CARA ORDER SHAKLEE ONLINE - HARGA TERMURAH TERUS DARI HQ!

Travelog Haji - Part 98 - Haji Di Usia Muda

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, syukur kepada Allah saya sudah selamat sampai ke Malaysia.

Pengembaraan mencari redha Illahi selama 45 hari berakhir. Dan ia perlu diteruskan apabila berada di Malaysia.

Menunaikan haji pada usia muda, sesuatu yang tidak pernah saya fikirkan sebelum ini.

Apa yang berada di benak hati saya dahulu adalah untuk 'menyibukkan' diri dengan usaha mencari wang. Mencari habuan 'dunia' untuk kesenangan hidup di dunia.

Setiap hari saya berfikir, apa lagi yang aku boleh buat untuk mencari wang? Ada saja jalan yang saya nampak macam boleh buat, akan saya cuba usahakan.

Dan saya rasa, apa yang saya lakukan dahulu sama dengan kebanyakan di antara kita. Kita mempunyai mentaliti yang sama. Dunia, dunia dan dunia.

Sehinggalah Allah membuka pintu hati saya untuk menunaikan Umrah pada April 2010. Dan Allah temukan saya dengan Dr Nazri yang begitu menggalakkan saya menunaikan haji pada usia muda.

Allah menghantar Dr Nazri untuk mengetuk pintu hati saya bagi menunaikan Haji pada usia muda. Dan selepas itu, saya mula terfikir. Ya, saya perlu berusaha ke arah itu.

Segala cabaran yang 'menghalang' untuk saya menunaikan haji perlu diatasi satu persatu.

Kewangan faktor utama. Dan Alhamdulillah. Allah permudahkan saya dan isteri mengumpul RM50,000 untuk kami berdua menunaikan haji dalam tempoh satu tahun sahaja.

Masa faktor kedua. Kesibukan saya menguruskan perniagaan saya sedikit sebanyak 'menggangu gugat' iman saya. Sehingga, ada waktu saya terasa seolah olah "Aduh, kenapalah aku register pi haji tahun ni. Banyak lagi kerja yang belum selesai ni."

Namun, saya kuatkan hati. Saya katakan pada diri saya. Inilah pengorbanan yang perlu aku lakukan untuk mencari redha Illahi. Mungkin pengorbanan terbesar dalam hidup yang perlu saya lakukan. Sedangkan, RM50 000 tu kalau di'rolling'kan boleh menjana lebihan wang buat saya.

Saya cuba meletakkan akhirat sebagai matlamat hidup saya. Dan dalam kes ini, saya beriktikad dalam diri saya. Apa jua yang berlaku, aku akan pergi menunaikan haji tahun ini. Saya berazam untuk 'membuang' perasaan negatif jauh jauh. Segala keuntungan dunia perlu diletakkan ketepi.

Pada peringkat awal, saya rasa banyak kelebihan melakukan haji pada usia muda. Yang pertama, saya akan menjadi contoh kepada sahabat sahabat saya yang lain. Saya rasa, ramai di antara kita yang tidak pernah terfikir bila kita akan menunaikan haji.

Ramai di antara kita yang berfikiran haji hanya untuk orang tua sahaja. Selepas kita pencen nanti, masa itulah kita pergi menunaikan haji.

Sedangkan, pernahkah kita terfikir? Adakah Allah akan memberi umur kepada kita sehingga kita pencen nanti. Adakah kita pasti kita masih hidup di usia 57 tahun nanti?

Jika kita tidak pasti, maka ayuh! Fikir fikirkanlah bagaimana dan apa yang perlu kita lakukan untuk menunaikan haji dalam masa terdekat.

Semasa berada dalam jemaah Zahafiz, saya dapati purata umur semua jemaah haji Zahafiz sekitar 45-50 tahun. Bagi saya, purata umur ini agak rendah berbanding purata umur jemaah haji yang menunaikan haji menggunakan Tabung Haji secara Muassasah. Purata umur mereka mungkin sekitar 55-60 tahun.

Setiba di sana, saya berjumpa dengan jemaah haji Malaysia dari pelbagai peringkat umur. Kebanyakannya, mereka sudah berusia sekitar 60 tahun ke atas.

Bila mengetahui umur saya 30 tahun, hampir ke semua mereka mengatakan, "Syukurlah, datang haji muda muda. Banyak perkara boleh buat. Pak cik yang dah tua ni, nak buat amal ibadah pun dah terhad. Dah tak larat."
Bukan sedikit yang berkata begitu. Terlalu ramai. Ini bermaksud, di lubuk hati mereka terdetik perasaan menyesal kerana datang haji lewat.

Kepada yang muda, saya nasihatkan pergilah haji pada usia muda. Anda akan dapat menikmati kemanisan haji itu sendiri. Dan anda akan rasa lebih dekat dengan Allah selepas ini.

Bayangkanlah, Allah suka orang tua yang beribadah kepada Nya. Namun, Allah lebih suka jika orang muda yang beribadah kepada Nya.

