Assalamualaikum,
Setiap hari, di Masjid Nabawi pada setiap waktu pasti ada jenazah yang perlu disembahyangkan. Sepanjang 9 hari saya berada di Madinah, hanya satu waktu tiada jenazah untuk disembahyangkan.
Setiap kali solat bukan satu jenazah. Bukan dua. Kadang kadang mencecah sampai 8 jenazah dalam satu satu waktu.
Saya teringat pesanan Prof Kamil dalam buku Travelog Haji beliau. Beliau menceritakan pengalaman beliau mengangkat jenazah dari tempat solat ke Perkuburan Baqi'. Satu pengalaman yang menarik. Dan tak pernah saya terfikir dalam ziarah saya semasa menunaikan umrah yang terdahulu. Ruginya saya dahulu.
Memandangkan sekarang saya sudah berkesedaran. Saya mesti mengambil kesempatan yang ada. Semasa berjumpa dengan Prof, saya meminta tips untuk melakukannya.
"Pertama, mesti bersolat di saf hadapan. Berhampiran dengan pintu besar tempat imam keluar dan masuk. Kedua selepas solat fardhu, terus bergerak ke pintu itu dan bersolat jenazah di situ. Ketiga, selepas habis sahaja solat jenazah, terus keluar dan angkatlah jenazah itu".
Nampak macam mudah untuk dilakukan. Secara teorinya.
Prof juga menceritakan pahala menunaikan solat jenazah adalah sebanyak satu Qirat. Satu Qirat bersamaan dengan pahala sebesar Bukit Uhud. Dan pahala untuk mereka yang mengangkat jenazah ke perkuburan juga satu Qirat. Satu lagi pahala sebesar Bukit Uhud yang Allah tawarkan.
Memandangkan sekarang ini saya berada di Masjid Nabawi. Pahalanya digandakan 1000 kali ganda. 1000 pahala sebesar Bukit Uhud. Subhanallah. Pahala sebesar ini tidak boleh dilepaskan. Seingat saya, saya tidak pernah meninggalkan solat jenazah di Masjid Nabawi sepanjang berada di sana kecuali sekali. Air sembahyang terbatal ketika solat.
Saya mula mengikut nasihat nasihat yang Prof berikan.
Untuk datang awal ke masjid dan bersolat di saf hadapan. Berhampiran pintu keluar masuk imam masjid. Ia memerlukan komitmen yang tinggi kerana hendak berada di saf hadapan. Saya kena masuk seawal jam 2.00 petang bagi menunaikan Solat Asar di situ.
Tak apalah. Kerana ini yang saya mahukan. Saya tak kisah untuk datang awal ke Masjid.
Satu tips yang amat penting. Prof menyuruh kita bersolat berhampiran pintu kayu tempat imam keluar masuk. Pada mulanya saya duduk betul betul di depan pintu yang dimaksudkan. Alhamdulillah. Ada jemaah yang memaklumkan saya supaya tidak duduk di situ. Duduk di sebelah tepi atau kanan pintu itu. Jangan duduk berhadapan dengan pintu.
Saya mengubah tempat duduk saya ke sebelah kanan.
Memang betul. Rupa rupanya, kawasan berhadapan dengan pintu itu perlu dikosongkan untuk ahli keluarga si mati bersolat di situ.
Selepas bersolat Asar, saya cepat cepat bergerak ke arah pintu seperti yang diceritakan oleh Prof. Satu kelebihan di sini, saya dapat melihat wajah Imam Masjid Nabawi dengan jelas semasa beliau keluar dan masuk ikut pintu ini. Sejuk tengok wajah mereka. Sayangnya saya tak dapat mengambil gambar. Terlalu banyak polis yang 'escort' imam tu.
Selepas imam keluar dari pintu, saya terus mengikut imam berkenaan. Jangan takut, lakukan saja. Orang lain tak akan berani berbuat begitu. Bila kita lakukan, baru orang lain akan ikut.
