Assalamualaikum,
Alhamdulillah, di Madinah Allah menempatkan saya sekeluarga di hotel yang agak dekat dengan Masjid Nabawi. Rasanya semua jemaah mendapat hotel yang berhampiran masjid di Madinah.
Ini kerana semua hotel di Madinah memang terletak berhampiran dengan Masjid. Ada jemaah yang pergi dengan Muassasah tinggal di hotel yang lebih dekat dan cantik berbanding saya. Tak apa, itu rezeki mereka.
Ada yang tinggal di Movernpick Hotel, Al Haram Hotel dan sebagainya. Semua hotel yang dipilih oleh Tabung Haji hebat hebat belaka. Satu kredit buat Tabung Haji di sini.
Kalau anda bertanya kepada saya, "Adakah saya selesa di hotel yang saya tinggal?" Jawapannya. "Bolehla. Tidaklah selesa sangat. Tetapi cukup untuk saya."
Kalau ditanya, "Adakah ia menjadi masalah kepada saya?"Jawapannya, "Tidak."
Sejak dari Malaysia lagi, saya sudah set di otak saya, "Segala cabaran di Tanah Suci, akan saya hadapi dengan tenang dan sabar". Alhamdulillah, hotel kurang selesa bukan cabaran bagi saya.
Saya tidak terlalu kisah mengenai keselesaan di hotel. Apa yang penting bagi saya hotel saya dekat dengan masjid. Saya ada tempat untuk makan, bermandi dan untuk tidur. Ini sudah memadai . Saya pergi ke Tanah Suci bukan untuk 'bercuti'. Tetapi saya ke sana untuk beribadah.
Hotel saya sekitar 100m-150m dari Masjid. Ini memudahkan saya untuk berulang alik ke Masjid. Alhamdulillah.
Tetapi, di hotel ini ada beberapa masalah yang ingin saya kongsi dengan para pembaca.
1) LIFT YANG TERHAD
Di hotel yang saya duduk, hanya ada 5 buah lift. Tetapi hotel ini boleh menempatkan ratusan bahkan ribuan jemaah. Cuba bayangkan ratusan orang berebut lift pada waktu yang sama. Sedangkan lift hanya boleh memuatkan sekitar 12-14 orang pada satu satu masa.
Saya tercari cari kalau saya ada mengambil gambar ketika lift sesak. Saya nak para pembaca sendiri tahu masalah seperti ini biasa berlaku di sana. Kita terpaksa beratur panjang untuk masuk ke dalam lift. Sayangnya, saya tidak mengambil gambar kesesakan lift.
Kebiasaannya, lift akan diberikan keutamaan kepada mereka yang uzur dan warga emas. Jadi, kepada jemaah yang muda. Faham faham sajalah. Tangga menunggu anda di sebelah lift.
Bayangkan, hotel yang kami tinggal ini setinggi 12 tingkat. Ada jemaah yang terpaksa naik dan turun ke tingkat 12 menggunakan tangga kerana lift terlampau padat. Pendek kata, mereka akan lebih cepat menggunakan tangga dibandingkan menunggu lift.
Ada beberapa tips untuk anda bagi mengelak situasi begini:
A) Berdoa dari Malaysia
Berdoalah sejak dari Malaysia lagi. Mohon kepada Allah untuk memberikan tempat tinggal yang terbaik untuk anda. Saya memang berdoa sejak dari Malaysia. Minta Allah bagi yang terbaik.
Dan Alhamdulillah, kami sekeluarga tinggal di bilik 210. Di tingkat 2. Alhamdulillah, kami tidak perlu 'menapak' jauh menaiki tangga. Kami jarang menggunakan lift. Kami beri peluang kepada mereka yang uzur dan tinggal di tingkat yang lebih tinggi menggunakannya. Kami selesa menggunakan tangga sahaja.
