Assalamualaikum,
Bila cerita saya dah sampai ke bumi Mekah, saya pasti ramai yang semakin teruja dan tidak sabar sabar menanti cerita pengalaman haji saya. Insya Allah, akan saya ceritakan pengalaman di bumi Mekah dalam entri entri yang seterusnya.
Sebelum saya menceritakan pengalaman haji, saya ingin berkongsi dengan para pembaca mengenai Sejarah dan Kelebihan Bumi Mekah. Ini amat penting, kerana jika kita tidak tahu mengenai sejarah dan kelebihan sesuatu tempat, amat sukar untuk kita mencintai tempat itu.
Sejarah Makkah bermula apabila Nabi Ibrahim a.s. menerima perintah daripada Allah s.w.t. supaya meninggalkan anaknya Nabi Ismail a.s. dan isterinya Siti Hajar di sebuah gurun yang kering kontang.
Apabila air yang dibawa oleh Siti Hajar habis, Nabi Ismail a.s. yang ketika itu masih lagi seorang bayi mula menangis meminta susu. Siti Hajar yang mula gelisah mula mencari air di antara Bukit Safa daripada Jabal Qubais hinggalah ke Bukit Marwa.
Dalam suasana yang kelam kabut itu Nabi Ismail a.s. yang sedang menangis menghentakkan kakinya di atas tanah. Dengan izin Allah s.w.t., maka air keluar daripada tanah yang dihentak Nabi Ismail a.s. tadi. Sebuah telaga dibina kemudian dan dikenali sebagai Telaga Zamzam.
Dengan kemunculan Telaga Zamzam itu, pedagang-pedagang dan kabilah-kabilah perdagangan mula muncul. Mereka mula tinggal di situ dan membuka penempatan baru. Dengan itu lahirlah Kota Makkah. Nabi Ibrahim a.s. melawat tempat di mana dia meninggalkan anak dan isterinya tadi. Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. kemudiannya membina Kaabah.
Pada tahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Makkah hendak diserang oleh tentera Abrahah yang cemburu dengan kemajuan Makkah sebagai pusat keagamaan di kawasan Semenanjung Arab. Mujur dengan kuasa Allah s.w.t., tentera Abrahah ditewaskan. Tahun kejadian itu digelar sebagai Tahun Gajah.
Makkah juga merupakan tanah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.. Nabi Muhammad s.a.w. hidup dalam kalangan masyarakat yang menyembah berhala tetapi Nabi Muhammad s.a.w. tetap tidak lupa akan ajaran Nabi Ibrahim a.s.
Satu hari sewaktu Rasulullah s.a.w. yang ketika itu berumur 40 tahun sedang berada di dalam sebuah gua yang bernama Gua Hira, baginda didatangi oleh Malaikat Jibril yang menyampaikan wahyu daripada Allah s.w.t.
Wahyu itu memerintahkan supaya Nabi Muhammad s.a.w. menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh penduduk Makkah. Nabi Muhammad s.a.w. menyampaikan ajaran Islam kepada penduduk Makkah tetapi kebanyakkan mereka menentangnya. Rasulullah s.a.w. kemudiannya berhijrah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.
Ajaran Islam kemudiannya berkembang ke seluruh Semenanjung Arab. Nabi Muhammad s.a.w. kemudiannya kembali ke Makkah pada tahun 628 Masihi bersama-sama ribuan pengikut baginda.
Mereka memasuki Makkah tanpa mengalirkan darah. Peristiwa itu dinamakan sebagai Pembukaan Kota Makkah. Penduduk Makkah akhirnya menganuti ajaran Islam dan ini menjadikan Makkah pusat perkembangan Islam.
KEISTIMEWAAN MEKAH
Mekah mempunyai banyak keistimewaan dan fadilatnya.
1) Dajjal tidak boleh memasuki kota Mekah.
2) Allah menurunkan rahmat sebanyak 120 Rahmat setiap hari di Masjidil Haram. 60 rahmat untuk orang yang tawaf. 40 rahmat untuk orang yang solat dan 20 rahmat untuk orang yang memandang kaabah.
3) Kelebihan solat di Masjid al-Haram setara dengan seratus ribu kali ganda berbanding bersolat di masjid yang lain.
4) Mekah merupakan sebaik-baik tempat di muka bumi.
5) Terdapat banyak tempat yang mustajab doa di Mekah seperti di belakang maqam Ibrahim, di antara dua rukun Hajar al-Aswad dan Yamani, dalam Hijr Ismail, Arafah, Mina, Mudzlifah dan banyak lagi.
6) Air zamzam yang mempunyai kelebihan yang tersendiri dan dapat menyembuhkan penyakit serta ditunaikan hajat dengan izin Allah SWT.
7) Tiada waktu ditegah untuk mengerjakan solat sunat. Boleh bersolat sunat selepas waktu Asar dan Subuh.
Kalau hendak diikutkan, terlalu banyak lagi sejarah dan keistimewaan bumi Mekah ini. Insya Allah, akan saya ceritakan lagi dalam entri entri yang lain.
Semoga Allah kurniakan ilham kepada saya untuk menceritakan yang terbaik untuk dikongsi dengan para pembaca.
Wassalam
Bila cerita saya dah sampai ke bumi Mekah, saya pasti ramai yang semakin teruja dan tidak sabar sabar menanti cerita pengalaman haji saya. Insya Allah, akan saya ceritakan pengalaman di bumi Mekah dalam entri entri yang seterusnya.
Sebelum saya menceritakan pengalaman haji, saya ingin berkongsi dengan para pembaca mengenai Sejarah dan Kelebihan Bumi Mekah. Ini amat penting, kerana jika kita tidak tahu mengenai sejarah dan kelebihan sesuatu tempat, amat sukar untuk kita mencintai tempat itu.
Kota Mekah, kota yang penuh ketenangan dan kedamaian. Masjidil Haram yang penuh dengan keberkatan.
Pemandangan Pintu King Abdul Aziz pada waktu malam.
Sebelum pergi menunaikan haji, saya sudah pun mencari kelebihan dan keistimewaan bumi Mekah itu sendiri. Tujuannya, bagi memudahkan saya untuk fokus melakukan ibadah yang lebih dituntut oleh Allah di sana.
Dan yang pasti, apabila saya mengetahui keistimewaan tempat itu perasaan cinta akan mula timbul dan pasti memberi kekuatan dan semangat kepada saya untuk kuat beribadah di sana.
LATAR BELAKANG MEKAH
Makkah ataupun Mekah terletak lebih kurang 73km daripada timur Jeddah. Makkah merupakan tempat lahirnya Islam serta Nabi Muhammad s.a.w. dan juga tempat baginda menerima wahyu daripada Allah s.w.t.
Makkah ialah kota paling suci bagi umat Islam. Lima kali sehari, lebih kurang 1.5 bilion Muslim tidak kira di mana mereka berada, pasti akan menghadap kiblat di Kota Makkah untuk bersembahyang. Sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup seseorang Muslim akan mengerjakan haji pada bulan Zulhijjah setiap tahun di tempat tersebut.

Di sini juga terletaknya Al Masjid Al Haram yang mana terdapatnya Kaabah.
Di sinilah kiblat bagi semua umat Islam. Dan menjadi tempat tumpuan umat Islam seluruh dunia untuk menunaikan haji setiap tahun.
SEJARAH MEKAHSejarah Makkah bermula apabila Nabi Ibrahim a.s. menerima perintah daripada Allah s.w.t. supaya meninggalkan anaknya Nabi Ismail a.s. dan isterinya Siti Hajar di sebuah gurun yang kering kontang.
Apabila air yang dibawa oleh Siti Hajar habis, Nabi Ismail a.s. yang ketika itu masih lagi seorang bayi mula menangis meminta susu. Siti Hajar yang mula gelisah mula mencari air di antara Bukit Safa daripada Jabal Qubais hinggalah ke Bukit Marwa.
Dalam suasana yang kelam kabut itu Nabi Ismail a.s. yang sedang menangis menghentakkan kakinya di atas tanah. Dengan izin Allah s.w.t., maka air keluar daripada tanah yang dihentak Nabi Ismail a.s. tadi. Sebuah telaga dibina kemudian dan dikenali sebagai Telaga Zamzam.
Telaga Zam Zam pada waktu dahulu
Dengan kemunculan Telaga Zamzam itu, pedagang-pedagang dan kabilah-kabilah perdagangan mula muncul. Mereka mula tinggal di situ dan membuka penempatan baru. Dengan itu lahirlah Kota Makkah. Nabi Ibrahim a.s. melawat tempat di mana dia meninggalkan anak dan isterinya tadi. Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. kemudiannya membina Kaabah.
Pada tahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Makkah hendak diserang oleh tentera Abrahah yang cemburu dengan kemajuan Makkah sebagai pusat keagamaan di kawasan Semenanjung Arab. Mujur dengan kuasa Allah s.w.t., tentera Abrahah ditewaskan. Tahun kejadian itu digelar sebagai Tahun Gajah.
Di sinilah tapak rumah kelahiran Nabi Muhammad S.A.W, terletak di luar Masjidil Haram di sebelah Bukit Marwah
Makkah juga merupakan tanah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.. Nabi Muhammad s.a.w. hidup dalam kalangan masyarakat yang menyembah berhala tetapi Nabi Muhammad s.a.w. tetap tidak lupa akan ajaran Nabi Ibrahim a.s.
Satu hari sewaktu Rasulullah s.a.w. yang ketika itu berumur 40 tahun sedang berada di dalam sebuah gua yang bernama Gua Hira, baginda didatangi oleh Malaikat Jibril yang menyampaikan wahyu daripada Allah s.w.t.
Disinilah tempat Rasulullah menerima wahyu yang pertama. Di Gua Hira'
Wahyu itu memerintahkan supaya Nabi Muhammad s.a.w. menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh penduduk Makkah. Nabi Muhammad s.a.w. menyampaikan ajaran Islam kepada penduduk Makkah tetapi kebanyakkan mereka menentangnya. Rasulullah s.a.w. kemudiannya berhijrah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.
Ajaran Islam kemudiannya berkembang ke seluruh Semenanjung Arab. Nabi Muhammad s.a.w. kemudiannya kembali ke Makkah pada tahun 628 Masihi bersama-sama ribuan pengikut baginda.
Mereka memasuki Makkah tanpa mengalirkan darah. Peristiwa itu dinamakan sebagai Pembukaan Kota Makkah. Penduduk Makkah akhirnya menganuti ajaran Islam dan ini menjadikan Makkah pusat perkembangan Islam.
KEISTIMEWAAN MEKAH
Mekah mempunyai banyak keistimewaan dan fadilatnya.
1) Dajjal tidak boleh memasuki kota Mekah.
2) Allah menurunkan rahmat sebanyak 120 Rahmat setiap hari di Masjidil Haram. 60 rahmat untuk orang yang tawaf. 40 rahmat untuk orang yang solat dan 20 rahmat untuk orang yang memandang kaabah.
Disinilah pelbagai rahmat Allah diturunkan kepada hamba Nya di situ setiap hari. Beruntungnya mereka yang dapat tinggal di bumi Mekah.
3) Kelebihan solat di Masjid al-Haram setara dengan seratus ribu kali ganda berbanding bersolat di masjid yang lain.
4) Mekah merupakan sebaik-baik tempat di muka bumi.
5) Terdapat banyak tempat yang mustajab doa di Mekah seperti di belakang maqam Ibrahim, di antara dua rukun Hajar al-Aswad dan Yamani, dalam Hijr Ismail, Arafah, Mina, Mudzlifah dan banyak lagi.
6) Air zamzam yang mempunyai kelebihan yang tersendiri dan dapat menyembuhkan penyakit serta ditunaikan hajat dengan izin Allah SWT.
Molekul air zam zam adalah molekul air yang paling cantik. Ia berbentuk seperti diamond yang bersinar. Subhanallah. Sebab itulah air zam zam boleh merawat pelbagai jenis penyakit.
7) Tiada waktu ditegah untuk mengerjakan solat sunat. Boleh bersolat sunat selepas waktu Asar dan Subuh.
Kalau hendak diikutkan, terlalu banyak lagi sejarah dan keistimewaan bumi Mekah ini. Insya Allah, akan saya ceritakan lagi dalam entri entri yang lain.
Semoga Allah kurniakan ilham kepada saya untuk menceritakan yang terbaik untuk dikongsi dengan para pembaca.
Wassalam
Assalam,
ReplyDeleteSubhanallah!!
Semuga Allah merahmati tuan haji dan keluarga berkongsi sejarah Mekah dan gambar gambar lama yang belum pernah saya lihat.
Jazakaullah