Assalamualaikum,
Ada orang bertanya saya, berapa duit yang dibelanjakan keseluruhannya dalam perjalanan haji ini?
Alhamdulillah. Ini tanda positif yang dia pun sedang berkira kira untuk menunaikan haji. Semoga ia menjadi kenyataan. Amin.
Ayuh.. Kita mulakan dari awal.
Memandangkan saya menggunakan pakej untuk menunaikan haji, saya terpaksa membayar harga yang lebih berbanding mereka yang pergi menggunakan Muassasah Tabung Haji.
Jika menggunakan pihak swasta, harganya bergantung dengan bilangan jemaah sebilik dan jarak hotel dari Masjid.
Misalnya, jika pakej Zahafiz. 5/6 orang sebilik berharga RM20,000. 4 orang sebilik RM22,000. 3 orang sebilik RM23,00. 2 orang sebilik RM28,000.
Saya memilih untuk tinggal 4 orang sebilik, maka harga yang perlu dibayar adalah RM22,000 setiap orang. Saya tinggal bersama isteri, mak dan bapa saya.
Kemudian, setelah terpilih saya perlu melakukan 'medical check up'. Memandangkan saya buat di klinik swasta. Kosnya sekitar RM200.
Sebagai bekalan di Tanah Suci, pada awalnya saya membawa RM1500 tunai ke sana. Maria pula membawa RM1000 sahaja.
Kemudian, saya meminta rakan saya, Tuan Haji Khairul membawa untuk saya dari Malaysia RM3500.
Sehingga setakat ini jumlah wang yang di bawa ke Tanah Suci adalah RM1000 + RM1500 + RM3500 = RM6000.
Kadar tukaran wang pada masa itu ialah RM100 = SR118
Ini bermakna jumlah wang dalam SR7080. Di Mekah, saya keluarkan lagi SR1500 melalui Tabung Haji. Jumlah wang saya dan Maria di sana adalah SR8580.
Di mana pula wang ini dibelanjakan?
Seperti yang saya katakan di awal Travelog Haji ini, saya dan Maria pergi menunaikan haji bukan untuk Shopping. Maka, peruntukan untuk shopping amat terhad. Persoalannya, dimana SR8580 ini dibelanjakan oleh kami berdua.
1) Membeli Kurma 20 kilo = SR1000
2) Membeli Kacang Cerdik 14 kilo = SR700
3) Membeli Kismis 4 kilo = SR80
4) Membeli Air Zam Zam 20 Botol x 10 liter = SR2000
5) Dam Haji Tamattuk x 2 orang = SR700
6) Korban x 2 orang = SR800
7) Membeli Al Quran Wakaf Masjid x 23 buah= SR1000
8) Sedekah = SR300
9) Beli makan di luar x 4 orang = SR600
10) Beli jubah untuk imam masjid di kampung= SR250
11) Pos barang ke Malaysia = SR450
12) Lain lain =SR400
Jumlah =SR8280
Baki bawa balik ke Malaysia = SR300
*Senarai perbelanjaan ini hanya anggaran. Tidak tepat, tetapi ia agak hampir dengan perbelanjaan saya dan Maria di sana.
Inilah perbelanjaan saya dan Maria di Tanah Suci sepanjang 45 hari berada di sana.
Jika anda lihat, saya memberi peruntukan yang banyak untuk membeli kurma, kacang cerdik dan air zam zam. Ini kerana ini sahajalah yang saya beli dan beri kepada tetamu yang datang ke rumah saya. Saya tak beli dah yang lain.
Saya tak mahu membuang masa di Tanah Suci dengan bershopping itu dan ini. Semua masa yang ada perlu digunakan sebaiknya untuk lebih kuat beribadah kepada Nya. Dan memang ini pun tujuan kita ke sana.
Anda jangan terkejut, ini kerana ada jemaah haji yang membelanjakan SR17,000 sepanjang 45 hari berada di sana. Dari segi shopping, masya Allah. Jangan dikenang. Hari hari pergi shopping. Saya pun tak tahu apa yang beliau beli.
Beliau memaklumkan kepada saya sambil 'tergelak' yang anak beliau sendiri di Malaysia dah 'marah' sebab terlalu banyak barang yang dah dipos ke Malaysia.
Ada juga jemaah yang shopping beli mainan untuk anak hingga ribuan ringgit. Bagi saya, ini terpulang. Tetapi, bak kata Prof Kamil janganlah shopping menjadi penyebab untuk kita kurang beribadah di Tanah Suci. Amat malang jika ia begitu.
Seperti yang dinasihatkan Prof Kamil, tak perlulah kita terlalu bershopping di Tanah Suci. Semua barang yang ada di Tanah Suci kebanyakannya datang dari China. Dan ia mudah diperoleh di Malaysia sekarang ini.
Mainan untuk budak budak juga tidak tahan. Tiada kualiti. Mungkin anak anak kita hanya boleh main dalam 2-3 hari. Ia benar. Kerana ada mainan yang saya beli kepada Farees hanya bertahan selama 5 minit. Sekali dia 'lempar', terus rosak. Dah tak berfungsi.
Namun, anda tidak perlu risau.
Sebenarnya di sana perbelanjaan tak tinggi pun. Anda tak perlu keluarkan belanja seperti saya. Belanja ikut keperluan anda.
Saya boleh katakan SR1500=SR2000 seorang sudah mencukupi jika anda tidak 'kuat' bershopping di sana.
Jangan terlalu fikir untuk nak beli buah tangan untuk ahli keluarga di Malaysia. Saya sebelum pergi lagi dah maklumkan kepada ahli keluarga saya yang saya tak akan beli apa apa pun di sana kecuali Air Zam Zam, Kacang Cerdik dan Kurma. Ini sahaja.
Saya terangkan kepada mereka yang saya pergi ke sana untuk beribadah. Bukan untuk bershopping. Maka tiada yang berkecil hati. Alhamdulillah.
Inilah sedikit perkongsian dengan para pembaca mengenai perbelanjaan saya di sana.
Semoga ia dapat dijadikan panduan buat anda.
Wassalam

Assalam,
ReplyDeleteSemuga dalam perlindungan Allah hendaknya.
Terima kasih tuan haji atas segala tips yang di kongsi.
Saya teringat kawan saya pernah pergi haji dengan membawa RM1000. Tapi lepas balik haji duit itu tak tepakai langsung kerana sedekah dari keluarga dan sahabat sahabat mencukupi.
Semuga Allah beri keberkatan rezeki kepada kita semua.
Jazakaullah
Waalaikumsalam AJ,
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian ini. Allah itu Maha Berkuasa.
Benar bagai dikata. Jgn takut tak cukup duit. Nanti Allah akan cukupkan. Yang penting, lakukan semata mata kerana Allah.
Allah akan bantu kita.
Wassalam
Slm bt Tuan Hj. dan istri,sy ada satu permintaan.. sebelum 'travelog hj'ini sampai ke pghujungnya dptlah kiranya Pn.Hjh.Maria turut sama bkongsi pengalamn beliau.Tentu ada nasihat2 bguna bt kami kaum wanita.Kita sedia maklum kan keperluan/kelengkapn kaum lelaki lbh ringks. Sy bharap dpt sdkt tips dr Pn. Terima ksh.Wassalm.
ReplyDeleteLin Roslan.