Maka kita seharusnya menjadi 'orang muda' itu.

Tak perlulah kita memberi alasan demi alasan untuk menangguh pemergian haji kita. Sebaliknya, carilah jalan penyelesaian kepada masalah yang menghalang kita dari menunaikan haji itu.

Kalau kita hendak memberi alasan anak, fikirkan lah. Jika anak masih kecil, inilah masa yang terbaik untuk kita pergi menunaikan haji. Ini kerana, apabila mereka sudah bersekolah. "Anak nak" periksa akan menjadi alasan pula. Selepas itu, duit nak guna untuk "Anak nak masuk U" pula akan menjadi alasan. Kemudian, duit nak guna untuk "Anak nak kahwin" pula menjadi alasan.

Akhirnya, kita termasuklah golongan yang pergi menunaikan haji di usia tua.

Bukan salah menunaikan haji di usia tua.

Namun, apa yang saya perhatikan. Menunaikan haji pada usia muda banyak kelebihannya.

Yang pertama dari segi fizikal. Alhamdulillah, jemaah haji muda biasanya mempunyai keadaan fizikal yang lebih baik. Bersesuaian dengan kerja haji yang menuntut tenaga dan kudrat yang baik.

Banyak yang boleh dilakukan oleh jemaah haji muda, tetapi tidak boleh dilakukan oleh jemaah haji yang berumur.

Misalnya, jemaah haji muda boleh 'bersesak-sesak' untuk mencium Hajarul Aswad. Sedangkan, jemaah haji berumur, nak ke situ pun dah tak sanggup.

Saya bersyukur menunaikan haji pada usia muda. Taktala jemaah yang berumur mengatakan dataran Kaabah terlalu sesak dan tak boleh melakukan tawaf sunat. Saya berada di dalam golongan yang 'menyesakkan' dataran Kaabah itu. Saya termasuk mereka yang berhimpit himpit melakukan tawaf sunat.

Ramai jemaah yang berumur tidak boleh menunaikan solat secara berjemaah di Masjidil Haram. Mereka hanya bersolat fardhu di hotel. Amat rugi buat mereka. Namun, apakan daya. kudrat mereka amat terhad.

Kalau nak dikatakan, memang terlalu banyak kelebihan buat jemaah haji muda. Jemaah haji muda dapat membantu mereka yang uzur seperti mana yang saya dan Haji Amir lakukan kepada Pak Cik Tajudin.

Pendek kata, ruang untuk membuat pahala jauh lebih besar buat jemaah haji muda. Cuma, mahu tak mahu sahaja.

Akhir sekali, saya menyeru kepada para sahabat yang membaca blog ini. Ayuh, marilah kita semua berazam untuk menunaikan haji pada usia muda. Mulalah mendaftar untuk menunaikan haji di Tabung Haji.

Tahukah anda, jika anda mendaftar menunaikan haji pada hari ini 16 Mac 2012. Anda hanya akan dijadualkan menunaikan haji pada tahun 2047. Fikir fikirkanlah.

Syukur Alhamdulillah. Selepas saya dan Maria menunaikan haji tahun lepas, dua orang abang saya tergerak hati untuk menunaikan haji bersama kakak ipar saya tahun ini. Mereka sudah pun mendaftar untuk menunaikan haji menggunakan pakej. Insya Allah, jika ada rezeki buat mereka. Mereka akan pergi menunaikan haji pada tahun ini. Sama sama kita semua doakan. Agar Allah mengurniakan haji yang Mabrur untuk mereka.

Semoga, ia menjadi titik perubahan dalam hidup kami semua sekeluarga untuk mendekatkan diri kepada Allah. Semoga kami semua berkumpul kembali di Syurga Firdaus suatu hari nanti.

Amin. Amin. Amin. Ya Rabbal Alamin.

Wassalam

* Saya mohon kepada anda untuk kongsikan dengan sahabat atau saudara mara anda mengenai perjalanan haji yang telah saya lalui ini. Semoga lebih ramai yang mendapat manfaat dan semoga ia menjadi 'pencen kubur' saya suatu hari nanti. 

* Anda juga bebas untuk copy & paste segala artikel berkaitan haji dalam blog ini di blog anda asalkan anda letakkan linknya di situ selagi ia tidak bertujuan komersial. Anda juga boleh print segala doa doa yang telah saya tulis di dalam blog ini. Semoga kita semua mendapat manfaat dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. Amin.

