Assalamualaikum,
Pertama sekali, marilah kita semua bersyukur dilahirkan sebagai rakyat Malaysia. Allah memberi nikmat yang pelbagai kepada kita. Allah beri nikmat kekayaan, Allah beri nikmat keamanan. Allah beri nikmat kesihatan. Namun, sedikit benar kita bersyukur.
Seumur hidup, Allah hanya menuntut kita sekali untuk melakukan pengorbanan. Pengorbanan masa, perngorbanan wang ringgit, pengorbanan meninggalkan anak dan keluarga, dan pelbagai pengorbanan lagi yang perlu dilakukan. Untuk melakukan ibadah haji.
Namun, seringkali kita 'berkira' dengan Allah. Pelbagai alasan kita 'cipta' untuk menyejukkan hati. Untuk mengatakan kita masih 'belum wajib' menunaikan haji.
Kita memberi alasan duit tidak cukup, kita memberi alasan anak masih kecil, kita memberi alasan pekerjaan, kita memberi alasan perniagaan, kita memberi alasan sibuk, kita memberi alasan hidayah belum sampai.
Ciptalah. Seribu satu alasan boleh diberikan.
Taktala kita mencipta alasan untuk menangguh menunaikan haji. Ummat Islam dari negara negara lain berebut rebut untuk menunaikan haji.
Mereka menunaikan haji dalam keadaan mereka serba kekurangan. Mereka kurang wang ringgit. Negara mereka dalam kesusahan. Pergi menunaikan haji tanpa tahu dimana mereka hendak tidur. Tanpa tahu apa mereka boleh makan.
Namun... Panggilan Illahi diletakkan sebagai prioriti yang utama dalam kehidupan mereka.
Jika hendak dibandingkan kita dengan mereka, kita jauh lebih kaya daripada mereka. Kita jauh lebih 'mampu' daripada mereka.
Namun dihati mereka, "Labbaikallah Hummalabbaik. Labbaikala Syarikala Kalabbaik"
Semangat dan kesungguhan mereka wajar menjadi iktibar buat kita. Wajar menjadi pengajaran kepada kita. Letakkanlah agama dihadapan. Insya Allah. Dunia akan menyusul dibelakang kita.
Jika kita ada sedikit wang, mulalah menabung untuk menunaikan haji. Bukalah akaun tabung haji. Daftarlah haji sekarang. Jika kita mendaftar hari ini sekalipun, kita hanya akan menunaikan haji pada tahun 2043. Jadi, mengapa kita perlu berlengah lagi.
Jika kita ada lebihan wang, daftarlah segera untuk menunaikan haji dengan pakej swasta ataupun pakej Tabung Haji. Pergi haji pada usia muda jauh lebih baik daripada pergi menunaikan haji pada usia tua. Percayalah. Tanyalah kepada kawan kawan anda yang muda yang sudah pergi menunaikan haji. Apa perasaan mereka?
Ia suatu perasaan yang sukar digambarkan. Pengalaman menunaikan haji memberikan anda satu pengalaman baru dalam hidup. Memberi ruang kepada anda untuk merubah diri mendekatkan diri kepada Allah.
Inilah sebabnya umat Islam diseluruh dunia yang 'berkesedaran' berebut untuk menunaikan haji. Nikmatnya, hanya mereka yang sudah melaluinya sahaja yang tahu.
Semoga, gambar gambar dibawah ini memberi kesedaran kepada kita. Umat Islam dari negara lain yang begitu 'naif' melakukan fardhu haji. Namun, semangat mereka tidak boleh dihalang.

Disinilah mereka tidur pada waktu malam. Di atas lantai mini tar diluar masjid. Beralaskan kotak. Berbantalkan lengan. Berbumbungkan langit. Berlangitkan bintang.
Mereka bukan kaya. Mereka miskin. Mereka terpaksa mencari 'jalan' paling murah untuk ke Arafah bagi menunaikan ibadah wukuf. Inilah yang paling murah. Menaiki van menuju ke Arafah sejauh 24km dengan berada di atas bumbung van. Mampukah kita?
Menaiki lori berkandang ini. Jika anda hendak tahun, Presiden Iran Mahmud Ahmadinijad juga menaiki lori sebegini ketika menunaikan haji baru baru ini untuk ke Arafah.
Menaiki lori sehingga ke bumbung lori. Di atas lori, sudah tiada ruang. Dipenuhi dengan barang dan orang.
Tahukah anda. Ada jemaah haji yang berjalan kaki dari Mekah ke Arafah sejauh 24km? Mampukah kita melakukannya?
Mereka hidup ala ala koboi di sini. Saya pun tak tahu dimana mereka dapatkan bekalan air dan makanan di sini. Tandas?
Tandas tandas awam di tepi jalan sebegini menjadi tempat mereka mendapat bekalan air dan menggunakan tandas. Dan mereka tidak mandi.
Namun, tahap kebergantungan mereka hanya kepada Allah. Kepada Allah jua mereka berdoa. Kadangkala ibadah mereka lebih hebat daripada kita.
Tidur didalam kesejukan malam
Rakyat Malaysia bagaimana? Saya rasa tiada seorang pun melalui pengalaman seperti yang di atas. Kita semua di'belai' dengan penuh kasih sayang oleh pihak Tabung Haji. Cumanya, kadang kala ada sedikit kekurangan dan kesilapan di pihak Tabung Haji dan pihak pakej.
Kita sebagai para jemaah seharusnya bersabar di atas segala dugaan apa yang berlaku di sana.
Bersyukurlah kita. Bersyukurlah kita di atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.
Gunakanlah segala nikmat yang Allah berikan kepada kita sebaiknya. Semoga sedikit pengorbanan yang kita lakukan untuk Allah akan 'diterima' dan diberi ganjaran sebaiknya di akhirat kelak.
Semoga selepas ini, tiada lagi alasan yang akan kita berikan untuk melengah lengahkan perjalanan haji kita.
Jika duit menjadi faktor, daftarlah haji dahulu. Mulalah menabung dari sekarang.
Jika kita ada lebihan wang, gunakanlah pihak pakej untuk menunaikan haji. Insya Allah. Ia akan lebih pantas.
Semoga Allah memilih kita untuk ke sana. Semoga kita semakin hampir kepadaNya.
Wassalam

Assalam,
ReplyDeleteSemuga di rahmati Allah.
Sungguh cekalnya mereka ini dan mereka mempunyai keyakinan dan ketaqwaan yang tinggi akan Allah.
semuga kita menjadi hambaNYA yang bersyukur.
Jazakaullah
Ya allah mudahkan kami untuk mengunjungi baitullah..
ReplyDelete