Assalamualaikum,
"Ya Allah, gerakkanlah hati kami untuk melakukan umrah sunat sebanyak mungkin. Ya Allah, gerakkanlah hati kami bagi membanyakkan amal ibadah di Masjidil Haram. Berikanlah perasaan kasih sayang, cinta dan keinginan untuk berada di sana. Ya Allah, mudahkanlah untuk kami melakukan ibadah tawaf, saie, bertahlul, bersembahyang dan membaca al quran di sana nanti."
Kalau anda perasan, doa inilah yang saya tulis dalam Travelog Haji Part 6. Doa Sebelum Menunaikan Haji. Salah satu doa yang saya baca sebelum saya pergi menunaikan haji. Doa yang saya baca berulang ulang kali. Memohon agar Allah menggerakkan hati saya untuk memperbanyakkan amal ibadah ketika berada di bumi Mekah.
Doa tanpa usaha, itu bukan caranya.
Bagi memastikan doa ini dimakbulkan Allah, kami sekeluarga memberi motivasi antara satu sama lain untuk memperbanyakkan Umrah sunat buat diri kami sendiri serta melakukan amal ibadah yang lain.
Alhamdulillah. Ada kalanya, kami pergi berempat. Adakalanya kami pergi bertiga. Adakalanya kami pergi berdua. Dan ada kalanya saya pergi seorang diri.
Jika tanya kenapa setiap kali bilangannya berubah. Jawapannya, bergantung kepada tahap kesihatan. Ada kalanya bapa mertua saya tidak sihat, ada kalanya emak mertua saya tidak sihat. Ada kalanya kedua dua tidak sihat. Ada kalanya, Maria pun tidak sihat. Dan Alhamdulillah. Saya sihat. Maka saya akan pergi seorang diri.
Sekadar berkongsi pengalaman, di Mekah sendiri terdapat beberapa tempat untuk para jemaah berniat bagi menunaikan Umrah Sunat. Tempat untuk kita berniat ini dinamakan Miqat. 3 tempat yang popular adalah Tanaim, Hudaibiyah dan Ja'ranah.
Pihak Zahafiz ada membawa kami menziarahi kawasan kawasan bersejarah di sekitar Mekah. Dan setiap kali lawatan ini, kami akan di bawa ke tempat Miqat untuk melakukan Niat bagi Umrah Sunat.
Dah namapun Umrah Sunat, maka ia tidak wajib. Hanya mereka yang hendak melakukan Umrah Sunat sahaja yang akan melakukan umrah.
Pihak Zahafiz juga turut menyediakan bas secara percuma sekiranya kami mahu pergi menunaikan Umrah dengan berniat di Tanaim. Kami hanya perlu mendaftar nama kepada mereka sehari sebelum itu dan mereka akan menyediakan bas mengikut jumlah jemaah yang pergi menunaikan umrah.
Ada kalanya, saya turut pergi berniat mengerjakan umrah di Tanaim dengan menaiki teksi ataupun van sewa. Kadar sewa sebuah teksi untuk perjalanan pergi dan balik adalah sekitar SR40-SR50 untuk 3-5 orang. Manakala kadar sewa menaiki van sewa pula adalah SR5 untuk pergi dan SR5 untuk perjalanan pulang bagi setiap orang.
Satu peringatan yang ingin saya tekankan. Apabila menaiki teksi, pastikan jemaah lelaki yang naik dahulu ke dalam teksi dan kemudian baru jemaah wanita naik. Dan apabila turun teksi, pastikan jemaah wanita turun teksi dahulu kemudian baru jemaah lelaki turun. Nasihat ini nampak macam remeh. Tapi amat signifikan.
Ada kes dimana pemandu teksi melarikan jemaah wanita yang turun kemudian dari teksi. Dan sebolehnya, elaklah dari menaiki teksi sekiranya tiada jemaah lelaki yang turut serta. Janganlah membahayakan keselamatan kita semata mata hendak melakukan ibadah sunat ini.
Perjalanan dari Hotel ke Masjid Tanaim dan pulang semula ke hotel mengambil masa sekitar 1 jam - 1 jam setengah. Bergantung kepada keadaan trafik semasa anda pergi dan pulang.
