Assalamualaikum,
Ini kali ke dua saya buat percubaan untuk tulis entri ini.
Sekarang ni, blogspot punya features dah berubah. Saya terpaksa mengambil masa untuk membiasakan dengan features yang baru ni.
Agak susah bila saya upload gambar. Aligment habis lari. Saya terpaksa bersabar melayan karenah blogspot ni. Bila saya perhatikan, ia sebenarnya mahu memudahkan pengguna, cuma saya yang tak biasa dengan format baru ni.
KISAH PEMBINAAN REBAN DI KUALA KANGSAR
Selepas beberapa kali berjumpa dengan Tuan Reban, mereka meminta saya untuk datang ke tapak mereka bagi melihat kesesuaian tapak projek mereka.
Saya bersetuju.
Setelah diatur, saya berjumpa dengan mereka di tapak projek.
Saya dapati tapak projek ini amat sesuai untuk aktiviti ternakan ayam daging. Saya tak nampak sebarang masalah untuk mereka menternak ayam daging di situ.
Saya lihat semua syarat syarat untuk projek ternakan ayam daging ada ditempat ini.
Terus terang saya katakan, bukan mudah untuk mencari tapak bagi membina reban ayam daging. Banyak faktor yang perlu dipertimbangkan. Antaranya, jalan, bekalan elektrik, bekalan air, kawasan perumahan dan pelbagai faktor faktor lain lagi.
Syukur, semua syarat syarat itu ada pada TAPAK PROJEK ini.
Selepas mendapat GREEN LIGHT dari saya, mereka memulakan aktiviti membersihkan tapak projek.
Saya pasti, anda nampak semuanya macam mudah. Anda nampak mudah kerana anda hanya melihat proses tapak ini dibersihkan melalui gambar. Hakikatnya, ia tidaklah mudah. Dan banyak duit perlu dikeluarkan untuk menyiapkan tapak ini.
Dalam proses menyiapkan tapak ini, kami yang membuat kerja perlu berdepan dengan cabaran hujan yang tidak menentu dikawasan ini. Jika hujan, kerja kerja ini terpaksa dihentikan kerana lori, back pusher dan eskabator tak boleh jalan di atas tanah ini. Ia akan tenggelam kerena tanah sudah lembut.
Syukur Alhamdulillah. Proses membersihkan tapak dan melevelkan kawasan ini hanya mengambil masa sekitar 2 minggu. Dan proses pembinaan reban ayam akan dapat dimulakan di tempat ini.
Insya Allah, selepas ini saya akan menceritakan pengalaman saya membina reban ayam ini.Perlu diingat, ini adalah reban ayam saya yang pertama yang akan saya bina.
Wassalam
Jika anda serius berminat nak mendalami Ilmu Ternakan Ayam Daging, nak ikuti kursus ternakan ayam ini secara Online.
Klik Sini : KURSUS AYAM DAGING
Ini kali ke dua saya buat percubaan untuk tulis entri ini.
Sekarang ni, blogspot punya features dah berubah. Saya terpaksa mengambil masa untuk membiasakan dengan features yang baru ni.
Agak susah bila saya upload gambar. Aligment habis lari. Saya terpaksa bersabar melayan karenah blogspot ni. Bila saya perhatikan, ia sebenarnya mahu memudahkan pengguna, cuma saya yang tak biasa dengan format baru ni.
KISAH PEMBINAAN REBAN DI KUALA KANGSAR
Selepas beberapa kali berjumpa dengan Tuan Reban, mereka meminta saya untuk datang ke tapak mereka bagi melihat kesesuaian tapak projek mereka.
Saya bersetuju.
Setelah diatur, saya berjumpa dengan mereka di tapak projek.
Saya dapati tapak projek ini amat sesuai untuk aktiviti ternakan ayam daging. Saya tak nampak sebarang masalah untuk mereka menternak ayam daging di situ.
Saya lihat semua syarat syarat untuk projek ternakan ayam daging ada ditempat ini.
Terus terang saya katakan, bukan mudah untuk mencari tapak bagi membina reban ayam daging. Banyak faktor yang perlu dipertimbangkan. Antaranya, jalan, bekalan elektrik, bekalan air, kawasan perumahan dan pelbagai faktor faktor lain lagi.
Syukur, semua syarat syarat itu ada pada TAPAK PROJEK ini.
Selepas mendapat GREEN LIGHT dari saya, mereka memulakan aktiviti membersihkan tapak projek.