Bagi saya, tinggal di tingkat yang rendah merupakan suatu 'nikmat'. Inilah keselesaan yang saya mahukan. Saya tak dapat bayangkan ada sahabat yang tinggal di tingkat 11 terpaksa naik turun menggunakan tangga kerana tidak tahan menunggu lift yang teramat lambat.
Alhamdulillah, Allah beri keistimewaan kepada kami sekeluarga. Mungkin kerana ini yang kami doakan sejak dari Malaysia.
"Ya Allah, jadikanlah kami tetamu Mu yang istimewa. TetamuMu yang paling istimewa. Tetamu Mu yang paling paling istimewa".
Kami terasa menjadi tetamu Nya yang 'istimewa'.
B) Pergi awal - Balik lewat
Pada pemerhatian saya, kebiasaannya lift akan padat sekitar 30 minit sebelum masuk waktu solat dan 30 minit selepas habis menunaikan solat. Waktu menunggu boleh mencecah 10-20 minit.
Jalan keluarnya, elakkan waktu ini. Pergilah ke masjid awal. Lebih awal dari jemaah lain. Keluar sebelum mereka semua keluar. Insya Allah, anda tidak akan mengalami kesesakan lift. Dan pulang lah lewat sedikit dari masjid. Selepas solat, tunggu di dalam masjid sekitar 20-30 minit. Bila anda pulang, jemaah yang menunggu lift semakin berkurangan.
Kesannya, anda akan lebih masa beribadah di Tanah Suci. Anda akan lebih masa untuk bersolat sunat, anda akan lebih masa membaca Al Quran, anda akan lebih masa bertaubat memohon ampun kepada Allah. Segala galanya lebih. Langkah memperoleh haji mabrur lebih mudah tercapai. Bukankah ini yang kita mahukan berbanding mengelak kesesakan menunggu lift.
Jangan sesekali kerana anda hendak mengelak dari kesesakan lift ini, anda bersolat di luar masjid. Dan kemudian selepas solat terus pulang ke hotel. Kadang kadang tanpa sempat berdoa. Semata mata kerana hendak mengelak lift daripada sesak. Rugilah mereka yang berbuat begini.
C) NAIK TANGGA DAHULUBagi mereka yang tinggal di tingkat atas. Misalnya tingkat 9 ke atas. Saya ada cadangan. Anda naik menggunakan tangga sehingga ke tingkat 2-3 atau 4. Kemudian tunggulah di luar lift di situ. Berdoalah agar ada jemaah di dalam lift yang keluar dan kita boleh masuk. Menunggu di tingkat atas ini lebih mudah berbanding anda menunggu di lobi hotel yang jauh lebih padat.
D) JANGAN BUAT BEGINI
Biasanya, apabila anda pulang dari Masjid ke hotel. Lift akan sesak di lobi hotel. Kebiasaannya, lift akan sesak untuk naik ke tingkat atas sahaja. Lift yang turun ke bawah adalah kosong.
Janganlah kerana anda hendak cepat, anda yang sihat berjalan menaiki tangga ke tingkat satu, kemudian tekan lift di sana. Menunggu lift untuk turun. Bila lift sampai, anda turun balik ke tingkat bawah. Dan kemudian tunggu di dalam lift dan lift akan naik semula. Kesannya, tak ramai jemaah yang menunggu di tingkat bawah boleh naik ke atas.
Cara ini akan mempercepatkan anda. Tetapi bagi saya tidak adil buat mereka yang uzur dan sudah lama menunggu di bawah.
Namun, segalanya terpulang kepada anda. Pilihan di tangan anda.
Berdasarkan pengalaman saya, pilihan A dan B adalah yang terbaik. Berdoalah memohon Allah permudahkan dan keluarlah awal ke masjid. Insya Allah. Banyak kelebihannya.
2) MASALAH DEWAN MAKAN
Selepas penat beratur di lift, sekali lagi akan ada satu masalah ketika di dewan makan. Para jemaah terpaksa beratur panjang untuk mengambil makanan. Dan kemudiannya menunggu tempat makan kerana semua kerusi dan meja sudah penuh. Menunggu kalau kalau ada jemaah yang sudah habis makan beredar.