Sekiranya saya hendak cepat, saya akan pergi ke Masjid Tanaim menaiki teksi. Dalam hal ini, saya tidak mahu 'berkira' kerana terpaksa mengeluarkan duit lebih untuk keselesaan kami semua. Saya sanggup mengeluarkan SR40 untuk satu trip perjalanan pergi dan pulang. Jika untuk keselesaan. Duit yang sahabat handai sumbangkan kepada saya sekitar RM2500-RM3000 perlu saya gunakan sebaiknya di sana.
Setiap kali saya menggunakan duit duit sumbangan orang ramai ini, saya akan mendoakan buat mereka.
"Ya Allah, sesungguhnya ramai saudara dan sahabat ku di Malaysia yang memberi sumbangan kepada ku sebelum aku pergi menunaikan haji. Sekarang aku gunakan duit mereka ini untuk kebaikanku di sini. Aku mohon kepada Mu, Engkau murahkan rezeki mereka yang membantu ku dan Kau permudahkan urusan mereka di dunia dan di akhirat"
Hanya kiriman doa dapat saya lakukan buat mereka yang ikhlas menderma kepada saya sebelum saya datang menunaikan haji ini.
Pada hari hari awal saya berada di Mekah, saya mula mengkaji masa yang terbaik untuk saya pergi menunaikan umrah.
Jika masa itu ditetapkan oleh pihak Zahafiz. Saya tidak dapat berbuat apa. Saya terpaksa mengikut sahaja jadual bas yang mereka tetapkan.
Tetapi jika saya pergi sendiri untuk menunaikan Umrah, saya mencuba beberapa waktu antaranya selepas Subuh dan Selepas Asar. Mencari mana yang lebih sesuai dengan saya.
UMRAH SELEPAS SUBUH
Pada peringkat awal, saya pergi menunaikan Umrah selepas waktu Subuh. Selepas Solat Subuh di Masjid, saya akan balik ke Hotel untuk bersarapan dan bersiap sedia memakai ihram untuk menuju ke Masjid Tanaim untuk berniat ihram di sana.
Saya bertolak keluar dari hotel sekitar jam 7.00 pagi.
Apa yang saya perhatikan, sekiranya saya keluar dari hotel untuk menuju ke Tanaim pada pukul 7.00 pagi, perjalanan pergi dan pulang saya ke Tanaim akan mengambil masa yang panjang. Ini kerana van yang saya naiki terpaksa 'bertembung' dengan kesesakan warga Saudi yang ingin pergi kerja pada waktu itu.
Saya hanya dapat kembali ke Masjidil Haram sekitar jam 8.45 pagi.
Ditambah pula sekarang ini musim haji. Memang jemaah dari negara negara lain turut mengambil peluang mengerjakan Umrah Sunat apabila berkelapangan.
Rupa rupanya, waktu pagi ini merupakan waktu 'favourite' semua jemaah kerana tidak panas. Maka, bertambah sesaklah keadaan di jalan, di Tanaim dan di Masjidil Haram apabila mengerjakan Tawaf dan Saie.
Memandangkan waktu ini adalah waktu puncak, bilangan jemaah yang melakukan tawaf amat ramai. Dan tempoh untuk tawaf juga meningkat kepada 1 jam - 1 jam 15 minit untuk siap 7 pusingan. Dan Saie juga mengambil masa sekitar 1 jam untuk disempurnakan 7 pusingan. Maka saya hanya selesai mengerjakan umrah sekitar jam 11 pagi. Satu jangka masa yang agak panjang.
Yang menjadi masalahnya, waktu Zuhur di Masjidil Haram sekitar jam 12.00 tengah hari. Sedangkan umrah saya hanya selesai pada jam 11.00 pagi.
Saya hendak balik ke hotel pun, masa dah terlalu singkat. Tak sempat nak berehat pun di hotel. Kesannya, saya terpaksa 'parking' di Masjid dahulu sementara menunggu waktu Zuhur. Sedangkan badan saya juga sudah kepenatan akibat terlalu banyak berjalan.
Kemudian, saya mengatur strategi lain.
