Assalamualaikum,
Jika anda ada membaca Travelog Haji saya dari awal, pasti anda akan berjumpa dengan cerita saya tempoh hari berkaitan DIA BUKAN AYAH. Travelog Haji Part 35.
Jika anda belum membacanya, anda perlu membaca part itu dahulu sebelum membaca part ini bagi memudahkan anda faham.
http://mariafirdaus.blogspot.com/2011/12/travelog-haji-part-35-dia-bukan-ayah.html
Sejak dari Madinah lagi, saya dan Amir selalu berbincang. Macam mana kami nak uruskan Pak Cik di Mekah nanti. Macam mana kami nak uruskan Umrah Wajib pak cik. Macam mana kami nak uruskan urusan Haji pak cik. Macam mana nak bawa pak cik ke Masjidil Haram.
Kami tak tahu senario yang bakal ditempuhi di Mekah.
Sejak di Madinah lagi, kami para jemaah Zahafiz sudah dimaklumkan sesiapa yang mahu ditolak menggunakan kerusi roda oleh petugas Zahafiz untuk urusan Umrah Wajib, boleh mendaftar dengan pihak Zahafiz.
Bayaran untuk upah tolak bagi ibadah Tawaf dan Saie dari hotel ke masjid dan pulang ke hotel adalah SR400 seorang. Pak cik memaklumkan yang dia tidak membawa wang yang banyak ke Tanah Suci.
Ini yang menjadi isu besar kepada kami berdua. Nampak gaya, tugasan untuk menolak pak cik bagi urusan Umrah wajib terletak di bahu kami berdua. Sedangkan kami sendiri tak tahu apa apa yang akan berlaku di Mekah nanti.
Yang menjadi masalah bagi kami berdua, ada dua tiga jemaah Zahafiz yang datang kepada kami dan memberi nasihat kepada kami. Agar tidak menolak pak cik di Mekah nanti.
Antara hujah yang mereka berikan adalah mengapa kami hendak menolak pak cik ini untuk kerja umrah dan haji pak cik ini nanti? Pak cik ini bukan bapa kami. Pak cik ini bukan saudara kami. Pak cik ini hanyalah salah seorang daripada jemaah Zahafiz.
Mereka mencadangkan agar biar pihak Zahafiz sahaja yang uruskan pak cik ni dalam urusan umrah dan haji beliau.
Mereka juga menasihati kami agar kami menumpukan ibadah haji kami sendiri. Bagi mereka itu lebih baik daripada kami 'menjaga urusan haji' jemaah lain. Mereka berhujah yang saya dan Amir sendiri baru kali pertama menunaikan haji. Lebih baik kami menumpukan ibadah haji kami 100%. Mereka 'takut' kerja kerja haji kami sendiri terganggu jika 'menolak' pak cik ini nanti.
Tak kurang, ada jemaah haji yang berjumpa dan menasihati kami agar tidak menolak pak cik ini. Mereka menasihatkan kami agar kami menjaga kesihatan kami sendiri. Ada salah seorang jemaah yang betul betul nasihatkan kami agar jangan menolak pak cik untuk kerja umrah dan haji nanti.
Beliau menceritakan isterinya ada menolak seorang jemaah haji wanita ke masjid dan selepas itu isterinya demam teruk. Kesannya, isterinya tidak dapat beribadah di masjid selama beberapa hari. Beliau tidak mahu perkara yang sama terjadi ke atas saya dan Amir sedangkan kami juga sedang melakukan ibadah haji yang pertama untuk diri kami.
Tak kurang, ada yang memberi dorongan kepada kami agar meneruskan niat kami yang murni untuk menolak pak cik semasa perjalanan haji dan umrah beliau nanti.
Ada jemaah yang datang kepada kami dan mengatakan biarlah pak cik ini bayar kepada pihak Zahafiz. SR350 untuk upah tolak umrah wajib. SR750 untuk upah tolak dari Hotel-Arafah-Muzdalifah-Mina-Hotel. Dan SR500 untuk upah tolak semasa tawaf dan wajib haji.
Kami mengatakan kepada mereka pak cik tak membawa wang yang banyak untuk menunaikan haji kali ini.
Jemaah haji ini berhujah lagi dengan kami. Kalau pak cik ni tak dak duit, mana mungkin dia boleh datang menunaikan haji menggunakan pakej. Mereka mengatakan pak cik ini mesti ada banyak duit di Malaysia. Mereka mencadangkan agar pak cik bayar sahaja kepada pihak Zahafiz untuk segala urusan yang diperlukan bantuan.