Tips saya yang seterusnya, apabila anda makan makanlah dengan kadar segera. Jangan terlalu banyak bersembang di meja makan. Kasihankan jemaah lain yang lewat, mereka juga mahu makan. Dan berikanlah keutamaan kepada mereka yang uzur dan lebih memerlukan untuk makan dan minum di meja.
Ada satu ketika, saya baru hendak duduk makan di sebuah meja bersama Maria dan mak mertua saya. Ketika baru hendak duduk, ada satu mak cik yang agak berumur mencari cari tempat untuk makan. Saya menawarkan tempat duduk saya untuk beliau. Beliau mengucapkan terima kasih.
Saya terpaksa berdiri menunggu menanti tempat kosong. Allah memudahkan saya. Apabila saya bangun saja, ada sepasang suami isteri yang bangun dan saya pun duduk di tempat mereka. Alhamdulillah. Allah memudahkan.
Namun, ia tidak terhenti di situ, Allah terus menguji saya, ada 2 orang jemaah wanita yang tua tercari cari tempat makan di meja saya. Saya sekali lagi memberi tempat duduk saya kepada 2 orang jemaah wanita yang tua ini. Mereka ucapkan terima kasih kepada saya.
Nasi di pinggan saya tak terusik lagi. Saya mencari tempat makan baru.
Di hati saya, tak mengapalah. Biar saya beralah. Saya masih muda. Saya masih boleh mencari ruang di tempat lain.
Ada mak cik di meja belakang yang nampak apa yang saya lakukan memanggil saya duduk di mejanya. Saya ambil kerusi tambahan dan makan di meja dia.
"Baiknya anak ni, bagi tempat duduk kat orang tua, " kata mak cik tu.
"Saya nampak mereka lebih memerlukan daripada saya. Sebab tu saya bagi," ringkas saya menjawab.
"Ni mak cik nak tanya, anak ni dah kahwin belum?" Mak cik bertanya lagi.
"Aduh mak cik. Kenapa tanya soalan ni. Cakap pelan pelan sikit. Isteri saya kat belakang tu. Marah dia nanti," saya menjawab sambil tersengih.
"Saya dah kahwin la mak cik. Tapi baru satu. Cakap pelan pelan sikit, nanti orang belakang dengar. Susah saya nanti." saya menambah. Kami berdua tergelak kecil.
Bukan cerita mak cik ni yang saya nak tekankan. Apa yang hendak saya tekankan, kita yang muda hendaklah sentiasa memberi keutamaan kepada mereka yang berumur dan lebih memerlukan. Lakukan semata mata kerana Allah.
Bayangkan kalau saya belum kahwin lagi. Kan.. Dah tentu boleh jadi menantu mak cik tu. Tak rugi kita berbuat baik. Kalau orang pun menghargai apa yang kita buat. Apatah lagi Allah yang Maha Berkuasa. Dia merindui kita untuk sentiasa berbuat baik.
Insya Allah, apabila kita memberi ruang kepada orang lain ketika mereka memerlukan. Nanti Allah akan memberi ruang kepada kita apabila kita memerlukan. Yakin dan percayalah. Allah itu Maha Adil.
3) BILIK HOTEL
Bilik kecil. Ruang sempit. Inilah yang boleh saya katakan mengenai bilik di Madinah. Kami berempat sekeluarga tinggal di bilik yang sama.
Alhamdulillah, bilik yang kecil ini bagi saya selesa. Apa lagi yang kita mahukan sebagai jemaah haji. Kita hanya perlukan tempat tidur dan mandi. Dan bagi saya ia memadai.
Secara keseluruhannya. Alhamdulillah. Saya rasa gembira dengan apa yang diberikan kepada saya oleh pihak Zahafiz.
