Assalamualaikum,
Saya berasal dari SMKA Al Mashoor (L) Pulau Pinang. Pendek kata. Budak sekolah agama. Semasa di sana, saya 'kurang pandai' dan tidak terpilih untuk menyertai Kelas Khas untuk Menghafal Surah Surah Penting dari Al Quran. Saya kecewa.
Mereka yang terpilih dilatih dan diajar dengan teknik teknik menghafal Al Quran. Dari satu sudut, saya cemburu. Tapi bersikap positif. Saya cuba belajar dari kawan kawan untuk menghafal Al Quran. Di sana saya berjaya menghafal Surah Ar Rahman, Al Waqiah, As Sajadah, Al Insan, dan beberapa surah surah pendek yang lain. Walaupun ia bukan sesuatu yang wajib buat saya kerana saya tidak berada di dalam kelas itu.
Di lubuk hati saya, teringin nak Hafal Juzuk 30. Tapi, saya tiada daya kerana tiada sokongan. Tiada satu kuasa yang nak 'push' saya untuk melakukannya. Hajat di hati terkubur di situ.
Ramai sahabat sahabat saya yang belajar di sekolah yang sama sekarang sudah pun menjadi Hafiz Quran. Saya tumpang gembira. Sudah pasti dan pasti syurga tanpa dihisab buat mereka. Subhanallah. Inilah yang semua orang mahu. Dah la tu, boleh memberi syafaat kepada 7 orang pula untuk dibawa bersama memasuki syurga tanpa dihisab. Moga adalah sahabat sahabat saya yang sudi memilih saya untuk mengisi 'kuota' 7 orang mereka.
Ustaz Saufi, boleh kot. "Pilihlah saya".
Saya pula entah dimana dari segi hafalan Al Quran.
Surah surah yang pernah di hafal sudah tidak kuat ingatannya. Mungkin sebab kurang diamalkan.
Sebelum saya pergi menunaikan haji, saya ada memberitahu mak saya yang saya hendak menghafal Juzuk 30 sepanjang saya berada di Tanah Suci. Saya hendak pastikan apabila saya menjejakkan kaki ke Malaysia. Juzuk 30 berada di dada saya.
Ini satu azam. Tapi, saya tak berani menceritakan kepada sesiapa. Takut nanti kalau tak terbuat. Malu pula. Tapi, menghafal Juzuk 30 termasuk salah satu agenda penting ibadah saya di sana.
Setiba di Madinah, saya memulakan menghafal Surah Amma Yatasa Alun. Saya terkejut. Surah sepanjang satu muka surat setengah, saya hanya perlu mengambil masa satu hari setengah ke dua hari untuk hafal sepenuhnya. Subhanallah. Allah mudahkan saya menghafal Surah itu.
Seterusnya, saya menghafal Surah An Naziyat. Surah ini mengandungi 46 ayat. Bermula dengan Wanna Zi'a Tigharqa. Surah ini sepanjang satu muka surat setengah. Dan Alhamdulillah. Saya berjaya menghafalnya dalam masa 2 hari.
Subhanallah. Macam mana boleh jadi macam ni. Saya sendiri tak sangka. Pada usia 30 tahun, saya boleh hafal 2 surah dalam masa 4 hari. Sekitar 3 muka surat.
Menghafal pada hari berikutnya semakin mencabar. Saya terpaksa menghafal ayat ayat dari surah baru dan mengulang ayat ayat dari surah yang sudah dihafal. Jika tidak saya pasti lupa surah surah terdahulu.
Sedang saya menghafal surah yang ke tiga, Surah Abasa. Saya berjumpa dengan Sheikh Abdul Rahman. Dia duduk di sebelah saya semasa kami bersolat Maghrib dan Isyak. Beliau melihat saya cuba menghafal Al Quran dan membantu.
Kami bersembang dalam Bahasa Arab. ( Saya tak pandai bercakap Bahasa Arab pun, cuma masih teringat sedikit sedikit yang saya belajar semasa di Tingkatan 1-3 dahulu ). Beliau mahu mendengar surah surah yang saya hafal.
Saya memperdengarkan bacaan kepada beliau. Alhamdulillah. Saya berjaya mengulang dengan baik. Cuma ada sedikit sebanyak yang perlu diperbaiki. Sheikh ada menegur sedikit mengenai Tajwid dan sebutan huruf untuk diperbaiki. Yang lain ok.
Cuma, beliau minta saya habiskan hafalan 2 juzuk dari Al Quran sepanjang berada di Tanah Suci. Iaitu Juzuk 29 & 30. Saya mengatakan, tak. Saya hanya mampu hafal setakat 1 juzuk sahaja.