Mereka berkata lagi, orang kampung biasanya banyak duit. Tetapi mereka tidak mahu membelanjakan wang mereka. Orang kampung ada banyak tanah. Sebenarnya orang kampung 'berharta'. Inilah hujah mereka kepada saya dan Amir.
Saya dan Amir menjadi keliru. Apa yang para jemaah katakan ini ada sedikit kebenarannya.
Kami berdua menjadi 'goyang'. Nak dibantu pak cik ini pun rasa bersalah. Tak dibantu pak cik ini pun rasa bersalah. Kami keliru.
Memang betul, kami juga mengerjakan haji buat kali pertama untuk diri kami. Dan mungkin yang terakhir. Jika dibantu pak cik ini, pasti dan pasti ia 'membantutkan' kerja haji kami sendiri.
Dan kami juga risau jika ia menjejaskan kesihatan kami. Banyak tenaga tambahan diperlukan untuk membantu pak cik ini dalam urusan umrah dan hajinya nanti.
Saya dan Amir berbincang dan akhirnya kami membuat keputusan. Tak guna kami berdua terlalu memikirkan 'masalah masalah' yang belum pun terjadi. Kami bersimpati dengan pak cik ini. Kami tahu dia bukan dari keluarga yang berada. Dan kami tahu dia benar benar memerlukan bantuan dari kami.
Kami berdua bertawakkal kepada Allah. Kami mengambil keputusan untuk membantu pak cik ini semasa berada di Mekah nanti.
Pertolongan kami dari Madinah bermula sejak keberangkatan bas dari Madinah ke Mekah itu sendiri. Amir menaiki bas lain. Manakala saya dan pak cik ditempatkan dalam bas yang sama. Alhamdulillah. Saya boleh membantu pak cik dalam hal ini.
Dalam perjalanan, bas berhenti berehat seketika untuk para jemaah menghilangkan lenguh badan dan kaki.
Tiba tiba, pak cik berkata kepada saya yang dia hendak pergi ke tandas.
Subhanallah.
Ternyata, ini cabaran buat saya kerana tandas agak jauh dari tempat bas itu berhenti.
Dalam keterbatasan masa yang diberikan kepada kami untuk berhenti makan ditempat itu, saya membawa pak cik ke tandas. Dan ternyata ia perjalanan yang mengambil masa agak lama untuk saya dan pak cik pergi dan balik dari tandas. Perjalanan sejauh 200 meter ini memerlukan beberapa 'pit stop' untuk pak cik menghilangkan penatnya. Saya memimpin tangan pak cik.
Kemudian dengan segera saya membawa pak cik untuk pergi makan malam di kedai di situ.
Ada satu hari, saya membawa pak cik untuk bersolat dan kami masuk ke dalam kawasan masjid melalui pintu Babul Salam. Untuk turun ke situ, kami perlu menggunakan eskalator.
Masya Allah, semasa kami keluar dari Masjid, pak cik naik dahulu eskalator. Dan saya naik kemudian kerana saya terpaksa memegang kerusi roda pak cik sambil naik eskalator. Tiba tiba, pak cik terjatuh ke belakang dan menimpa saya.
Saya pula hanya sebelah tangan memegang tempat pemegang. Sebelah tangan lagi saya memegang kerusi roda pak cik.
Masya Allah. Dalam kekalutan itu, saya menahan pak cik dengan badan saya. Segala kudrat dikerah supaya saya dapat menahan pak cik daripada terjatuh ke bawah.
Syukur Alhamdulillah. Orang dibelakang dengan pantas membantu saya.
Inilah cabaran yang terpaksa saya hadapi. Syukur tidak berlaku kejadian yang tidak diingini. Jika saya dan pak cik dua dua tergolek ke bawah hari itu, tak tahulah apa yang akan terjadi kepada kami.
Saya perlu lebih berhati hati selepas ini terutam apabila membawa pak cik yang berkerusi roda. Saya perlu memilih tempat yang lebih sesuai untuk pak cik bersolat. Dan jalan yang lebih mudah dilalui dengan kerusi roda.
Apabila perjalanan haji bermula, Haji Amir mengambil tugas untuk membawa pak cik dari hotel ke Arafah. Ini lebih mudah bagi beliau kerana beliau pergi menunaikana haji bersendirian. Saya pula terpaksa menjaga ibu bapa dan isteri saya.
Kami menaiki bas yang berlainan dan Alhamdulillah. Segala perjalanan berjalan lancar. Di Arafah, pak cik duduk di depan pintu khemah agar mudah untuk beliau keluar dan masuk khemah. Dan Haji Amir memilih khemah yang paling hampir dengan tandas bagi memudahkan urusan beliau.
