepada orang lain. Allah jua memberi ruang kepada kita.

Dan selalunya, saya tidak 'terlalu' lama di Raudhah. Apabila puas berdoa, saya akan keluar. Saya tak kisah. Saya rasa dalam kesesakan orang yang begitu ramai, orang lain juga ingin bersolat sunat di Raudhah. Mereka juga mahu berdoa di Raudhah.

Dan sekiranya saya 'parking' terlalu lama di Raudhah, ini mengurangkan peluang orang lain untuk bersolat dan berdoa di situ. Biarlah kita sesama jemaah haji semua dapat beribadah di sini. Biarlah semua gembira. Biarlah semua bersuka. Dapat beribadah seadanya.

SAF DI DALAM SAF

Bukan mudah untuk dapat menunaikan solat fardhu dalam kawasan Raudhah. Untuk musim haji kali ini, saya dapat menunaikan solat Fardhu beberapa kali di Raudhah. Kebiasaannya solat Asar.

Sebab saya masuk ke Raudhah pada pukul 3.00 petang dan solat Asar pula pada pukul 3.30 petang. Jadi, masa menunggu yang tidak terlalu lama.

Yang menjadi masalahnya, terlalu ramai orang yang ingin bersolat fardhu di dalam kawasan Raudhah. Kadang kala, saya dah tak nampak ruang mana orang nak duduk. Tapi, yang datang masuk ke kawasan itu tak henti henti. Yang sudah berada di dalam, tak pula keluar.

Kesannya, Raudhah sesak. Masalah bertambah apabila dekat masuk waktu Solat Fardhu.

Tiba tiba sahaja ada 'saf' baru yang wujud di depan saf kita.

Contoh mereka yang mendirikan saf di dalam saf. Yang duduk berada di saf yang betul. Tetapi yang berdiri itu sedang membina saf baru di hadapan saf yang sedia ada. Ruang ini pasti sempit semasa rukuk dan sujud nanti.

Perkara ini memang biasa terjadi. Bila berlaku begini, kita kena berbudi bicara dan bertolak ansur. Kita semua nak menunaikan solat. Bayangkan jika kita berada di tempat mereka.

Bila berlaku, saya tak pernah nak marah. Saya bersolat macam biasa. Adakalanya, bila bersolat di sini, saya terpaksa bersujud di 'celah kaki' orang lain dan orang belakang pula bersujud di 'celah kaki' saya. Nak buat macam mana. Dah kita berada di kawasan yang sesak. Begitulah lumrahnya. Tetapi, hal ini jarang jarang berlaku. Tetapi, kita harus bersedia.

MENGAJAK JEMAAH MALAYSIA

"Assalamualaikum, Haji baru sampai ka?" Saya menyapa jemaah Malaysia yang memakai vest Gemilang Sdn Bhd.

"Waalaikumsalam, saya baru sampai 3 hari", beliau menjawab.

"Haji dah dapat masuk ke Raudhah belum?", saya bertanya.

"Ini lah, dah 3 hari saya datang. Tak dapat masuk lagi. Orang ramai sangat", jemaah itu mengeluh.

"Kalau macam tu, jom ikut saya. Insya Allah. Saya tak janji boleh masuk. Tapi saya boleh bantu untuk kita masuk ke Raudhah", saya meyakinkan beliau.

Alhamdulillah. Beliau pantas mengikut saya sehingga ke hadapan. Jam di tangan menunjukkan sekitar 2.55 petang. Sedikit masa lagi pasti tabir ini dibuka. Saya menunggu di tempat yang biasa saya tunggu.

Semasa menunggu, ada jemaah Malaysia yang lain melalui kawasan itu. Saya turut mengajak mereka ke Raudhah. Semua gembira dan tidak sabar setelah mendengar tips dari saya. Saya mengingatkan, masa pintu dibuka tak perlu ikut saya. Lari sahaja ke Raudhah.

Jam 3.00 petang, pekerja yang ditugaskan membuka tabir itu tiba tiba tidak membuka pintu dimana saya dan jemaah Malaysia ini menunggu. Dia membuka pintu selang dua pintu dari kami. Masya Allah. Saya terpaksa berlari balik ke arah belakang dan terus menuju ke Raudhah. Masa ini saya sudah tak sempat nak melihat mereka. Orang terlalu ramai.

Setibanya di Raudhah, ia hampir penuh. Tapi masih ada ruang untuk saya. Saya memerhati sekeliling mencari jemaah yang ingin saya bantu tadi. Hanya 2 daripada 3 yang dapat memasuki Raudhah.

Saya tak nampak jemaah yang memakai vest Gemilang Sdn Bhd tadi. Masya Allah. Saya berharap beliau turut dapat masuk ke Raudhah. Mungkin saya sahaja yang tidak nampak. Mudah mudahan.

Inilah yang biasa saya lakukan sebelum masuk ke Raudhah. Saya sedaya upaya mencari jemaah Malaysia. Mengajak mereka ke Raudhah dan memberi tips yang sama. Ramai yang gembira dengan tips yang saya berikan. Ini sahaja cara paling mudah untuk ke Raudhah. Hakikatnya, Allah jua lah yang memilih kita untuk berada di sana.

TERPERANGKAP DI RAUDHAH

"Ya Allah, aku nak masuk ke Raudhah untuk bersolat Asar. Ya Allah Berikan aku ruang untuk beribadah di situ. Ya Allah, aku nak berdoa lama sedikit hari ini. Aku nak mendoakan untuk sahabat sahabat aku di Malaysia. Berikan aku ruang"

Doa saya diperkenankan. Saya berjaya mendapat tempat untuk bersolat Asar di Raudhah.

Selepas solat Asar, saya menuju ke hujung Raudhah. Berdekatan dengan Makam Rasulullah. Saya mula mengeluarkan kertas doa setebal 26 muka surat dan membaca doa di situ.

Sekali lagi, Allah memberi ruang kepada saya untuk berdoa.

