Assalamualaikum,
Rasanya semua orang bercita cita untuk menunaikan haji dan umrah. Cumanya, masa yang belum tiba.
Bagi yang sudah pernah pergi ke sana, pasti dan pasti akan terbayang kenangan kenangan indah di sana.
Ia sesuatu yang tidak dapat dilupakan.
Baru baru ini, emak saya menyatakan hasratnya untuk pergi menunaikan Umrah pada 27 April 2012. Terus saya katakan kepada mak saya.
"Kalau mak nak pi, Daus akan sponsor. Alhamdulillah. Bulan ni income lebih. Lebih banyak daripada biasa. Allah murahkan rezeki Daus kali ni. Kalau abah nak pi sekali pun tak pa, Daus sponsor sekali"
"Alhamdulillah. Ya Allah, murahkanlah rezeki anakku," doa mak kepada saya.
Bayaran untuk seorang adalah RM4500. Maka saya perlu membayar RM9000 untuk dua orang.
Saya menceritakan kepada Abang Jan, abang sulung saya di Shah Alam tentang hasrat mak dan abah yang hendak pergi menunaikan umrah pada April tahun ini. Terus abang saya katakan, "Tak pa, hang sponsor mak. Abang Jan sponsor abah. Kalau Abang Ain ngan Dzuha nak sponsor, suruh depa sponsor tahun lain".
Alhamdulillah. Saya berasa gembira. Akhirnya hajat saya untuk membawa mak saya pergi menunaikan umrah tercapai. Mak akan pergi menunaikan umrah dengan hasil titil peluh saya berkerja.
Syukur.
Ini salah satu cara kami nak balas jasa baik mereka. Lagipun, pesanan Datuk Zainal ketika saya berada di Mekah masih segar diingatan saya. "Sentiasa mengutamakan mak dalam semua keadaan".
Kalau nak diikutkan, kami sekeluarga bukan dari keluarga yang berada. Ayah saya hanya kerani sekolah. Mak saya pula hanyalah pembantu jururawat. Berapa sangatlah gaji mereka. Namun, ibu bapa kami selalu berjimat cermat agar duit yang disimpan itu dapat digunakan untuk membawa kami menunaikan umrah.
Mak membawa saya dan adik saya dua kali menunaikan Umrah. Ketika saya di darjah enam dan ketika di tingkatan empat. Ia banyak membantu dalam membentuk akhlak saya pada hari ini. Ia banyak membantu dalam memberi dorongan kepada saya untuk menunaikan haji pada usia muda.
Suatu hari, mak berkata kepada saya, "Daus, hari tu hang kata bulan ni hang ada income lebih. Boleh tak kalau hang sponsor sorang lagi kawan mak untuk pergi ke sana?"
"Siapa mak?" saya bertanya.
"Ustazah Arbakyah. Mak teringin nak bawa dia pergi ke sana."
Saya memberi persetujuan.
"Tak pa, nanti Daus usahakan untuk Ustazah Arbakyah. Mak bagi tau dia. Kita bawa dia pi sana"
KISAH USTAZAH ARBAKYAH
Ustazah bukan dari golongan yang berada. Bahkan, beliau menjadi ibu tunggal akibat kematian suaminya sejak anak bongsu beliau masih kecil lagi.
Beliau bertugas sebagai guru agama di surau dan masjid sekitar ini. Pendapatannya tidaklah seberapa. Dari segi sumbangan, beliau memang banyak berbakti kepada penduduk setempat.
Jika ada kenduri tahlil, marhaban dan bacaan Yasin di kalangan muslimat, beliaulah yang mengetuainya. Jika ada jenazah wanita, beliaulah yang memandi dan menguruskannnya. Jika ada majlis tazkirah, beliaulah yang menyampaikannya.
Beliau turut mengerjakan sedikit sawah padi. Jika ada kelapangan, beliau sendiri akan ke sawah. Menguruskan apa yang perlu. Pendek kata, apa yang boleh dilakukan sendiri, akan beliau lakukan sendiri. Tak mampu nak bayar upah kepada orang lain.
Inilah Ustazah Arbakyah. Seorang yang mempunyai semangat dan kecekalan yang tinggi.
Mungkin, inilah sebabnya mak saya pilih untuk membawa beliau ke sana.
BERITA BAIK DISAMPAIKAN
Suatu hari, Ustazah di jadualkan untuk pergi menyampaikan kuliah di Pertubuhan Peladang peladang di sini.
"Aik Ustazah, bukan Ustazah pergi umrah ka?", kata pegawai PPK kepadanya.
"Masya Allah, macam mana saya ada pi umrah. Saya nak pi dengan apa (duit tak ada)?", Ustazah menjawab.
Apabila tiba ke tempat untuk beliau menyampaikan kuliah.
Anak muridnya bertanya, "Ustazah, bila nak pi Umrah?".
"Subhanallah. Siapa yang dok canang kata saya pi Umrah ni? Saya mana ada duit nak pi?".
"Dah nak pi la tu, " mak saya berkata kepada Ustazah.
Bayangkan, pada waktu ini. Mak saya sebenarnya belum menceritakan kepada sesiapa mengenai nak bawa Ustazah ke Tanah Suci. Pada waktu itu, hanya saya dan mak sahaja yang tahu. Belum ada orang ketiga yang tahu.
Persoalannya, siapa yang gerakkan hati mereka untuk bertanya soalan itu kepada Ustazah?
Selepas habis kuliah, mak saya berjumpa Ustazah secara personal dan memaklumkan hasrat kami untuk membawa beliau menunaikan umrah.
"Subhanallah. Patutla dua tiga malam ni saya tak boleh tidur. Saya asyik nampak Kaabah saja. Ya Allah. Alhamdulillah. Terima kasihlah Kak Nah. Nanti saya bagi tau nak terima ka tak." Jelas Ustazah.
KEESOKANNYA
Ustazah datang ke rumah saya membawa kad pengenalan untuk didaftarkan.
"Firdaus, terima kasihlah sebab nak bawa saya pergi menunaikan umrah. Allah sajalah yang balas." Ustazah berkata kepada saya.
"Alhamdulillah. Allah bagi saya rezeki lebih. Boleh saya kongsi sedikit dengan Ustazah", kata saya.
"Tahu tak, malam tadi saya Solat Istikharah. Minta petunjuk kat Allah sama ada Allah nak bagi saya pergi atau tak? Saya memang teringin sangat nak pergi ke Mekah. Tapi ya lah, mana saya nak cari duit. Duit yang ada pun dok kumpul nak pi haji. Tak cukup lagi. Tak tau la bila nak boleh pi haji. Tu yang rasa seronok sangat dapat pi Umrah ni".
Ustazah bersetuju untuk ke sana. Wajah beliau ternyata gembira. Saya dapat rasakan dari raut wajahnya. Seolah olah mendapat sesuatu yang terlalu diidam idamkan.
Namun, satu yang saya betul betul 'respect'. Dalam hal macam ni pun, beliau masih lagi bersolat istikharah. Nak mohon petunjuk dari Allah. Sama ada nak terima atau tak.
Kalau kita? Adakah kita akan melakukan istikharah? Sama sama kita renungkan perbezaan sikap kita dan Ustazah.
SIAPA MAHU BERSAMA SAYA?
Buat masa ni, saya bercadang untuk menyumbang penuh untuk Ustazah. Namun, saya rasa elok jika saya bagi peluang untuk pembaca di blog ini untuk bersama saya. Sama sama kita membuat pahala. Bukan mudah nak cari orang baik macam ustazah ni.
Sekiranya ada di antara para pembaca yang hendak bersama saya, untuk menyumbang bagi membawa Ustazah Arbakyah menunaikan Umrah. Anda boleh menyumbang dengan memasukkan duit ke Akaun Maybank saya. 1521 1604 0160. MOHD FIRDAUS BIN MAT SAAD.
Ayuh, mari kita letakkan sasarannya. RM4500. Jika tidak cukup, saya akan tambah untuk pastikan hasrat untuk membawa Ustazah ke sana tercapai.
Ayuh, kita mulakan hari ini. Sebagai permulaan. Okaz bersetuju untuk menyumbang RM150 sebagai orang yang pertama. Ayuh, kita cari siapa yang kedua dan ketiga. Jika masih belum cukup, saya akan cukupkan jumlah itu.
Anda tidak perlu menyumbang banyak, sumbanglah seadanya. Ikut kemampuan. Namun, bersedekahlah. Agar rezeki kita akan terus diluaskan Allah selepas ini.
Jika anda menderma, pastikan anda menulis di ruang komen di bawah. Untuk memastikan kita semua tahu berapa jumlah terkini.
Semoga kita semakin hampir kepada Nya.
Wassalam.

Selepas menyumbang, pastikan anda tulis jumlahnya di sini. Ini bagi memastikan kita semua mengetahui jumlah terkini yang dikumpul.
ReplyDeleteAnda bebas menulis nama anda atau tidak.
Gunakan format di bawah
Sumbangan Untuk Ustazah Arbakyah:
ReplyDelete1) Okaz=RM150. Jumlah terkini RM150
2)
3)
4)
2) hamba Allah = Rm50
Delete2) hafiz rm50. Jumlah termini rm200.
ReplyDeleteSaya akan transfer RM300 hari ini.
ReplyDelete3) Yati 150. Jumlah terkini 350
ReplyDelete4) sai 300. Jumlah terkini 650.
saya telah masukkan Rm 200.00 ke atas akaun en firdaus pada pukul 5.30 petang tadi.
ReplyDeleteSalam.. Ada rezeki untuk dikongsi dengan Ustazah.. RM150..
ReplyDeletesalam mohd firdaus sefamili n warga mfuad. akak teringin juga nak sumbang kat ustazah arbakyah tu. alhamdulillah semoga dipermudahkan urusan ibubapa mohd firdaus n ustazah arbakyah menunaikan umrah tu. murah harga pakej tu.travel apa ya?semoga mereka mendapat umrah yang mabrur, amin ya rabbal alamiin.akak sumbang rm 100/= saja. salam
ReplyDeleteAssalam,
ReplyDeleteSemuga Allah permudahkan dan mendapat umrah yang mabrur. Amin
Salam Haji, saya baru transfer RM800, semoga diberkati Allah
ReplyDeleteKak Roha,
ReplyDeletePakej Al Fajr. Tahun lepas mak sy dah pi guna pakej yang sama. Ni kira yang murah la.
Berbanding dengan sykt sykt lain yg harga sekitar RM5500.
14 hari 12 malam.
Nak pi, jom pi dengan mak saya. 27 April ni. Sempat lagi nak daftar. Hahha..
Firdaus
Sumbangan untuk ustazah arbakyah
ReplyDeletedi bank in pada 8.24 pm rm 150 (hamba Allah di jitra)
Salam...
ReplyDeleteTuan Haji Firdaus,
Telah bank-in RM200 on 280312 at 9.08 am...
Hamba Allah JB
TQ
hamba allah = RM50
ReplyDeleteSuhaila Omar = RM50
ReplyDeleteAlhamdulillah..
ReplyDeleteRM50 utk Ustazah Norbakyah :-)