Bagi saya, di Arafah tidak banyak cabaran. Alhamdulillah. Kami tidak bermasalah untuk membantu pak cik di Arafah.
Perjalanan haji kami seterusnya adalah bermalam di Muzdalifah. Maka kami perlu 'berpindah' ke Muzdalifah pula pada malam itu.
Saya dan Amir bergabung tenaga bagi membantu pak cik dalam proses ini. Apa yang kami lihat, bukan mudah untuk menolak pak cik menggunakan kerusi roda di situ. Ini kerana kawasan itu berpasir.
Maka saya dan Amir meminta pak cik untuk berjalan sambil kami memimpin tangannya. Dan semua beg kami diletakkan di atas kerusi roda itu.
Dalam kekalutan ketika menaiki bas, bukan mudah untuk menaiki bas dan juga memasukkan kerusi roda ke dalam bas. Ini benar benar memerlukan kebijaksanaan kami untuk memastikan kerusi roda ini tidak tertinggal.
Kami terpaksa bertanya kepada orang lain jalan untuk kembali ke Jamrah. Setelah hampir 30 minit, Alhamdulillah. Kami dapat kembali ke jalan yang sepatutnya kami lalui.
Dan kami terpaksa berlari untuk mengejar kembali kumpulan kami yang sudah pun jauh kehadapan.
Kesannya, Haji Amir terpaksa menolak Pak Cik keseorangan sejauh 4km dalam keadaan menaiki bukit. Saya hanya berjumpa dengan Amir dan Pak cik apabila sudah hampir dengan Jamrah. Kesian Amir terpaksa menolak pak cik seorang diri menaiki bukit.

Kami berhenti rehat untuk makan di sini. Membawa pak cik ke tandas yang jaraknya sekitar 200 meter benar benar mencabar dalam keterbatasan waktu yang ditetapkan.
Setiba di Mekah, saya dan Amir memaklumkan kepada pak cik agar dia berehat di hotel terlebih dahulu. Biarlah kami menyelesaikan ibadah umrah wajib ke atas diri kami dahulu sebelum kami lakukannya untuk pak cik.
Selepas kami pulang dari menunaikan Umrah wajib untuk diri kami, saya menuju ke bilik pak cik dan saya terkejut kerana pak cik sudah pun memakai baju biasa pada waktu ini. Dia menceritakan yang dia sudah mengupah petugas Zahafiz untuk menolaknya bagi mengerjakan ibadah tawaf dan saie umrah.
Dia mengatakan yang dia berkecil hati kerana 'terdengar' cakap cakap kami sama ada mahu menolak pak cik ataupun tidak. Dia tidak mahu menyusahkan kami. Dan dalam masa yang sama, dia menceritakan duit simpanannya di Tabung Haji pun semakin susut.
Saya dan Amir memohon maaf kepada pak cik. Bukan niat dihati kami tidak mahu menolong pak cik. Kami langsung tidak berniat begitu. Cumanya, kami berbincang setelah mendengar pandangan pelbagai pihak. Dan kami dah pun buat keputusan untuk terus membantu pak cik sepanjang pak cik berada di Mekah dan menunaikan kerja hajinya nanti.
Dan kami berdua juga sudah membuat keputusan untuk membawa pak cik ke Masjdil Haram setiap hari secara bergilir bagi menunaikan Solat Maghrib dan Isyak. Jika hari ini saya menolak pak cik ke Masjidil Haram, esok pula giliran Amir dan begitulah seterusnya.
Kami juga memaklumkan kepada pak cik yang kami akan membantu dia mengerjakan kerja kerja hajinya nanti. Namun, kami meminta kepada pak cik untuk mendoakan agar Allah memberi kekuatan kepada kami untuk menolak pak cik nanti.
Maka, rutin kami di Mekah bermula. Setiap hari, saya dan Amir berselang seli membawa pak cik ke Masjidil Haram bagi menunaikan solat Maghrib dan Isyak.
Jika anda bertanya adakah ia 'menyusahkan' saya? Ya, pasti dan pasti ia 'membebankan' saya. Namun, apabila saya berfikir sekiranya ayah saya berada di tempat pak cik ini. Saya pasti mahu orang lain membantu ayah saya. Maka saya kuatkan jua semangat dan cuba untuk ikhlaskan hati untuk membantu pak cik ini.
Saya sedar, setiap kali saya menolak pak cik ke Masjid, Allah pasti menyediakan ganjaran buat saya. Dan saya sedar, apa yang saya lakukan ini mendekatkan saya untuk memperoleh Haji Mabrur.
Saya ikhlaskan hati. Saya lakukan semata mata kerana Allah.