Yang menjadi masalahnya, semakin lama saya di situ. Semakin sempit ruang yang tinggal untuk saya. Mula mulanya saya boleh duduk selesa. Lepas itu, semakin kecil dan kemudian semakin kecil. Pada mulanya, saya tidak kisah kerana saya hanya berdoa di situ. Bukannya saya bersolat.

Namun, selepas satu ketika.

"Brrrrooommmmm............" Rempuhan dari orang bahagian belakang Raudhah. Kami yang duduk disini terus berdiri. Mereka yang tak sempat berdiri terus terhimpit oleh orang belakang.

Masa ni, ramai yang sudah terjatuh. Nampak macam 'domino'. Seorang demi seorang jatuh. Saya sempat bangun. Alhamdulillah. Namun, saya sudah pun terhimpit. Sudah tak boleh bergerak.

Ke kiri ada orang, depan ada orang, kanan ada orang, belakang pun ada orang. Saya tak boleh bergerak.

Makin lama, saya makin terasa seperti terhimpit. Makin lama makin kuat. Kami jemaah yang dihadapan ini menjerit kepada orang di belakang supaya berhenti menolak.

Keadaan tenang seketika.

Tiba tiba, sekumpulan polis berbadan sasa datang. Menjerit dengan suara perlahan meminta kami semua tidak bergerak. Kemudian, seorang demi seorang 'dipaksa' keluar dari Raudhah untuk menenangkan kembali keadaan.

Yang tidak mahu keluar, di tarik dengan kasar. Apabila seorang sudah kena tarik dengan kuat, yang lain terus bangun apabila disuruh. Keadaan kembali pulih. Saya masih terhimpit namun sudah tidak kuat.

Di sinilah saya terhimpit oleh lautan manusia

Bagi mengelak kemudharatan yang lebih, saya mengambil keputusan untuk keluar dari Raudhah. Di hati saya berdoa, "Ya Allah, aku keluar dari Raudhah ini semata mata keranamu. Aku tak mahu mengasari orang lain dan aku tak mahu orang lain mengasari aku. Kurniakan tempat lain yang terbaik untuk aku berdoa". Saya berdoa dan terus keluar.

Di Raudhah, perkara sebegini biasa berlaku. Kepala kita ditolak, bahu ditekan, sujud dicelah kaki orang. Semua ini 'resam' untuk ke Raudhah pada musim puncak waktu haji. Beruntunglah mereka yang tidak merasai ini semua.

TIPS UNTUK KE RAUDHAH BUAT LELAKI

1) Ketahui bila waktu Raudhah dibuka semula untuk jemaah lelaki selepas ditutup untuk jemaah wanita. Kebiasaannya, tabir pemisah ini dibuka pada pukul 3.00 petang dan juga 2.00 pagi.

Pekerja sedang membersihkan kawasan Raudhah dihujung sana. Saya sudah bersedia di tabir menunggu waktu tabir ini dibuka.

Apabila tabir dibuka, semua jemaah berlari terus menuju ke Raudhah. Masuklah anda ke dalam golongan ini untuk mendapat Raudhah.

2) Pada waktu ini, anda sudah perlu berada di bahagian hadapan masjid. Berhampiran tabir.Tunggu berhampiran dengan tabir itu. Biasanya, sudah ramai orang yang mengerumuni tempat ini. Terdapat banyak tempat pintu ini boleh dibuka dahulu. Perhatikan pintu mana yang akan dibuka pertama, kedua dan ketiga.

3) Apabila mengetahui tabir mana dibuka dulu, ini akan memudahkan anda memasuki Raudhah pada waktu lain kerana setiap kali tabir dibuka. Ia dibuka ditempat yang sama. Dan anda sudah pun bersedia di situ.

4) Apabila tabir dibuka, berlarilah ke kawasan Raudhah. Anda pasti antara orang yang terawal. Dan anda boleh memilih untuk bersolat dimana sahaja yang anda mahu. Inilah rahsia bagaimana saya mudah masuk ke Raudah setiap hari. Saya bersyukur kerana Allah memberi ilham kepada saya sejak dari hari pertama lagi.

Dalam sekelip mata, Raudhah akan penuh selepas dibuka. Anda perlu pantas dan bijak mencari tempat yang terbaik untuk bersolat dan berdoa.

Mereka yang terlewat pasti tidak mendapat tempat solat. Tapi mereka tidak berputus asa. Mereka akan merayu kepada orang untuk masuk solat dicelah celah mereka.

5) Sekiranya semasa anda pergi ke Raudhah, kawasan sudah penuh. Masuk juga ke Raudhah. Langkah dengan penuh beradab dan minta laluan untuk ke hadapan. Bila sudah berada di Raudhah, cari orang yang sedang duduk dan tidak bersolat, buat muka kesian. Mohon ihsan dia untuk bagi ruang dia duduk untuk kita bersolat sunat. Tunjukkan 2 jari, "Two rakaat sunat." Insya Allah dia akan bagi. Bersolatlah kita di situ, dan berdoalah, kemudian keluarlah dari Raudhah.

Raudhah yang sentiasa penuh. Namun, mintalah dengan muka kasihan kepada jemaah yang sedang duduk. Minta "2 rakaat" untuk kita solat sunat dan berdoa. Selepas itu, beredarlah.

Saya berpendapat, kalau jemaah haji mengikuti tips ini, tiada alasan untuk kita mengatakan kita tidak ada ruang di Raudhah. Pokoknya, kita mesti ada keazaman di hati, dan ditunjukkan dengan perbuatan yang bersungguh. Insya Allah. Ada ruang untuk kita.

RAUDHAH UNTUK WANITA

Sukar. Payah. Mencabar. Perlu kesabaran. Perlu kekuatan. Perlu tawakkal tahap tertinggi. Perlu berdoa. Insan terpilih.

Inilah kalimah yang kalau saya boleh atur untuk jemaah wanita mendapatkan Raudhah semasa musim Haji.

