Assalamualaikum,
Pagi semalam, saya menerima panggilan telefon daripada salah seorang guru di MRSM Merbok, Kedah. Cikgu Shazlina, yang merupakan guru Fizik di MRSM itu. Saya tidak mengenali beliau.
Beliau menceritakan yang beliau mendapat nombor telefon saya dari Cikgu Siti Zabedah. Guru Prinsip Akaun saya di MRSM Taiping dahulu.
Beliau meminta saya untuk memberikan ceramah motivasi kepada para pelajar Tingkatan 5 di MRSM berkenaan. Memberi motivasi kepada para pelajar agar belajar bersungguh sungguh dalam menghadapi peperiksaan SPM tahun ini.
Tarikhnya, 7 April 2012. Insya Allah. Di MRSM Merbok.
Melihat jadual saya yang agak lapang pada hari itu, saya memberi persetujuan.
Alhamdulillah.
Sebelum ini, terdetik juga dihati saya untuk memberi ceramah motivasi kepada para pelajar. Namun, di mana saya harus bermula?
Bukan apa, saya rasakan saya tidak cukup membuat 'pelaburan saham' di akhirat kelak. Apabila mati anak Adam, akan terputuslah segala amalannya melainkan 3 perkara. Salah satu daripadanya, ilmu yang dimanfaatkan.
Ini yang saya harus usahakan. Para pelajar masih mudah dibentuk. Pemikiran mereka masih mudah untuk dipengaruhi. Saya mahu berkongsi dengan para pelajar apa yang telah saya lakukan dari segi amalan dan ibadah untuk berjaya dalam pelajaran. Dan saya mahu mereka fokuskan, kejayaan adalah milik Allah. Makanya, mereka kena mohon kepada Nya untuk berjaya. Berusaha dan berdoa serta bertawakkal. Saya mahu mereka faham kejayaan yang hakiki adalah kejayaan di akhirat.
Bila mereka faham, dan mereka beramal ibadah. Maka, 'saham' saya mula mendatangkan hasil. Dan apabila mereka berkongsi dengan orang lain, maka 'saham' saya akan terus berkembang.
Ini yang saya impikan.
Dan Alhamdulillah. Allah dengar luahan hati saya. Dan MRSM Merbok menjadi perintis.
Sebelum ini, saya sudah pun memberi ceramah di MRSM Taiping, MRSM Kepala Batas dan di program program keusahawanan. Namun, kali ini ia sedikit berbeza.
Fokusnya, hanya untuk memberi semangat kepada para pelajar untuk belajar bersungguh sungguh. Dan yang pasti, saya akan kaitkan kejayaan yang saya peroleh selama ini adalah hasil pertolongan Allah. Saya mahu menceritakan kepada mereka kehebatan Allah. Saya mahu menceritakan kekuasaan Allah. Dan saya mahu dalam hati mereka, tersemat "Allah adalah segala galanya"
Belajar bukan sekadar belajar. Belajar bukan sekadar mencari ilmu. Tetapi, belajar untuk membina sahsiah diri dan membentuk insan yang berhati mulia dan berintegriti. Ini yang penting.
Insya Allah, saya akan cuba untuk berkongsi pengalaman saya dengan mereka.
Saya berdoa, agar Allah membantu saya.
Yang pertama, saya perlu menyiapkan slide untuk ceramah motivasi ini. Sebelum ini, semua idea yang hendak disampaikan berada dalam otak saya sahaja. Sekarang saya perlu menterjemahkannya dalam bentuk slide. Agar ia memudahkan saya menyampaikan kepada mereka.
Tempoh masa yang diberikan kepada saya adalah selama 4 jam.
Subhanallah.
Berdasarkan pengalaman saya, saya hanya pernah berceramah maksimum 1 jam setengah. Dan 30 minit untuk sessi soal jawab.
4 jam terlalu lama.
Cikgu Shazlina memberikan ruang masa sepenuhnya kepada saya untuk berceramah. Tapi, saya takut saya tak mampu melakukannya.
Setelah berbincang, ceramah saya akan dipendekkan sedikit. Kepada 2 jam. Dan sessi soal jawab 30 minit.
Namun, setelah saya fikirkan 2 jam masih terlalu lama. Saya mahu pendekkan kepada 1 jam setengah sessi ceramah. Dan 30 minit - 1 jam untuk sessi soal jawab. Ini perlu dibincangkan lagi dengan pihak MRSM.
Dalam perbualan saya dengan Cikgu Shazlina, saya meletakkan satu syarat untuk saya pergi berceramah di sana.
"Saya tidak mahu sebarang bayaran".
Sudah menjadi impian saya, saya ingin mencari keredhaan Allah.
Saya mahu menjadi insan yang bersyukur. Allah sudah melimpahkan saya rezeki yang teramat banyak. Dan memberi ceramah secara percuma akan memberikan kepuasan kepada saya. Ia tanda saya bersyukur. Inilah salah satu sumbangan yang saya boleh berikan kepada agama saya.
Jika, dari 200 pelajar yang akan mendengar ceramah saya nanti. Ia hanya memberikan kesan kepada 20 pelajar. Ia sudah cukup buat saya. Sekurang kurangnya, amalan 20 pelajar ini sepanjang hidup mereka akan menjadi 'bekalan' buat saya ke sana.
"Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku ke arah itu. Permudahkanlah aku menyiapkan slide untuk para pelajar ini. Berikan aku ilham untuk menceritakan kekuasaan Mu, kehebatan Mu dan aku mohon pada Mu, bukalah pintu hati mereka untuk mendengar apa yang aku sampaikan nanti. Semoga, mereka menjadi insan yang cemerlang, di dunia dan di akhirat."
Wassalam.

Salam sejahtera buat Firdaus dan family, nampaknya telah lahir 2nd person like Prof MKI....dimana tidak menerima bayaran keatas ceramah yg disampaikan..Moga Allah membalas segala-segalanya...
ReplyDeleteAssalam,
ReplyDeleteSemuga sehat sejahtera hendaknya di samping keluarga.
Sebak dan terharu dengan impian tuan haji yang mencari keredhaan NYa.
Semua Allah permudahkan apa jua urusan.
Salam,
ReplyDeleteTerus terang sy katakan. Allah bagi nikmat yg pelbagai kepada sy. Nikmat sihat. Nikmat iman. Nikmat harta. Dan. Seribu satu nikmat yg lain lagi. Yg kalau nak ditulis tak habis.
Persoalannya. Apa yang saya bagi balik kepada agama Allah. Teramat sedikit. Maka. Sy perlu mulakannya Dari sekarang. Sementara Allah masih bagi nikmat Hidup kpd sy. Semoga bila sy berkerja keras Di sini. Saya dapat berehat Di sana.
Amin
As salam,
ReplyDeleteKakak ingin memohon jasa baik adik untuk memberi motivasi kpd kalangan rakan2 yg terpaksa mengambil VSS yg majority age>40.
Sekiranya tidak keberatan kakak akan usulkan dlm mesyuarat surau.
Salam Kak,
ReplyDeleteAduh. Siapalah sy nak bagi motivasi kpd mereka yg jauh lebih berpenglaman Dari sy.
Sy mohon maaf. Rasanya sy x dpt nak penuhi permintaan Kak.
Wassalam