Walaupun saya tahu, masih ada banyak ruang untuk diperbaiki. Tapi, janganlah kita para jemaah menjadikan hotel sebagai satu isu apabila kita berada di Tanah Suci. Terimalah ia seadanya. Banyakkan bersabar apabila menghadapi cabaran ini.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua.
Wassalam.
* Saya mohon kepada anda untuk kongsikan dengan sahabat atau saudara mara anda mengenai perjalanan haji yang telah saya lalui ini. Semoga lebih ramai yang mendapat manfaat dan semoga ia menjadi 'pencen kubur' saya suatu hari nanti.
* Anda juga bebas untuk copy & paste segala artikel berkaitan haji dalam blog ini di blog anda asalkan anda letakkan linknya di situ selagi ia tidak bertujuan komersial. Anda juga boleh print segala doa doa yang telah saya tulis di dalam blog ini. Semoga kita semua mendapat manfaat dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. Amin.

Hotel Mubarak Madinah terletak sebelah Hotel Bahaudin dan Hotel Al Haram.
Gambaran bahagian dalam hotel kami.

Kami para Jemaah Zahafiz dihidangkan makanan secara buffet. Alhamdulillah, makanan di sini sedap. Cumanya, beratur panjang dan ruang makan yang terhad. Yang berbaju hijau itu, sahabat saya Nor Azlan, dari Changkat Jering, Taiping. Juga seorang tauke ayam.
Yang sebelah kiri sedang beratur. Sebelah kanan sedang duduk makan. Ruang makan yang agak terhad. Kadang kala, saya mengambil makanan dan makan di bilik sahaja. Pelbagai buah disediakan untuk para jemaah. Pisang, Lai, Epal, Anggur dan sebagainya.
Selepas penat beratur di lift, sekali lagi akan ada satu masalah ketika di dewan makan. Para jemaah terpaksa beratur panjang untuk mengambil makanan. Dan kemudiannya menunggu tempat makan kerana semua kerusi dan meja sudah penuh. Menunggu kalau kalau ada jemaah yang sudah habis makan beredar.
Tips saya yang seterusnya, apabila anda makan makanlah dengan kadar segera. Jangan terlalu banyak bersembang di meja makan. Kasihankan jemaah lain yang lewat, mereka juga mahu makan. Dan berikanlah keutamaan kepada mereka yang uzur dan lebih memerlukan untuk makan dan minum di meja.
Ada satu ketika, saya baru hendak duduk makan di sebuah meja bersama Maria dan mak mertua saya. Ketika baru hendak duduk, ada satu mak cik yang agak berumur mencari cari tempat untuk makan. Saya menawarkan tempat duduk saya untuk beliau. Beliau mengucapkan terima kasih.
Saya terpaksa berdiri menunggu menanti tempat kosong. Allah memudahkan saya. Apabila saya bangun saja, ada sepasang suami isteri yang bangun dan saya pun duduk di tempat mereka. Alhamdulillah. Allah memudahkan.
Namun, ia tidak terhenti di situ, Allah terus menguji saya, ada 2 orang jemaah wanita yang tua tercari cari tempat makan di meja saya. Saya sekali lagi memberi tempat duduk saya kepada 2 orang jemaah wanita yang tua ini. Mereka ucapkan terima kasih kepada saya.
Nasi di pinggan saya tak terusik lagi. Saya mencari tempat makan baru.
Di hati saya, tak mengapalah. Biar saya beralah. Saya masih muda. Saya masih boleh mencari ruang di tempat lain.
Ada mak cik di meja belakang yang nampak apa yang saya lakukan memanggil saya duduk di mejanya. Saya ambil kerusi tambahan dan makan di meja dia.
"Baiknya anak ni, bagi tempat duduk kat orang tua, " kata mak cik tu.
"Saya nampak mereka lebih memerlukan daripada saya. Sebab tu saya bagi," ringkas saya menjawab.
"Ni mak cik nak tanya, anak ni dah kahwin belum?" Mak cik bertanya lagi.