Namun, ia bukan mudah. Ada hari giliran saya dan saya berpuasa pada hari itu. Dan saya benar benar penat dan keletihan. Namun, saya terpaksa balik dari Masjidil Haram untuk pulang ke hotel bagi mengambil pak cik selepas solat Asar. Bagi membawa pak cik ke Masjid bagi menunaikan solat Maghrib dan Isyak.
Ada satu kali, saya terpaksa berbuka puasa di tengah jalan semasa menolak pak cik ke Masjid. Ini kerana saya terlewat mengambil pak cik di hotel pada hari itu.
Inilah cabaran yang terpaksa saya hadapi untuk membantu pak cik.
Kalau nak diikutkan, saya dan Amir tak perlulah menolak pak cik ke Masjidil Haram setiap hari. Cukuplah jika kami membantu pak cik untuk perjalanan hajinya nanti. Namun kami mahu pak cik mendapat peluang untuk bersolat secara berjemaah di Masjidil Haram. Kami mahu pak cik merasai sendiri suasana di Masjidil Haram. Kami tak tahu, bila lagi pak cik akan dapat menjejakkan kaki ke bumi Mekah selepas ini.

Haji Amir mengambil gambar pak cik di luar Masjidil Haram.
Menjelang 2-3 hari sebelum kerja haji bermula, orang ramai sudah memenuhi kawasan masjid walaupun di luar. Pada waktu ini, kami sudah tidak mampu untuk membawa pak cik memasuki masjid. Orang terlalu ramai dan kawasan terlalu sesak. Lebih sukar apabila kita menolak menggunakan kerusi roda.
Kebiasaannya, saya menempatkan pak cik untuk bersolat Maghrib dan Isyak disekitar kawasan Saie. Ini kerana disitu biasanya kurang sesak dan pak cik masih lagi boleh melihat Kaabah dari tempat itu.
Dan tempat solat untuk pak cik berubah ubah mengikut keadaan dan suasana pada hari itu. Jika kami datang awal, lebih mudah untuk membawa pak cik ke hadapan. Namun, jika terlewat. Agak sukar untuk masuk ke dalam.
Dan tempat solat untuk pak cik berubah ubah mengikut keadaan dan suasana pada hari itu. Jika kami datang awal, lebih mudah untuk membawa pak cik ke hadapan. Namun, jika terlewat. Agak sukar untuk masuk ke dalam.
Ada satu hari, saya membawa pak cik untuk bersolat dan kami masuk ke dalam kawasan masjid melalui pintu Babul Salam. Untuk turun ke situ, kami perlu menggunakan eskalator.
Masya Allah, semasa kami keluar dari Masjid, pak cik naik dahulu eskalator. Dan saya naik kemudian kerana saya terpaksa memegang kerusi roda pak cik sambil naik eskalator. Tiba tiba, pak cik terjatuh ke belakang dan menimpa saya.
Saya pula hanya sebelah tangan memegang tempat pemegang. Sebelah tangan lagi saya memegang kerusi roda pak cik.
Masya Allah. Dalam kekalutan itu, saya menahan pak cik dengan badan saya. Segala kudrat dikerah supaya saya dapat menahan pak cik daripada terjatuh ke bawah.
Syukur Alhamdulillah. Orang dibelakang dengan pantas membantu saya.
Inilah cabaran yang terpaksa saya hadapi. Syukur tidak berlaku kejadian yang tidak diingini. Jika saya dan pak cik dua dua tergolek ke bawah hari itu, tak tahulah apa yang akan terjadi kepada kami.
Saya perlu lebih berhati hati selepas ini terutam apabila membawa pak cik yang berkerusi roda. Saya perlu memilih tempat yang lebih sesuai untuk pak cik bersolat. Dan jalan yang lebih mudah dilalui dengan kerusi roda.
Apabila perjalanan haji bermula, Haji Amir mengambil tugas untuk membawa pak cik dari hotel ke Arafah. Ini lebih mudah bagi beliau kerana beliau pergi menunaikana haji bersendirian. Saya pula terpaksa menjaga ibu bapa dan isteri saya.
Kami menaiki bas yang berlainan dan Alhamdulillah. Segala perjalanan berjalan lancar. Di Arafah, pak cik duduk di depan pintu khemah agar mudah untuk beliau keluar dan masuk khemah. Dan Haji Amir memilih khemah yang paling hampir dengan tandas bagi memudahkan urusan beliau.
Bagi saya, di Arafah tidak banyak cabaran. Alhamdulillah. Kami tidak bermasalah untuk membantu pak cik di Arafah.
