Assalamualaikum,
"Ya Allah, berikanlah kami perasaan jatuh cinta kepada Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Gerakkanlah hati kami supaya sentiasa berada di sana. Beramal ibadah di sana. Itulah cita-cita kami ya Allah. Kami datang semata mata kerana Mu ya Allah. Kerana Mu ya Allah. Ya Allah, tutuplah pintu hati kami daripada lalai bershopping di sana nanti."
Kalau anda perasan, ini adalah salah satu doa yang saya baca semasa berada di Malaysia, sebelum pergi menunaikan haji lagi.
Dan Alhamdulillah. Kalaulah boleh diberi markah kepada Maria dan mak mertua saya mengenai "kehebatan bershopping". Mereka berdua 'failed'.
Sejak dari Malaysia lagi saya memperingatkan Maria dan mak mertua saya, kita pergi menunaikan haji semata mata untuk beribadah kepada Allah. Bukan untuk bershopping. Kalau kita hendak bershopping, Madinah dan Mekah bukanlah tempatnya. Kalau nak shopping, nanti kita pergi ke Padang, Indonesia atau pun ke China. Di sana baru tempat shopping.
Prof Kamil menasihatkan perkara yang sama dalam buku beliau. Tiada apa yang istimewa barangan di Madinah dan Mekah. Semuanya datang dari China. Kalau nak bershopping pun, biar sekadarnya. Dan pastikan shopping itu tidak mengganggu waktu ibadah kita. Itu yang lebih penting.
Satu lagi nasihat daripada Prof, tak perlulah kita nak membeli barang barang mainan untuk anak cucu di Malaysia. Ini kerana semua mainan di sana datang dari China. Dan langsung tidak mempunyai kualiti. Sekali saja anak kita balik, terus rosak. Dan barang barang macam ni, banyak terdapat di pasar malam sekitar rumah kita.
Bila sudah balik Malaysia, saya nak menulis dalam blog ini mengenai shopping. Susahnya saya nak mencari gambar ketika kami bershopping. Apakah maksudnya? Kami memang kurang bershopping.
Alhamdulillah. Doa kami dimakbulkan Allah. Hati kami tertutup rapat untuk bershopping di sana.
Sejak dari Malaysia, semua ahli keluarga saya dah maklumkan. Saya tidak akan membeli buah tangan untuk mereka dari Tanah Suci. Jadi, jangan ada yang berkecil hati nanti.
Yang saya akan beli, hanyalah kurma, kacang cerdik dan air zam zam. Untuk diri sendiri, saya hanya akan membeli jubah dan Maria akan membeli abaya. ITU SAHAJA.
Secara keseluruhannya, saya membeli kurma sekitar 20 kilo. Kacang cerdik 13 kilo. Kismis 2 kilo. Dan air zam zam 20 botol x 10 liter.
Semuanya dipos ke Malaysia sejak saya berada di Madinah. Urusan shopping saya dah selesaikan di Madinah. Jadi, saya tidak perlu untuk bershopping lagi di Mekah. Di Mekah, saya perlu fokus untuk meningkatkan lagi amal ibadah. Tiada ruang yang boleh dibazirkan dengan bershopping.
Kalau dikatakan saya sekeluarga langsung tak bershopping. Nanti saya tipu pulak. Kami sekeluarga ada juga membeli belah sedikit, tapi dengan masa yang amat terhad. Saya agak 'berkira' masa untuk bershopping. Semuanya mesti dilakukan dengan pantas.
Untuk berkongsi dengan anda semua, saya sertakan gambar gambar kami ketika bershopping.
Kalau anda tengok jemaah Malaysia yang bershopping di sana. Anda akan terkejut. Saya hanya mengepos satu kotak sepanjang kami berada di sana. Sekitar 32kg. Itu sahaja. Bagi yang hendak membeli air zam zam, 10 liter dijual pada harga sekitar SR115-SR120 dan dipos terus ke rumah anda di Malaysia.
.