Inilah gambar tapak projek berkenaan. Kawasan dipenuhi dengan kebun durian dan buah buahan yang lain |
Tanah ini seluas 3 ekar. Panjang dan lebar tanah ini amat sesuai untuk ternakan ayam daging.
Kerja kerja membersihkan tapak projek dimulakan. Semua pokok pokok besar ditebang dan dikumpulkan. |
Semua pokok dibuang. Batang batang pokok yang besar dijual ke kilang kayu dan yang kecil di bakar. |
Alhamdulillah. Siap tapak projek ini dari segi pembersihan. Langkah seterusnya adalah melevelkan tapak supaya ia sama tinggi di semua bahagian. |
Pekerja saya sedang membuat ukuran untuk kerja kerja levelkan tanah. Nampak macam mudah, tapi agak susah. Ini kerana kawasan yang hendak dilevelkan tu agak luas. |
Kawasan yang tinggi direndahkan menggunakan Eskabator, Lori dan Backpusher |
Selepas kerja kerja menyukat ketinggian dijalankan. Kerja kerja melevelkan tanah diteruskan menggunakan back pusher |
Tapak yang sudah disiapkan. Bangunan reban ayam sedia untuk didirikan ditapak ini. |
Dalam proses menyiapkan tapak ini, kami yang membuat kerja perlu berdepan dengan cabaran hujan yang tidak menentu dikawasan ini. Jika hujan, kerja kerja ini terpaksa dihentikan kerana lori, back pusher dan eskabator tak boleh jalan di atas tanah ini. Ia akan tenggelam kerena tanah sudah lembut.
Syukur Alhamdulillah. Proses membersihkan tapak dan melevelkan kawasan ini hanya mengambil masa sekitar 2 minggu. Dan proses pembinaan reban ayam akan dapat dimulakan di tempat ini.
Insya Allah, selepas ini saya akan menceritakan pengalaman saya membina reban ayam ini.Perlu diingat, ini adalah reban ayam saya yang pertama yang akan saya bina.
Wassalam
===============================================
Adakah Anda Berminat Menceburi Bidang Ternakan Ayam Daging Secara Komersial?
Ikuti Kursus Ternakan Ayam Secara Online Yang Saya Buat.
Untuk makluman anda, semua video ini diletakkan di Youtube secara Unlisted. Semuanya ada 32 siri Video yang saya dah pecahkan ikut topik.
Saya dah berjumpa dengan terlalu ramai orang yang bertanya itu dan ini mengenai bisnes ayam. Jadi saya buat video untuk bagi anda mudah faham macam mana nak mulakan bisnes ini.
Cuba baca satu persatu tajuk yang saya dah buat. Jika anda rasa ia sesuai untuk anda. Anda boleh beli Video Kursus Ternakan Ayam Daging ini.
Tengok dulu tajuk tajuk ini, adakah ini yang anda cari?
Jika anda serius berminat nak mendalami Ilmu Ternakan Ayam Daging, nak ikuti kursus ternakan ayam ini secara Online.
Klik Sini : KURSUS AYAM DAGING
Atau Whatsapp Saya Di 019-5782515
Video ini BERBAYAR YER. Bukan Percuma. Harap maklum.
Semoga impian anda menjadi penternak ayam dipermudahkan Allah.
Mohd Firdaus Mat Saad
Penternak Ayam Daging Sejak 2005
Kapasiti Ayam 120,000 Semusim
Kontraktor Reban Ayam
Konsultan Ternakan Ayam Daging
Assalamualaikum Tn Haji,
ReplyDeleteTahniah di atas entry post kategori baru. Saya akan ikut entry tuan haji dan menimba ilmu dari tuan haji.
Buat pengetahuan, bapa saya mempunyai tanah 2 ekor berdekatan sempadan melaka johor. Dia mengajak saya balik kampung untuk memajukan tanah tersebut, antara aktiviti yang beliau suruh saya usahakan adalah penternakan ayam. Saya sudah membaca semua entry tn haji. Insya Allah, bila dah bersedia dari segi modal, moral dan perancangan, saya akan menghubungi tn haji.
Insya Allah, urusan kita akan dipermudahkan oleh Allah swt.
By the way, kirim salam wife. Sama belajar kat MRSM Jasin tuh :)
Assalam,
ReplyDeleteTahniah! Semuga Allah luasakan rezeki tuan haji dan keluarga serta diberkati Allah. Amin
Salam.
ReplyDelete1. Insyaallah Nasir. Ada rezeki boleh kita jumpa nanti.
2. To anonymous. Thanks for ur doa. Semoga Allah berkati kita semua. Amin.
Wassalam