Keadaan ini amat berbeza berbanding waktu menunaikan Umrah. Semasa menunaikan Umrah pada tahun 2010, walaupun jemaah ramai waktu itu. Tapi ramainya tak seramai seperti menunaikan haji kali ini. Inilah gambaran yang Maria dan emak saya ceritakan kepada saya.

Raudhah untuk wanita dibuka selepas solat Subuh, Selepas Solat Zuhur dan Selepas Solat Isyak

Jika waktu pagi, selepas Subuh sehingga pukul 10 pagi. Selepas Zuhur sehingga jam 3.00 petang dan selepas Isyak sehingga jam 2.00 pagi.

Ruang Raudhah untuk wanita pula terhad. Kawasannya kecil. Berbanding dengan jemaah wanita yang terlalu ramai. Beratur untuk masuk ke kawasan Raudhah itu sendiri pun sudah mengambil masa 1-2 jam. Maria dan emak saya terpaksa bersabar tahap tertinggi. Semata mata untuk berdoa dan bersolat di Raudhah.

Tapi, saya bersyukur kerana mereka mempunyai kekuatan dan keazaman yang tinggi untuk beribadah di situ.

Kalau diminta pandangan Maria dan mak saya, mereka mengatakan pergi ke Raudhah pada waktu pagi selepas solat Subuh atau selepas waktu Isyak lebih mudah berbanding pergi selepas solat Zuhur.

Namun, setiap individu mempunyai pengalaman tersendiri dan mempunyai pandangan tersendiri mengenai waktu terbaik untuk jemaah wanita ke Raudhah.

Yang penting, berdoalah sebelum ke sana. Kalau Allah sudah menjanjikan ada ruang untuk kita, walau sesempit mana sekali pun. Insya Allah. Kita pasti ada di situ... Berdoalah.

Tetapi, janganlah pergi selepas solat Zuhur kerana ruang waktu yang singkat. Ini boleh menyebabkan anda tidak sempat masuk ke Raudhah sedangkan Raudhah akan dibuka pula untuk kaum lelaki semasa solat Asar.

Bila saya bertanya Maria, "Apa tips untuk jemaah wanita masuk ke Raudhah?"

Beliau menjawab, "Tiada tips. Pergilah pada bila masa pun. Orang akan ramai. Rahsianya, kita perlu 'bersabar menunggu'. Dan apabila tiba giliran kita, bersolat lah segera. Berdoa dan beredarlah".

Laluan jemaah wanita untuk ke Raudhah. Dipisahkan oleh tabir dengan kawasan jemaah lelaki.

Jemaah wanita akan dibawa masuk ke kawasan Raudhah melalui zon negara. Misalnya, Asia Tenggara untuk jemaah Malaysia, Indonesia, Brunei, Thailand dan Singapura. Dan negara negara lain juga akan dikumpulkan mengikut zon masing masing.

Kalau jemaah Asia Tenggara ini, semuanya tertib. Semuanya beradab berbanding dengan jemaah dari negara negara lain.

Jemaah dari zon lain ramai yang tidak mahu mengikut peraturan yang ditetapkan. Mereka merempuh jemaah jemaah dari Asia Tenggara ini yang kebanyakan bertubuh kecil. Mereka berbadan besar, bergerak berkumpulan tetapi sekali mereka datang seperti arus yang tidak boleh ditahan lagi. Mereka merempuh, menolak kepala orang lain, menekan bahu dan sebagainya. Inilah cabaran yang terpaksa di hadapi oleh Jemaah wanita untuk masuk ke Raudhah.

Yang bernasib malang, anda akan dipijak ketika anda sujud. Ada yang ditendang di bahagian kepala. Ya, inilah realiti yang berlaku di Raudhah semasa musim puncak menunaikan haji. Orang terlalu ramai di Madinah pada masa ini.

Kawasan Raudhah dihujung sana. Gambar diatas ini diambil semasa musim Umrah. Sebab itulah jemaah tidak ramai seperti yang saya gambarkan. Kredit gambar kepada www.suziey.com

Apabila sudah mendapat ruang di Raudhah, anda tidak boleh berlengah di sana. Cepat cepat bersolat, berdoa dan beredar.

Sesudah mendapat ruang di Raudhah, pastikan anda bersolat dengan kadar yang segera. Kerana dalam sekelip mata, jemaah jemaah dari Turki yang berbadan besar akan datang menolak anda. Kerana mereka juga mahu bersolat di situ.

Jika tiada ruang untuk mereka, mereka akan duduk dihadapan anda dan terus bersolat secara duduk. Tanpa memikirkan yang anda juga sebenarnya sedang bersolat. Cuba bayangkan apa yang hendak anda lakukan kerana pada waktu itu, anda sedang berdiri bersolat.

Anda jemaah yang sedang solat secara berdiri, tiba tiba ditolak dari belakang sehingga terpusing arah kiblat dan terus tergerak ke tempat lain. Dan bila di lihat ke tempat solat tadi, ruang itu sudah pun diambil oleh orang lain.

Bersabarlah, inilah 'latihan' untuk mereka menghadapi pergerakan haji nanti. Selalulah berdoa semoga Allah memudahkan.

INSAN TERPILIH

Kalau dibandingkan, jemaah lelaki jauh lebih berpeluang untuk beribadah di Raudhah berbanding jemaah perempuan. Walaubagaimana pun, masih ramai jemaah lelaki yang pergi menunaikan haji tetapi tidak dapat memasuki Raudhah.

Kenapa? Hanya insan yang terpilih sahaja akan berpeluang memasuki 'syurga dunia' ini. Dan pastinya, ia pilihan Allah.

Semasa makan di dewan makan di hotel, ada jemaah yang sekumpulan dengan saya merungut kerana tidak dapat masuk ke Raudhah. Dah banyak kali dia cuba, tetapi tak pernah ada ruang untuk dia. Saya hanya mendiamkan diri.

Sebenarnya, saya hairan, saya dapat memasuki Raudhah setiap hari, kecuali satu hari saya tak berkesempatan. Dan setiap hari saya akan masuk ke kawasan Raudhah 2 kali. Ada kalanya saya berdoa panjang, ada doanya saya berdoa ringkas. Bergantung kepada keadaan semasa di Raudhah.