Perjalanan haji kami seterusnya adalah bermalam di Muzdalifah. Maka kami perlu 'berpindah' ke Muzdalifah pula pada malam itu.
Saya dan Amir bergabung tenaga bagi membantu pak cik dalam proses ini. Apa yang kami lihat, bukan mudah untuk menolak pak cik menggunakan kerusi roda di situ. Ini kerana kawasan itu berpasir.
Maka saya dan Amir meminta pak cik untuk berjalan sambil kami memimpin tangannya. Dan semua beg kami diletakkan di atas kerusi roda itu.
Dalam kekalutan ketika menaiki bas, bukan mudah untuk menaiki bas dan juga memasukkan kerusi roda ke dalam bas. Ini benar benar memerlukan kebijaksanaan kami untuk memastikan kerusi roda ini tidak tertinggal.
Haji Amir sedang membawa kerusi roda ketika perjalanan kami dari Arafah ke Muzdalifah. Semua beg kami diletakkan di atas kerusi roda ini.
Setiba di Muzdalifah, mereka yang berkerusi roda diletakkan setempat. Di sini juga kawasan berpasir. Bukan mudah untuk menolak kerusi roda di atas pasir. Apabila sudah tiba, kami biarkan pak cik berehat di atas kerusi ini. Sehinggalah masa untuk kami bertolak pula ke Mina. Masa menunggu di sini (Muzdalifah) adalah sekitar 3 jam.
Memandangkan saya dan Amir membawa jemaah berkerusi roda. Kami dapat bertolak ke Mina dengan bas yang awal. Alhamdulillah. Pada waktu ini, Maria dan ibu bapa saya tidak dapat menaiki bas yang sama. Ini kerana mereka tidak membawa pak cik yang berkerusi roda.
Gambar di atas adalah ketika kami bertolak dari Muzdalifah ke Mina. Kami semua tidak mendapat tempat duduk di atas bas. Saya dan Amir terpaksa berdiri di dalam bas bagi memberi ruang kepada mereka yang lebih memerlukan untuk duduk.
Setiba di Mina, kami berada di dalam khemah yang sama. Saya tidur di sebelah Amir. Dan pak cik pula tidur agak berjauhan dari kami. Ini kerana dia tidak mahu tidur di tempat yang berhawa dingin.
Cabaran di Mina bertambah apabila pak cik kehilangan seliparnya. Syukur Alhamdulillah. Haji Amir ada membawa selipar simpanan. Selipar ini terus diberikan kepada pak cik.

Perjalanan haji seterusnya buat kami adalah untuk membawa pak cik melontar di Jamrah Kubra. Untuk perjalanan ini, kami semua berjalan kaki sambil menolak pak cik yang berkerusi roda sejauh 2.5km.
Haji Amir bergilir gilir dengan saya untuk menolak pak cik. Gambar ini adalah ketika di terowong Muassim. Antara Mina dan tempat Jamrah.

Alhamdulillah. Pak cik selamat menunaikan ibadah melontar di Jamrah Kubra disebelah malam. Selepas melontar, pak cik terus mengguntingkan rambutnya. Maka dia sudah memperoleh Tahallul Awal. Maka dia sudah boleh menukar pakaiannya dari ihram kepada pakaian biasa.
Alhamdulillah. Selesai ibadah melontar untuk kami semua.

Selesai ibadah melontar di Jamrah Kubra, perjalanan seterusnya adalah kami pulang ke Mekah. Perjalanan pulang dari tempat Jamrah ke Masjidil Haram adalah sekitar 4.5km.
Untuk perjalanan pulang ke Mekah ini, kebanyakannya adalah menurun bukit. Dan saya menggunakan peluang ini untuk menolak pak cik hampir keseluruhan perjalanan. Ini kerana, sambil menolak pak cik saya hanya perlu memijak di belakang kerusi pak cik. Saya tidak perlu berjalan kerana kerusi ini akan terus menggelongsor ke bawah kerana ia menuruni bukit.
Bayangkan, dalam 200 jemaah Zahafiz yang berjalan. Saya antara yang terawal sampai ke Masjidil Haram.
Ini kerana menggelungsur menggunakan kerusi roda pak cik ini benar benar memudahkan perjalanan saya.

Perjalanan haji seterusnya buat pak cik adalah Tawaf Haji. Pada musim haji, mereka yang berkerusi roda perlu bertawaf di bumbung. Ukur lilit jika tawaf di atas bumbung pada jangkaan saya adalah sekitar 700 meter untuk setiap pusingan. 7 pusingan perjalanan adalah sekitar 4.9km.