"Aduh mak cik. Kenapa tanya soalan ni. Cakap pelan pelan sikit. Isteri saya kat belakang tu. Marah dia nanti," saya menjawab sambil tersengih.
"Saya dah kahwin la mak cik. Tapi baru satu. Cakap pelan pelan sikit, nanti orang belakang dengar. Susah saya nanti." saya menambah. Kami berdua tergelak kecil.
Bukan cerita mak cik ni yang saya nak tekankan. Apa yang hendak saya tekankan, kita yang muda hendaklah sentiasa memberi keutamaan kepada mereka yang berumur dan lebih memerlukan. Lakukan semata mata kerana Allah.
Bayangkan kalau saya belum kahwin lagi. Kan.. Dah tentu boleh jadi menantu mak cik tu. Tak rugi kita berbuat baik. Kalau orang pun menghargai apa yang kita buat. Apatah lagi Allah yang Maha Berkuasa. Dia merindui kita untuk sentiasa berbuat baik.
Insya Allah, apabila kita memberi ruang kepada orang lain ketika mereka memerlukan. Nanti Allah akan memberi ruang kepada kita apabila kita memerlukan. Yakin dan percayalah. Allah itu Maha Adil.
3) BILIK HOTEL
Bilik kecil. Ruang sempit. Inilah yang boleh saya katakan mengenai bilik di Madinah. Kami berempat sekeluarga tinggal di bilik yang sama.
Alhamdulillah, bilik yang kecil ini bagi saya selesa. Apa lagi yang kita mahukan sebagai jemaah haji. Kita hanya perlukan tempat tidur dan mandi. Dan bagi saya ia memadai.
Bilik yang kecil. Tiada ruang untuk beg besar. Beg terpaksa di letak di bawah katil.
Secara keseluruhannya. Alhamdulillah. Saya rasa gembira dengan apa yang diberikan kepada saya oleh pihak Zahafiz.
Walaupun saya tahu, masih ada banyak ruang untuk diperbaiki. Tapi, janganlah kita para jemaah menjadikan hotel sebagai satu isu apabila kita berada di Tanah Suci. Terimalah ia seadanya. Banyakkan bersabar apabila menghadapi cabaran ini.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua.
Wassalam.
* Saya mohon kepada anda untuk kongsikan dengan sahabat atau saudara mara anda mengenai perjalanan haji yang telah saya lalui ini. Semoga lebih ramai yang mendapat manfaat dan semoga ia menjadi 'pencen kubur' saya suatu hari nanti.
* Anda juga bebas untuk copy & paste segala artikel berkaitan haji dalam blog ini di blog anda asalkan anda letakkan linknya di situ selagi ia tidak bertujuan komersial. Anda juga boleh print segala doa doa yang telah saya tulis di dalam blog ini. Semoga kita semua mendapat manfaat dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. Amin.
Assalam,
ReplyDeleteCatatan kali ini ada tips dan nasihat yang berguna kepada khalayak pembaca blog MFUAD. Part lucu ada juga.
Dapat rasa Allah sentiasa permudahkan tuan haji dari berbagai segi.
Semuga tuan haji dan keluarga sentiasa dalam perlindungan Allah.
Barakaullahufikum
AJ
Assalam,
ReplyDeleteSeharusnya kita kena byk bersyukur dlm semua perkara. Saya ikut muasassah dan tinggal di Al Harram cuka 50 meter dari Masjid. Itupun ada jemaaah yg tidak solat di Masjid.
Berlima satu bilik dan amat selesa.
Kami ke Mekah dahulu. Org kata bersusah dahulu senang kemudian tapi tetap rasa 'kehilangan' (jauh dari Kaabah) T.Kasih kongsi pengalaman.
SEWAJARNYA anak muda dan sihat seperti anda bersikap begitu..tapi lebih hebat jika ada yang 'senior' dan sihat bertolak-ansur seperti anda juga.Salam haji,
ReplyDelete