Pada pengamatan saya, saya kena keluar ke Masjid Tanaim lebih awal dari orang lain. Saya memakai kain ihram untuk pergi menunaikan solat Subuh di Masjidil Haram. Kemudian, sesudah selesai solat Subuh, saya akan terus pergi ke Tanaim menaiki van sewa. Saya hanya membawa sedikit bekal makanan untuk ke sana. Kebab berharga SR4 menjadi kegemaran saya.
Subhanallah. Strategi saya menjadi. Tempoh masa untuk pergi dan balik dari Masjidil Haram - Tanaim - Masjidil Haram hanya sekitar 50 minit. Sekitar jam 7 pagi saya sudah pun berada kembali di Masjidil Haram.
Dan apa yang saya perhatikan, pada waktu ini orang masih kurang di Kaabah. Ini pasti memudahkan saya untuk melakukan Tawaf dan Saie.
Ia terbukti kerana tempoh untuk saya mengerjakan Tawaf hanya sekitar 35-40 minit dan Saie mengambil masa sekitar 45 minit.
Maka, saya dapat menyelesaikan Umrah saya sekitar jam 8.45 pagi. Kesannya, saya dapat pulang ke hotel awal dan dapat tidur buat seketika sementara menanti masuk waktu Zuhur. Alhamdulillah.
Pada saya, ini pilihan terbaik yang saya ada.
UMRAH SELEPAS SOLAT ASAR
Ada kalanya, kami pergi menunaikan Umrah selepas Solat Asar. Semasa saya mengerjakan Umrah pada tahun 2010 (Sila Baca Travelog Umrah 2010 saya) , saya dan Maria lebih gemar menunaikan umrah pada waktu ini.
Rupa rupanya, perkara yang sama tidak berlaku pada musim Haji.
Jika semasa musim Umrah 2010, sekitar bulan April. Kami boleh keluar ke Tanaim selepas Solat Asar. Kami boleh kembali ke Masjidil Haram dan mengerjakan Tawaf sebelum masuk waktu Maghrib.
Maka kami boleh mengelak kesesakan orang ramai dan mencari ruang bersolat Maghrib di kawasan Saie. Selesai solat Maghrib, kami menyambung ibadah Saie kami dan umrah kami selesai sebelum masuk waktu Isyak. Ia perjalanan yang amat mudah pada waktu itu.
Namun ia tidak berlaku pada waktu haji ini.
Apabila saya keluar ke Tanaim selepas solat Asar. Ia mengambil masa yang agak lama untuk pergi dan kembali ke Tanaim. Dan saya selalu terkandas di Masjidil Haram ketika tawaf semasa Solat Maghrib.
Apa masalahnya?
Yang menjadi masalahnya sekarang adalah Maria dan mak mertua saya. Sekitar 15 minit sebelum masuk waktu Maghrib, jemaah wanita perlu berhenti dari tawaf dan pergi ke ruang untuk jemaah wanita bersolat Maghrib.
Pada waktu ini, teramat sukar untuk mereka keluar dari kawasan dataran Kaabah kerana terlalu padat dengan jemaah lelaki.
Itu masalah pertama buat mereka, masalah kedua adalah untuk mencari ruang solat buat mereka. Semua tempat sudah penuh pada waktu ini. Banyak kali juga mereka terpaksa bersolat di sebelah tong air zam zam. Bersolat dalam keadaan berhimpit dan teramat tidak selesa.
Saya pula langsung tidak mempunyai sebarang masalah. Sebagai jemaah lelaki, saya masih boleh meneruskan tawaf saya sehingga masuk waktu Maghrib dan terus bersolat di dataran Kaabah.
Namun, kami akan 'terpisah' buat sementara.
Kesannya, Maria dan Mak mertua saya terpaksa menyambung ibadah Tawaf mereka selepas solat Maghrib. Pada waktu ini pula, terlalu ramai jemaah yang melakukan Tawaf Sunat.
Subhanallah. Tempoh masa tawaf di luar waktu puncak sekitar 35-45 minit sekarang sudah menjadi 1 jam lebih buat mereka berdua.
Selepas mereka habis tawaf, baru kami berjumpa kembali untuk mengerjakan Saie bersama.
Akibat terlewat, kami hanya boleh menghabiskan ibadah Saie kami selepas waktu Isyak. Ini bermakna kurang waktu rehat untuk kami.
