Assalamualaikum,
Di Malaysia, semasa membaca buku Travelog Haji : Merubah Sempadan Iman tulisan Prof Kamil, beliau menceritakan pengalaman beliau yang bangun seawal jam 1.30 pagi sepanjang berada di Tanah Suci.
Saya kata, "Gila". Soalan seterusnya, "Nak buat apa lama lama. Sembahyang apa yang lama sampai macam tu?".
Macam mana nak tahan mengantuk. Waktu pagi tu mengantuk, nanti selepas Subuh pun mengantuk.
Semasa di Malaysia, hati saya berkata, "Kalau Prof boleh buat, kenapa aku tak boleh buat. Aku tak cuba lagi dah kata tak boleh. Buat dulu, kalau tak boleh lain cerita."
Dan perjumpaan saya dengan Prof pada hari kedua saya di Madinah betul betul merubah minda saya. Mengubah persepsi saya. Apa jua boleh dilakukan jika kita mempunyai perancangan yang betul. Kita seimbangkan keperluan rehat badan kita dengan keazaman kita untuk beribadah di Masjid Nabawi.
"Ya Allah, semasa kami di Madinah nanti, Kau berikanlah rasa cinta, rasa sayang dan rasa kasih kepada Masjidil Nabawi. Ya Allah, kami mahu yang terbaik. Kami mahu beramal ibadah di sana. Berikanlah kami peluang menziarahi dan melalui Makam Rasulullah. Berilah kami ruang untuk bersembahyang di Raudah. Cukupkanlah sembahyang kami sekurang kurangnya 40 waktu secara berterusan."
Ini doa yang saya selalu baca semasa di Malaysia. Saya mohon kepada Allah agar Allah menanamkan perasaan cinta, kasih dan sayang kepada Masjidil Nabawi. Dan sekali lagi, doa ini Allah makbulkan.
Saya tak kisah untuk bangun seawal jam 1.30 pagi semata mata untuk pergi ke Masjid Nabawi. Setiap hari tanpa 'miss'. Saya rasa rindu untuk berada di dalam masjid. Mengapa saya berasa begini? Tak lain tak bukan, kerana Allah yang mencampakkan perasaan itu ke dalam hati saya.
Mungkin, berkat usaha saya yang berterusan, keazaman yang membawa dan berkat doa saya semasa di Malaysia. Syukur Alhamdulillah.
Bukan mudah untuk pergi seawal jam 2 pagi ke masjid tanpa perasaan cinta, kasih dan sayang kepada Masjid Nabawi. Syukur, Allah berikan perasaan itu kepada saya.
Kalau dahulu saya bertanya Prof Kamil, "Apa yang nak dibuat antara pukul 2 pagi sehingga jam 5 pagi, iaitu masuk waktu Subuh?"
Saya yakin, anda akan bertanya soalan yang sama. Kalau dulu, Prof Kamil menceritakan kepada saya secara teori apa yang hendak di lakukan.
Semasa perjumpaan dengan Prof, Prof menekankan Allah pilih orang yang tertentu sahaja untuk bangun awal. Ada orang yang Allah pilih untuk pergi ke masjid pada pukul 2.00 pagi. Ada orang yang Allah pilih pergi ke masjid pada pukul 4.00 pagi. Ada yang bila nak azan baru nak bergerak ke masjid.
Saya tak mahu begitu. Saya mahu Allah pilih saya untuk pergi ke masjid pada pukul 2.00 pagi. Alhamdulillah. Allah memilih saya.
Insya Allah, sekarang saya akan menceritakan bagaimana saya mengisi masa selama 3 jam tanpa rasa mengantuk. Dan saya rasa seronok beribadah di sana.
Yang pertama sekali ingin saya tekankan. Ikhlaskan hati untuk beribadah semata mata kerana Allah. Semata mata kerana Allah. Apabila kita ikhlas untuk melakukan semata mata kerana Allah, kita akan rasa seronok walaupun perkara itu menyusahkan.
Allah pasti membantu kita. Selangkah kita mendekatkan diri kepada Allah, seribu langkah Allah mendekatkan diri kepada kita.