Pada peringkat awal saya dan Amir bercadang untuk menolak pak cik secara bergilir. Saya tolak pak cik dua pusingan, kemudian Amir pula tolak dua pusingan. Dan kami bertukar sehingga cukup 7 pusingan tawaf untuk pak cik.
Nak dijadikan cerita, hari itu saya terlupa membawa handphone ke Masjid. Dan ketika saya membawa pak cik tawaf di tingkat atas. Saya terpisah dengan Amir. Saya 'kehilangan' Amir dan saya tak dapat mencarinya.
Subhanallah. Maka saya terpaksalah menolak pak cik tawaf di tingkat atas keseluruhannya 7 pusingan. Bukan mudah. Kaki saya rasa macam dah nak putus.
Pada siang hari itu, saya sudah pun melakukan ibadah untuk diri saya. Kemudian tawaf bersama ibu bapa saya. Kemudian saya bersaie untuk diri sendiri pula.
Dan sekarang. Tawaf 7 pusingan di tingkat atas pula. Masya Allah. Allah Allah... Amir, dimanalah engkau?

Punca kami terpisah adalah 'miss communication'. Tak palah. Mungkin Allah dah takdirkan untuk saya menolak pak cik seorang diri hari itu.
Selesai Tawaf. Saya menolak pak cik ke tempat saie pula. Dan bersaie haji untuk pak cik. Namun, saya hanya mampu untuk bersaie satu pusingan sahaja. Baki enam pusingan akan bersambung nanti di lain hari. Kaki saya dah tak mampu nak berjalan lagi. Lagipun, malam ini perjalanan saya masih jauh untuk berpatah balik ke tempat Jamrah pula.

Inilah keadaan bertawaf di tingkat atas. Juga penuh sesak.
Di sebelah malam itu, selepas Solat Isyak kami semua berkumpul di hotel untuk bertolak kembali ke tempat Jamrah untuk aktiviti melontar pada 11 Zulhijjah dan seterusnya Mabit di Mina pada 12 Zulhijjah.
Perjalanan kami kembali ke Mina adalah 4.5km berjalan kaki. Jika semalam kami menuruni bukit. Hari ini kami terpaksa mendaki bukit pula. Nampaknya hari ini agak mencabar.
Memandangkan saya sudah penat menolak pak cik untuk bertawaf seorang diri pada sebelah petang. Haji Amir menawarkan diri untuk menolak pak cik dahulu untuk pergi ke Jamrah. Memandangkan perjalanan kami kali ini menaiki bukit. Haji Amir berkata dia dan pak cik akan bertolak lebih awal berbanding kami semua jemaah Zahafiz yang lain.
Dan Haji Amir akan menunggu saya dalam perjalanan nanti. Kami akan berhubung melalui telefon nanti.
Dalam perjalanan, saya dan seorang lagi sahabat membantu seorang jemaah Malaysia yang tersesat jalan. Kami cuba untuk membantu jemaah itu. Dan akibatnya, kami terputus dari kumpulan Zahafiz yang menuju ke Jamrah.
Malangnya, Allah takdirkan saya dan sahabat tersalah jalan. Saya tersilap masuk terowong menuju ke Jamrah. Terowong yang saya lalui membawa saya ke jalan lain. Masya Allah.
Memandangkan saya sudah penat menolak pak cik untuk bertawaf seorang diri pada sebelah petang. Haji Amir menawarkan diri untuk menolak pak cik dahulu untuk pergi ke Jamrah. Memandangkan perjalanan kami kali ini menaiki bukit. Haji Amir berkata dia dan pak cik akan bertolak lebih awal berbanding kami semua jemaah Zahafiz yang lain.
Dan Haji Amir akan menunggu saya dalam perjalanan nanti. Kami akan berhubung melalui telefon nanti.
Dalam perjalanan, saya dan seorang lagi sahabat membantu seorang jemaah Malaysia yang tersesat jalan. Kami cuba untuk membantu jemaah itu. Dan akibatnya, kami terputus dari kumpulan Zahafiz yang menuju ke Jamrah.
Malangnya, Allah takdirkan saya dan sahabat tersalah jalan. Saya tersilap masuk terowong menuju ke Jamrah. Terowong yang saya lalui membawa saya ke jalan lain. Masya Allah.
Kami terpaksa bertanya kepada orang lain jalan untuk kembali ke Jamrah. Setelah hampir 30 minit, Alhamdulillah. Kami dapat kembali ke jalan yang sepatutnya kami lalui.
Dan kami terpaksa berlari untuk mengejar kembali kumpulan kami yang sudah pun jauh kehadapan.