Saya melihat ini dari dua perspektif.
Yang pertama, pada musim haji. Memang terlalu ramai jemaah di Masjidil Haram. Jadi, kita tidak boleh mengharapkan keselesaan di sana. Jika kita mahu yang terbaik. Kita pasti 'kurang selesa'. Terpaksa berhimpit dan berebut dengan orang ramai untuk berada di tempat yang terbaik.
Pada musim haji ini, jika hendak melakukan Umrah sunat. Pasti ia akan mengambil masa yang lebih lama berbanding Umrah sunat pada musim Umrah. Maka, janganlah kita tergopoh gapah hendak menyelesaikan ibadah ini. Lakukan dengan tenang dan tawadduk. Kerana setiap langkah kita akan diberikan pahala oleh Allah. Maka tiada apa yang perlu dikhuatirkan kerana kita pergi ke sana, MEMANG UNTUK BERIBADAH.
Janganlah sesekali kita memberi alasan tidak mahu melakukan sesuatu ibadah hanya kerana orang ramai. Pada waktu haji ini, orang memang sentiasa ramai. Tiada masa orang tidak ramai. Bak kata Prof Kamil, "Jangan takut dengan ramai orang, dan kalau ramai sekali pun. Ayuh!! Biar kita yang meramaikan golongan yang ramai itu."
Dari sudut yang lain, saya berpendapat kita perlu menyusun startegi yang terbaik dari segi masa supaya kita boleh melakukan ibadah yang optimum dan rehat yang mencukupi.
Misalnya, keluar ke Tanaim selepas solat Subuh adalah lebih baik berbanding keluar ke Tanaim pada pukul 7.00 pagi. Kita mungkin terpaksa memakai ihram semasa pergi menunaikan Solat Subuh, dan terpaksa bersarapan sendiri. Tetapi, sedikit kesusahan ini memberi kemudahan yang amat besar selepas itu. Saya dapat tidur dan berehat untuk mengumpul tenaga bagi ibadah ibadah saya yang seterusnya untuk hari itu.
Saya tidak pasti para pembaca dapat memahami atau tidak apa yang saya ceritakan ini. Tapi apa yang pasti jika anda belum pergi menunaikan umrah sebelum ini, pasti anda tak dapat nak gambarkan keadaan apa yang saya ceritakan untuk entri kali ini.
Kalau anda tidak faham dengan membaca sekali, bacalah dua kali. Jika tak faham dengan membaca dua kali. Bacalah tiga kali. Kalau masih tak faham. Buat buatlah faham. Insya Allah, anda hanya akan faham apabila anda pergi menunaikan haji atau umrah nanti. Semoga mereka yang membaca lebih memahami daripada saya yang menulis.
Wassalam.
* Saya mohon kepada anda untuk kongsikan dengan sahabat atau saudara mara anda mengenai perjalanan haji yang telah saya lalui ini. Semoga lebih ramai yang mendapat manfaat dan semoga ia menjadi 'pencen kubur' saya suatu hari nanti.
* Anda juga bebas untuk copy & paste segala artikel berkaitan haji dalam blog ini di blog anda asalkan anda letakkan linknya di situ selagi ia tidak bertujuan komersial. Anda juga boleh print segala doa doa yang telah saya tulis di dalam blog ini. Semoga kita semua mendapat manfaat dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. Amin.

Majid Ja'ranah. Tempat Miqat terjauh bagi penduduk Mekah
Masjid Tanaim. Tempat Miqat terhampir bagi penduduk Mekah. Sekitar 7 km dari Masjidil Haram. Lihat van van sewa yang banyak terdapat di luar Masjid. Perjalanan sehala dari Tanaim ke Masjidil Haram adalah SR5 seorang.

Keluar dari hotel pada pukul 7.00 pagi sering menyebabkan saya tersangkut dalam trafik jam untuk ke Tanaim.
Ditambah pula sekarang ini musim haji. Memang jemaah dari negara negara lain turut mengambil peluang mengerjakan Umrah Sunat apabila berkelapangan.
Setibanya di Masjidil Haram, orang sudah ramai dan mengambil masa lebih untuk bertawaf dan saie. Waktu ini terlalu ramai orang sedang melakukan tawaf.
Rupa rupanya, waktu pagi ini merupakan waktu 'favourite' semua jemaah kerana tidak panas. Maka, bertambah sesaklah keadaan di jalan, di Tanaim dan di Masjidil Haram apabila mengerjakan Tawaf dan Saie.
Memandangkan waktu ini adalah waktu puncak, bilangan jemaah yang melakukan tawaf amat ramai. Dan tempoh untuk tawaf juga meningkat kepada 1 jam - 1 jam 15 minit untuk siap 7 pusingan. Dan Saie juga mengambil masa sekitar 1 jam untuk disempurnakan 7 pusingan. Maka saya hanya selesai mengerjakan umrah sekitar jam 11 pagi. Satu jangka masa yang agak panjang.
Yang menjadi masalahnya, waktu Zuhur di Masjidil Haram sekitar jam 12.00 tengah hari. Sedangkan umrah saya hanya selesai pada jam 11.00 pagi.
Selesai Umrah sekitar jam 11 pagi. Nak balik ke hotel pun tak berbaloi. Nak tunggu di Masjid terus pula terlalu penat. Akhirnya, kena rehat di Masjid juga.
Saya hendak balik ke hotel pun, masa dah terlalu singkat. Tak sempat nak berehat pun di hotel. Kesannya, saya terpaksa 'parking' di Masjid dahulu sementara menunggu waktu Zuhur. Sedangkan badan saya juga sudah kepenatan akibat terlalu banyak berjalan.
Kemudian, saya mengatur strategi lain.
Pada pengamatan saya, saya kena keluar ke Masjid Tanaim lebih awal dari orang lain. Saya memakai kain ihram untuk pergi menunaikan solat Subuh di Masjidil Haram. Kemudian, sesudah selesai solat Subuh, saya akan terus pergi ke Tanaim menaiki van sewa. Saya hanya membawa sedikit bekal makanan untuk ke sana. Kebab berharga SR4 menjadi kegemaran saya.
Saya memakai ihram semasa ke Masjid bagi menunaikan Solat Subuh. Selesai Solat Subuh, saya terus mencari van sewa untuk ke Tanaim bagi menunaikan Umrah Sunat. Cara ini paling pantas kerana trafik masih kurang di jalan pada awal pagi.
Subhanallah. Strategi saya menjadi. Tempoh masa untuk pergi dan balik dari Masjidil Haram - Tanaim - Masjidil Haram hanya sekitar 50 minit. Sekitar jam 7 pagi saya sudah pun berada kembali di Masjidil Haram.
Dan apa yang saya perhatikan, pada waktu ini orang masih kurang di Kaabah. Ini pasti memudahkan saya untuk melakukan Tawaf dan Saie.
Ia terbukti kerana tempoh untuk saya mengerjakan Tawaf hanya sekitar 35-40 minit dan Saie mengambil masa sekitar 45 minit.
Maka, saya dapat menyelesaikan Umrah saya sekitar jam 8.45 pagi. Kesannya, saya dapat pulang ke hotel awal dan dapat tidur buat seketika sementara menanti masuk waktu Zuhur. Alhamdulillah.
Pada saya, ini pilihan terbaik yang saya ada.
UMRAH SELEPAS SOLAT ASAR
Ada kalanya, kami pergi menunaikan Umrah selepas Solat Asar. Semasa saya mengerjakan Umrah pada tahun 2010 (Sila Baca Travelog Umrah 2010 saya) , saya dan Maria lebih gemar menunaikan umrah pada waktu ini.
Rupa rupanya, perkara yang sama tidak berlaku pada musim Haji.
Jika semasa musim Umrah 2010, sekitar bulan April. Kami boleh keluar ke Tanaim selepas Solat Asar. Kami boleh kembali ke Masjidil Haram dan mengerjakan Tawaf sebelum masuk waktu Maghrib.
Maka kami boleh mengelak kesesakan orang ramai dan mencari ruang bersolat Maghrib di kawasan Saie. Selesai solat Maghrib, kami menyambung ibadah Saie kami dan umrah kami selesai sebelum masuk waktu Isyak. Ia perjalanan yang amat mudah pada waktu itu.
Pada musim Umrah dahulu, orang agak kurang di Masjidil Haram. Maka tidak sukar untuk kami melakukan ibadah Tawaf dan Saie. Kami boleh menyempurnakan Umrah sebelum masuk waktu Isyak pada Musim umrah dahulu.
Namun ia tidak berlaku pada waktu haji ini.
Apabila saya keluar ke Tanaim selepas solat Asar. Ia mengambil masa yang agak lama untuk pergi dan kembali ke Tanaim. Dan saya selalu terkandas di Masjidil Haram ketika tawaf semasa Solat Maghrib.
Apa masalahnya?
Yang menjadi masalahnya sekarang adalah Maria dan mak mertua saya. Sekitar 15 minit sebelum masuk waktu Maghrib, jemaah wanita perlu berhenti dari tawaf dan pergi ke ruang untuk jemaah wanita bersolat Maghrib.
Jemaah wanita perlu mengosongkan dataran Kaabah sekitar 15 minit sebelum waktu Solat. Agak sukar untuk mereka keluar dari kawasan ini kerana sudah dipenuhi oleh jemaah lelaki.
Pada waktu ini, teramat sukar untuk mereka keluar dari kawasan dataran Kaabah kerana terlalu padat dengan jemaah lelaki.
Itu masalah pertama buat mereka, masalah kedua adalah untuk mencari ruang solat buat mereka. Semua tempat sudah penuh pada waktu ini. Banyak kali juga mereka terpaksa bersolat di sebelah tong air zam zam. Bersolat dalam keadaan berhimpit dan teramat tidak selesa.
Saya pula langsung tidak mempunyai sebarang masalah. Sebagai jemaah lelaki, saya masih boleh meneruskan tawaf saya sehingga masuk waktu Maghrib dan terus bersolat di dataran Kaabah.
Namun, kami akan 'terpisah' buat sementara.
Kesannya, Maria dan Mak mertua saya terpaksa menyambung ibadah Tawaf mereka selepas solat Maghrib. Pada waktu ini pula, terlalu ramai jemaah yang melakukan Tawaf Sunat.
Subhanallah. Tempoh masa tawaf di luar waktu puncak sekitar 35-45 minit sekarang sudah menjadi 1 jam lebih buat mereka berdua.
Suasana di dataran Kaabah selepas solat Maghrib. Bukan mudah untuk tawaf pada ketika ini. Terutama buat jemaah wanita.
Selepas mereka habis tawaf, baru kami berjumpa kembali untuk mengerjakan Saie bersama.
Akibat terlewat, kami hanya boleh menghabiskan ibadah Saie kami selepas waktu Isyak. Ini bermakna kurang waktu rehat untuk kami.
Saya melihat ini dari dua perspektif.
Yang pertama, pada musim haji. Memang terlalu ramai jemaah di Masjidil Haram. Jadi, kita tidak boleh mengharapkan keselesaan di sana. Jika kita mahu yang terbaik. Kita pasti 'kurang selesa'. Terpaksa berhimpit dan berebut dengan orang ramai untuk berada di tempat yang terbaik.
Pada musim haji ini, jika hendak melakukan Umrah sunat. Pasti ia akan mengambil masa yang lebih lama berbanding Umrah sunat pada musim Umrah. Maka, janganlah kita tergopoh gapah hendak menyelesaikan ibadah ini. Lakukan dengan tenang dan tawadduk. Kerana setiap langkah kita akan diberikan pahala oleh Allah. Maka tiada apa yang perlu dikhuatirkan kerana kita pergi ke sana, MEMANG UNTUK BERIBADAH.
Janganlah sesekali kita memberi alasan tidak mahu melakukan sesuatu ibadah hanya kerana orang ramai. Pada waktu haji ini, orang memang sentiasa ramai. Tiada masa orang tidak ramai. Bak kata Prof Kamil, "Jangan takut dengan ramai orang, dan kalau ramai sekali pun. Ayuh!! Biar kita yang meramaikan golongan yang ramai itu."
Bila waktu tidak ramai semasa musim Haji? Ia memang sentiasa padat. Memang sentiasa ramai. Ayuh.. Biar kita yang meramaikannya.
