Assalamualaikum,
Apabila anda hendak pergi menunaikan haji, anda juga WAJIB menunaikan umrah. Ini sesuatu yang pasti.
Tetapi, anda juga boleh melakukan Umrah pada bila bila masa meskipun di luar waktu haji.
ULANGAN JENIS HAJI
Sebagai ulangan entri terdahulu, sekiranya anda melakukan Haji Ifrad, ini bermakna anda akan melakukan Haji dahulu, kemudian baru anda melakukan Umrah selepas habis menunaikan haji.
Sekiranya anda melakukan Haji Tamattuk, ini bermakna anda akan melakukan Umrah dahulu, kemudian baru anda melakukan Haji apabila sampai masuk waktu haji.
Sekiranya anda melakukan Haji Qiran, ini bermakna anda melakukan Umrah dan Haji secara serentak.
APA ITU UMRAH?
Bagi mereka yang belum pernah pergi menunaikan haji dan umrah. Pasti tertanya tanya, Apa itu Umrah?
Umrah ialah mengunjungi Baitullah Al Haram di Mekah pada bila bila masa untuk mengerjakan ibadat-ibadah tertentu mengikut syarat syarat tertentu.
Sebagai contoh, memandangkan saya melakukan Haji Tamattuk semasa menunaikan haji tempoh hari, saya wajib menunaikan Umrah dahulu sebelum menunaikan haji.
RUKUN DAN WAJIB UMRAH
Sebelum saya menceritakan perjalanan umrah, saya ingin berkongsi dulu dengan para pembaca mengenai Rukun Umrah dan Wajib Umrah.
Rukun Umrah ialah sesuatu perbuatan yang wajib dilakukan semasa melakukan Umrah. Sekiranya tidak melakukan salah satu daripada rukun Umrah ini, maka Umrah tidak sah dan wajib di Qada. Rukun Umrah ialah :
1) Berniat Ihram Mengerjakan Umrah
2) Tawaf Umrah
3) Saie Umrah
4) Bertahlul
5) Tertib
Wajib Umrah pula adalah perkara yang wajib dilakukan. Sekiranya tidak dilakukan, Umrah masih sah tetapi perlu di bayar dam. Wajib Umrah ada 2 iaitu:
1) Berniat Ihram Umrah di Miqat
2) Meninggalkan Perkara Perkara Larangan Semasa Ihram
PENGALAMAN UMRAH WAJIB SAYA
Saya mahu para pembaca sama ada yang mahu menunaikan Haji atau Umrah mengambil berat hal ini. Walaupun ia mudah, tetapi ada jemaah haji yang bersama saya melakukan kesilapan yang amat berat. Akan saya ceritakan nanti.
Seperti mana yang saya ceritakan dahulu, saya termasuk dalam penerbangan awal semasa menunaikan haji. Iaitu KT21. Kami bertolak terus ke Madinah selama 9 hari sebelum bertolak ke Mekah untuk memulakan ibadah haji.
Satu perkara yang ingin saya kongsi, ziarah ke Madinah tidak termasuk dalam rukun atau wajib haji. Ziarah ke Madinah hanyalah sebagai ziarah kita akan Masjidil Nabawi. Dan kita tidak melakukan sebarang aktiviti haji atau umrah di Madinah.
Memandangkan saya ke Mekah dari Madinah, tempat Miqat untuk saya berniat melakukan umrah adalah di Bir Ali. Iaitu sekitar 10km dari Madinah. Di situ saya bermula berniat.
Memandangkan saya mengerjakan Haji Tamattuk, maka saya perlu menunaikan Umrah dahulu sebelum menunaikan Haji. Semasa di Bir Ali, saya mula memakai kain Ihram dan berniat mengerjakan Umrah iaitu:
"Sahaja aku mengerjakan Umrah dan berihram aku dengannya kerana Allah Taala"
Saya sudah melakukan perkara rukun dan wajib umrah yang pertama iaitu berniat umrah di Miqat. Maka saya harus melakukan rukun dan wajib umrah yang seterusnya mengikut tertib.
Apabila sudah berniat ihram, saya wajib menjaga 13 pantang larang ihram yang akan saya ceritakan nanti. Saya perlu menjaga semua pantang larang ini sehinggalah saya tamat menunaikan Tawaf, Saie dan Bertahlul.
