Assalamualaikum,
Dalam buku 50 Tips Motivasi Haji & Travelog Haji tulisan Prof Kamil, beliau menggalakkan kita para jemaah untuk menggunakan kesempatan yang ada ketika di tanah suci untuk membaca Tafsir Al Quran.
Pada peringkat awal, saya tidaklah mengambil ia sesuatu yang penting. Seperti yang saya ceritakan dahulu, prioriti saya ketika di Tanah Suci adalah untuk menghafal Juzuk 30. Alhamdulillah, 2 hari sebelum perjalanan haji bermula. Saya berjaya menghabiskan hafalan Juzuk 30. Syukur kepada Allah.
Namun, Maria menjadikan membaca Tafsir Al Quran ini sebagai amalan yang dia lakukan semasa uzur ketika berada di sana. Saya rasa ia tindakan yang bijak. Daripada tidak melakukan apa apa di bilik hotel. Lebih baik Membaca Tafsir Al Quran secara Marathon.
Semasa berjumpa dengan Prof Kamil di Masjidil Nabawi, beliau banyak memberi nasihat kepada saya.
"Firdaus, dalam seumur hidup Firdaus dah berapa kali Firdaus khatam Al Quran?" Prof bertanya kepada saya.
"Saya tak ingatlah Prof. Tak kira pun" saya menjawab.
"Oklah, ada diantara kita dalam seumur hidup yang sudah khatam Al Quran 9-10 kali. Tapi, saya nak tanya satu soalan. Pernah tak kita fahamkan apa yang kita baca? Memang saya tak nafikan, baca Al Quran dapat pahala. Tapi, kita hanya dapat pahala baca. Sedangkan pahala memahami dan mengamalkan apa yang terkandung di dalam Al Quran jauh lebih besar. Itu jauh lebih penting. "
"Macam mana kita nak faham apa yang terkandung di dalam Al Quran kalau kita sendiri tak pernah membaca Tafsir Al Quran". Prof menjelaskan lagi.
Saya tersentak. Betul juga apa yang Prof Kamil katakan. Tak pernah saya terfikir nak baca Tafsir Al Quran.
"Saya minta kalau boleh Firdaus cubalah baca Marathon Tafsir Al Quran di sini. Habiskan bacaan Tafsir Al Quran di sini. Nanti Firdaus akan nampak keindahan Al Quran itu sendiri. Dan perasaan cinta terhadap Al Quran akan hadir selepas itu", Prof Kamil memberi cadangan.
Saya berazam untuk mencuba.
Ketika di Madinah lagi, Maria sudah memulakan Marathon Al Quran. Dia berjaya membaca Tafsir Al Quran di antara 4-5 juzuk sehari. Selepas membaca Tafsir, Maria banyak memberi 'tazkirah' kepada saya mengenai apa yang dibaca pada hari itu.
Dan Maria mula 'nampak' apa yang Prof Kamil katakan. Sebenarnya Al Quran itu indah. Al Quran itu sudah cukup lengkap. Cuma kita yang tidak ambil berat untuk memahami apa yang terkandung di dalam Al Quran.
Saya mula tertarik untuk melakukannya. Namun, keutamaan saya masih lagi untuk menghafal Juzuk 30 di sini.
Alhamdulillah, Maria berjaya menghabiskan bacaan Tafsir Al Quran dalam masa yang amat singkat. Dan beliau teruja. Beliau banyak memberi motivasi kepada saya untuk juga membaca tafsir Al Quran ini.
Terlalu banyak pengajaran yang boleh diambil dari Al Quran. Ia akan membuatkan kita merasa rendah diri dan akan berpegang teguh dengan ajaran Al Quran. Nasihat Maria kepada saya.
Selepas habis menunaikan fardhu haji, saya dapat keadaan di dataran Kaabah sentiasa penuh. Saya tidak bercadang untuk melakukan Tawaf Sunat pada ketika ini. Bagi saya, biarlah saya memberi ruang kepada mereka yang belum melakukan Tawaf Haji mereka untuk melakukan tawaf. Lebih baik masa yang saya ada itu diisi dengan membaca Tafsir Al Quran.
Allah mengatur begitu 'cantik' buat saya. Saya ada banyak masa lapang pada waktu itu. Saya tidak melakukan tawaf sunat. Saya juga tidak melakukan umrah sunat. Masa yang ada itu saya gunakan sepenuhnya untuk membaca Tafsir Al Quran.
Di sinilah saya selalu meluangkan masa untuk membaca tafsir Al Quran.Di bawah tanah. Di sini kurang sesak. Jadi, lebih mudah untuk saya menghayati ayat ayat al quran yang di baca.
Wassalam

Tafsir Al Quran terjemahan Bahasa Melayu ini terdapat di Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi. Cumanya, kita kena bijak mencari dimana terletaknya Al Quran ini.
Di sinilah saya selalu meluangkan masa untuk membaca tafsir Al Quran.Di bawah tanah. Di sini kurang sesak. Jadi, lebih mudah untuk saya menghayati ayat ayat al quran yang di baca.