Dari sudut yang lain, saya berpendapat kita perlu menyusun startegi yang terbaik dari segi masa supaya kita boleh melakukan ibadah yang optimum dan rehat yang mencukupi.
Misalnya, keluar ke Tanaim selepas solat Subuh adalah lebih baik berbanding keluar ke Tanaim pada pukul 7.00 pagi. Kita mungkin terpaksa memakai ihram semasa pergi menunaikan Solat Subuh, dan terpaksa bersarapan sendiri. Tetapi, sedikit kesusahan ini memberi kemudahan yang amat besar selepas itu. Saya dapat tidur dan berehat untuk mengumpul tenaga bagi ibadah ibadah saya yang seterusnya untuk hari itu.
Saya tidak pasti para pembaca dapat memahami atau tidak apa yang saya ceritakan ini. Tapi apa yang pasti jika anda belum pergi menunaikan umrah sebelum ini, pasti anda tak dapat nak gambarkan keadaan apa yang saya ceritakan untuk entri kali ini.
Kalau anda tidak faham dengan membaca sekali, bacalah dua kali. Jika tak faham dengan membaca dua kali. Bacalah tiga kali. Kalau masih tak faham. Buat buatlah faham. Insya Allah, anda hanya akan faham apabila anda pergi menunaikan haji atau umrah nanti. Semoga mereka yang membaca lebih memahami daripada saya yang menulis.
Wassalam.
* Saya mohon kepada anda untuk kongsikan dengan sahabat atau saudara mara anda mengenai perjalanan haji yang telah saya lalui ini. Semoga lebih ramai yang mendapat manfaat dan semoga ia menjadi 'pencen kubur' saya suatu hari nanti.
* Anda juga bebas untuk copy & paste segala artikel berkaitan haji dalam blog ini di blog anda asalkan anda letakkan linknya di situ selagi ia tidak bertujuan komersial. Anda juga boleh print segala doa doa yang telah saya tulis di dalam blog ini. Semoga kita semua mendapat manfaat dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. Amin.
Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah.
Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
MASTER KAM MARIA
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire

Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp)
Assalam,
ReplyDeleteAlhamdulillah.
Tips yang berguna bagi mereka yang sudah menunaikan haji dan umrah atau yang belum pernah. Semuga kita dapat menafaatkan nya.
Semuga Allah merahmati hidup tuan haji dan keluarga.
Barakaullahufikum
AJ
Sekadar berkongsi pengetahuan...Perbuatan mengulangi umrah beberapa kali dalam satu perjalanan tidak diketahui daripada sunnah Nabi dan para sahabat. Nabi SAW pernah berada di Makkah selama 19 hari waktu Pembukaan Makkah, baginda tidak keluar ke tanah halal untuk berihram umrah. Baginda pernah berada di Makkah 3 hari sewaktu Umrah Qadha’, tanpa melakukan umrah lain pun. Begitu juga para sahabat...
ReplyDeleteYg lebih baik adalah memperbanyakkan melakukan tawaf dan solat sunat di masjidilharam, dan ia lebih sunnah daripada amalan mengulangi umrah banyak kali.Wallahua'lam..
Assalamualaikum wt wb.
ReplyDeleteSaya dan suami tidak dapat buat umrah sunat spt saudara kerana kesihatan suami tdk mengizinkan. (baru pulih kanser) Sedih memang sedih. Sebg wanita kita amat memerlukan muhrin pd tiap waktu hatta shopping utk elak gangguan tangan2 gatal peniaga disana. Terkena
juga....geran.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSahabat saya, Ustaz Saufi ada bercakap perkara yang sama mengenai apa yang abu zahraa.
Iaitu, Rasulullah hanya melakukan Umrah sekali sahaja dalam setiap kali perjalanan ke Mekah. Dan Rasulullah tidak pernah mengulang Umrah Sunat dengan keluar ke Tanah Halal.
INI PASTI.
Untuk makluman, ada beberapa perkara mengenai hal ini yang menarik perhatian saya:
1) Minta tolong sesiapa yang arif menjelaskan, kenapa di pihak Tabung Haji tidak pernah menjelaskan kepada para jemaah mengenai perkara ini.Yang diceritakan semasa kursus haji adalah mengenai melakukan umrah sunat seperti yang saya lakukan.
Sewajarnya, pihak Tabung Haji menekankan hal ini bahawa mengerjakan umrah berulang ulang kali dalam satu perjalanan bukan satu sunnah.
Sebaliknya, Tabung Haji menggalakkan kita melakukan Umrah Sunat. Ini yang mengelirukan jemaah macam saya yang tidak berilmu.
2) Pihak Zahafiz yang sudah berbelas tahun menguruskan haji dan umrah juga tidak menjelaskan perkara sama kepada para jemaah. Bahkan mereka menggalakkan kami pergi menunaikan umrah sunat dengan menyediakan pengangkutan secara percuma.
3) Semasa saya mengerjakan Umrah 2010, saya ada bertanya kepada Mutawif mengenai hal ini. Masalahnya, dia menceritakan Saidatina Aishah ada melakukan umrah sunat dengan berniat miqat di Tanaim. Maka ia mengatakan ia bukan kesalahan.
4) Apabila saya menyebut Rasulullah masa pembukaan Mekah berada lama di Mekah tetapi tidak melakukan umrah sunat. Dia menjawab, pada masa itu keutamaan bagi Rasulullah adalah untuk mendirikan negara Islam di bumi Mekah. Mana mungkin ketika Rasulullah sibuk menguruskan hal itu dan ini dalam mendirikan negara Islam Mekah baginda melakukan Umrah Sunat.
5) Begitu juga semasa Rasulullah memasuki Mekah untuk tujuan lain. Setiap kali masuk ke Mekah, Rasulullah ada tugas tugas yang lebih penting untuk dilakukan berbanding mengerjakan Umrah Sunat.
6) Dalam Umrah Sunat saya, saya juga melakukan Umrah Badal untuk arwah nenek moyang saya. Yang ini saya pasti ia bukan satu kesalahan. Iaitu melakukan Umrah Badal untuk ahli keluarga saya yang sudah meninggal dunia.
7) Terus terang saya katakan, saya juga tidak berilmu dalam hal ini. Saya minta mereka yang betul betul berilmu supaya dapat menerangkan mengenai hal ini supaya dapat meleraikan segala kekeliruan kepada para pembaca.
8) Semoga jika mereka tidak melakukan Umrah Sunat, mereka yakin inilah yang dituntut oleh Rasulullah. Dan jika mereka melakukan Umrah Sunat, mereka merasakan ia bukan satu kesalahan.
9)Dan yang lebih penting, Tabung Haji perlu menekankan mana yang betul dalam Kursus Haji mereka kepada para jemaah.
10) Saya memohon maaf. Saya juga manusia yang masih mencari ilmu.
Wassalam.
Bukan juga satu kesalahan untuk umrah sunat beberapa kali jika mampu..maklumlah jauh tu nak pergi sana..yang mampu bole la pegi tiap tahun..Alhamdulillah..dapat tawar sunat banyak kali pun lagi bagus..semua amalan itu mengundang pahala insyaAllah..Semoga Allah terima amalan kita tu dan memberkati kita semua dengan rezeki yang melimpah ruah Dan boleh lagi menatap Baitullah banyak kali sbelum Allah panggil kita pulang kepadaNya :) wallahualam
ReplyDeleteSaya pula lebih selesa untuk keluar miqat sebelum subuh dan menunaikan tawaf dan saie haji selepas solat subuh mengikut kesempatan. insya Allah kesesakan kurang dan cuaca pun lebih nyaman. cumanya kena korban waktu tidur bangun awal sedikit..
ReplyDeleteUntuk kemusykilan membuat umrah beberapa kali dalam satu perjalanan itu kami ada bertanya pada Pembimbing Haji TH di Maktab kami. Tiada halangan malahan lebih baik jika umrah yang dilakukan itu adalah sesuatu yang 'extra' daripada ibadah-ibadah sunnah yang kita lakukan di sana. Bukankan lebih baik jika kita berzikir ketika tawaf umrah atau bersaie berbanding ketika duduk bersenang lenang? Sekadar perkongsian tanpa mau menyangkal pendapat yang lain..
Wassalam
teriima kasih.semua...sangat bermanfaat kepada saya, tq.
ReplyDelete