Assalamualaikum,
Mereka yang belum pernah pergi menunaikan umrah atau haji, mesti tertanya tanya apa yang perlu dilakukan sebelum memakai ihram? Dan apa yang perlu dilakukan selepas memakai ihram? Apa pantang larang yang perlu di jaga semasa kita berada di dalam ihram?
Bahkan, kalau yang sudah pergi menunaikan umrah sekali pun. Pasti ingat ingat lupa akan pantang larang ini. Jadi, untuk kebaikan bersama. Insya Allah kali ini saya akan kongsi pengalaman saya dan jemaah jemaah lain semasa berada dalam keadaan ihram.
BILA LARANGAN BERMULA
Segala pantang larang ihram bermula apabila kita mula berniat ihram. Iaitu ketika kita berada di tempat miqat untuk berniat.
Itu yang mudah difahami. Larangan ihram bukan bermula dari awal kita memakai kain ihram itu. Tetapi, sebaik sahaja kita berniat memakai ihram.
Sebagai contoh, semasa mengerjakan umrah wajib. Saya mula memakai ihram ketika berada di Madinah, sejak dari hotel lagi. Tapi di situ saya masih belum berniat ihram. Maka saya belum termasuk dalam golongan orang yang berihram.
Saya hanya berniat ihram di Bir Ali. Maka bermula dari situlah saya perlu menjaga pantang larang semasa berada di dalam ihram.
Ketika di Bir Ali, saya mula berniat "Sahaja aku mengerjakan Umrah dan Berihram aku dengannya kerana Allah Taala". Ketika inilah saya perlu mula menjaga segala pantang larang ihram.
Dan semasa di Mekah pula, saya juga ada melakukan umrah sunat beberapa kali. Tempat Miqat apabila berada di Mekah adalah di Tanaim, Ja'ranah dan Hudaibiyah. Jadi, pantang larang ihram hanya bermula apabila saya berniat ihram ketika berada di Miqat ini.
Bagi ihram haji pula, memandangkan saya mengerjakan Haji Tamattuk, maka saya hanya mula berniat ihram haji ketika saya berada di hotel sebelum bergerak menuju ke Arafah. Ketika itulah segala pantang larang ihram perlu di jaga sehinggalah segala kerja haji saya selesai.
BILA LARANGAN BERAKHIR
Bagi mereka yang mengerjakan Umrah, larangan ihram hanya akan berakhir apabila mereka selesai mengerjakan segala Rukun Umrah seperti yang saya ceritakan dalam entri sebelum ini. Iaitu selepas mereka selesai Berniat, Tawaf, Saie dan Bertahlul.
Lagi cepat anda menyelesaikan segala rukun ini, semakin cepat anda bebas dari pantang larang ihram. Dan ia tidak mempunyai jangka masa perlu diselesaikan. Terpulang kepada kita untuk menyelesaikannya.
Bagi mereka yang mengerjakan haji, larangan ihram berakhir apabila mereka melakukan Tahlul Awal dan Tahlul Thani. (Akan saya ceritakan secara detail nanti).
PERMULAAN UMRAH & HAJI
Untuk memperoleh Umrah yang sempurna dan Haji yang Mabrur, ia memerlukan ilmu yang tinggi mengenainya. Sekiranya kita pergi menunaikan haji atau umrah dengan ilmu yang sekadarnya, maka amal ibadah kita pun hanyalah sekadarnya.
Ia bersesuaian dengan dalil yang bermaksud "Dan sempurnakanlah Haji dan Umrah kerana Allah Taala"
Apa yang dikatakan adalah sempurnakanlah dalam erti kata yang lain. Lakukanlah yang terbaik.
Untuk melakukan yang terbaik, bagi saya para jemaah perlu tahu segala yang sunat dan cuba sedaya mampu untuk menjaga yang sunat dan lebih berjaga jaga bagi yang wajib.
Sesuatu ibadah Haji dan Umrah bermula dengan Berihram. Maka wajarlah kita mengetahui amalan amalan yang perlu dilakukan sebelum kita berniat ihram.
SUNAT SEBELUM BERNIAT IHRAM
Alhamdulillah, sejak dari Malaysia lagi saya sudahpun beriltizam untuk melakukan yang terbaik dalam segala amal ibadah saya di Tanah Suci. Buku buku Prof Kamil banyak memotivasikan saya. Prof Kamil sudah meletakkan satu tanda aras yang amat tinggi untuk saya ikitu.
Kebiasaannya, sebelum saya mula memakai ihram untuk melakukan Umrah atau Haji, iaitu semasa masih lagi berada di hotel. Saya akan memastikan diri saya berada didalam keadaan yang bersih.
Ia bersesuaian dengan Fitrah Islam itu sendiri yang mencintai Kebersihan.
