Assalamualaikum,
Sudah menjadi lumrah, apabila kita hendak pergi menunaikan haji. Para sahabat dan saudara akan memberi sumbangan kewangan kepada kita.
Pihak Masjid Kampung Kedah, Surau Simpang Empat dan Pertubuhan Peladang turut menganjurkan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat bagi meraikan bakal haji. Di akhir majlis, kami bakal jemaah haji di berikan sedikit sumbangan. Jutaan terima kasih kepada semua.
Nasihat Prof ini benar belaka, rupanya di sana saya bertemu dengan mak cik mak cik yang ada senarai panjang untuk membeli barang berdasarkan jumlah sumbangan yang diterima mereka. Dan kesannya, mereka akan 'tawaf' kedai dan ini pasti menjejaskan masa mereka untuk beribadah di sana.
"Ya Allah, aku mohon kepada Mu, Kau murahkanlah rezeki mereka yang memberi sumbangan kepadaku semasa aku pergi menunaikan haji. Kau permudahkan urusan mereka dan bantulah mereka. Amin"
Prof Kamil menyuruh kita mendoakan sahaja mereka apabila berada di Tanah Suci. Ini jauh lebih baik berbanding kita membeli tasbih dan minyak wangi yang akhirnya mereka langsung tidak menggunakannya.
Kepada ahli keluarga saya dan adik beradik saya, dari awal lagi saya menjelaskan yang saya berharap mereka tidak akan berkecil hati sekiranya saya tidak membeli buah tangan kepada mereka. Dari awal lagi, saya nak mereka semua faham, saya pergi haji untuk beribadah. Dan saya tidak mahu pergi bershopping di sana.
Di sana, saya hanya akan membeli air zam zam, kurma, kacang cerdik dan kismis untuk dibawa balik. Alhamdulillah. Mereka semua faham.
Mudah bagi saya sekarang. Kerana sekarang tiada siapa yang akan berkecil hati. Saya boleh pergi dengan tenang dan beribadah dengan tenang di sana.
Saya berjanji kepada diri saya, insya Allah saya akan menggunakan duit sumbangan orang ramai ini sebaiknya. Saya akan memanjangkan pahala sedekah mereka. Duit itu saya gunakan untuk beribadah, bersedekah, menaiki teksi menunaikan umrah, dan membeli air zam zam, kurma dan kacang cerdik untuk dibawa balik Malaysia.
Terima kasih semua. Hanya Allah sahajalah yang membalasnya.
Ada yang nak mengirim barang kepada saya untuk dibeli di sana. Saya mohon maaf. Semuanya saya terpaksa tolak dengan baik. Ada yang minta saya belikan gelang jade, ada yang mahu cincin, ada yang mahu kayu koka dan macam macam lagi. Sekiranya saya mengambil amanah ini. Susah saya nanti di sana.
Saya menjelaskan kepada mereka secara baik, saya pergi menunaikan haji untuk beribadah dan saya tidak mahu pergi bershopping. Jadi, saya takut saya tidak dapat menunaikan hajat mereka ini. Alhamdulillah. Mereka faham. Saya gembira.
Alhamdulillah, sebelum pergi menunaikan haji. Saya dan Maria mempunyai matlamat yang sama. Kami pergi menunaikan haji. Semata mata kerana Allah. Semata mata kerana Allah. Jadi, kami boleh 'delete' shopping daripada agenda kami di sana nanti. Alhamdulillah.
Yang memudahkan kami adalah kerana kami baru sahaja menunaikan umrah pada tahun 2010. Dan kami dah pun sedar, di Mekah dan Madinah tiada barang yang istimewa. Semua barangan itu datangnya dari China. Dan tidak berkualiti. Semuanya ada di Malaysia. Jadi, kenapa perlu beli di sana.
Kalau nak membeli pun, sekadar Jubah, Abaya, Air Zam Zam, Kacang Cerdik, Kismis. Itu sahaja. Ini sahaja yang unik di sana bagi kami berdua. Alhamdulillah, hati kami langsung tak terbuka untuk bershopping. Saya bersyukur.
Wassalam...

Majlis meraikan bakal bakal haji di Peladang Parit Buntar.
Para sahabat, jiran dan saudara yang sudah maklum, mula datang ke rumah. Mengucapkan tahniah dan mendoakan keselamatan kami sekeluarga. Ada yang turut mengirim kiriman doa untuk saya baca di Tanah Suci. Tak kurang, ramai yang memberi sedikit sumbangan berbentuk kewangan untuk saya gunakan di Tanah Suci nanti.
Saya terharu. Mengapa? Kerana ada yang memberi sumbangan kepada saya walaupun mereka sendiri bukan dari golongan yang 'berduit'. Tapi, mereka mahu turut serta. Mengambil pahala menderma. Sekali lagi. Terima kasih saya ucapkan.
Dalam buku Travelog Haji: Merubah Sempadan Iman, Prof Kamil sudah pun menasihatkan agar kita menerima pemberian dari orang seikhlas mungkin.
Ada sahabat dan pembaca blog saya yang memasukkan duit ke akaun bank saya. Dan ada yang memberi kepada saya secara terus.
Untuk tujuan ini, saya tidak mahu mengetahui jumlah duit yang seseorang berikan kepada saya. Mereka kawan saya, mereka saudara saya. Saya bersangka baik, mereka yang memberi adalah ikhlas dan tidak mengharapkan balasan.
Saya berkata demikian kerana, saya tidak mahu apabila saya ke Mekah nanti, saya akan rasa bersalah sekiranya saya tidak memberi sebarang 'hadiah' kepada mereka apabila pulang nanti. Sedangkan mereka sudah menyedekahkan duit kepada saya.
Untuk itu, apabila mereka memberi duit di dalam sampul kepada saya, saya meletakkan semua sampul itu di dalam sebuah kotak. Dan apabila sudah hampir pergi, saya menyuruh Maria sahaja yang membukanya. Dan mengira berapa jumlahnya.
Alhamdulillah. Jumlahnya hampir RM2500. Saya berasa tenang. Saya tidak tahu siapa yang memberi kepada saya. Jadi, saya tidak akan rasa bersalah sekiranya saya tidak memberi mereka 'hadiah'. Saya merasakan ada keikhlasan daripada mereka yang memberi. Jutaan terima kasih kepada semua.
Cuba bayangkan, kalau saya mengetahui orang ini beri berapa dan orang itu beri berapa, di Mekah saya perlu ada senarai panjang nama nama mereka yang memberi sumbangan berserta jumlahnya. Dan saya pula terpaksa 'tawaf' kedai untuk membeli hadiah kepada mereka. Yang memberi banyak, kena beli hadiah yang besar. Yang beri sedikit, kecillah hadiahnya. Jika tidak, saya akan rasa bersalah.
Tidak.. Saya tidak akan berbuat demikian. Kerana inilah nasihat dari Prof Kamil.
Saya pergi menunaikan haji, SEMATA MATA KERANA ALLAH. SEMATA MATA KERANA ALLAH. Saya pergi ke sana untuk BERIBADAH. Bukan untuk BERSHOPPING.

Assalam,
ReplyDeleteBetul apa yang Hj catatkan dalam blog ini.
Emak saya berpesan, pergi haji NIAT kena betul. Kalau niat kita beribadat kerana Allah, memang yang lain lain kita tak terpikirkan masa di sana.
Tengok gelagat manusia kat sana memang macam macam.
Semuga hj dan keluarga dalam redha Allah.
Illal liqo'