Kesannya, Haji Amir terpaksa menolak Pak Cik keseorangan sejauh 4km dalam keadaan menaiki bukit. Saya hanya berjumpa dengan Amir dan Pak cik apabila sudah hampir dengan Jamrah. Kesian Amir terpaksa menolak pak cik seorang diri menaiki bukit.
Saya dan pak cik yang sudah selesai melontar di Jamrah Ula, Wusta dan Kubra. Selepas itu, kami Mabit di Mina iaitu bermalan di Mina pada 12 Zulhijjah.
Selepas Solat Subuh, kami melontar di ketiga tiga jamrah. Jamrah Ula, Wusta dan Kubra untuk hari ke 12 Zulhijjah. Pada waktu ini, segala urusan haji pak cik sudah selesai. Kecuali pak cik perlu menyelesaikan lagi baki Saie 6 pusingan.
Pada ketika ini, saya bertanggung jawab untuk menjaga pak cik. Ini kerana Haji Amir melakukan Nafar Thani. Dan dia sudah pulang ke khemah di Mina. Saya perlu membawa pak cik pulang ke hotel di Mekah.

Perjalanan pulang kami dari tempat melontar ke Mekah. Saya menolak pak cik sejauh 1km untuk kami ke tempat bagi menaiki bas pulang ke Mekah.
Kami semua menaiki bas untuk pulang ke Mekah. Bukan mudah untuk menaiki bas dalam keadaan sesak sebegini. Dalam keadaan saya perlu mengangkat kerusi roda pak cik.
Setiba di Mekah, Haji Amir telah menolak pak cik bagi melengkapkan baki lagi 6 pusingan Saie pak cik. Alhamdulillah.
Selepas selesai kerja haji, kesihatan pak cik agak merosot. Pak cik meminta untuk berehat di hotel sahaja. Dia tidak mahu kami menolak dia ke Masjid lagi. Lagi pun, kaki pak cik agak sakit. Ini kerana dia kehilangan ubat kencing manis dna kakinya pula mengalami sedikit luka.
Alhamdulillah. Kami bersyukur kerana perjalanan haji pak cik berjaya disempurnakan. Syukur kami kepada Allah. Semoga Allah memberi Haji Mabrur kepada kami semua. Amin.
Sebelum kami berangkat pulang ke Malaysia. Saya berjumpa pak cik di biliknya.
"Firdaus, berapa pak cik nak bayar Firdaus dan Amir sebab banyak kali bantu pak cik di sini? Firdaus dan Amir dan banyak bersusah payah untuk pak cik. Jadi pak cik nak bagilah duit sedikit untuk Firdaus," kata pak cik itu kepada saya.
"Pak cik, terus terang saya katakan. Kalaulah anak anak pak cik bayar saya RM5000 sekalipun untuk jaga pak cik di sini. Buat apa yang saya buat selama ini. Saya tak akan mahu. Sebab saya datang ke sini untuk beribadah. Saya tolak pak cik selama ini pun kerana Allah. Saya tak mengharapkan sebarang balasan di dunia. Semoga Allah melihat apa yang saya lakukan hari ini dan memberi ganjaran kepada saya di akhirat kelak. Pak cik tak perlulah bayar kepada saya. Cukuplah pak cik doakan kesejahteraan saya di dunia dan di akhirat," balas saya kepada pak cik.
Pak cik melihat saya. Air mata hampir bergenang. Lantas pak cik memeluk saya sambil berkata, 'Terima kasih Firdaus. Semoga Allah memberkati hidup Firdaus."
Saya memeluk pak cik. Terharu mengenangkan 'hubungan' yang Allah ciptakan sepanjang 45 hari bersama pak cik dan mak cik.
Saya bersyukur.
Pak Cik dan Mak Cik adalah dalam KT yang sama dengan saya iaitu KT21. Haji Amir pula di KT24. Maka saya bertanggung jawab penuh untuk membantu pak cik dan mak cik dalam perjalanan pulang dari Mekah ke Malaysia.

Maria, Mak dan Mak Cik Hamimah bergambar di tempat menimbang beg di Madinatul Hujjaj. Sebelum kami pulang ke Malaysia.
Di lapangan terbang, pak cik keletihan akibat terlalu banyak berjalan. Dia terpaksa berehat sebentar.
Setibanya di KLIA, saya membantu untuk mengambil beg pak cik dan mak cik dan membawa mereka keluar ke tempat ahli keluarga menuggu. Di situ, saya sudah melihat anak pak cik, Abang Amirul yang sudah sedia menanti.
Alhamdulillah. Saya sudah menjalankan amanah yang diberikan oleh Abang Amirul untuk menjaga pak cik di Tanah Suci sekadar yang termampu.