Semasa menunaikan Solat Jenazah, saya dapat bersolat betul betul dibelakang Imam Masjid Nabawi. Sekitar 1-2 meter dari beliau.
Selepas Solat Jenazah, imam akan keluar ikut pintu khas dan jenazah yang disolatkan akan dibawa ke Perkuburan Baqi'.
Benar apa yang Prof katakan. Tiada siapa yang akan memulakan untuk mengangkat jenazah itu. Kerana semuanya macam takut takut. Semua tak tahu nak buat macam mana. Semuanya macam kali pertama ke situ. Saya mengambil langkah berani, mula pergi ke arah jenazah dan mengatur jemaah lain untuk turut serta mengangkat jenazah jenazah ini. Mereka yang lain turut serta.
Selepas melakukannya kali pertama, kali kedua dan seterusnya menjadi mudah. Saya lebih berani untuk menjadi 'Yusuf Haslam' ( Pengarah ) di situ. Berani mengatur jemaah mengangkat mayat itu dan ini.
Saya turut serta mengangkat jenazah keluar dari Masjid menuju ke Perkuburan Baqi'. Yang menariknya, di sini mereka mengusung jenazah sambil berlari. Sekurang kurangnya boleh dikatakan berjalan pantas. Tak terkejar saya.
Sampai separuh jalan, akan ada jemaah diluar masjid yang akan menyambut mayat ini. Untuk di bawa terus ke Perkuburan Baqi'. Saya turut serta bersama mereka hingga ke Baqi'.
Tetapi, ini tidak saya lakukan setiap hari. Hanya beberapa kali sahaja saya mampu melakukannya. Itupun, saya bersyukur kepada Allah dengan perasaan keinsafan yang diberikan kepada saya apabila mengangkat jenazah.
Menyedari besarnya pahala yang dilakukan ini. Saya ada mengajak beberapa jemaah Zahafiz untuk melakukannya bersama saya. Saya ceritakan pahalanya. Dan ceritakan caranya. Ada 2 kali saya membawa mereka melakukannya. Alhamdulillah. Saya tumpang gembira bagi pihak mereka.
Pengalaman mengangkat jenazah ini tidak akan saya lupakan. Ia memberi kesedaran kepada saya. Setiap insan, pasti merasa saat perpisahan terakhir. Dunia yang fana, akan ditinggalkan. Hanya amalan yang dibawa.
Semoga ia terkesan di hati saya. Insya Allah. Syukur kepada Allah yag memberi peluang ini kepada saya. Tak ramai jemaah haji yang melakukannya. Dan satu kredit kepada Prof Kamil yang memberi kesedaran kepada saya tentang kepentingan melakukan amalan ini.
Jenazah yang sedang dikebumikan. Disini menggunakan sistem liang lahad. Tiada keranda. Satu lubang dimuatkan antara 2-3 jenazah. Ada jiran la nampaknya mayat mayat di sini.
Di Perkuburan Baqi juga terdapat kubur para sahabat dan isteri isteri Nabi. Semua isteri nabi dikebumikan di sini kecuali kubur Saidatina Khadijah dan juga Maimunah yang dikebumikan di Ma'ala, Mekah.

Bukit Uhud merupakan bukit yang terbesar dan terpanjang di Madinah. Subhanallah. Besarnya pahala yang Allah tawarkan.
Memandangkan sekarang ini saya berada di Masjid Nabawi. Pahalanya digandakan 1000 kali ganda. 1000 pahala sebesar Bukit Uhud. Subhanallah. Pahala sebesar ini tidak boleh dilepaskan. Seingat saya, saya tidak pernah meninggalkan solat jenazah di Masjid Nabawi sepanjang berada di sana kecuali sekali. Air sembahyang terbatal ketika solat.
Saya mula mengikut nasihat nasihat yang Prof berikan.
Inilah pintu keluar masuk Imam ke dalam masjid. Disinilah jenazah ditempatkan semasa Solat Jenazah.
