Assalamualaikum,
Apabila anda membaca entri ini, saya berharap anda sudah faham akan Tahallul Awal dan Tahallul Thani. Dan juga anda sudah faham akan Nafar Awal dan Nafar Thani.
Insya Allah, dalam entri kali ini saya akan menceritakan kepada para pembaca mengenai perjalanan haji saya yang seterusnya.
Sekadar ulangan akan perjalanan haji saya yang telah dilalui sehingga kini, kali ini saya terangkan kepada anda dalam bentuk carta:
Seperti yang saya ceritakan dalam entri entri saya yang terdahulu, perjalanan haji saya bermula dengan berniat mengerjakan haji di hotel di Mekah. Bermula saat itu, saya perlu menjaga segala pantang larang ihram.
Seterusnya, saya dan para jemaah haji di bawa ke Arafah untuk ibadah wukuf di sana. Kemudian pada sebelah malam kami di bawa ke Muzdalifah untuk bermabit di situ. Setelah berada di Muzdalifah, kami para Jemaah mula di bawa ke khemah di Mina untuk perjalanan haji yang seterusnya.
Mulai saat ini, ada pelbagai cara untuk meneruskan perjalanan haji bagi melengkapkan Rukun Dan Wajib Haji yang seterusnya. Disebabkan terlalu banyak cara boleh dilakukan, dan saya bimbang para pembaca bertambah pening. Saya hanya akan menceritakan 2 cara perjalanan haji yang biasa dilakukan oleh para jemaah haji Malaysia.
CARA PERTAMA
Selepas selesai Mabit di Muzdalifah, para jemaah akan dibawa ke khemah di Mina. Pada keesokan harinya, para jemaah akan di bawa untuk melontar di Jamrah Kubra. Para jemaah perlu berjalan kaki dari khemah ke tempat melontar. Kemudiannya jemaah haji ini akan bergunting atau bercukur.
Selepas itu, mereka sudah memperoleh Tahallul Awal dan bebas daripada segala pantang larang kecuali 3 perkara yang berkaitan lelaki dan wanita.
Kemudian, para jemaah perlu berjalan kaki sejauh 4.5km untuk pulang ke Mekah bagi aktiviti Tawaf dan Saie di Masjidil Haram. Selepas itu, mereka sudah pun memperoleh Tahallul Thani.
Seterusnya, mereka perlu berjalan pulang ke khemah sejauh 4.5km + 2.5km = 7km untuk Mabit di Mina pada 11,12 dan 13 Zulhijjah. Mereka perlu berulang alik dari khemah ke tempat melontar setiap hari untuk ibadah melontar di ketiga tiga jamrah pada 11,12 dan 13 Zulhijjah.
Mereka ini boleh memilih untuk melakukan Nafar Awal dan boleh pulang ke Masjidil Haram pada 12 Zulhijjah. Jika tidak, mereka boleh tinggal di Mina sehingga 13 Zulhijjah untuk melakukan Nafar Thani.
Pada waktu ini, selesailah ibadah haji mereka. Dan mereka mula bergelar Haji dan Hajjah.
Ini adalah dua cara yang paling biasa dilakukan oleh para jemaah haji Malaysia.
Kalau anda tanya, adakah cara lain lagi untuk melakukan ibadah haji lagi. Jawapannya, YA. Terdapat pelbagai lagi cara untuk menyempurnakan ibadah haji. Sebab itulah Rukun Haji yang ke Enam adalah Tertib Pada Kebanyakan Rukun.
Jika anda tanya saya, adakah saya melakukan Cara Pertama atau Cara Kedua di atas? Jawapan saya, saya tidak melakukan kedua dua kaedah di atas. Saya melakukan cara lain. Insya Allah akan saya terangkan nanti.
Pada ketika ini, saya tidak pasti adakah anda faham apa yang saya ceritakan ini. Atau pun saya hanya 'syok' sendiri. Saya seorang sahaja yang faham.
Semoga anda memahami apa yang saya ceritakan ini. Semoga ia membantu anda insya Allah.
Wassalam

Carta Perjalanan Haji Pertama
Selepas tiba di khemah di Mina pada malam 10 Zulhijjah selepas bermabit di Muzdalifah, para jemaah diberi peluang untuk berehat sementara menunggu keesokan harinya untuk memulakan ibadah Melontar di Jamrah Kubra. Pada waktu pagi, para jemaah perlu berjalan sekitar 2.5km dari khemah ke tempat melontar. Selepas melontar di Jamrah Kubra, para jemaah boleh bergunting/bercukur untuk melakukan Tahallul Awal. Pada waktu ini para jemaah sudah terkeluar dari segala pantang larang ihram melainkan 3 perkara.
Selepas itu, para jemaah perlu berjalan kaki 2.5km untuk pulang ke khemah. Mereka akan tidur di khemah untuk Mabit pada 11,12 dan 13 Zulhijjah dan melontar di jamrah pada waktu siangnya.
Dalam erti kata yang lain, mereka akan berjalan berulang alik dari khemah ke tempat melontar setiap hari.
Jika mereka memilih untuk melakukan Nafar Awal, mereka boleh pulang ke Mekah pada 12 Zulhijjah. Jika tidak mereka akan berada di Mina sehingga 13 Zulhijjah untuk melakukan Nafar Thani.
Seterusnya, mereka akan ke pulang ke Mekah untuk ibadah Tawaf dan Saie. Selesai sahaja ibadah ini, mereka dikira sudah memperoleh Tahallul Thani dimana mereka sudah bebas dari semua pantang larang ihram dan mereka kini sudah bergelah HAJI DAN HAJJAH.
CARA KEDUA
Carta Perjalanan Haji KeduaSelepas itu, para jemaah perlu berjalan kaki 2.5km untuk pulang ke khemah. Mereka akan tidur di khemah untuk Mabit pada 11,12 dan 13 Zulhijjah dan melontar di jamrah pada waktu siangnya.
Dalam erti kata yang lain, mereka akan berjalan berulang alik dari khemah ke tempat melontar setiap hari.
Jika mereka memilih untuk melakukan Nafar Awal, mereka boleh pulang ke Mekah pada 12 Zulhijjah. Jika tidak mereka akan berada di Mina sehingga 13 Zulhijjah untuk melakukan Nafar Thani.
Seterusnya, mereka akan ke pulang ke Mekah untuk ibadah Tawaf dan Saie. Selesai sahaja ibadah ini, mereka dikira sudah memperoleh Tahallul Thani dimana mereka sudah bebas dari semua pantang larang ihram dan mereka kini sudah bergelah HAJI DAN HAJJAH.
CARA KEDUA
Selepas selesai Mabit di Muzdalifah, para jemaah akan dibawa ke khemah di Mina. Pada keesokan harinya, para jemaah akan di bawa untuk melontar di Jamrah Kubra. Para jemaah perlu berjalan kaki dari khemah ke tempat melontar. Kemudiannya jemaah haji ini akan bergunting atau bercukur.
Selepas itu, mereka sudah memperoleh Tahallul Awal dan bebas daripada segala pantang larang kecuali 3 perkara yang berkaitan lelaki dan wanita.
Kemudian, para jemaah perlu berjalan kaki sejauh 4.5km untuk pulang ke Mekah bagi aktiviti Tawaf dan Saie di Masjidil Haram. Selepas itu, mereka sudah pun memperoleh Tahallul Thani.
Seterusnya, mereka perlu berjalan pulang ke khemah sejauh 4.5km + 2.5km = 7km untuk Mabit di Mina pada 11,12 dan 13 Zulhijjah. Mereka perlu berulang alik dari khemah ke tempat melontar setiap hari untuk ibadah melontar di ketiga tiga jamrah pada 11,12 dan 13 Zulhijjah.
Mereka ini boleh memilih untuk melakukan Nafar Awal dan boleh pulang ke Masjidil Haram pada 12 Zulhijjah. Jika tidak, mereka boleh tinggal di Mina sehingga 13 Zulhijjah untuk melakukan Nafar Thani.
Pada waktu ini, selesailah ibadah haji mereka. Dan mereka mula bergelar Haji dan Hajjah.
Ini adalah dua cara yang paling biasa dilakukan oleh para jemaah haji Malaysia.
Kalau anda tanya, adakah cara lain lagi untuk melakukan ibadah haji lagi. Jawapannya, YA. Terdapat pelbagai lagi cara untuk menyempurnakan ibadah haji. Sebab itulah Rukun Haji yang ke Enam adalah Tertib Pada Kebanyakan Rukun.
Jika anda tanya saya, adakah saya melakukan Cara Pertama atau Cara Kedua di atas? Jawapan saya, saya tidak melakukan kedua dua kaedah di atas. Saya melakukan cara lain. Insya Allah akan saya terangkan nanti.
Pada ketika ini, saya tidak pasti adakah anda faham apa yang saya ceritakan ini. Atau pun saya hanya 'syok' sendiri. Saya seorang sahaja yang faham.
Semoga anda memahami apa yang saya ceritakan ini. Semoga ia membantu anda insya Allah.
Wassalam
Assalam,
ReplyDeleteSemuga dalam kasih sayang Allah.
Dengan membaca berkali kali baru dapat di fahami. Terima kasih dengan penjelasan ini.
Semuga Allah memberi ilham dan kesihatan kepada tuan haji dan keluarga.
AJ
paham...paham..insyallah..nz
ReplyDelete