Berikut adalah perkara perkara yang sunat kita lakukan sebelum kita berniat Ihram:
1) Mengerat kuku tangan dan kaki.
2) Mengandam atau merapikan janggut,misai dan rambut.
3) Membuang, mencabut dan mencukur bulu-bulu ketiak, ari-ari dan sebagainya
4) Mandi sunat Ihram.
5) Mengambil wuduk.
6)Memakai wangi-wangian pada badan (untuk lelaki sahaja untuk tujuan kesegaran).
7) Memakai minyak/penggaya rambut.
8) Memakai kain ihram yang putih,bersih dan suci dan menutup aurat bagi lelaki dan perempuan.
9) Mendirikan solat sunat ihram ataupun solat musafir.
AMALAN SUNAT SEMASA BERNIAT IHRAM
Ini pula amalan amalan sunat yang boleh kita lakukan semasa kita mula mula hendak berniat Ihram.
1) Menghadap Kiblat
2) Berada dalam keadaan berwuduk
AMALAN SUNAT SETELAH BERNIAT IHRAM
1) Bertalbiah
2) Berzikir, berselawat, bertahmid, bertakbir, bertasbih
3) Berdoa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa(berharap yang terbaik dariNya).
PANTANG LARANG IHRAM
Ini penting. 13 perkara larangan Ihram sepatutnya sudah ada dalam hati jemaah haji atau umrah.
Segala larangan ihram ini perlu mula dijaga sejurus selepas kita berniat mengerjakan haji atau umrah.
Nampak mudah. Walaupun perkara perkara larangan ini sudah pun kita ketahui, namun ada juga ketika dan masanya kita 'terlalai' dan secara tidak sengaja kita melakukannya.
Untuk memperoleh Haji yang Mabrur dan Umrah yang sempurna, kita perlu sedaya upaya untuk menjaga segala pantang larang ini.
Larangan semasa dalam ihram secara umumnya dibahagikan kepada 5 kategori seperti berikut :
a- Pakaian
b- Wangian
c- Hiasan atau solekan
d- Alam sekitar
e- Hubungan jenis
PAKAIAN
· Memakai pakaian bersarung/ berjahit/ bercantum seperti seluar, baju kemeja, stoking, kasut yang menutup jari-jari kaki dan tumit, kain pelikat dan sebagainya.
· Menutup kepala atau sebahagian daripadanya dengan menggunakan songkok, kopiah, serban, kain ihram dan sebagainya.
· Menutup muka
· Memakai sarung tangan
WANGIAN
· Memakai wangi-wangian sama ada di badan, makanan, minuman atau menghidunya ke dalam hidung.
· Memakai minyak di kepala, janggut dan semua bulu muka selain yang tumbuh di pipi dan dahi.
HIASAN ATAU SOLEKAN
· Menanggalkan rambut atau bulu dari mana-mana anggota badan.
· Mengerat atau memotong kuku
ALAM SEKITAR
· Memotong, menebang, mengerat, mematah, mencabut atau membinasakan pokok-pokok di Tanah Haram.
· Memburu, menembak, menangkap, mengurung atau membinasakan binatang buruan darat yang halal dimakan sama ada di Tanah Halal atau Haram.
HUBUNGAN JENIS
· Melakukan mukadimah persetubuhan
· Bersetubuh
· Berkahwin, mengahwinkan atau menerima wakil kahwin
Saya ada terjumpa satu website menceritakan secara detail larangan ihram ini. Sekiranya anda bercadang untuk membaca dengan lebih detail. Sila rujuk di http://ms.wikipedia.org/wiki/Perkara_yang_dilarang_dalam_Ihram
Untuk perkongsian bersama, mereka yang sengaja melanggar pantang larang ini. Maka dia berdosa dan perlu membayar dam-dam tertentu.
Dan mereka yang tidak sengaja melakukan kesalahan ini, perlu membayar dam tetapi tidak berdosa.
Satu pengajaran yang penting ialah, kita harus mempelajari semua larangan ihram ini dan berusaha untuk menjauhinya. Dan sekiranya kita tidak sengaja melakukan kesalahan ini, bayarlah dam bagi menebus kembali kesalahan.
Semoga entri kali ini dapat memberi sedikit ilmu kepada para pembaca mengenai perkara perkara sunat dan larangan yang perlu dijaga semasa berihram.
Wassalam

Walaupun sudah memakai kain ihram, selagi tidak berniat ihram. Saya masih bebas dari segala pantang larang ihram.
Saya hanya berniat ihram di Bir Ali. Maka bermula dari situlah saya perlu menjaga pantang larang semasa berada di dalam ihram.
Ketika di Bir Ali, saya mula berniat "Sahaja aku mengerjakan Umrah dan Berihram aku dengannya kerana Allah Taala". Ketika inilah saya perlu mula menjaga segala pantang larang ihram.