Untuk datang awal ke masjid dan bersolat di saf hadapan. Berhampiran pintu keluar masuk imam masjid. Ia memerlukan komitmen yang tinggi kerana hendak berada di saf hadapan. Saya kena masuk seawal jam 2.00 petang bagi menunaikan Solat Asar di situ.
Tak apalah. Kerana ini yang saya mahukan. Saya tak kisah untuk datang awal ke Masjid.
Satu tips yang amat penting. Prof menyuruh kita bersolat berhampiran pintu kayu tempat imam keluar masuk. Pada mulanya saya duduk betul betul di depan pintu yang dimaksudkan. Alhamdulillah. Ada jemaah yang memaklumkan saya supaya tidak duduk di situ. Duduk di sebelah tepi atau kanan pintu itu. Jangan duduk berhadapan dengan pintu.
Saya mengubah tempat duduk saya ke sebelah kanan.
Memang betul. Rupa rupanya, kawasan berhadapan dengan pintu itu perlu dikosongkan untuk ahli keluarga si mati bersolat di situ.
Tetapi awas, jangan duduk berhadapan dengan pintu kayu tadi ini. Di hadapan pintu ini dikhaskan untuk waris jemaah si mati. Kalau anda duduk di sini, anda akan disesarkan. Pada waktu itu, tiada lagi ruang untuk anda. Kesannya, anda terpaksa keluar terus daripada saf hadapan. Terpaksa ke belakang. Lihat gambar kawasan dikhaskan untuk keluarga si mati.
Selepas bersolat Asar, saya cepat cepat bergerak ke arah pintu seperti yang diceritakan oleh Prof. Satu kelebihan di sini, saya dapat melihat wajah Imam Masjid Nabawi dengan jelas semasa beliau keluar dan masuk ikut pintu ini. Sejuk tengok wajah mereka. Sayangnya saya tak dapat mengambil gambar. Terlalu banyak polis yang 'escort' imam tu.
Selepas imam keluar dari pintu, saya terus mengikut imam berkenaan. Jangan takut, lakukan saja. Orang lain tak akan berani berbuat begitu. Bila kita lakukan, baru orang lain akan ikut.
Semasa menunaikan Solat Jenazah, saya dapat bersolat betul betul dibelakang Imam Masjid Nabawi. Sekitar 1-2 meter dari beliau.
Selepas Solat Jenazah, imam akan keluar ikut pintu khas dan jenazah yang disolatkan akan dibawa ke Perkuburan Baqi'.
Benar apa yang Prof katakan. Tiada siapa yang akan memulakan untuk mengangkat jenazah itu. Kerana semuanya macam takut takut. Semua tak tahu nak buat macam mana. Semuanya macam kali pertama ke situ. Saya mengambil langkah berani, mula pergi ke arah jenazah dan mengatur jemaah lain untuk turut serta mengangkat jenazah jenazah ini. Mereka yang lain turut serta.
Selepas melakukannya kali pertama, kali kedua dan seterusnya menjadi mudah. Saya lebih berani untuk menjadi 'Yusuf Haslam' ( Pengarah ) di situ. Berani mengatur jemaah mengangkat mayat itu dan ini.
Saya turut serta mengangkat jenazah keluar dari Masjid menuju ke Perkuburan Baqi'. Yang menariknya, di sini mereka mengusung jenazah sambil berlari. Sekurang kurangnya boleh dikatakan berjalan pantas. Tak terkejar saya.
Nampak tak ada jemaah yang sedia menunggu untuk mengangkat jenazah. Anda perlu mempunyai fizikal kuat untuk berlari bersama mereka.
Sampai separuh jalan, akan ada jemaah diluar masjid yang akan menyambut mayat ini. Untuk di bawa terus ke Perkuburan Baqi'. Saya turut serta bersama mereka hingga ke Baqi'.
Ada juga ahli keluarga yang mengangkat jenazah itu sendiri. Di bawa ke Perkuburan Baqi'.
Jalan menuju ke Perkuburan Baqi. Baqi' dibuka untuk jemaah lelaki sahaja selepas Solat Asar.