COMMENTS

BLOGGER: 13
  1. terima kasih atas blog yg sungguh bermanfaat ini...semoga Allah merahmati tuan haji sekeluarga...saya jadikan blog ini sbg rujukan menunaikan umrah baru2 ini...tak pernah terdetik nak pergi umrah dlm masa terdekat...apatah lagi haji...sama seperti pemikiran org lain, umrah dan haji dah tua la baru pergi...Allahuakbar, Allah kurniakan saya sahabat yg baik, mengajak saya bersama-samanya ke sana...tanpa fikir pjg, saya pergi...mcm2 pengajaran dan pengalaman yg saya dpt..melihat kebesaran Allah...buat saya sedar...saya nak menunaikan haji dlm usia yg muda juga...tp mcm tuan haji ckp, kewangan merupakan kekangan terbesar sy skang...saya kerja makan gaji gomen je..pangkat rendah...tp saya yakin, kuasa Allah lebih besar...sekiranya ada rezeki saya ke sana dlm usia muda, insyaALlah saya akan pergi juga...semoga Allah murahkan rezeki saya untuk pergi menunaikan haji...saya teringin nak merasai kemanisan haji di usia muda mcm tuan haji dan isteri juga...insyaAllah...terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Salam Saidatul Nafisah.

    Tahniah kerana dijemput Allah utk menunaikan umrah. Allah dah bagi byk pengajaran kpd kita sepanjang kita berada di sana.

    Namun. Apa yg lebih penting. Apa yg kita pelajari dan tindakan kita apabila pulang ke Malaysia.

    Bak kata Prof kamil. Cabaran bermula sejak kita menjejakkan kaki ke mlaysia.

    Semoga berjaya menempuh cabaran hidup di dunia yg fana ini. Semoga kita semua semakin hampir kpd Nya.

    Wasslam

    ReplyDelete
  3. tahniah! blog tuan memang terbaik!
    pelbagai informasi & sungguh menarik.
    menjadi rujukan buat sy

    sy tidak pernah buat umrah,
    tapi tahun ini memang niat nak mengerjakan haji
    surat rayuan & daftar pakej dah dibuat
    semuga Allah permudahkan segalanya..

    ReplyDelete
  4. Salam Nawir Due,

    Semoga allah memilih utk menunaikan haji tahun ni.

    Kalau x keberatan. Pilih pakej company apa?

    Semoga Allah beri yg terbaik.

    Wassalam

    ReplyDelete
  5. Assalam,

    Semuga dalam redha Allah hendaknya.

    semuga remaja remaja kita di beri taufiq dan hidayah agar hati hati mereka merindui Baitullah dan diberi rezeki yang halal untuk ke sana. Amin

    Semuga dalam rahmat dan perlindungan Allah.

    jazakaullah

    ReplyDelete
  6. Salam sejahtera tuan,

    sy amat berminat utk pergi haji dgn pakej
    Zalhafiz, sbb masa kursus haji utz hj rahim nasir
    yg bagi talk, so byk slide2 menarik..

    Tp sy dah daftar dgn TH travel Dec 2011,
    so risau jugak nak tukar2 pakej ni..
    so sy teruskan juga dgn TH travel..
    semoga kami terpilih tahun ini.
    sbb daftar haji 2009- expected 2026

    Blog tuan memang menjadi rujukan sy,

    he, he..
    9w2are tu adalah call sign utk pemegang lesen radio amateur kat Msia.

    Nine whiskey two alpha romeo echo (9w2are)

    Rgds,
    Are, gombak

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,

    Saya ingin bertanya beberapa soalan.
    Saya pada hari Jumaat yang lepas baru sahaja selesai membuat umrah.

    Saya didatangi haid selama 7 hari dan dah berniat ihram bersyarat bagi yg uzur. selama tempoh tersebut saya dikehendaki menjaga pantang larang ihram. Selama 7 hari, terasa terseksa dan saya merasakan was-was kerana saya rasa saya telah langgar pantang ihram.

    1)Saya telah menggosok gigi dengan menggunakan jenama Fresh n white.
    Saya diberitahu tidak boleh kerana wangi. Bagaimana? Saya sudah balik di Malaysia. Saya tidak membayar dam.

    2)Rambut saya gugur tidak sengaja dan saya terlihat dengan mata saya.
    Bagaimana? Saya dikenakan dam juga? Saya sudah balik ke Malaysia.

    3)Bulu saya tercabut dengan sendiri dan dilihat dengan mata saya sendiri tanpa sengaja.

    Apa perlu saya buat? Saya sudah balik ke Malaysia. Saya sedih. Saya ingin ke Mekah semula untuk membayar dam tapi tiada duit.

    Bantulah saya.

    ReplyDelete
  8. Salam,

    Nasihat sy kpd yg bertanya.

    1. Sila hubungi ustaz di sykt yg anda pergi umrah. Clearkan dengan beliau.

    2. Pasal ubat gigi wangi. Kena fidyah.

    3. Rambut gugur x sengaja. Tak perlu fidyah

    4. Pasal tercabut bulu. Kena fidyah.

    5. Call ustaz sykt anda pi. Jelaskan. Dan bayar fidyah kpdnya. Untuk dia bayar di mekah.

    Harap membantu.

    * pengajaran. Elok wanita makan pil perancang 2 bulan sebelum ke sana jika pi umrah. Kalau pi haji. Terpulang. Maria x makan pun.