Bukan saya hendak mendabik dada kata saya bagus, tetapi bagi saya apa yang penting hati kita mesti ikhlas dan sentiasa berdoa kepada Allah. Memohon dipermudahkan segala hajat hajat kita.

Sebagai contoh, sebelum ke masjid lagi, hati saya sudah berazam hendak ke Raudhah. Dan sepanjang perjalanan saya berdoa kepada Allah agar diberi ruang kepada saya. Dan Allah memberinya. Syukur kepada Nya.

Yang lebih saya kagum, Prof Kamil semasa menunaikan haji dapat masuk ke kawasan Raudhah setiap waktu yang beliau mahu. Kalau dikirakan, hampir 4-5 kali sehari beliau dapat ke Raudhah.

Jadi, macam mana kita nak katakan tak boleh masuk. Kalau nak dikatakan kawasan Raudhah padat, memanglah ia sentiasa padat di waktu puncak sebegini. Tetapi, sekiranya Allah memberi ruang kepada kita. Kawasan yang sempit itu pun mampu untuk memuatkan kita seorang. Kalau ramai sekalipun jemaah di kawasan itu. Ayuh, biar kitalah yang meramaikannya.

Wassalam

* Saya mohon kepada anda untuk kongsikan dengan sahabat atau saudara mara anda mengenai perjalanan haji yang telah saya lalui ini. Semoga lebih ramai yang mendapat manfaat dan semoga ia menjadi 'pencen kubur' saya suatu hari nanti. 

* Anda juga bebas untuk copy & paste segala artikel berkaitan haji dalam blog ini di blog anda asalkan anda letakkan linknya di situ selagi ia tidak bertujuan komersial. Anda juga boleh print segala doa doa yang telah saya tulis di dalam blog ini. Semoga kita semua mendapat manfaat dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. Amin.

COMMENTS

BLOGGER: 6
  1. Assalam,

    Allahu Akbar! Itu lah mustajab doa. Doa....doa...dan doa. Allah lah yang memberi kita kemudahan untuk ke raudhah. Semua nya dari hati.

    Alhamdulillah semua urusan tuan haji di permudahkan Allah.

    Tak sabar membaca catatan yang seterusnya. Betul kata puan Maria, bagi kaum hawa memang memerlukan tahab sabar yang tinggi.

    Kalau tak keberatan boleh tak share pengalaman puan Maria?

    Semuga tuan haji dan keluarga diberkati Allah.

    Jazakaullah

    AJ

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam,

    Thanks AJ for your comment.

    1)Bila di sana, saya mula sedar kekuatan doa. Sebenarnya Allah nak beri kepada kita, tetapi kita yang 'malas' meminta daripadanya.

    2)Maria kurang cekap menulis secara bercerita. Jadi, agak sukar bagi dia menulis sebegini. Mungkin kalau bercerita secara bercakap, mudah sikit bag dia. Maklumlah, dia agak pemalu.

    3) Thanks AJ kerana selalu komen.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  3. Assalam,

    Terima kasih atas balasan komen di atas.

    Insya Allah, Allah akan beri ilham kepada tuan haji untuk menulis pengalaman puan Maria.

    syukran

    ReplyDelete
  4. saya juga ternanti2 pengalaman Hajjah Maria spt AJ tuliskan. bgmana pihak wanita pula menghadapi/memenuhi hari2nya di Madinah n Mekah. Namun saya sentiasa teruja dan bertrmkasih kpd Tn Hj Firdaus atas perkongsian pengalaman Tuan di sana.

    MR

    ReplyDelete
  5. Masa dpt masuk raudah masa umrah dulu, kecewa dgn sikap org2 perempuan. Bukan setakat perempuan arab shj, org Indonesia pun tak mahu ikut peraturan, berlari macam ayam terlepas, masuk ke kawasan negara lain. Org Malaysia tolong jgn buat macam ni. Berebut2 dlm kawasan raudhah. Keluar2 jer dr Raudhah, dok pikir, apa punya style solat laa camtu. Terkilan. Moga Allah terima solat itu. Thn 1995 pergi dulu, Raudhah sangat aman tenteram. Boleh nampak karpet kosong tanpa kaki manusia. Cara mereka handle situasi ini boleh diperbaiki. Patutnya first come first serve basis. Cth 50 org masuk, 5 min semua keluar. Bg lg 50 masuk. Bukan kumpul ikut negara. Org dh dtg 1jam awal, akhirnya kena masuk dgn org yg dtg lambat. Sudah tentunya dah makin ramai org terkumpul skali utk masuk.

    ReplyDelete
  6. saya baru shj balik dr menunaikan umrah mei2014 yg lalu...slps balik mlysia, kepala msih terbayang2 masjid an nabawi n kaabah.. betul spt yg haji ceritakan di ats, raudhah akan jd senang jika kita yg meminta utk senang..sy di madinah cuma 4 hari..syukur alhamdulilah dpt msuk raudhah 4kali. sy ingt lg sanggup mula beratur pd pkul 12.30mlm sbb itu shj wktu yg ada. lepas isyak sgt rmai compare dgn pkul12 tgh mlm. kalau pegi lepas subuh atau isyak konfem 2jam jgk beratur. pegi tgh mlm beratur lama jgk tp dlm 1jam lebih2 sikit aje la. turn utk msuk raudhah di bahagi ikut negara mcm hj ckp tu, lebanon/syria/turki/pakistan diorg akn msuk sesama diorg. mlysia/indon/spore/thailand/vietnam akn msuk sesama asia. sbb negara asia selalunya mematuhi peraturan. msuk raudhah mmg pack. xtau nk sujud kt mana. sgt pack smpai nk start takbir pun tgk kt lantai xnmpk lgsung tmpt nk sujud japg. tp mak sy pesan trus solat n sujud aje kt mane yg boleh, kalau ats kaki org ats kaki org la. tp syukur Allah telah mudahkan. mase nk sujud tetiba otomatik ruang ade n boleh sujud hehehee alhamdulillah syukur sgt ya Allah.. selalunya dia beri masa 5-10 minit aje utk kita sujud n berdoa..tp kalau pegi pkul 12 tgh mlm insyaAllah kita akn dpt bersolat n berdoa smpai dia ttup Raudhah dlm pkul 2.30 pg. kdg2 sy n mak siap dpt dirikan 4 kali solat sunat lg.. ini pengalaman sy di Raudhah. sy ceritakan agar next time sesiapa pegi yg travel agent nya bwk g raudhah sekali aje, maka pergilah sendiri sebanyak kali yg mungkin...sy sgt teringin nk pergi lg n berdoa di sana..semasa pergi ke sana segala urusan duniawi mmg terhenti n sy hanya fikir n ingt kt Allah aje..satu pengalaman hidup yg sy xpernah rasakan di tmpt lain.. ya Allah jemputlah lg kami ke sana..aku amat merindukan raudhah, kaabah,masjid an nabawi n masjidil haram..