Dari Bir Ali, bas kami menuju terus ke Mekah. Kami semua dalam keadaan ihram ketika ini. Dan setibanya di Mekah, setelah selesai menguruskan beg ke dalam bilik. Kami sekeluarga turun ke bawah hotel, menuju ke Masjid bagi melengkapkan rukun umrah kami yang seterusnya.
Kami sudah selesai Tawaf dan seterusnya perlu melakukan Saie.

Setibanya di Masjidil Haram, kami terus melakukan Tawaf Umrah, mengelilingi Kabah sebanyak 7 pusingan. Maka kami sudah menyempurnakan Rukun Umrah yang kedua. Pada musim haji, melakukan tawaf di luar waktu puncak mengambil masa sekitar 30-45 minit bagi melengkapkan 7 pusingan. Tetapi apabila melakukan tawaf semasa waktu puncak, ia mengambil masa sekitar 1 jam - 1 jam setengah.
Kami sudah selesai Tawaf dan seterusnya perlu melakukan Saie.
Selepas menunaikan Tawaf, kami menunaikan solat Sunat Tawaf di belakang Makam Ibrahim dan terus menuju ke tempat Saie.
Gambar ni berhampiran Multazam, membelakangkan pintu kaabah dan menuju ke tempat Sai. Kami sudah melengkapkan Rukun Umrah yang kedua iaitu Tawaf Umrah.
Selesai tawaf, kami bergerak ke Bukit Safa bagi memulakan ibadah Saie antara Bukit Safa dan Marwah sebanyak 7 kali. Bukit Safa dan Bukit Marwah terletak sekitar 200 meter dari Kaabah. Berbetulan dengan Hajarul Aswad.
Sy dan Mak di Bukit Safa. Dulu batu batu bukit ni boleh dipijak, tapi sekarang dah ada pagar. So, jemaah skrg dah tak leh nak pijak batu di Bukit Safa.
Ni gambar dari bawah Bukit Safa. Pemandangan ke atas. Sai skrg dah boleh dibuat dlm 5 tingkat.
Ni gambar batu di Bukit Safa.
Kami terus menuruni Bukit Safa dan menuju ke Bukit Marwah. Perjalanan antara Safa ke Marwah sekitar 450 meter mengambil masa sekitar 7 minit sekiranya berjalan dalam kadar sederhana. 7 Pusingan mengambil masa sekitar 45 minit - 1 jam. Selesai 7 pusingan di Bukit Marwah, ini bermaksud kami sudah pun lengkap Rukun Umrah yang ke tiga iaitu Saie Umrah.
Selesai ibadah Tawaf dan Saie, saya terus bercukur untuk melengkapkan kesemua rukun dan wajib umrah saya. Maka saya bebas dari segala pantang larang ihram dan selepas ini saya memakai baju biasa sepanjang berada di Mekah.
Ini sahaja kerja Umrah. Ia amat mudah dan anda tidak sepatutnya pening kepala memikirkan mengenai Umrah. Teramat mudah.
Selepas habis melakukan Umrah, saya boleh pulang ke hotel dan tidak lagi terikat dengan mana mana pantang larang ihram.
Mudah, memang ia mudah. Tapi saya ingin menceritakan kepada para pembaca pengalaman saya bersama jemaah Zahafiz dalam melakukan ibadah yang 'mudah' ini.
KESALAHAN DI LAKUKAN OLEH JEMAAH ZAHAFIZ
KES 1
Ada seorang jemaah Zahafiz XXX yang ditinggalkan oleh rakan rakannya di hotel. Rakan rakannya sudah 30 minit keluar dari hotel menuju ke Masjid bagi melakukan umrah. Dia yang tertunggu tunggu di hotel kemudiannya mengikut jemaah lain yang sedikit terlewat.
Apabila jemaah XXX ini bersama kumpulan lain yang diikutinya tiba di masjid, mereka melalui kawasan Saie untuk ke Kaabah bagi menunaikan Tawaf.
Secara tiba tiba, jemaah XXX ini terjumpa dengan rakan rakannya yang telahpun meninggalkan dia di hotel sebentar tadi. Rakan rakannya ini sudahpun melakukan tawaf dan sedang melakukan Saie. Tetapi, jemaah XXX ini yang belum melakukan Tawaf terus mengikuti kawan kawannya melakukan Saie. Dan selepas habis melakukan Saie. Baru pergi menunaikan Tawaf. Kemudiannya bertahlul.