Alhamdulillah. Urusan 'shopping' saya selesai di Madinah. Tiada apa yang perlu dirisaukan di Mekah nanti. Untuk tetamu dan kawan kawan yang hadir di rumah nanti, hanya kurma, kacang cerdik, kismis dan air zam zam yang akan dihidangkan.
.
Syukur kepada Allah. Allah memperkenankan doa kami di Malaysia. Kami langsung tidak 'bernafsu' untuk bershopping di Tanah Suci. Tahniah buat Maria dan Mak saya yang berjaya menyanggahi adat kaum wanita.
Wassalam.
"Ya Allah, berikanlah kami perasaan jatuh cinta kepada Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Gerakkanlah hati kami supaya sentiasa berada di sana. Beramal ibadah di sana. Itulah cita-cita kami ya Allah. Kami datang semata mata kerana Mu ya Allah. Kerana Mu ya Allah. Ya Allah, tutuplah pintu hati kami daripada lalai bershopping di sana nanti."
Kalau anda perasan, ini adalah salah satu doa yang saya baca semasa berada di Malaysia, sebelum pergi menunaikan haji lagi.
Dan Alhamdulillah. Kalaulah boleh diberi markah kepada Maria dan mak mertua saya mengenai "kehebatan bershopping". Mereka berdua 'failed'.
Sejak dari Malaysia lagi saya memperingatkan Maria dan mak mertua saya, kita pergi menunaikan haji semata mata untuk beribadah kepada Allah. Bukan untuk bershopping. Kalau kita hendak bershopping, Madinah dan Mekah bukanlah tempatnya. Kalau nak shopping, nanti kita pergi ke Padang, Indonesia atau pun ke China. Di sana baru tempat shopping.
Prof Kamil menasihatkan perkara yang sama dalam buku beliau. Tiada apa yang istimewa barangan di Madinah dan Mekah. Semuanya datang dari China. Kalau nak bershopping pun, biar sekadarnya. Dan pastikan shopping itu tidak mengganggu waktu ibadah kita. Itu yang lebih penting.
Satu lagi nasihat daripada Prof, tak perlulah kita nak membeli barang barang mainan untuk anak cucu di Malaysia. Ini kerana semua mainan di sana datang dari China. Dan langsung tidak mempunyai kualiti. Sekali saja anak kita balik, terus rosak. Dan barang barang macam ni, banyak terdapat di pasar malam sekitar rumah kita.
Bila sudah balik Malaysia, saya nak menulis dalam blog ini mengenai shopping. Susahnya saya nak mencari gambar ketika kami bershopping. Apakah maksudnya? Kami memang kurang bershopping.
Alhamdulillah. Doa kami dimakbulkan Allah. Hati kami tertutup rapat untuk bershopping di sana.
Sejak dari Malaysia, semua ahli keluarga saya dah maklumkan. Saya tidak akan membeli buah tangan untuk mereka dari Tanah Suci. Jadi, jangan ada yang berkecil hati nanti.
Yang saya akan beli, hanyalah kurma, kacang cerdik dan air zam zam. Untuk diri sendiri, saya hanya akan membeli jubah dan Maria akan membeli abaya. ITU SAHAJA.
Secara keseluruhannya, saya membeli kurma sekitar 20 kilo. Kacang cerdik 13 kilo. Kismis 2 kilo. Dan air zam zam 20 botol x 10 liter.
Semuanya dipos ke Malaysia sejak saya berada di Madinah. Urusan shopping saya dah selesaikan di Madinah. Jadi, saya tidak perlu untuk bershopping lagi di Mekah. Di Mekah, saya perlu fokus untuk meningkatkan lagi amal ibadah. Tiada ruang yang boleh dibazirkan dengan bershopping.
Kalau dikatakan saya sekeluarga langsung tak bershopping. Nanti saya tipu pulak. Kami sekeluarga ada juga membeli belah sedikit, tapi dengan masa yang amat terhad. Saya agak 'berkira' masa untuk bershopping. Semuanya mesti dilakukan dengan pantas.
Untuk berkongsi dengan anda semua, saya sertakan gambar gambar kami ketika bershopping.
Maria di Kedai di Ladang Kurma semasa Ziarah Luar yang dibawa oleh Zahafiz. Kami hanya membeli sedikit di sini. Kerana harganya yang mahal.
Membeli kurma dan kacang cerdik di Pasar Kurma semasa dibawa oleh Zahafiz semasa aktiviti Jalan Jalan Tambah Iman. Di sini ada sekitar 100 kedai yang menjual kurma dan kacang cerdik. Jadi anda boleh pilih mana yang terbaik. Tapi, pada waktu haji harganya sedikit mahal berbanding waktu Umrah. Tiada ruang untuk tawar menawar.
Lagi gambar kedai di pasar kurma
Pasar kurma
Maria dan Mak yang membeli Abaya. Bagi memudahkan mereka menutup aurat dengan sempurna semasa kehadiran tetamu di rumah. Hanya sarungkan. Tertutup semuanya. Saya menyarankan agar semua wanita mempunyai abaya ini. Simpan di rumah, kalau ada tetamu. Sarungkan sahaja. Yang cantik harga sekitar SR100-SR150. Yang biasa dalam SR40-SR50.
Proses tawar menawar. Maria tentunya pilih yang mahal. Sebab abang dia yang bayar. Saya tak kisah untuk keluarkan duit demi memastikan isteri saya menutup aurat dengan sempurna semasa kehadiran tetamu. Jika dahulu, saya boleh 'maafkan' dia kalau bertudung tetapi memakai baju t-shirt lengan pendek. Tapi sekarang, tiada maaf bagimu. Dia mesti menutup dengan sempurna. Selepas ini, untuk isteri tersayang. Saya akan berikan dia RM1000 untuk dia 'tukar' semua tudung dia yang bersaiz kecil kepada tudung yang 'lebih' besar bagi menutup 'dada' dengan sempurna seperti mana yang disuruh didalam Al Quran. TIADA KOMPROMI.
Hati sudah gembira kerana sudah dapat abaya. Gambar di luar hotel. Terlalu banyak kedai disekitar hotel. Anda hanya perlu 'melontar' duit bagi mendapatkan barang.
Membeli sedikit buah dan bekalan makanan dan minuman untuk dimakan di dalam bilik.
Urusan Pos yang dibuat sejak kami berada di Madinah. Satu kilo cajnya SR14. Dipos terus sampai ke rumah anda di Malaysia. Di sana ada banyak syarikat yang uruskan pos ini. Pilih yang betul. Misalnya Pos Malaysia & Skynet.Kalau anda tengok jemaah Malaysia yang bershopping di sana. Anda akan terkejut. Saya hanya mengepos satu kotak sepanjang kami berada di sana. Sekitar 32kg. Itu sahaja. Bagi yang hendak membeli air zam zam, 10 liter dijual pada harga sekitar SR115-SR120 dan dipos terus ke rumah anda di Malaysia.
.
Alhamdulillah. Urusan 'shopping' saya selesai di Madinah. Tiada apa yang perlu dirisaukan di Mekah nanti. Untuk tetamu dan kawan kawan yang hadir di rumah nanti, hanya kurma, kacang cerdik, kismis dan air zam zam yang akan dihidangkan.
.
Syukur kepada Allah. Allah memperkenankan doa kami di Malaysia. Kami langsung tidak 'bernafsu' untuk bershopping di Tanah Suci. Tahniah buat Maria dan Mak saya yang berjaya menyanggahi adat kaum wanita.
Wassalam.
assalam,
ReplyDeleteSesungguhnya kita ke sana untuk beramal ibadat semata mata kerana NYA. Sungguh Allah membimbing kalian dan memakbulkan doa kalian yang di buat dari tanah air.
Semuanya kerana NIAT yang betul.
Semuga tuan haji dan keluarga dalam kasih sayang Allah.
Jazakaullah
AJ