    ReplyDelete

Name

3C Shaklee,17,5 Sebab Perlu Kolagen,1,5 Star Trip to Bangkok,1,5 Star Trip to Italy,7,Advance Joint Health Tablet,3,Advance Marketing Power,4,Agen Banda Aceh,1,Ahli Shaklee,5,Aidilfitri,7,Aidilfitri 2020,1,Aidilfitri 2023,1,Air Kencing Kuning,1,AJHT,3,Al-Quran Tagging,1,Alahan,1,Alfafa,2,Alfalfa,1,Alfalfa Complex,1,Allergic,1,Allergy,1,Allergy Test,1,Amalan Hari Jumaat,1,AMP,5,Anak Sihat & Pintar,1,Anggur Muscadine,1,Anti Aging,2,Anti Penuaan,2,Aquaria KLCC,1,Arman Zaharil,1,Awet Muda,1,Awet Muda.,1,B-Complex,1,Baby Development Guide,1,Baby Shaklee,1,Bagaimana Memilih MInyak Ikan Omega-3 Berkualiti Tinggi,2,Bahaya Beli Shaklee di Lazada Shopee 11thStreet,1,Bahaya Painkiller,1,Bahaya Ubat Penahan Sakit,1,Banda Aceh,1,Basic H,1,Batu Maung,1,Batuk Berkahak,1,Bayi Kahak,1,Bayi Selsema,1,BComplex,1,Beauty On The Go,4,beli lampu murah,1,Berani Berniaga,2,Berpuasa dengan Shaklee,1,Beza Vivix Resv Shaklee,1,bina,1,Bina Reban,16,Birthday,1,Bisnes,3,Bisnes Online Shaklee,5,Bisnes Shaklee,33,BLNC,2,BMW,1,BMW X4,1,Bomoh Patah Selama Perak,1,BOTG by MFMS,4,Breastfed Baby,1,Breastfeeding,10,Breastfeeding Tips,16,bromo,1,Buah Pinggang Rosak,1,Buasir,1,Buat Duit Hari-Hari,3,Buat Rumah Sendiri,7,Bukit Bendera,3,Bukit Merah Laketown,1,Bukti Kajian Klinikal Shaklee,1,Busines,2,Business,48,Business Opportunity,182,Business Shaklee,19,butik feedmilk Shah Alam,2,Cameron Highlands,1,Car Bonus Shaklee,1,Car Sticker Juru,1,Cara Elak Osteoporosis,3,Cara Elak Tulang Rapuh,2,Cara Melakukan Qiamullail,3,Cara Order Shaklee Online,1,Carotomax,1,Cash Rebate,2,Cash Rebate Shaklee,2,Cegah Osteoporosis,3,CEO Shaklee,1,Ceramah Motivasi,26,Chewable Vit C,2,Cholesterol,1,Collagen,6,CoQ-Trol,3,COQ-TROL PLUS SHAKLEE,1,CoQ10,3,COQHealth,1,COQTROL Tenaga,1,Coronavirus,1,Covid19,1,Darah Tinggi,2,Delivery Servis,1,Detox Shaklee,2,Diabetes,1,Diet,1,Disneyland,1,Dr Hamid Arshat,1,Dr Zubaidi,1,Duit Raya,1,Duit Raya Awal,1,Duit Raya Shaklee,1,Dzuha,1,Ebook,11,Ebook Percuma,1,Ebook Sorry Boss Saya Terpaksa Berhenti Kerja,1,Eczema,2,Empayar Maria Firdaus,13,Energizing Soy Protein,7,EPO,1,Escape Penang,1,ESP,12,ESP Protein,2,ESP Shaklee,2,ESP Untuk Ibu Hamil,1,ESP Untuk Kurus,1,ESP Untuk Otot,1,ESP Untuk Tenaga,1,Evening Primrose Oil,1,Exclusive Dinner Jutawan Shaklee,1,Faedah Menjadi Ahli Shaklee,2,Fakta Kolagen,1,Family,119,Family Day,1,Farees,67,Fateh,8,Fawwaz,5,Feedmilk,2,feedmilk jubah menyusu popular,2,Fish Oil,1,Florida,1,Formula Mudah MESTI Kurus,8,Founder NECK,1,Free Trip Shaklee,57,Free Vitalea,1,Friends,20,Fungsi Kolagen,3,Fungsi Omegaguard,4,Gama Linoleik Acid,1,Gambar Kaabah,1,Gambar Raya,1,Garlic Complex,1,General,136,Genetically Modified Organism,1,Genset,1,GLA,1,GLA Complex,5,Global Allergy Centre,1,GMO,1,Good & Services Tax,1,Grand Canyon,1,Grand Seminar 2018,1,GST,1,Gunung Kinabalu,1,Haji Muda,3,Halal,1,Hari Raya,1,Hari Raya Dengan Shaklee,2,Hari Raya Open House,1,Helicopter Tour,1,Herb-lax,1,Hero Kiddo,1,Hiasan Dalaman,1,Hiasan Rumah,3,Holiday,3,Home And Mobile Spa,3,Home Exterior Design,1,Homestay di Desaru,1,Homestay Di Kok Lanas,1,Homestay Di Machang,1,Ibu,1,Ibu Hamil Batuk,1,Ibu Menyusu Batuk.,1,Ibu Menyusu Berpuasa,1,IF,1,ijen crate,1,IKEA Personal Shopper,1,Ikhlas,1,Immune Booster,1,Immune System,2,India,2,Indonesia,2,Insentif Shaklee,4,Inspirasi Mariafirdaus,4,Intensif Jutawan Industri,6,Interchange,1,Interior Design,1,Intermittent Fasting,5,Istanbul,2,Italy,7,Jakarta Trip,1,Jam Dinding Kaabah,1,Jamuan Aidilfitri,1,jenama baju feedmilk,2,Jom Detox,3,Jom Detox Jutawan,3,Jom Detox NECK,2,Jom Detox Now Everyone Can Kurus,2,Jom Rileks,1,JomDetox,1,Jubah Menyusu,2,Jubah Mia,2,Jubah muslimah,2,Jutawan Shaklee,1,Kaedah Merancang Semulajadi,1,Kalsium,1,Kanser,1,Kanser Kolon,1,Kanser Usus,1,kawah ijen,1,Keahlian Shaklee,4,Kebaikan Kolagen,2,Kebaikan Omegaguard,3,Kebaikan Shaklee Collagen,4,Kebaikan Susu Ibu,1,Kebaikan Vitamin E Untuk Lelaki Wanita,1,Keburukan Intermittent Fasting,1,kedai lampu murah puchong,1,Kelas Bisnes Facial,1,Kelebihan Ahli Shaklee,4,Kelebihan Shaklee,1,Kembara Sufi,9,Kembara Turki,8,Kencing Manis,1,Kepentingan Protein,1,Kepentingan Suplemen,2,Keperluan Makanan Bayi,1,Keperluan Wanita Mengandung,2,Kesan Gadjet Pada Sikap Anak-Anak,1,Kesan Kehilangan Kolagen,2,Kesan Merokok,1,Kesan Susu Ibu,1,Kesihatan Bayi,1,Kesihatan Jantung,4,Kesihatan Minda,1,Kesihatan Sendi,2,Kesihatan Tulang,3,Kesuburan Lelaki,1,Kesuburan Wanita,1,Keunikan Vivix,1,Kiriman Doa Di Depan Kaabah,1,Kisah Kejayaan Bisnes,3,Kisah Pesakit Kanser,1,Kolagen,5,Kolesterol,3,Kompilasi Info Produk Shaklee,6,Komtar,1,Komuniti Bisnes Shaklee,3,Konsultan Reban Ayam,59,Kontraktor Reban Ayam,53,Korban,1,Krabi,2,Kursus Ayam Daging,64,Kursus Dr Azizan Osman,3,Kursus Haji,2,Kursus Haji Online,1,Kursus Solat,1,Kursus Umrah,3,Kursus Umrah Online,2,Kursus Umrah Percuma,2,Kurus dan Sihat,2,Kurus Dengan Cepat,2,Kurus Sebelum Raya,1,Las Vegas,2,Lasik,2,Latest Post,1762,Lecithin,2,Legoland,1,Legoland Malaysia,1,Life Inspiration,1,Look Younger Longer,2,Los Angeles,1,Magic Aura Shaklee,1,Magnesium,1,Makan Sedap,2,Mamacilik Empire,1,Manfaat Omegaguard,3,Maria Firdaus,6,Maria Firdaus Empire,6,Maria Firdaus Kids,1,Maria Firdaus Millionaires in Shaklee,6,Maria Firdaus Mobile SPA Academy,16,Mariafirdaus,2,Mariafirdaus Baby,1,Mariafirdaus Kids,1,Mariafirdaus Travelog,68,Mariafirdaus Villa,2,Master Celebration Maria Firdaus,8,Master Coordinator Shaklee,33,Master Maria Firdaus,1,Mealshakes,6,Mengandung Semasa Umrah,1,Mercedes Benz C200,1,MFMS,5,MFMS Academy,16,MFMS Empire,61,mia jubah popular,2,Minum Susu Untuk Kalsium,1,Modify Hilux,1,Most Fantastic Millionaires in Shaklee,5,Motivasi,86,Motivasi Usahawan,3,Motivation,4,MRSM PDRM Kulim,1,MRSM Taiping,4,Multivitamin,1,Multivitamin Pertama di Dunia,1,Muscadine Grape,1,My Shaklee Effect,1,MYVI,1,Natural Skincare,1,NECK,7,Non-GMO,1,Norafizal Mat Saad,9,Now Everyone Can Kurus,54,nursingwear,2,Nutrien Untuk Tulang Kuat,2,Nutriferon,2,Nutrisi Semulajadi,1,Nutrisi Untuk Lelaki,2,Offline Coaching,2,Omega-3,7,OmegaGuard,16,Omegaguard Shaklee,1,Omegaguard Untuk Ibu Dan Bayi,2,Omegaguard Untuk Kesihatan Jantung,1,Omegaguard Untuk Kesihatan Otak,1,Omegaguard Untuk Kurus,1,Online Business,139,Organic Skincare,1,Orlando,3,Ostematrix,6,Osteporosis,2,Pakaian Menyusu,2,Panduan Didik Anak Solat,1,Panduan Perkembangan Kanak-kanak,1,Parenting,1,Parit Buntar,1,Pedoman Hidup,1,Pemilihan Soy Protein,1,Penang,4,Penang Hill,2,Pencen Kubur,20,Pengalaman Bersalin,1,Pengalaman di Gunung Kinabalu,1,Pengalaman Haji,3,Pengalaman Umrah,3,Pengedar Shaklee,2,Pengedar Shaklee Alor Setar,1,Pengedar Shaklee Bandar Darulaman,1,Pengedar Shaklee Bukit Jambul,1,Pengedar Shaklee Changloon,1,Pengedar Shaklee Jitra,1,Pengedar Shaklee Kepala Batas,1,Pengedar Shaklee Nibong Tebal,1,Pengedar Shaklee Parit Buntar,2,Penjagaan Kulit Shaklee Youth,2,Penternak Ayam Daging,62,Peranan bapa dalam penyusuan susu ibu,1,Perbezaan Ubat dan Suplement,2,Percutian Di Kashmir,2,Percutian Shaklee,6,Performance Drink,5,Perintah Kawalan Pergerakan,1,Period Pain,1,Perokok,1,Personal,1,Photoshoot,1,Phytocol-ST,2,Piramid Makanan,1,PKP,1,Polifenol,2,Politik,1,Port