    ReplyDelete
  9. Salam Maria Firdaus

    Saya baru pulang menunaikan umrah. Sebelum sy berangkat menunaikan umrah sy byk mengambil nasihat dr blog ini dan blog/buku prof kamil. alhamdulilllah ia byk membantu sy di tanah suci. Semua tip dr kedua2 blog dan buku prof kamil byk membantu. Terima kasih sy ucapkan kerana berkongsi ilmu di blog ini. Boleh dikatakan hampir keseluruhan tip sy ikut sehingga jadual tidur pon sy ikut. terima kasih sekali lg. Syukur kpd Allah SWT, sekian.

    Wasalam.

    ReplyDelete
  10. Salam,

    Khairuizat, tolongla kongsi sket pengalaman menunaikan umrah baru baru ini.

    Apa kesan umrah selepas balik Malaysia?

    Agar apa yang kita rasa dapat dirasai oleh orang lain juga. Agar kita dapat membakar semangat mereka untuk ke sana.

    Wassalam

    ReplyDelete
  11. Salam, Maria Firdaus.

    Byk benda berlaku dlm jemaah sy. Jemaah takleh keluar masjidharam 12jam kerna pintu tutup(walhal 24jam dibuka) Jadi makcik tu hanya tawaf berterusan, letih dia minum air zam2. Sy sendiri tidak dpt masuk masjid kerna niat dr awal hanya nak ambik gambar kaabah dipg akhir sebelum tawaf wada' kali ke4 ke pintu lain baru dpt masok tu pun selepas minta izin dr Allah SWT. Walhal selama 5hari sy dok pergi ke masjid membawa kamera tak pernah kena tahan oleh security. Kerna turun dr hotel terus niat utk beribadat. Sy hanya mampu ketawa kecil dlm hanya. Mcm Prof Kamil kata mintak jadi tetamu istimewa sebelum berangkat. Itu yg sy lakukan. Alhamdulillah semua tempat yg sy nak semua dpt. Syukur kpd Allah SWT. Nak kongsi lebih nanti panjang sgt w/p ada byk lg cerita di mekah nak berkongsi. 3 mlm di madinah seawal 2.30pg sy ke masjid nabawi, di dlm raudhah sy mendpt tempat. Dan saf 2 pd suboh pertama dan suboh ke2 & ke3 sy berada di saf depan sekali. Tapi syg, sy tidak kelihatan jemaah malaysia. mungkin waktu fardu lain. Sebab sy hanya target utk dpt waktu suboh shj. waktu lain sy byk di kawasan pintu umar. Selepas pulang sy lebih bersemgt membaca alquran dan berpuasa sunat isnin n kamis dan jugak berjemaah. Panjang sgt dah ni. bole sy melawat ladang ayam dak. di mana ya?

    ReplyDelete
  12. Semoga saya dijemput kesana di usia muda. InsyaAllah.

    Time kasih, Master for good sharing..