Tetapi, ini tidak saya lakukan setiap hari. Hanya beberapa kali sahaja saya mampu melakukannya. Itupun, saya bersyukur kepada Allah dengan perasaan keinsafan yang diberikan kepada saya apabila mengangkat jenazah.
Menyedari besarnya pahala yang dilakukan ini. Saya ada mengajak beberapa jemaah Zahafiz untuk melakukannya bersama saya. Saya ceritakan pahalanya. Dan ceritakan caranya. Ada 2 kali saya membawa mereka melakukannya. Alhamdulillah. Saya tumpang gembira bagi pihak mereka.
Pengalaman mengangkat jenazah ini tidak akan saya lupakan. Ia memberi kesedaran kepada saya. Setiap insan, pasti merasa saat perpisahan terakhir. Dunia yang fana, akan ditinggalkan. Hanya amalan yang dibawa.
Semoga ia terkesan di hati saya. Insya Allah. Syukur kepada Allah yag memberi peluang ini kepada saya. Tak ramai jemaah haji yang melakukannya. Dan satu kredit kepada Prof Kamil yang memberi kesedaran kepada saya tentang kepentingan melakukan amalan ini.
Tanah perkuburan di sini tidak mempunyai batu nisan. Hanya batu sebagai tanda. Selang berapa tahun kubur mereka akan digali semula untuk dikumpulkan tulang. Dan disemadikan di tempat lain. Bagi memberi ruang kepada jenazah baru yang meninggal.
Pemandangan dalam kawasan Perkuburan Baqi'. Jemaah wanita hanya boleh menziarahi perkuburan ini dari luar pagar.
Bapa mertua saya di Baqi'.
Jenazah yang sedang dikebumikan. Disini menggunakan sistem liang lahad. Tiada keranda. Satu lubang dimuatkan antara 2-3 jenazah. Ada jiran la nampaknya mayat mayat di sini.
Orang ramai yang memerhatikan jenazah dikebumikan. Tapi awas, jangan terlalu rapat. Apabila lubang dikambus, habuk terlalu banyak. Anda perlu lari awal dari sini kalau tak mahu kotor.
Keadaan yang agak kelam kabut kerana terlalu ramai yang mengiringi jenazah ke perkuburan. Kami semua terpaksa berhati hati supaya tidak terjatuh ke dalam lubang yang sudah siap digali. Lubang ini ditutup dengan kayu sahaja.
Papan ini menunjukkan lubang lubang yang sudah siap digali. Menanti 'penunggu' baru yang seterusnya.
Di Perkuburan Baqi juga terdapat kubur para sahabat dan isteri isteri Nabi. Semua isteri nabi dikebumikan di sini kecuali kubur Saidatina Khadijah dan juga Maimunah yang dikebumikan di Ma'ala, Mekah.
Assalam,
ReplyDeleteTerima kasih berkongsi atas catatan dan gambar gambar ini.
Sesungguhnya besarnya rahmat Allah.
Semuga tuan haji dan keluarga diredhai Allah.
Jazakaullah
AJ, sama sama. Semoga Rahmat Allah untuk kita semua.
ReplyDeleteSalam utk Tuan haji dan isteri,
ReplyDeleteTksh atas perkongsian pengalaman diTanah Suci.Sungguh banyak pengajaran yg dapat diraih dari entri Tuan.Selain blog Prof MKI, saya pasti ternanti nanti entri diblog Tuan.SemogaTuan terus diberi ilham utk menyampaikan ilmu yg tak ternilai utk dmanfaatkan. Jazakumullah Khairan kathira.
Bukan semua jenazah yg meninggal di solatkan di masjid kan Hj? Ada dgr cerita yg org Malaysia kita tak jumpa jenazah keluarganya. Ingatkan ada di solatkan di masjid, rupanya nyer kena bayar dlm sar1000 baru disolatkan di masjid, kalau tidak mereka solatkan sendiri2 jer. Sekadar berkongsi cerita.
ReplyDeleteallah...
ReplyDelete