Dickson,1,Postnatal SPA,2,Potret Kejayaan,14,Pra Haji,7,Pregnancy Set,3,Premium Beautiful,5,Produk Shaklee,130,Produk Tradisional Bahaya,1,Projek Blog Mega Shaklee,1,Projek Buat Duit,7,Projek Buat Duit MFMS,24,Projek SPA,19,Promosi Shaklee,4,Protein Soya Terbaik,1,PT3,1,Puasa dengan Shaklee,1,Public Sharing,1,Pulau Pangkor,1,Pulau Perhentian,1,Pulau Pinang,1,Pulau Redang,1,Qiamullail,3,Rahsia Merancang Keluarga Semulajadi,1,Rahsia Pelajar Cemerlang,12,Ramadan Shaklee,2,Ramadhan,1,Ramuan Vivix,1,RAST Test,1,Raya Dengan Shaklee,1,Reban Ayam Tertutup,57,Resepi ESP,1,Resepi Sihat dan Sedap,1,Resipi Jutawan Bertaqwa,1,Restoran Pen Mutiara,1,Results SPM,1,ResV,1,ResV Shaklee,1,Reunion MRSM Taiping,1,Reverse Aging,1,Rich Dad Poor Dad,1,Roger Barnett,1,Rome,1,Rumput Sungai Buloh,1,Saintis Shaklee,1,Sakit Jantung,2,San Francisco,1,Selamberselak,2,Sembelit,1,Senggugut,1,Set Anak Pintar Sihat,1,Set Bajet Kesihatan Optimum.,1,Set Berpantang,12,Set Berpantang Shaklee,1,Set Berpuasa Shaklee,7,Set Berpuasa Shaklee Kanak-Kanak,7,Set Bersalin,11,Set Bersalin Shaklee,8,Set Bersalin Terbaik,1,Set Breasfeeding,10,Set Cantik Shaklee,1,Set Detox Shaklee,1,Set Gastrik Shaklee,1,Set Haji & Umrah,1,Set Haji Shaklee,4,Set Hamil Shaklee,2,Set Hello New You,1,Set Ibu Hamil Shaklee,3,Set Ibu Hamil/Bersalin/Menyusu,15,Set Jantung,1,Set Kanak-Kanak,8,Set Kanak-kanak Shaklee,3,Set Kecantikan,4,Set Kecantikan Shaklee,5,Set Kesihatan Lelaki Shaklee,3,Set Kesihatan Wanita Shaklee,3,Set Kesuburan,1,Set Kesuburan Shaklee,2,Set Kulit,1,Set Kulit Shaklee,1,Set Kurus,2,Set Kurus Shaklee,7,Set Lutut,1,Set Mengandung,5,Set Mengandung Shaklee,3,Set Menyusu,17,Set Menyusu Shaklee,5,Set Minda Shaklee,1,Set Puasa Shaklee,2,Set Ramadan Shaklee,3,Set Raya Shaklee,1,Set Sendi,2,Set Shaklee Untuk Pendakian,1,Set Shaklee Untuk Tenaga,1,Set Shaklee Untuk Umrah dan Haji,2,Set Sistem Imun,2,Set Slimming,1,Set Slimming Shaklee,1,Set Umrah Shaklee,5,Shaklee,73,Shaklee 5 Star Trip,1,Shaklee Awards,2,Shaklee Baby,3,Shaklee Bagan Serai,2,Shaklee Berkesan,2,Shaklee Business,50,Shaklee Business Leaders Conference,2,Shaklee Business Leaders National Conference,1,Shaklee Car Bonus Achievers,5,Shaklee Collagen Powder,7,Shaklee dan Israel,1,Shaklee dan Makanan Sunnah,1,Shaklee Difference,2,Shaklee Effects,16,Shaklee for Kids,2,Shaklee Free Trip,25,Shaklee Free Trip to Switzerland,1,Shaklee Fun Day,1,Shaklee Global Conference 2016,2,Shaklee Global Conference USA 2014,17,Shaklee Halal,2,Shaklee Incentive Trip,3,Shaklee Independent Distributor Terbaik,1,Shaklee Japan Trip,2,Shaklee Japan Trip 2017,7,Shaklee Kids,2,Shaklee Leaders,1,Shaklee Lovers,1,Shaklee Mama,4,Shaklee Murah,2,Shaklee National Conferences Award,8,Shaklee National Convention 2018,1,Shaklee Nibong Tebal,2,Shaklee Nilai,1,Shaklee Parit Buntar,2,Shaklee Product Trainer,1,Shaklee Ready Stock,1,Shaklee Rewards,64,Shaklee Selamat,3,Shaklee Semulajadi,2,Shaklee Shop,1,Shaklee Skincare,1,Shaklee Story,1,Shaklee Success Seminar 2015,1,Shaklee Terbaik,1,Shaklee Total Detox Solution,2,Shaklee Trip Cruise,1,Shaklee Trip To Langkawi,2,Shaklee Untuk Darah Tinggi,1,Shaklee Untuk Jantung,1,Shaklee untuk Jemaah Haji dan Umrah,1,Shaklee untuk Kanak-kanak,3,Shaklee USA Trip 2014,1,Shaklee USA Trip 2019,1,Shaklee Vita-E Complex,1,Shaklee Vitamin E,2,Shaklee Western Mediterranean Cruise 2018,11,Shaklee Youth Skincare,2,Shakleebaby,1,Shakleebaby Gentle Wash,1,Shakleebaby Massage Oil,1,Shakleebaby Soothing Lotion,1,Shopping Trip,1,Sijil Halal,1,Sistem Imun,1,SKPTM,8,SMKA Al Mashoor,1,Success