Assalamualaikum,
Saya hanya menghitung hari untuk berangkat pulang ke Malaysia. Segala perkerjaan haji sudah pun selesai disempurnakan. Alhamdulillah.
Saya mengisi masa masa lapang dengan melakukan Umrah Sunat dan Umrah Badal untuk arwah ahli keluarga saya yang sudah meninggal dunia.
Saya berfikir. Apa lagi yang saya boleh bantu para jemaah di Mekah ini? Urusan Haji Pak Cik Tajudin sudahpun disempurnakan. Jadi, apa lagi yang saya boleh buat.
Tiba tiba saya terfikir, pasti ada lagi jemaah haji Zahafiz yang 'senasib' dengan Pak Cik Tajudin.
Uzur dan kurang kemampuan dari segi kewangan.
Saya bertanya dengan Kak Ton, petugas Zahafiz kalau kalau ada jemaah Zahafiz yang masih belum menyempurnakan ibadah tawaf akibat keuzuran dan memerlukan bantuan untuk di tolak Tawaf dan Saie mereka.
Lantas, Kak Ton memberikan saya nama dua orang jemaah Zahafiz yang masib belum menyempurnakan tawaf dan saie haji akibat keuzuran. Mereka sepasang suami isteri.
Haji Tumut dan isteri.
Kalau nak diupah, setiap seorang SR500. Maka, bayaran SR1000 untuk mereka berdua agak mahal. Dan mereka agak kurang kemampuan dari segi kewangan.
Maka saya dengan sukarela berjumpa dengan Haji Tumut di biliknya untuk menawar diri bagi membantu beliau menolak menggunakan kerusi roda untuk tawaf dan saie haji.
Beliau amat berterima kasih kepada saya.
Semasa saya berjumpa dengan beliau, saya dapati keadaan kesihatan beliau agak kurang baik.
Saya amat amat bersimpati.
Beliau menceritakan yang isterinya juga belum menunaikan tawaf dan saie haji. Juga akibat keuzuran. Kalau boleh mereka hendak tawaf dan saie bersama menggunakan kerusi roda.
Maka, saya bertanya kepada Kak Ton kalau kalau ada jemaah Zahafiz lain yang muda dan sihat yang hendak membantu menolak isteri Haji Tumut.
Kak Ton memberikan saya nama, Haji Naim.
Berumur 20 tahun. Seorang pelajar UTP.
Saya segera menghubungi Haji Naim untuk tujuan ini.
Kami berbincang dan mengatur masa yang sesuai untuk menolak Haji Tumut dan isterinya melakukan Tawaf dan Saei.
Kami bersetuju untuk menolak mereka pada jam 2.00 pagi keesokan harinya. Kami memilih waktu ini kerana kami tahu waktu ini di Masjidil Haram agak kurang sesak.
Pada waktu yang dijanjikan, kami berempat menuju ke Masjidil Haram. Saya menolak Haji Tumut dan Haji Naim menolak isteri Haji Tumut.
Alhamdulillah. Memang benar bagai dijangka. Keadaan di bumbung Masjidil Haram tidak sesak seperti biasa. Mungkin kerana kami melakukan tawaf pada jam 2.00 pagi.
Saya dan Haji Naim berniat untuk Tawaf Sunat. Manakala Haji Tumut dan isteri berniat untuk melakukan Tawaf Haji.

Beginilah keadaan di atas bumbung Masjidil Haram pada jam 2.oo pagi. Agak sesuai untuk menolak mereka yang berkerusi roda untuk tawaf. Keadaan tidak terlalu sesak berbanding waktu waktu lain.
Saya bergambar dengan Haji Tumut dan isteri setelah kami selesai melakukan tawaf. Seterusnya kami menolak mereka berdua untuk Saie Haji. Lantas kami menuju ke Bukit Safa yang terletak tidak jauh dari sini bagi memulakan ibadah Saie.
Tingkat 3 Kawasan Saie lengang pada waktu ini. Alhamdulillah. Ia amat memudahkan saya menolak Haji Tumut.
Kami mengambil masa sekitar 2 jam untuk selesai tawaf dan saie. Alhamdulillah. Allah permudahkan.
Jam menunjukkan pukul 4 pagi. Kami terus menunggu di Masjidil Haram sementara menunggu masuk waktu Subuh. Kami bersolat di sekitar Bukit Marwah.
Selepas solat Subuh, saya menolak Haji Tumut pulang ke biliknya di hotel.
Setiba di hotel, Haji Tumut bertanya kepada saya, 'Firdaus, berapa pak cik nak kena bayar ni kepada Firdaus?"
"Tak per pak cik. Pak cik tak perlu bayar apa apa. Saya tolong pak cik ikhlas. Insya Allah. Nanti biar Allah sajalah yang 'membayarnya'. Kalau pak cik nak bagi duit pun, pak cik bagilah kepada Haji Naim. Dia masih belajar lagi di UTP. Dia lebih memerlukan. Berapa nak bagi, terpulang kepada pak cik".
Haji Tumut memeluk saya sambil mengucapkan terima kasih. Hubungan yang 'tercipta' dalam tempoh yang singkat memberi kesan kepada saya. Saya terbayangkan ada hamba Allah yang lain yang sedang membantu ayah saya jika aya saya berada di tempat Haji Tumut.
Saya terharu.
Alhamdulillah. Saya dapat memberi perkhidmatan terakhir sebelum saya berangkat pulang ke Malaysia. Semoga, pertolongan saya yang sedikit ini dilihat sesuatu yang besar di sisi Allah. Amin.
Daripada kisah ini, satu pengajaran yang hendak saya kongsi bersama.
Kepada jemaah haji yang muda dan sihat. Carilah peluang untuk membuat pahala di sana. Jadilah jemaah yang prihatin. Insya Allah. Kita tolong mereka. Allah akan membantu kita. Dan ingatlah bantuan Allah itu jauh lebih besar buat kita.
Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat kita semua.
Wassalam.
* Saya mohon kepada anda untuk kongsikan dengan sahabat atau saudara mara anda mengenai perjalanan haji yang telah saya lalui ini. Semoga lebih ramai yang mendapat manfaat dan semoga ia menjadi 'pencen kubur' saya suatu hari nanti.
* Anda juga bebas untuk copy & paste segala artikel berkaitan haji dalam blog ini di blog anda asalkan anda letakkan linknya di situ selagi ia tidak bertujuan komersial. Anda juga boleh print segala doa doa yang telah saya tulis di dalam blog ini. Semoga kita semua mendapat manfaat dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. Amin.

Assalam,
ReplyDeleteSemuga dalam redha Allah hendaknya.
Terharu dengan pertolongan yang dibuat semata mata kerana Allah buat mereka yang memerlukan.
Semuga Allah memberkati dan merahmati kehidupan tuan haji dan keluarga dan semuga Haji Naim cemerlang dunia akhirat. Amin
Jazakaullah