Dan semasa di Mekah pula, saya juga ada melakukan umrah sunat beberapa kali. Tempat Miqat apabila berada di Mekah adalah di Tanaim, Ja'ranah dan Hudaibiyah. Jadi, pantang larang ihram hanya bermula apabila saya berniat ihram ketika berada di Miqat ini.
Tempat Miqat di Mekah bagi mengerjakan Umrah Sunat. Iaitu di Masjid Tanaim. Atau Masjid Aisyah. Kerana Saidatina Aisyah suka melakukan umrah dan berniat di sini.
Selepas berniat ihram di sini, barulah kami perlu menjaga segala pantang larang ihram.
Bagi ihram haji pula, memandangkan saya mengerjakan Haji Tamattuk, maka saya hanya mula berniat ihram haji ketika saya berada di hotel sebelum bergerak menuju ke Arafah. Ketika itulah segala pantang larang ihram perlu di jaga sehinggalah segala kerja haji saya selesai.
BILA LARANGAN BERAKHIR
Bagi mereka yang mengerjakan Umrah, larangan ihram hanya akan berakhir apabila mereka selesai mengerjakan segala Rukun Umrah seperti yang saya ceritakan dalam entri sebelum ini. Iaitu selepas mereka selesai Berniat, Tawaf, Saie dan Bertahlul.
Pantang larang ihram terbebas apabila kita bertahlul.
Lagi cepat anda menyelesaikan segala rukun ini, semakin cepat anda bebas dari pantang larang ihram. Dan ia tidak mempunyai jangka masa perlu diselesaikan. Terpulang kepada kita untuk menyelesaikannya.
Bagi mereka yang mengerjakan haji, larangan ihram berakhir apabila mereka melakukan Tahlul Awal dan Tahlul Thani. (Akan saya ceritakan secara detail nanti).
PERMULAAN UMRAH & HAJI
Untuk memperoleh Umrah yang sempurna dan Haji yang Mabrur, ia memerlukan ilmu yang tinggi mengenainya. Sekiranya kita pergi menunaikan haji atau umrah dengan ilmu yang sekadarnya, maka amal ibadah kita pun hanyalah sekadarnya.
Ia bersesuaian dengan dalil yang bermaksud "Dan sempurnakanlah Haji dan Umrah kerana Allah Taala"
Apa yang dikatakan adalah sempurnakanlah dalam erti kata yang lain. Lakukanlah yang terbaik.
Untuk melakukan yang terbaik, bagi saya para jemaah perlu tahu segala yang sunat dan cuba sedaya mampu untuk menjaga yang sunat dan lebih berjaga jaga bagi yang wajib.
Sesuatu ibadah Haji dan Umrah bermula dengan Berihram. Maka wajarlah kita mengetahui amalan amalan yang perlu dilakukan sebelum kita berniat ihram.
SUNAT SEBELUM BERNIAT IHRAM
Alhamdulillah, sejak dari Malaysia lagi saya sudahpun beriltizam untuk melakukan yang terbaik dalam segala amal ibadah saya di Tanah Suci. Buku buku Prof Kamil banyak memotivasikan saya. Prof Kamil sudah meletakkan satu tanda aras yang amat tinggi untuk saya ikitu.
Kebiasaannya, sebelum saya mula memakai ihram untuk melakukan Umrah atau Haji, iaitu semasa masih lagi berada di hotel. Saya akan memastikan diri saya berada didalam keadaan yang bersih.
Ia bersesuaian dengan Fitrah Islam itu sendiri yang mencintai Kebersihan.
Berikut adalah perkara perkara yang sunat kita lakukan sebelum kita berniat Ihram:
1) Mengerat kuku tangan dan kaki.
2) Mengandam atau merapikan janggut,misai dan rambut.
3) Membuang, mencabut dan mencukur bulu-bulu ketiak, ari-ari dan sebagainya
4) Mandi sunat Ihram.
5) Mengambil wuduk.
6)Memakai wangi-wangian pada badan (untuk lelaki sahaja untuk tujuan kesegaran).
7) Memakai minyak/penggaya rambut.
8) Memakai kain ihram yang putih,bersih dan suci dan menutup aurat bagi lelaki dan perempuan.
9) Mendirikan solat sunat ihram ataupun solat musafir.
AMALAN SUNAT SEMASA BERNIAT IHRAM
Ini pula amalan amalan sunat yang boleh kita lakukan semasa kita mula mula hendak berniat Ihram.
1) Menghadap Kiblat
2) Berada dalam keadaan berwuduk
AMALAN SUNAT SETELAH BERNIAT IHRAM
1) Bertalbiah
2) Berzikir, berselawat, bertahmid, bertakbir, bertasbih
3) Berdoa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa(berharap yang terbaik dariNya).