Kepada mereka sekeluarga, Pak Cik dan Mak Cik. Saya memohon maaf sekiranya saya ada terkasar bahasa dalam pergaulan semasa di Tanah Suci. Sekiranya ada tindakan saya yang mengecilkan hati. Jutaan kemaafaan saya pohon.

Alhamdulillah. Doa saya didengari Allah. Allah mengkabulkan hajat saya untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan. Dan orang itu adalah Pak Cik Tajudin sendiri. Semoga usaha saya dan Haji Amir yang sedikit ini diberkati Allah.
Semoga, kisah saya ini menjadi pengajaran buat kita semua.
Yang pertama, sekiranya ada ibu bapa kita yang uzur dan berhajat untuk pergi menunaikan haji, maka tanggung jawab kita sebagai anak untuk menemani mereka. Tolonglah. Tolonglah. Jangan biarkan apa yang berlaku kepada saya berlaku kepada ibu bapa anda.
Kasihanilah ibu bapa anda jika mereka uzur. Anak anak yang pergi dan menjaga ibu bapa mereka dalam perjalanan haji adalah peluang terbaik untuk kita membalas jasa mereka terhadap kita.
Yang kedua, kepada para jemaah haji yang muda. Sentiasalah mencari ruang untuk membantu jemaah haji lain yang memerlukan bantuan. Percayalah. Usaha kita yang sedikit ini besar ganjarannya di sisi Allah. Ingatlah janji Allah, "Barang siapa yang meringankan beban ummat Islam yang lain. Allah akan meringankan bebannya di dunia dan akhirat". Semoga ia begitu buat saya.
Wassalam.

Assalam,
ReplyDeleteSemuga di rahmati Allah.
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
Semuga Allah balas dengan keberkatan, keredhaan dan kerahmatan NYA atas pertolongan yang di buat semata mata kerana Allah.
jazakaullah
Assalamualaikum...
ReplyDeleteSemoga Allah memberi keberkatan dan haji mabrur kpd Hj Firdaus dan Hj Amir di atas kebajikan membantu warga emas yg uzur.
Masa kak di Mina pun ada kes makcik yg dtg sendiri melalui pakej swasta tlh dihantar oleh anak2 & yg sedihnya makcik tu perlu pakai diapers & xbw ubat kencing manis dan pernah sesat!!! Tp Alhamdulillah, ada jemaah ( isteri ustaz Izhar imam muda rupa2nya ) yg ambil berat dan uruskan mkn pakai makcik tu. Semoga Allah kurniakan haji mabrur kpd isteri ustaz tersbt.
Wassalam.
Ya Allah, bergenang air mata bila baca entry ini. Moga Allah kurnia haji mabrur buat Hj Firdaus and Hj Amir yg bertungkus lumus, tidak pentingkan diri sendiri dalam membantu pakcik walau pun ia amat payah. Teringat kisah Rasulullah yang setiap hari memberi makan seorang Yahudi buta sebelum beliau wafat. Subhanallah. Rasa lucu juga waktu Hj Firdaus meluncur dgn kerusi roda pakcik tu semasa balik ke Mekah. saya bayangkan macam kanak2 Arab yg main dgn kerusi roda ayah or atuk mereka masa waktu saie.
ReplyDeleteMoga Hj sekeluarga sentiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan Allah, di dunia & akhirat. Amin.
K husnidar.
Salam,
ReplyDeleteSubhanallah...memang takder ayat mama nak discribe 'JASA' firdaus n amir tolong pakcik tu. Duit ringgit pon TAK DAPAT MEMBELI jasa, masa, tenaga, usaha dan mcm2 lagi la... Allahu Akbar.
Actually ramai org yg terlibat dlm 'sinerio' ini.
1. Amir - yang sanggup menolong "Dia Bukan Ayah".
2. Maria - yang terpaksa melepaskan 'masa' utk beribadah bersama suami.
3. Mak Ayah maria/firdaus - masa yang sepatut beribadah bersama anak menantu.
4. Pakcik /makcik - mungkin telah melakukan kebaikan semasa hidup mereka.
5. Anak-anak pakcik/makcik - mungkin mereka juga telah melakukan kebaikan sbb ada yg sanggup 'bekorban' menolong mak ayah dia org di Makah.
On Top Of Everything....ALLAH YANG MENGATURKAN SEGALA GALANYA...ALLAH YANG LEBIH MENGETAHUI...ALLAH HU AKBAR
Apapon Firdaus...ur superb and unbelievable....Firdaus seorang anak yang BAIK...Maria juga seorang anak yang Baik....
Semoga Allah memberkati Firdaus sekeluarga dan juga Amir. Amin....
Wassalam.