Kalau difikirkan secara logik. 3 muka surat dalam 4 hari. Saya boleh habiskan 2 juzuk sepanjang berada di Tanah Suci. Tetapi, kalau saya terlalu fokus menghafal 2 juzuk, saya takut saya kurang masa untuk melakukan ibadah ibadah lain di Mekah nanti.
Saya berpendapat 1 juzuk memadai buat saya di sana. Satu sasaran yang amat realistik dan boleh dicapai.
Hari hari berikutnya, saya menghafal Surah Abasa sebanyak 42 Ayat sepanjang 1 muka surat dalam masa 2 hari. Kadar hafalan saya semakin perlahan. Kerana saya perlukan masa untuk mengulang surah surah terdahulu.
Bagi saya, ia satu pencapaian yang memberangsangkan.
Semasa bertemu dengan Sheikh Abdul Rahman, beliau mencadangkan saya untuk mengambil gambar menggunakan handphone surah surah yang saya sedang hafal. Ini memudahkan saya melihatnya ketika berada di mana mana sahaja.
Ia satu cadangan yang amat baik. Saya boleh mengulang ketika dalam perjalanan pergi dan balik ke masjid. Kalau terlupa, saya ada gambar surah itu di dalam handphone saya. Sekurang kurangnya, saya boleh mengulang dalam keadaan bersantai. Tidak terlalu serius. Tidak semestinya di Masjid Sahaja.
Alhamdulillah. Kalau ditanya saya. Ia membantu. Saya boleh menghafal dan mengulang sedikit sebanyak walaupun ketika menyertai Ziarah Luar di sekitar Madinah. Masa yang terluang digunakan sebaiknya.
Di dalam bas, Maria menjadi pendengar saya ketika mengulang. Saya memberikan handphone kepada dia untuk dijadikan rujukan. Alhamdulillah.
Sekarang saya nampak, ia semakin mudah. Menghafal tidak semestinya di masjid sahaja. Ia boleh dilakukan dimana mana sahaja. Tidak perlu membawa Al Quran bersama. Yang penting, ada kemahuan dalam hati saya.
10 hari berada di Madinah. Saya berjaya menghafal 5 muka surat penuh. Kalau difikirkan tempoh masa saya di Tanah Suci 45 hari, memang masuk akal untuk saya habiskan Juzuk 30 di Mekah nanti.
Ditolak dengan surah surah yang saya sudah hafal dihujung hujung Al Quran. Ia tidak sukar. Dengan bantuan dan izin Allah, insya Allah akan saya lakukan.
Walaupun belum habis menghafal apa yang saya sasarkan, saya gembira kerana nampak hala tujunya dan nampak caranya. Ia harus di'setel'kan di Tanah Suci ini. Sesuatu yang saya gagal lakukan ketika berada di Malaysia dahulu.
Sepanjang berada di Madinah, bukan Sheikh Abdul Rahman sahaja yang menjadi sifu saya, ramai lagi sheikh sheikh yang duduk bersebelahan saya membantu saya menjadi pendengar bagi menyemak bacaan saya semasa mengulangkaji. Kebanyakan mereka sudah habis menghafal Al Quran atau jika tidak pun. Mereka sudah menghafal 2-3 juzuk terakhir dalam Al Quran.
Semua mereka memberi galakan kepada saya.
Insya Allah. Dengan izin Allah. Akan saya uruskan kerja selebihnya di Mekah nanti.
Di Mekah, Allah temukan saya dihadapan Kaabah dengan MASTER SIFU yang sebenar. Dia menceritakan kepada saya pengalaman dia menghafal 22 Juzuk Al Quran dalam masa 2 bulan.
Dia menceritakan teknik teknik menghafal Al Quran dengan betul. Juga pelbagai pengalaman menarik beliau sepanjang menghafal Al Quran. Dia menceritakan kehebatan Al Quran, yang kalau anda dengar. Akan berdiri bulu roma anda kerana anda juga mahukan begitu.
Akan saya kongsi dengan para pembaca dalam Hafal Al Quran II nanti.
Semoga apa yang saya tulis ini dapat memberi sedikit keazaman kepada tuan tuan untuk melakukan perkara yang sama. Semoga. Allah sentiasa memberi rahmat kepada kita semua.
Wassalam.

Assalam,
ReplyDeleteSubhanallah! Alhamdulillah! Allahu Akbar!
Allah permudahkan hafalan tuan haji dengan ditemukan mereka mereka yang arif. Rahmat Allah sentiasa menyebelahi tuan haji.
Semuga tercapai hendaknya cita cita tuan haji dan dipermudahkan Allah.
Syukran
AJ