Nampak macam tak logik, tapi ia berlaku. Jemaah XXX ini sudah tidak melakukan ibadah Umrah mengikut tertib yang ditetapkan. Maka Umrahnya tidak Sah. Dan apabila melakukan perkara perkara larangan semasa ihram, beliau perlu menggantikan kembali umrahnya dan membayar segala dam bagi setiap larangan ihram yang dilakukannya.
Perkara yang tadi mudah. Sekarang dah jadi susah. Ini semua berlaku kerana kurangnya ilmu sebelum pergi menunaikan haji dan umrah. Perkara ini boleh berlaku kepada anda, dan boleh berlaku kepada sesiapa sekiranya kita tidak bersedia sebelum pergi menunaikan haji.
KES 2
Ada lagi sepasang suami isteri yang melakukan kesilapan ketika tawaf. Mereka tidak mengikut aturan tawaf yang telah ditetapkan. Maka, tawaf mereka tidak sah. Apabila tawaf mereka tidak sah, maka umrah mereka tidak sah. Dan apabila mereka memakai pakaian biasa, mereka sudah mula melanggar pantang larang ihram.
Mereka hanya sedar kesalahan mereka ini apabila melakukan Umrah buat kali ke tiga. Ini bermakna umrah mereka kali pertama dan kali kedua tidak sah. Dan dia perlu membayar dam bagi setiap kesalahan yang dilakukan sepanjang masa dari umrah pertama sehingga umrah ketiga yang baru dibuat secara betul.
Ustaz mula bertanya kepada mereka, "Ada memakai minyak wangi?". "Tidak pakai" Maka tidak kena dam. Dan si suami sudah pasti perlu membayar dam kerana memakai pakaian biasa.
"Ada memotong kuku?"
"Ada." Maka bilangan kesalahan semakin bertambah dan dam semakin banyak perlu dibayar. Ustaz bertanya setiap satu pantang larang ihram bagi memastikan mereka membayar dam dengan sempurna.
Dan selepas di tanya itu dan ini, Ustaz bertanya soalan Cepu Emas. "Ada 'bersama' tak suami isteri?" Mujur jawapannya "Tak.". Jika tidak sudah pasti perlu membayar dam seekor Unta.
Selepas dikira kira, pasangan ini perlu membayar ratusan duit sebagai bayaran dam melakukan pelbagai kesalahan.
KESIMPULAN
Inilah cabaran yang perlu kita hadapi. Umrah tidak mudah. Dan ia tidak sukar. Ia hanya mudah bagi mereka yang sudah membuat persediaan dari segi ilmu sebelum pergi ke sana.
Kalau anda mengatakan Umrah itu sukar, anda silap. Bagi saya, perkara yang lebih sukar adalah menghadapi cabaran apa yang hendak saya lakukan dalam masa 21 hari sementara menanti Hari Arafah untuk melakukan Ibadah Haji.
Tempoh masa 21 hari berikutnya sementara menanti hari Arafah perlu digunakan sebaiknya. Segala perancangan ibadah perlu disusun agar ia selari dengan waktu solat di sana.
Semoga selepas membaca entri ini, anda faham yang pertama Umrah itu tidak susah. Ia tersangat mudah difahami. Tetapi, jangan salah faham. Carilah ilmu sebaik mungkin sebelum pergi menunaikan haji atau umrah supaya anda tidak melakukan kesalahan yang boleh memudaratkan anda nanti.
Wassalam

Assalam,
ReplyDeleteN3 kali ini banyak mengajar kita agar menimba ilmu haji/umrah sebelum pergi supaya cukup persedian. Tak tahu kena bertanya pada yang lebih arif. Mutawif ada untuk membimbing jika ada kemuskilan.
Semuga ianya memberi menafaat kepada semua.
Semuga tuan haji dan keluarga dirahmati Allah.
AJ
Asaalamualaikum,
ReplyDeleteNk ucap terima kasih sbb entri ni bagus skali untuk panduan sy sbb sy nak tunaikan umrah kali pertama hujung bulan 2 ni..terima ksih lagi skali.
Salam,
ReplyDeleteTerima kasih byk2 kerana berkongsi pengalaman ...amat berguna sebagai persedian untuk melalukan umrah nanti insyaallah....
Nk tnye jgk..mse kte mndi wajib..kte dah niat umrh..tpi rmbut gugur..boleh ke kte bt umrah dlu bru byr dam..musyil....
ReplyDeleteNk tnye jgk..mse kte mndi wajib..kte dah niat umrh..tpi rmbut gugur..boleh ke kte bt umrah dlu bru byr dam..musyil....
ReplyDelete