Stories Shaklee,4,Success Story TWB,12,Super Star Libra Cruise,1,Supervisor Shaklee,2,Suplemen Shaklee,2,Suplemen Untuk Lelaki,2,Supplement untuk Berpuasa,1,Supplements Shaklee,2,Supplements Terbaik,2,Surabaya,1,Surah Al-Kahfi,1,Sustained Release Vit C,7,Susu Ibu,1,Susu Ibu dalam Al-Quran,1,Switzerland,2,Tahi Ayam,6,Tazkirah,173,Ternakan Ayam,344,Testimoni,5,Testimoni NECK,3,Testimoni Shaklee,1,Testimony AMP,2,Testimony ESP,1,Testimony ESP Untuk Menyusu,2,Testimony Gastrik,1,Testimony NECK,6,Testimony Set Ibu Hamil,3,Testimony Set Menyusu,3,Testimony Shaklee Set Bersalin,1,Testimony Shaklee Set Ibu Hamil,1,Testimony Shaklee Set Menyusu,2,The Gravityz,1,The Landmark Study,1,The Most Fantastic Millionaires in Shaklee Empire,1,The Shaklee Difference,1,The Walking Beauty,12,Tiket Murah Aquaria KLCC,1,Tip Tambah Susu Ibu,6,Tips Anak Pandai,1,Tips Awet Muda,2,Tips Bercuti Di Legoland,1,Tips Berhenti Merokok,2,Tips Berpuasa,2,Tips Bersalin,1,Tips Bisnes,1,Tips Business,1,Tips Cemerlang,1,Tips Elak Batuk Berkahak,1,Tips Haji,2,Tips Hamil,1,Tips Jarak Anak,1,Tips Memilih Protein,1,Tips Mudah Berpuasa Untuk Kanak-Kanak,3,Tips Mudah Menyusukan Bayi Di Tempat Awam,1,Tips Penyusuan,11,Tips Travel,1,Trampoline for kids,1,Travelog Haji,110,Travelog Istanbul,1,Travelog Shaklee Trip Italy 2015,10,Travelog Shaklee Trip Japan 2017,7,Travelog Shaklee Trip USA 2014,14,Travelog Shaklee Trip USA 2016,3,Travelog Shaklee Western Mediterranean Cruise 2018,9,Travelog Turki,9,Travelog Umrah,24,Travelog USA 2019,23,Trip Indonesia,2,Trip Yogyakarta,1,Tukar Nombor Plate,1,Tulang Rapuh,2,tumpak sewu,1,Turkey Trip,3,Turki Trip,7,Turunkan Kolesterol Secara Semulajadi,2,TWB,18,TWB by MFMS,17,Ubat VS Supplement,1,Ubat Vs Vitamin,1,Universal Studio,1,Universal Studio Singapore,1,Urin Kuning,1,US Trip,1,USA Trip,16,v,1,Video,4,Video Shooting,1,Visit Singapore,1,Vita-lea for children,1,Vitalea,3,Vitalea for Children,2,Vitalea for Kids,2,Vitamin C,5,Vitamin C Shaklee,2,Vitamin E,2,Vitamin Kanak-Kanak,1,Vitamin Kulit,1,Vitamin Kulit Cantik,1,Vitamin Rahmah,2,Vitamin Semulajadi,1,Vitamin Shaklee,2,Vitamin Shaklee Percuma,1,Vitamin Sintetik,1,Vitamin Tenaga,1,Vitamin Umrah Haji,1,Vitamin untuk Ibu Hamil,2,Vitamin untuk Ibu Menyusu,1,Vitamin untuk kanak-kanak,3,Vitamin Untuk Lelaki,2,Vitamin untuk Perokok,1,Vitamin Untuk Wanita,1,Vivix,12,Vivix Shaklee,4,Vivix Untuk Diabetes,1,Vivix Untuk Kencing Manis,1,WAHM,1,Wanita Bersalin,1,Wanita Mengandung,3,WanitaKeperluan Wanita Mengandung,1,Warna Urin,1,Wedding Anniversary,1,Why Shaklee,1,Womens Health Set,2,Working-At-Home-Mom,2,Youth Experience Party,1,YOUTH Mask,1,Youth Shaklee,2,Youth Skincare,1,Zinc,1,Zinc Complex,1,Zinc Plus,2,
ltr
item
Maria Firdaus: Travelog Haji - Part 26 - Sesaknya Raudhah
Travelog Haji - Part 26 - Sesaknya Raudhah
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEivmvYT7EvguxI5TTAbUDeyQah3fS81Ek2PJQ4sVxO7m3XCJ9BnwIg6Huce8ovfS-0djbFA_Ge1oL08lkTywZ2ucug5XplFIPKzTfVTB4w4NgDn-eKFn2ijYjpVnpLn1f_utlRfgqaM4bmX/s400/Raudhah+7.JPG
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEivmvYT7EvguxI5TTAbUDeyQah3fS81Ek2PJQ4sVxO7m3XCJ9BnwIg6Huce8ovfS-0djbFA_Ge1oL08lkTywZ2ucug5XplFIPKzTfVTB4w4NgDn-eKFn2ijYjpVnpLn1f_utlRfgqaM4bmX/s72-c/Raudhah+7.JPG
Maria Firdaus
https://www.mariafirdaus.com.my/2011/12/travelog-haji-part-26-sesaknya-raudhah.html
https://www.mariafirdaus.com.my/
https://www.mariafirdaus.com.my/
https://www.mariafirdaus.com.my/2011/12/travelog-haji-part-26-sesaknya-raudhah.html
true
6501105525487195336
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy