Assalamualaikum,
KUTIPAN TERKINI UNTUK USTAZAH ARBAKYAH MENUNAIKAN UMRAH ADALAH RM5650. MEMANDANGKAN SUDAH TERLEBIH DARI RM4500. SAYA AKAN MEMBERI LEBIHAN WANG ITU UNTUK DIBELANJAKAN USTAZAH DI SANA NANTI.
Syukur, segalanya berjalan lancar. Allah permudahkan kita semua mengumpul dana buat perbelanjaan ustazah ke sana. Setakat ini. Ustazah masih belum tahu yang wang itu dikumpul dari para pembaca di blog ini.
Insya Allah. Akan saya sampaikan berita gembira ini kepada beliau nanti. Inilah yang dikatakan rezeki buat Ustazah. Beliau langsung tak terfikir nak menunaikan umrah 2 bulan lepas. Tapi, kini bukan sahaja beliau dapat menunaikan umrah. Siap dapat duit belanja lagi. Saya rasa RM1000 untuk dibelanjakan di sana amat memadai buat Ustazah.
Hari ini, rezeki Ustazah. Saya doakan semoga satu hari nanti anda pula mendapat rezeki yang lebih baik dari ini. Semoga Allah sentiasa memurahkan rezeki kita semua.
PELUANG BERNIAGA
Sekarang ini, saya dalam proses menjual ayam di reban ayam saya. Jualan semalam sekitar 12,000 ekor ayam. Hari ini sekitar 10,000 ekor ayam. Insya Allah, dalam 2-3 hari lagi habislah ayam ni dijual. Semoga Allah permudahkan.
Tadi, semasa pekerja saya menangkap ayam, saya bersembang sedikit dengan pemandu lori ayam yang datang ke tempat saya.
"Saufi, hang ada buat apa apa business tak?"
"Mana nak sempat bang. Kerja bawa lori ni. Pagi petang kerja. Pagi sembelih ayam. Petang bawa lori ayam."
"Saufi, hang pernah terfikir tak nak buat business?"
"Tak pun bang. Tak pernah fikir pun."
"Saufi, hang sepatutnya berfikir apa business yang hang boleh buat. Macam sekarang, hang pagi sembelih ayam. Petang bawa lori ayam. Patutnya hang dah nampak 'lubang-lubang' dalam industri ayam ni. Hang umur berapa la ni?"
"24 tahun".
"Sampai bila hang nak kerja dengan orang? Takkan sampai hang tua nak kerja macam ni? Sekarang hang muda tak pa la. Kudrat masih kuat. Kalau dah tua esok, takkan nak bawa lori ni lagi? Jadi, hang kena la fikirkan dari sekarang apa peluang business yang boleh hang buat"
"Apa business yang saya boleh buat?"
"Hang kenal Tauke Lori Nizam tak? Yang lori Alor Setar. Dia dulu mula mula jadi kelindan lori ayam. Lepas tu dia jadi driver lori ayam. Lepas dia nampak peluang, dia beli lori. Dan buat kontrak dengan CP untuk 'transport' ayam CP. Lepas dah ada lori. Dia bawa lori ayam untuk hantar ayam ke 'customer' CP. Lepas tu, dia pelan pelan cari customer sendiri. Dia mula hantar ayam ke customer dia guna lori CP tu. Lepas beberapa bulan, bilangan customer dia semakin bertambah. Sekarang ni, lepas 3 tahun dia dah ada satu pasar di Pasar Borong di Alor Setar. Sekarang ni, dia beli ayam CP satu hari satu lori untuk kegunaan dia sendiri. Dia beli lagi satu lori untuk hantar ayam kepada customer CP yang lain"
"Hang tengok macam mana dia naik. 3 tahun lepas, dia macam hang la ni. Cumanya, dia bijak berfikir dan bijak mengambil peluang bila ada. Hang pun patut buat macam tu. Fikirkan apa peluang yang ada. Mula dengan kecil kecilan. Lepas tu hang mesti boleh buat besar besaran."
"Hang tengok aku, sejak 6 tahun lepas, aku hanya bela ayam. Sekarang aku memang nampak ada potensi dalam industri ternakan ayam ni. Aku dalam proses nak buat reban ayam yang baru sekarang ni di Bandar Baharu."
"Dan sekarang, aku dah jadi konsultan ayam daging ni. Sekarang, aku dah start buat reban ayam orang. Dah jadi kontraktor pulak. Reban pertama yang aku buat di Kuala Kangsar. Sekarang dah nak siap. Insya Allah, lagi 2-3 minggu siap reban ayam tu. Aku punya next projek di Rembau. Reban dua tingkat. InsyaAllah. Dah nak start dah."
"Aku nak bagi tau hang, bila kita dah start buat satu business. Kita akan nampak 'lubang-lubang' lain dalam business tu. Macam tu lah semua orang kaya buat. Buat satu business. Nampak ok, kembangkan. Kembangkan dan kembangkan."
"Kalau kita asyik kerja dengan orang lain. Setiap hari kita bekerja keras untuk mengkayakan orang lain. Kita bukan mengkayakan diri sendiri. Sebab tu la aku bagi tau hang. Untuk cari peluang buat business. Tak kisah lah business apa pun."
"Kita duduk di Malaysia. Banyak peluang. Kita tidak seharusnya miskin. Amat malang kalau duduk di Malaysia tetapi miskin. Di Malaysia ada banyak peluang berniaga. Tapi, kita selalu pilih untuk makan gaji. Setiap hari, kita kerja 'keras' untuk bagi orang lain kaya. Pasal apa kita tak bekerja keras untuk mengkayakan diri sendiri?"
"Hang tengok aku, aku kerja teruk. Letih. Penat. Tapi aku dapat untung solid masuk kat aku. Bukan aku kerja untuk orang lain. Aku kerja untuk mengkayakan diri sendiri. Bukan untuk kayakan orang lain"
"Tadi hang kata tak penat ka nak pi jauh jauh buat reban ayam di Rembau. Aku cakap, aku penat pun aku kerja untuk diri sendiri. Salahkah kalau aku kerja penat untuk aku senang. Aku carilah 'driver' untuk bawa aku ke sana. Aku beli la 'kereta' baru untuk keselesaan aku ke sana."
"Dalam hidup, kita ada dua pilihan. Nak jadi orang berjaya atau nak jadi orang yang gagal. Orang yang berjaya dia selalu cari jalan penyelesaian. Tapi orang yang gagal dia selalu memberi alasan. Itu tak boleh. Ini tak boleh. Itu susah. Ini payah."
"Hang tengok contoh XXXX, dia kerja hanya sebagai kerani timbang ayam. Gaji tak lah besar sangat. Tapi, dia boleh pakai Nissan Frontier. Sebab apa? Sebab dia buat business sampingan. Bila ada kelapangan, dia akan uruskan business dia. Dan income dia dari business tu lebih banyak dari gaji dia sekarang. Aku yakin, kalau business dia dah stabil nanti. Dia mesti berhenti kerja. Masa tu, dia boleh jadi tauke besar."
"Sekarang, hang muda lagi. Umur pun baru 24 tahun. Fikirlah apa yang aku katakan ni. Semoga Allah bantu hang"
Perbualan saya berakhir di situ.
Semoga anak muda ini dapat sedikit pengajaran hari ini. Semoga dia fikirkan. Kalau tak buat hari ni pun, dia akan buat satu hari nanti. Semoga Allah permudahkan urusan anak muda ni.
Wassalam.

bodoh sombong...
ReplyDeletemengambil peluang/kesempatan, kemudian merasa diri terpuji dan buruk sangka pada org lain...
abg firdaus,great!!
ReplyDeletewishing that one day I too can gain success like you.yess business2..9 dr 10 pintu rezeki is berniaga right.
A'kum haji...bagus...x sabar nk dgr citer bab ayam2 plak...hehe.
ReplyDeleteanonymous, rasenya tuan blog x berniat nk membangga diri dan sebagainya...dia cuma tulis begitu utk bagi semangat pada para pembaca..
Ya Allah kami mohon perlindunganMU daripada segala hasad dengki dan fitnah dunia akhirat.
ReplyDeleteHj. MFUAD, semoga allah terus berikan ilham kpd tuan untuk berkarya semata-mata kerana Allah.
Aminn.
salam ... bertuahnya klu semua murid2 sy macam hj firdaus. moga allah memberikan ketetapan hati kepada hj firdaus dalam membuat kebaikan.... biarlah apa pandangan orang lain ... sesuatu yg baik itu insyaallah besar ganjarannya disisi Allah. ciri2 yg ada pd hj firdaus ni menepati apa yg pendidikan kebangsaan ingin bangunkan ... teguh kpd agama,cerdik, rajin bekerja, kreatif berakhlak dan sentiasa berfikiran positif. sgt bertuah ibubapa yg ada anak seperti ini... sy harap hj dan maria melahirkan zuriat yg ramai dan salih/ salihah...amin
ReplyDeletedalam dunia terdapat 2 jenis manusia yang bersifat hasad dengki & iri hati. 1st hasad dengki n iri hati dengan kejayaan orang lain dan berusaha untuk berjaya n mengatasi kejayaan orng lain. 2nd iri hati dan hasad dengki dengan kejayaan org lain lalu menuduh orang beriman n berjaya itu bodoh sombong serta menabur fitnah d atas kejayaan orang lain...so anoy yang kat atas skali tue tergolong dalam golongan iri hati n hasad dengki yang mana? tepuk dada tanya iman.....
ReplyDeletePada empunya posting pada Apr 1, 2012 12:47:00 AM
ReplyDeletePosting Tn Haji memberikan motivasi untuk kita maju.. untuk kita berubah, bukan untuk kita menjadi disebaliknya.. moga kita mendapat hidayah dari Allah..
Assalamualaikum Tn Haji..
ReplyDeleteAlhamdulillah dah sampai Rembau dah perniagaan Tn Haji.. Moga Allah kembangkan lagi perniagaan Tn Haji hingga ke Melaka (kat sempadan tangkak, johor).. Saya bercadang nak bukak reban ayam kat situ..
Waalaikumsalam.
ReplyDeleteNasir. Nanti kalau sy ke Rembau. Boleh jumpa. Insyaallah.
Ada rezeki kita jumpa.
Wassalam.
saya suka motivasi yg diberi dr abg firdaus utk org2 muda...saya harap lepas ni ada byk lg motivasi utk org muda dari abg firdaus ye coz blh membangkitkan semangat utk maju lebih setapak dr skrg......doakan saya ikut jejak seperti abg firdaus dlm perniagaan ye,aminnnn.....
ReplyDelete