PANTANG LARANG IHRAM
Ini penting. 13 perkara larangan Ihram sepatutnya sudah ada dalam hati jemaah haji atau umrah.
Segala larangan ihram ini perlu mula dijaga sejurus selepas kita berniat mengerjakan haji atau umrah.
Nampak mudah. Walaupun perkara perkara larangan ini sudah pun kita ketahui, namun ada juga ketika dan masanya kita 'terlalai' dan secara tidak sengaja kita melakukannya.
Untuk memperoleh Haji yang Mabrur dan Umrah yang sempurna, kita perlu sedaya upaya untuk menjaga segala pantang larang ini.
Larangan semasa dalam ihram secara umumnya dibahagikan kepada 5 kategori seperti berikut :
a- Pakaian
b- Wangian
c- Hiasan atau solekan
d- Alam sekitar
e- Hubungan jenis
PAKAIAN
· Memakai pakaian bersarung/ berjahit/ bercantum seperti seluar, baju kemeja, stoking, kasut yang menutup jari-jari kaki dan tumit, kain pelikat dan sebagainya.
· Menutup kepala atau sebahagian daripadanya dengan menggunakan songkok, kopiah, serban, kain ihram dan sebagainya.
· Menutup muka
· Memakai sarung tangan
WANGIAN
· Memakai wangi-wangian sama ada di badan, makanan, minuman atau menghidunya ke dalam hidung.
· Memakai minyak di kepala, janggut dan semua bulu muka selain yang tumbuh di pipi dan dahi.
HIASAN ATAU SOLEKAN
· Menanggalkan rambut atau bulu dari mana-mana anggota badan.
· Mengerat atau memotong kuku
ALAM SEKITAR
· Memotong, menebang, mengerat, mematah, mencabut atau membinasakan pokok-pokok di Tanah Haram.
· Memburu, menembak, menangkap, mengurung atau membinasakan binatang buruan darat yang halal dimakan sama ada di Tanah Halal atau Haram.
HUBUNGAN JENIS
· Melakukan mukadimah persetubuhan
· Bersetubuh
· Berkahwin, mengahwinkan atau menerima wakil kahwin
Berpeluk pelukan ketika berada di dalam ihram. Sekiranya ia 'menimbulkan' perasaan syahwat. Perlu membayar dam. Kerana dikategorikan mukaddimah persetubuhan. Gambar di atas saya ambil ketika pasangan ini sedang melakukan saie. Bermaksud mereka belum lagi bertahlul dan masih dalam pantang larang ihram.
Saya ada terjumpa satu website menceritakan secara detail larangan ihram ini. Sekiranya anda bercadang untuk membaca dengan lebih detail. Sila rujuk di http://ms.wikipedia.org/wiki/Perkara_yang_dilarang_dalam_Ihram
Untuk perkongsian bersama, mereka yang sengaja melanggar pantang larang ini. Maka dia berdosa dan perlu membayar dam-dam tertentu.
Dan mereka yang tidak sengaja melakukan kesalahan ini, perlu membayar dam tetapi tidak berdosa.
Satu pengajaran yang penting ialah, kita harus mempelajari semua larangan ihram ini dan berusaha untuk menjauhinya. Dan sekiranya kita tidak sengaja melakukan kesalahan ini, bayarlah dam bagi menebus kembali kesalahan.
Semoga entri kali ini dapat memberi sedikit ilmu kepada para pembaca mengenai perkara perkara sunat dan larangan yang perlu dijaga semasa berihram.
Wassalam
Assalam,
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih atas penerangan dalam entry kali ini.
Semuga kita semua mendapat menafaat dari nya.
Semuga Allah merahmati dan memberkati hidup tuan haji dan keluarga.
Jazakaullah
AJ
salam, saya hendak bertanya, apakah amalan yg memerlukan kita memakai ihram.
ReplyDeleteBenarkan selepas tahalul awal , semasa tawaf dan saei haji kita tidak perlu memakai pakaian ihram.
Salam.
ReplyDelete1) Bila kita berniat umrah dan haji. Wajib berihram. Kila umrah, ihram selesai bila dah tawaf, saie dan tahallul. Jika haji, ihram selesai selepas tahallul awal.
2) maka tawaf dan saie haji adalah berpakaian biasa jika sudah tahallul awal. Harap maklum.
Wassalam
* sila baca cerita masa sy tunaikan haji. Anda Akan faham dgn lebih jelas. Sy pakai baju biasa masa tawaf dan sai haji.
Entry yang bagus
ReplyDeleteAlhamdulillah dan syabas.
ReplyDeleteSuka tengok graduan dari sekolah/ universiti bagus-bagus, terus gigih melayari perjalanan hidup.
All the best.