Pokok pangkalnya, IKHLAS. Dan saya baru rasa nikmat melakukan ibadah SEMATA MATA KERANA ALLAH apabila berada di Tanah Suci. SEMATA MATA KERANA ALLAH adalah ibadah yang kita lakukan khusus KERANA ALLAH. Bukan sebab orang lain, dan bukan sebab kita mengharapkan ganjaran dari orang lain.
Kebiasaannya, seawal jam 1.30 pagi, saya sudah bangun. Saya terus ke bilik air dan bersiap serta mandi untuk menyegarkan badan. Jam1.45 pagi, saya mesti sudah keluar dari hotel.
Saya tahu kebolehan fizikal saya. Dan saya tahu saya cepat mengantuk. Bagi mengatasi masalah ini, saya mengambil 'food supplement'. Saya mengambil Multivitamin untuk memberi tenaga tambahan semasa di sana. Alhamdulillah, ia membantu dengan izin Allah.
Perjalanan dari hotel sehingga masuk terus ke hadapan masjid berhampiran Raudhah mengambil masa 10 minit.
Prof mengajar saya untuk berdoa, "Ya Allah, Kau berikan tempat yang terbaik untuk aku beramal ibadah". Dalam perjalanan ke Masjid, ini menjadi wirid di mulut saya.
Jam 1.55 saya berada di tabir pemisah jemaah lelaki dan perempuan.
Di pintu yang kebiasaannya dibuku dahulu. Dan, setiap pagi saya dapat masuk ke Raudhah. Lebih istimewa, seperti kata Prof, saya boleh pilih nak duduk bersolat di mana dalam kawasan Raudhah.
Saya bersolat dan berdoa sekitar 30 minit sehingga 1 jam. Bergantung panjang mana doa yang saya baca. Sekiranya saya baca kiriman doa para sahabat, pasti akan mengambil masa lebih lama, sekitar 1 jam.
Lepas itu, saya akan keluar dari Raudhah sekitar jam 2.45 - 3.00 pagi. Saya akan mencari tempat sama ada di saf hadapan ataupun di 'wing' sebelah kanan masjid. Jika bersolat di "wing" kanan masjid, saya sudah berada di antara 40-50 saf ke belakang imam.
Saya memilih tempat beribadah mengikut keadaan semasa. Saya tak kisah, kerana bagi saya di mana pun saya duduk untuk beribadah, itulah tempat yang terbaik untuk saya kerana itu doa saya kepada Allah.
Kalau disaf hadapaan, saf pertama hingga ke lima keadaan di situ kurang tenang. Orang ramai berpusu pusu berebut saf hadapan. Orang berjalan dibelakang kita untuk menziarahi Makam Rasulullah. Jadi, amal ibadah kita sedikit terganggu.
Sekiranya kita di sebelah 'wing' kanan atau kiri masjid. Kita berada sekitar saf yang ke 50. Dan keadaan di sini agak tenang dan sepi. Boleh beribadah dengan khusyuk.
Sekitar jam 2.45 - 3.00 pagi, saya mula menunaikan solat Tahjud sebanyak 6 rakaat. Tidak terlalu banyak, tidak terlalu sedikit.
Saya buat seperti yang Prof Kamil ajarkan. "Biarlah solat Tahjud kita 6 rakaat, tapi 6 rakaat yang berkualiti. Kita baca secara perlahan dan khusyuk. Bacaan biar betul dan biar ia menusuk ke dalam hati. Biar bersolat keseluruhannya. Anggota kita bersolat, hati kita turut bersolat"
Saya mengambil masa sekitar 30 minit untuk bersolat 6 rakaat. Bila saya bersolat begini, baru saya faham 'nikmat solat malam' yang Prof Kamil ceritakan. Hati saya rasa tenang. Gembira.
Baru saya faham, macam mana Prof boleh berqiamullail selama 3 jam.
Sekitar jam 3.30 pagi, selepas saya bersolat Tahjud. Saya akan berwirid kepada Allah. Saya pelbagaikan. Adakala berzikir. Ada kalanya, Zikir Munajat, mendengar nasyid, dan berdoa lagi kepada Allah.
Teringat Hadis yang Prof bacakan kepada saya hari itu,
"Allah turun ke langit dunia, ketika satu pertiga malam masih tersisa. Allah menyeru: Adakah antara hambaku yang mahu berdoa kepadaku supaya aku mengkabulkan permintaannya? Adakah antara hambaku yang meminta ampun kepadaku supaya aku mengampunkannya? Adakah antara hambaku yang meminta kepadaku supaya aku memenuhinya?"
Inilah masa yang terbaik untuk saya meminta ampun kepada Nya. Memohon hajat kepada Nya. Kerana Allah menunggu nunggu (suka) saya memohon ampun daripada Nya.
Setelah lenguh duduk, saya menyambung ibadah malam saya dengan bersolat sunat Hajat dan Taubat. Segala hajat hajat saya pohon kepadaNya. Dan yang penting, meminta ampun dan bertaubat atas segala keterlanjuran sepanjang hidup saya. Hati berasa tenang bila beribadah di sini.
Kemudian saya membaca atau menghafaz sedikit surah surah Al Quran.
Apabila hampir masuk waktu subuh, saya bersolat sunat witir. Samaada 1 rakaat, 3 rakaat, 5 rakaat atau 7 rakaat. Bergantung kepada keadaan semasa.
Alhamdulillah, sekarang saya mula rasa 3 jam yang 'pendek'. 3 jam yang dilalui dengan penuh bermakna. Dan lebih menggembirakan saya, saya boleh melakukannya setiap hari di Madinah. Tanpa disuruh atau dipaksa oleh orang lain.
Lakukanlah ia semata mata kerana Allah. Semata mata kerana Allah. Semoga Allah menerima amal ibadah saya yang tidak seberapa ini.
Dan ini boleh dilakukan secara konsisten kerana saya tidak mengubah waktu tidur saya di Madinah. Saya tidur waktu Malaysia seperti yang Prof nasihatkan. Alhamdulillah. Ia berkesan untuk saya.
Dan nasihat Prof yang seterusnya, jangan sesekali kita 'mengada-ngada' melewatkan waktu bangun. Dari 1.30 pagi ke 2.00 pagi Sekali kita lewatkan waktu bangun, kita akan terus melewat lewatkan waktu bangun. Hingga akhirnya, kita akan bangun pada pukul 4.00 pagi.
Akhir sekali, saya memohon ampun daripada Allah dengan apa yang saya ceritakan ini. Bukan niat dihati saya untuk menunjuk nunjuk atau berlaku riya'. Saya hanya menceritakan ini supaya para pembaca sama sama dapat merasai apa yang saya telah rasai. Betapa Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Allah berhak 'mencampakkan' hidayah Nya kepada kita sekiranya kita berusaha mencarinya.
Yakinlah dan bersangka baiklah dengan Allah sentiasa. Allah 'menanti-nanti' kita untuk berubah ke arah yang lebih baik.
Semoga anda mendapat gambaran suasana yang bakal berlaku di sana nanti. Dan tahu apa yang perlu dilakukan apabila kita berada di sana.
Semoga perkongsian yang saya lakukan ini dapat memberi sedikit iltizam kepada para pembaca untuk menguatkan amal ibadah semasa di Tanah Suci.
Wassalam

Assalammualaikum...
ReplyDeleteAda kesilapan ejaan....kelebihan qiamullail....iaitu perkataan HANTAR==sepatutnya=>>ANTARA.
Maaf kerana menegur.
Wassalam
Waalaikumsalam,
ReplyDeleteTerima kasih kerana menegur. Sudah dibetulkan.
Saya suka ditegur kalau saya melakukan kesilapan. Saya ikhlas menerima teguran tak kira siapa pun yang menegur. Asalkan yang ditegur itu perkara yang betul.
Sekali lagi, jutaan terima kasih saya ucapkan.
Wassalam
Assalam,
ReplyDeleteTerasa macam saya yang turut qiamulail.
Apa apa yang dilakukan kerana NYA, akan membuat hati tenang dan gembira yzng tak dapat diungkapkan.
Semuga tuan haji dan keluarga dalam redha Allah.
Syukran
AJ