    ReplyDelete

Name

3C Shaklee,17,5 Sebab Perlu Kolagen,1,5 Star Trip to Bangkok,1,5 Star Trip to Italy,7,Advance Joint Health Tablet,3,Advance Marketing Power,4,Agen Banda Aceh,1,Ahli Shaklee,5,Aidilfitri,7,Aidilfitri 2020,1,Aidilfitri 2023,1,Air Kencing Kuning,1,AJHT,3,Al-Quran Tagging,1,Alahan,1,Alfafa,2,Alfalfa,1,Alfalfa Complex,1,Allergic,1,Allergy,1,Allergy Test,1,Amalan Hari Jumaat,1,AMP,5,Anak Sihat & Pintar,1,Anggur Muscadine,1,Anti Aging,2,Anti Penuaan,2,Aquaria KLCC,1,Arman Zaharil,1,Awet Muda,1,Awet Muda.,1,B-Complex,1,Baby Development Guide,1,Baby Shaklee,1,Bagaimana Memilih MInyak Ikan Omega-3 Berkualiti Tinggi,2,Bahaya Beli Shaklee di Lazada Shopee 11thStreet,1,Bahaya Painkiller,1,Bahaya Ubat Penahan Sakit,1,Banda Aceh,1,Basic H,1,Batu Maung,1,Batuk Berkahak,1,Bayi Kahak,1,Bayi Selsema,1,BComplex,1,Beauty On The Go,4,beli lampu murah,1,Berani Berniaga,2,Berpuasa dengan Shaklee,1,Beza Vivix Resv Shaklee,1,bina,1,Bina Reban,16,Birthday,1,Bisnes,3,Bisnes Online Shaklee,5,Bisnes Shaklee,33,BLNC,2,BMW,1,BMW X4,1,Bomoh Patah Selama Perak,1,BOTG by MFMS,4,Breastfed Baby,1,Breastfeeding,10,Breastfeeding Tips,16,bromo,1,Buah Pinggang Rosak,1,Buasir,1,Buat Duit Hari-Hari,3,Buat Rumah Sendiri,7,Bukit Bendera,3,Bukit Merah Laketown,1,Bukti Kajian Klinikal Shaklee,1,Busines,2,Business,48,Business Opportunity,182,Business Shaklee,19,butik feedmilk Shah Alam,2,Cameron Highlands,1,Car Bonus Shaklee,1,Car Sticker Juru,1,Cara Elak Osteoporosis,3,Cara Elak Tulang Rapuh,2,Cara Melakukan Qiamullail,3,Cara Order Shaklee Online,1,Carotomax,1,Cash Rebate,2,Cash Rebate Shaklee,2,Cegah Osteoporosis,3,CEO Shaklee,1,Ceramah Motivasi,26,Chewable Vit C,2,Cholesterol,1,Collagen,6,CoQ-Trol,3,COQ-TROL PLUS SHAKLEE,1,CoQ10,3,COQHealth,1,COQTROL Tenaga,1,Coronavirus,1,Covid19,1,Darah Tinggi,2,Delivery Servis,1,Detox Shaklee,2,Diabetes,1,Diet,1,Disneyland,1,Dr Hamid Arshat,1,Dr Zubaidi,1,Duit Raya,1,Duit Raya Awal,1,Duit Raya Shaklee,1,Dzuha,1,Ebook,11,Ebook Percuma,1,Ebook Sorry Boss Saya Terpaksa Berhenti Kerja,1,Eczema,2,Empayar Maria Firdaus,13,Energizing Soy Protein,7,EPO,1,Escape Penang,1,ESP,12,ESP Protein,2,ESP Shaklee,2,ESP Untuk Ibu Hamil,1,ESP Untuk Kurus,1,ESP Untuk Otot,1,ESP Untuk Tenaga,1,Evening Primrose Oil,1,Exclusive Dinner Jutawan Shaklee,1,Faedah Menjadi Ahli Shaklee,2,Fakta Kolagen,1,Family,119,Family Day,1,Farees,67,Fateh,8,Fawwaz,5,Feedmilk,2,feedmilk jubah menyusu popular,2,Fish Oil,1,Florida,1,Formula Mudah MESTI Kurus,8,Founder NECK,1,Free Trip Shaklee,57,Free Vitalea,1,Friends,20,Fungsi Kolagen,3,Fungsi Omegaguard,4,Gama Linoleik Acid,1,Gambar Kaabah,1,Gambar Raya,1,Garlic Complex,1,General,136,Genetically Modified Organism,1,Genset,1,GLA,1,GLA Complex,5,Global Allergy Centre,1,GMO,1,Good & Services Tax,1,Grand Canyon,1,Grand Seminar 2018,1,GST,1,Gunung Kinabalu,1,Haji Muda,3,Halal,1,Hari Raya,1,Hari Raya Dengan Shaklee,2,Hari Raya Open House,1,Helicopter Tour,1,Herb-lax,1,Hero Kiddo,1,Hiasan Dalaman,1,Hiasan Rumah,3,Holiday,3,Home And Mobile Spa,3,Home Exterior Design,1,Homestay di Desaru,1,Homestay Di Kok Lanas,1,Homestay Di Machang,1,Ibu,1,Ibu Hamil Batuk,1,Ibu Menyusu Batuk.,1,Ibu Menyusu Berpuasa,1,IF,1,ijen crate,1,IKEA Personal Shopper,1,Ikhlas,1,Immune Booster,1,Immune System,2,India,2,Indonesia,2,Insentif Shaklee,4,Inspirasi Mariafirdaus,4,Intensif Jutawan Industri,6,Interchange,1,Interior Design,1,Intermittent Fasting,5,Istanbul,2,Italy,7,Jakarta Trip,1,Jam Dinding Kaabah,1,Jamuan Aidilfitri,1,jenama baju feedmilk,2,Jom Detox,3,Jom Detox Jutawan,3,Jom Detox NECK,2,Jom Detox Now Everyone Can Kurus,2,Jom Rileks,1,JomDetox,1,Jubah Menyusu,2,Jubah Mia,2,Jubah muslimah,2,Jutawan Shaklee,1,Kaedah Merancang Semulajadi,1,Kalsium,1,Kanser,1,Kanser Kolon,1,Kanser Usus,1,kawah ijen,1,Keahlian Shaklee,4,Kebaikan Kolagen,2,Kebaikan Omegaguard,3,Kebaikan Shaklee Collagen,4,Kebaikan Susu Ibu,1,Kebaikan Vitamin E Untuk Lelaki Wanita,1,Keburukan Intermittent Fasting,1,kedai lampu murah puchong,1,Kelas Bisnes Facial,1,Kelebihan Ahli Shaklee,4,Kelebihan Shaklee,1,Kembara Sufi,9,Kembara Turki,8,Kencing Manis,1,Kepentingan Protein,1,Kepentingan Suplemen,2,Keperluan Makanan Bayi,1,Keperluan Wanita Mengandung,2,Kesan Gadjet Pada Sikap Anak-Anak,1,Kesan Kehilangan Kolagen,2,Kesan Merokok,1,Kesan Susu Ibu,1,Kesihatan Bayi,1,Kesihatan Jantung,4,Kesihatan Minda,1,Kesihatan Sendi,2,Kesihatan Tulang,3,Kesuburan Lelaki,1,Kesuburan Wanita,1,Keunikan Vivix,1,Kiriman Doa Di Depan Kaabah,1,Kisah Kejayaan Bisnes,3,Kisah Pesakit Kanser,1,Kolagen,5,Kolesterol,3,Kompilasi Info Produk Shaklee,6,Komtar,1,Komuniti Bisnes Shaklee,3,Konsultan Reban Ayam,59,Kontraktor Reban Ayam,53,Korban,1,Krabi,2,Kursus Ayam Daging,64,Kursus Dr Azizan Osman,3,Kursus Haji,2,Kursus Haji Online,1,Kursus Solat,1,Kursus Umrah,3,Kursus Umrah Online,2,Kursus Umrah Percuma,2,Kurus dan Sihat,2,Kurus Dengan Cepat,2,Kurus Sebelum Raya,1,Las Vegas,2,Lasik,2,Latest Post,1762,Lecithin,2,Legoland,1,Legoland Malaysia,1,Life Inspiration,1,Look Younger Longer,2,Los Angeles,1,Magic Aura Shaklee,1,Magnesium,1,Makan Sedap,2,Mamacilik Empire,1,Manfaat Omegaguard,3,Maria Firdaus,6,Maria Firdaus Empire,6,Maria Firdaus Kids,1,Maria Firdaus Millionaires in Shaklee,6,Maria Firdaus Mobile SPA Academy,16,Mariafirdaus,2,Mariafirdaus Baby,1,Mariafirdaus Kids,1,Mariafirdaus Travelog,68,Mariafirdaus Villa,2,Master Celebration Maria Firdaus,8,Master Coordinator Shaklee,33,Master Maria Firdaus,1,Mealshakes,6,Mengandung Semasa Umrah,1,Mercedes Benz C200,1,MFMS,5,MFMS Academy,16,MFMS Empire,61,mia jubah popular,2,Minum Susu Untuk Kalsium,1,Modify Hilux,1,Most Fantastic Millionaires in Shaklee,5,Motivasi,86,Motivasi Usahawan,3,Motivation,4,MRSM PDRM Kulim,1,MRSM Taiping,4,Multivitamin,1,Multivitamin Pertama di Dunia,1,Muscadine Grape,1,My Shaklee Effect,1,MYVI,1,Natural Skincare,1,NECK,7,Non-GMO,1,Norafizal Mat Saad,9,Now Everyone Can Kurus,54,nursingwear,2,Nutrien Untuk Tulang Kuat,2,Nutriferon,2,Nutrisi Semulajadi,1,Nutrisi Untuk Lelaki,2,Offline Coaching,2,Omega-3,7,OmegaGuard,16,Omegaguard Shaklee,1,Omegaguard Untuk Ibu Dan Bayi,2,Omegaguard Untuk Kesihatan Jantung,1,Omegaguard Untuk Kesihatan Otak,1,Omegaguard Untuk Kurus,1,Online Business,139,Organic Skincare,1,Orlando,3,Ostematrix,6,Osteporosis,2,Pakaian Menyusu,2,Panduan Didik Anak Solat,1,Panduan Perkembangan Kanak-kanak,1,Parenting,1,Parit Buntar,1,Pedoman Hidup,1,Pemilihan Soy Protein,1,Penang,4,Penang Hill,2,Pencen Kubur,20,Pengalaman Bersalin,1,Pengalaman di Gunung Kinabalu,1,Pengalaman Haji,3,Pengalaman Umrah,3,Pengedar Shaklee,2,Pengedar Shaklee Alor Setar,1,Pengedar Shaklee Bandar Darulaman,1,Pengedar Shaklee Bukit Jambul,1,Pengedar Shaklee Changloon,1,Pengedar Shaklee Jitra,1,Pengedar Shaklee Kepala Batas,1,Pengedar Shaklee Nibong Tebal,1,Pengedar Shaklee Parit Buntar,2,Penjagaan Kulit Shaklee Youth,2,Penternak Ayam Daging,62,Peranan bapa dalam penyusuan susu ibu,1,Perbezaan