Ini pula Quran yang Maria beli dari Malaysia. Semata mata untuk digunakan bagi dia membaca tafsir Al Quran di sana.
Mak mertua saya juga mengambil kesempatan untuk membaca Tafsir Al Quran di sana. Saya pun sedang membaca Tafsir sambil berbaring.
.
.
Semasa di Mekah, saya hanya sempat membaca sehingga Juzuk 21 sahaja. Maria pula sempat membaca Tafsir Al Quran sebanyak 2 kali. Mak pun tak sempat nak habiskan.
Satu pengalaman yang ingin saya kongsikan dengan para pembaca, membaca Tafsir Al Quran secara marathon adalah seperti membaca buku cerita. Apabila membaca anda akan sukar untuk berhenti. Ini kerana kita sudah mula nampak keindahan Al Quran itu sendiri.
Membaca Marathon Tafsir Al Quran tidak sama dengan membaca Al Quran satu muka kemudian membaca tafsir satu muka. Membaca Marathon Tafsir Al Quran memberi peluang kita untuk melihat Al Quran secara keseluruhannya. Melihat dan menyaksikan keindahan Al Quran itu sendiri.
Menyedari betapa Allah menekankan azab neraka dan nikmat syurga. Menyedari Allah menekankan kita untuk menjaga solat, berpuasa, menutup aurat, bersedekah, berzikir, tidak mengumpat, bertawakkal, bertakwa, beriman dan pelbagai lagi pengajaran pengajaran yang telah berlaku kepada ummat terdahulu.
Alhamdulillah, di Malaysia Maria sekarang ini menjadikan membaca Al Quran dan tafsir sebagai amalan hariannya. Saya turut membaca tetapi tidak sehebat Maria.
Satu nasihat saya kepada kita semua, 'berilah' peluang kepada diri kita sekali dalam seumur hidup untuk melakukan Marathon Tafsir Al Quran. Insya Allah. Akan ada kesan dalam diri kita. Dan peluang untuk memperoleh 'hidayah' lebih besar. Mana tahu, ia akan menjadi titik perubahan dalam hidup kita.
Di kesempatan ini, saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada Prof Kamil kerana memberi nasihat ini kepada saya melalui buku dan tazkirah secara langsung kepada saya. Semoga Allah memberi ganjaran syurga tanpa dihisab untuk beliau sekeluarga. Amin.
Semoga ia mendekatkan diri kita kepada Nya. Semoga kita semakin hampir kepada Nya.

Tn Hj, you have done an excellent job here ! Tak ramai yang buat sedetail begini. Allah akan balas yang extraordinary untuk Tn Hj, Insyallah. Your life experience disana,tips2 memang best,beneficial, fun and from your heart.Your gambars add value to apa yg you ceritakan. Alhamdulillah Allah, bagi Tn Hj idea and kekuatan untuk menulis buat rakan2 seislam yang bakal bergelar Haji.Look forward for your book on your ultimate travel next."A Ba Ta of My Haj Journey by Hj Mohd Firdaus"..:-), nazwal.
ReplyDeleteAllah Allah Allah...
ReplyDeletePertama sekali, saya bersyukur kepada Allah. Saya percaya, Dialah yang memberi kekuatan dan ilham kepada saya untuk menulis ini.
Pada peringkat awal, saya sangkakan penulisan saya sekitar 30 episod sahaja.
Saya berdoa dan bersolat hajat kepada Allah meminta petunjuk daripada Nya untuk memberi ilham kepada saya untuk menulis.
Syukur, Allah memberikan idea kepada saya. Bukan mudah untuk 'link' kan satu event ke event yang lain.
Yang paling sukar adalah untuk menceritakan perjalanan haji itu sendiri.
Saya 'sangkut' di situ seminggu. Berdoa kepada Allah bagi idea mcm mana nak fahamkan para pembaca.
Kalau anda tanya, mengapa saya menulis?
Saya mahu anda para pembaca merasai sendiri perjalanan haji yang saya lalui. Dengan bantuan gambar dengan penceritaan, saya harap ia dapat memotivasikan anda untuk menunaikan haji pada usia muda.
Kesannya, kedua dua abang dan kakak ipar saya akan menunaikan haji pada tahun ini. Alhamdulillah. Kalau tak memberi kesan kepada ramai org pun, semoga ia memberi kesan kepada sedikit orang. Dan semoga yang sedikit itu dilihat sebagai 'besar' oleh Allah.
Semoga ini menjadi salah satu bekalan buat saya disana.
Terima kasih kepada semua..
Mengenai tajuk buku tu... Wah... Buku tak siap lagi, dah ada tajuk.. Tajuk dalam bahasa inggeris, penulisan dalam bahasa Melayu... kena ubah tajuk sket...
Assalam,
ReplyDeletesemuga dalam kasih sayang Allah.
Terima kasih di atas apa yang dikongsikan dengan kami semua warga MFUAD.
semuga tuan haji dan keluarga dalam rahmat Allah.
jazakaullah
AJ