Ubat dan Suplement,2,Percutian Di Kashmir,2,Percutian Shaklee,6,Performance Drink,5,Perintah Kawalan Pergerakan,1,Period Pain,1,Perokok,1,Personal,1,Photoshoot,1,Phytocol-ST,2,Piramid Makanan,1,PKP,1,Polifenol,2,Politik,1,Port Dickson,1,Postnatal SPA,2,Potret Kejayaan,14,Pra Haji,7,Pregnancy Set,3,Premium Beautiful,5,Produk Shaklee,130,Produk Tradisional Bahaya,1,Projek Blog Mega Shaklee,1,Projek Buat Duit,7,Projek Buat Duit MFMS,24,Projek SPA,19,Promosi Shaklee,4,Protein Soya Terbaik,1,PT3,1,Puasa dengan Shaklee,1,Public Sharing,1,Pulau Pangkor,1,Pulau Perhentian,1,Pulau Pinang,1,Pulau Redang,1,Qiamullail,3,Rahsia Merancang Keluarga Semulajadi,1,Rahsia Pelajar Cemerlang,12,Ramadan Shaklee,2,Ramadhan,1,Ramuan Vivix,1,RAST Test,1,Raya Dengan Shaklee,1,Reban Ayam Tertutup,57,Resepi ESP,1,Resepi Sihat dan Sedap,1,Resipi Jutawan Bertaqwa,1,Restoran Pen Mutiara,1,Results SPM,1,ResV,1,ResV Shaklee,1,Reunion MRSM Taiping,1,Reverse Aging,1,Rich Dad Poor Dad,1,Roger Barnett,1,Rome,1,Rumput Sungai Buloh,1,Saintis Shaklee,1,Sakit Jantung,2,San Francisco,1,Selamberselak,2,Sembelit,1,Senggugut,1,Set Anak Pintar Sihat,1,Set Bajet Kesihatan Optimum.,1,Set Berpantang,12,Set Berpantang Shaklee,1,Set Berpuasa Shaklee,7,Set Berpuasa Shaklee Kanak-Kanak,7,Set Bersalin,11,Set Bersalin Shaklee,8,Set Bersalin Terbaik,1,Set Breasfeeding,10,Set Cantik Shaklee,1,Set Detox Shaklee,1,Set Gastrik Shaklee,1,Set Haji & Umrah,1,Set Haji Shaklee,4,Set Hamil Shaklee,2,Set Hello New You,1,Set Ibu Hamil Shaklee,3,Set Ibu Hamil/Bersalin/Menyusu,15,Set Jantung,1,Set Kanak-Kanak,8,Set Kanak-kanak Shaklee,3,Set Kecantikan,4,Set Kecantikan Shaklee,5,Set Kesihatan Lelaki Shaklee,3,Set Kesihatan Wanita Shaklee,3,Set Kesuburan,1,Set Kesuburan Shaklee,2,Set Kulit,1,Set Kulit Shaklee,1,Set Kurus,2,Set Kurus Shaklee,7,Set Lutut,1,Set Mengandung,5,Set Mengandung Shaklee,3,Set Menyusu,17,Set Menyusu Shaklee,5,Set Minda Shaklee,1,Set Puasa Shaklee,2,Set Ramadan Shaklee,3,Set Raya Shaklee,1,Set Sendi,2,Set Shaklee Untuk Pendakian,1,Set Shaklee Untuk Tenaga,1,Set Shaklee Untuk Umrah dan Haji,2,Set Sistem Imun,2,Set Slimming,1,Set Slimming Shaklee,1,Set Umrah Shaklee,5,Shaklee,73,Shaklee 5 Star Trip,1,Shaklee Awards,2,Shaklee Baby,3,Shaklee Bagan Serai,2,Shaklee Berkesan,2,Shaklee Business,50,Shaklee Business Leaders Conference,2,Shaklee Business Leaders National Conference,1,Shaklee Car Bonus Achievers,5,Shaklee Collagen Powder,7,Shaklee dan Israel,1,Shaklee dan Makanan Sunnah,1,Shaklee Difference,2,Shaklee Effects,16,Shaklee for Kids,2,Shaklee Free Trip,25,Shaklee Free Trip to Switzerland,1,Shaklee Fun Day,1,Shaklee Global Conference 2016,2,Shaklee Global Conference USA 2014,17,Shaklee Halal,2,Shaklee Incentive Trip,3,Shaklee Independent Distributor Terbaik,1,Shaklee Japan Trip,2,Shaklee Japan Trip 2017,7,Shaklee Kids,2,Shaklee Leaders,1,Shaklee Lovers,1,Shaklee Mama,4,Shaklee Murah,2,Shaklee National Conferences Award,8,Shaklee National Convention 2018,1,Shaklee Nibong Tebal,2,Shaklee Nilai,1,Shaklee Parit Buntar,2,Shaklee Product Trainer,1,Shaklee Ready Stock,1,Shaklee Rewards,64,Shaklee Selamat,3,Shaklee Semulajadi,2,Shaklee Shop,1,Shaklee Skincare,1,Shaklee Story,1,Shaklee Success Seminar 2015,1,Shaklee Terbaik,1,Shaklee Total Detox Solution,2,Shaklee Trip Cruise,1,Shaklee Trip To Langkawi,2,Shaklee Untuk Darah Tinggi,1,Shaklee Untuk Jantung,1,Shaklee untuk Jemaah Haji dan Umrah,1,Shaklee untuk Kanak-kanak,3,Shaklee USA Trip 2014,1,Shaklee USA Trip 2019,1,Shaklee Vita-E Complex,1,Shaklee Vitamin E,2,Shaklee Western Mediterranean Cruise 2018,11,Shaklee Youth Skincare,2,Shakleebaby,1,Shakleebaby Gentle Wash,1,Shakleebaby Massage Oil,1,Shakleebaby Soothing Lotion,1,Shopping Trip,1,Sijil Halal,1,Sistem Imun,1,SKPTM,8,SMKA Al Mashoor,1,Success Stories Shaklee,4,Success Story TWB,12,Super Star Libra Cruise,1,Supervisor Shaklee,2,Suplemen Shaklee,2,Suplemen Untuk Lelaki,2,Supplement untuk Berpuasa,1,Supplements Shaklee,2,Supplements Terbaik,2,Surabaya,1,Surah Al-Kahfi,1,Sustained Release Vit C,7,Susu Ibu,1,Susu Ibu dalam Al-Quran,1,Switzerland,2,Tahi Ayam,6,Tazkirah,173,Ternakan Ayam,344,Testimoni,5,Testimoni NECK,3,Testimoni Shaklee,1,Testimony AMP,2,Testimony ESP,1,Testimony ESP Untuk Menyusu,2,Testimony Gastrik,1,Testimony NECK,6,Testimony Set Ibu Hamil,3,Testimony Set Menyusu,3,Testimony Shaklee Set Bersalin,1,Testimony Shaklee Set Ibu Hamil,1,Testimony Shaklee Set Menyusu,2,The Gravityz,1,The Landmark Study,1,The Most Fantastic Millionaires in Shaklee Empire,1,The Shaklee Difference,1,The Walking Beauty,12,Tiket Murah Aquaria KLCC,1,Tip Tambah Susu Ibu,6,Tips Anak Pandai,1,Tips Awet Muda,2,Tips Bercuti Di Legoland,1,Tips Berhenti Merokok,2,Tips Berpuasa,2,Tips Bersalin,1,Tips Bisnes,1,Tips Business,1,Tips Cemerlang,1,Tips Elak Batuk Berkahak,1,Tips Haji,2,Tips Hamil,1,Tips Jarak Anak,1,Tips Memilih Protein,1,Tips Mudah Berpuasa Untuk Kanak-Kanak,3,Tips Mudah Menyusukan Bayi Di Tempat Awam,1,Tips Penyusuan,11,Tips Travel,1,Trampoline for kids,1,Travelog Haji,110,Travelog Istanbul,1,Travelog Shaklee Trip Italy 2015,10,Travelog Shaklee Trip Japan 2017,7,Travelog Shaklee Trip USA 2014,14,Travelog Shaklee Trip USA 2016,3,Travelog Shaklee Western Mediterranean Cruise 2018,9,Travelog Turki,9,Travelog Umrah,24,Travelog USA 2019,23,Trip Indonesia,2,Trip Yogyakarta,1,Tukar Nombor Plate,1,Tulang Rapuh,2,tumpak sewu,1,Turkey Trip,3,Turki Trip,7,Turunkan Kolesterol Secara Semulajadi,2,TWB,18,TWB by MFMS,17,Ubat VS Supplement,1,Ubat Vs Vitamin,1,Universal Studio,1,Universal Studio Singapore,1,Urin Kuning,1,US Trip,1,USA Trip,16,v,1,Video,4,Video Shooting,1,Visit Singapore,1,Vita-lea for children,1,Vitalea,3,Vitalea for Children,2,Vitalea for Kids,2,Vitamin C,5,Vitamin C Shaklee,2,Vitamin E,2,Vitamin Kanak-Kanak,1,Vitamin Kulit,1,Vitamin Kulit Cantik,1,Vitamin Rahmah,2,Vitamin Semulajadi,1,Vitamin Shaklee,2,Vitamin Shaklee Percuma,1,Vitamin Sintetik,1,Vitamin Tenaga,1,Vitamin Umrah Haji,1,Vitamin untuk Ibu Hamil,2,Vitamin untuk Ibu Menyusu,1,Vitamin untuk kanak-kanak,3,Vitamin Untuk Lelaki,2,Vitamin untuk Perokok,1,Vitamin Untuk Wanita,1,Vivix,12,Vivix Shaklee,4,Vivix Untuk Diabetes,1,Vivix Untuk Kencing Manis,1,WAHM,1,Wanita Bersalin,1,Wanita Mengandung,3,WanitaKeperluan Wanita Mengandung,1,Warna Urin,1,Wedding Anniversary,1,Why Shaklee,1,Womens Health Set,2,Working-At-Home-Mom,2,Youth Experience Party,1,YOUTH Mask,1,Youth Shaklee,2,Youth Skincare,1,Zinc,1,Zinc Complex,1,Zinc Plus,2,
ltr
item
Maria Firdaus: Travelog Haji - Part 98 - Haji Di Usia Muda
Travelog Haji - Part 98 - Haji Di Usia Muda
Maria Firdaus
https://www.mariafirdaus.com.my/2012/03/travelog-haji-part-98-haji-di-usia-muda.html
https://www.mariafirdaus.com.my/
https://www.mariafirdaus.com.my/
https://www.mariafirdaus.com.my/2012/03/travelog-haji-part-98-haji-di-usia-muda.html
true
6501105525487195336
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy