Assalamualaikum,
Sekarang ini, rasanya saya amat sibuk. Saya sekarang sedang dalam proses menyiapkan reban ayam member saya di Kuala Kangsar. Kapasiti 20,000 ekor sepusingan. Dan sayalah kontraktor merangkap konsultannya.
Tanggung jawab saya amat berat. Saya perlu memastikan reban ayam itu siap dalam keadaan yang terbaik dan memuaskan hati pemilik reban itu. Dan janji saya kepada pemilik itu, saya akan membina reban ini seperti mana saya mahukan orang lain membina reban ayam saya.
Saya menjanjikan kualiti yang terbaik pada harga yang berpatutan.
Bukan mudah hendak menjadi kontraktor yang amanah.
Memandangkan saya agak sibuk menguruskan reban ayam di Kuala Kangsar, saya 'terabai' sedikit reban ayam di Parit Buntar.
Saya terlepas pandang pengeluaran baja tahi ayam saya di reban Parit Buntar.
Ayam sudah mula di jual sejak minggu lepas. Dan semalam, semua ayam sudah habis dijual. Proses seterusnya, saya perlu menjual baja tahi ayam pula.
Masalahnya. Saya terlupa mencari buyer baja tahi ayam dari awal.
Saya ada sekitar 3000 beg baja tahi ayam setiap pusingan. Order saya setakat minggu ini hanya 1000 beg. Saya masih kekurangan order lagi 2000 beg.
Bukan mudah hendak mencari buyer 2000 beg baja tahi ayam dalam masa yang singkat.
BERDOA DISEPERTIGA MALAM TERSISA
Dalam tempoh seminggu ini, setiap malam saya bersolat tahjud. Saya bersolat hajat setiap hari. Saya berdoa dan memohon kepada Allah. Allah permudahkan saya untuk mencari buyer 2000 beg ini.
"Ya Allah, aku ada masalah ya Allah. Ada 2000 beg baja tahi ayam aku yang masih belum diorder. Aku mohon kepada Mu. Kau bantulah aku. Bukalah hati para pembeli untuk membeli baja tahi ayam aku. Aku bergantung harap kepada Mu. Permudahkan urusanku ini"
Saya berdoa setiap hari. Setiap malam. Tanpa jemu. Ia doa yang sama diulang ulang.
Saya juga meminta mak saya untuk mendoakan agar Allah 'selesaikan' masalah saya ini.
Hari demi hari bermula dari minggu lepas, bilangan mereka yang menempah baja tahi ayam saya meningkat. Alhamdulillah. Syukur pada Nya.
Doa saya didengar Allah.
SUJUD SYUKUR
Setiap kali ada orang yang menempah baja tahi ayam. Saya sujud syukur kepada Allah. Saya bersyukur kerana Allah semakin mudahkan tugas saya.
Ia bukan amalan yang susah. Hanya sekadar sujud syukur dan ucapkan Alhamdulillah kepada Allah sebagai tanda kesyukuran Allah membantu saya.
Saya teringat janji Allah dalam Al Quran.
"Sesiapa yang bersyukur kepadaKu, Aku akan tambah nikmatKu kepada Mu. Sesiapa yang kufur kepada Ku. Ingatlah azabKu amatlah pedih"
Saya perlu 'sujud syukur' kepada Allah. Kerana saya mahu menjadi hamba yang bersyukur.
Ia amalan yang amat mudah.
Malangnya, kita rakyat Malaysia jarang didedahkan dengan sujud syukur apabila kita memperoleh nikmat dari Allah.
Kadang kadang, kita hanya sujud syukur apabila kita dinaikkan pangkat. Apabila kita memperoleh keuntungan yang besar. Apabila memperoleh sesuatu yang betul betul memberi impak kepada kita.
Sedangkan, terlalu banyak nikmat Allah yang lain yang tidak kita syukuri. Kita jarang mensyukuri nikmat sihat kerana kita tidak sakit. Kita tidak mensyukuri nikmat kerja yang kita ada kerana kita tidak dibuang kerja.
Kita hanya merasai sesuatu nikmat itu apabila kita 'kehilangan' nikmat itu.
Misalnya nikmat sihat. Kita hanya tahu nikmat sihat bila kita sakit.
Tapi, mengapa semasa kita sihat kita tidak bersyukur kepada Nya. Kenapa kita tidak sujud syukur kepada Nya. Ucapkan syukur kepada Nya.
Jadikan lafaz Alhamdulillah sentiasa basah di bibir kita.
TEMPAHAN MASIH KURANG
Hingga awal pagi ini, order baja tahi ayam saya sekitar 2000 beg. Maksudnya saya masih kekurangan lagi 1000 beg order.
Seperti biasa, malam tadi saya mendoakan doa yang sama.
Jauh di sudut hati saya. Saya yakin yang Allah akan membantu saya. Saya tahu saya memohon kepada Allah setiap malam.
Bukankah Allah berjanji yang Allah turun ke langit bumi disepertiga malam terakhir untuk memakbulkan doa hamba hamba yang memohon kepada Nya.
Saya yakin, Allah pasti dan pasti memperkenankan doa saya.
Hanya Allah yang dapat menyelesaikan masalah saya ini.
USAHA DITERUSKAN
Pagi ini, saya melakukan tugas biasa. Menelefon buyer buyer yang biasa membeli dengan saya.
Ada yang berkata mereka tidak mahukan buat masa ini. Ia sedikit mengecewakan saya. Tapi saya tahu, Allah akan gerakkan hati orang lain untuk membeli baja tahi ayam yang berbaki 1000 beg ini.
Saya menelefon orang lain. Ada yang tidak mahu mengangkat telefon saya. Hati saya sedikit kecewa. Tapi, saya yakin Allah bersama saya.
Saya berselawat. Memohon bantuan dari Allah.
Saya mengambil telefon dan menghantar mesej kepada salah seorang buyer yang pernah beli baja dari saya.
"Salam, abang. Saya minta tolong abang beli baja tahi ayam saya. Ada baki lagi 1000 beg. Kalau boleh Alhamdulillah. Kalau tak boleh tak pa. Wassalam"
Tidak lama selepas itu, abang itu menelefon saya dan mengatakan yang dia akan mengambil semua 1000 beg itu.
Alhamdulillah. Lega di saya. Sekali lagi saya bersujud syukur.
CERITA KEPADA KAWAN
Pada sebelah petang, saya menceritakan kepada kawan baik saya. Saya selalu menceritakan kepada dia yang 'baja' tahi ayam saya sangkut sejak minggu lepas.
Dan beliau terkejut saya berjaya mencari buyer 2000 beg dalam tempoh seminggu.
Dia bertanya, macam mana saya buat.
Jawapan saya mudah kepada dia.
"Abang, abang tahukan. Setiap malam saya bangun solat tahjud. Saya mohon kepada Allah. Setiap kali saya ada masalah, saya akan menceritakan kepada Allah. Walaupun, masalahnya berkaitan tahi ayam. Setiap masalah ni datang dari Allah, maka Allah jualah yang menyelesaikannya. Kan saya kata kat abang, Allah turun di langit bumi disepertiga malam yang terakhir. Allah suka kita berdoa kepada Nya pada waktu ni. Tapi, kita yang tak mahu meminta dari Allah. Sebab tu masalah kita sukar diselesaikan. Kita rasa kita yang menyelesaikan masalah kita. Tapi hakikatnya Allah jua yang menyelesaikan masalah kita. Kita hanya berikhtiar."
"Dan lagi satu, bila Allah bantu kita. Lakukan sujud syukur. Allah suka hambaNya bersyukur kepada Nya. Semoga kita menjadi hambaNya yang bersyukur"
Alhamdulillah.
Allah mudahkan tugasan saya.
Satu perkara yang saya mahu kongsi dari para pembaca. Jika anda ada masalah. Bangunlah berdoa di sepertiga malam yang tersisa. Allah menanti doa doa dari kita. Dan apabila Allah selesaikan masalah kita. Sujud syukurlah kepada Nya. Semoga Allah akan sentiasa menambah nikmat Nya kepada kita.
Saya pasti, ramai diantara pembaca yang melalui pengalaman ini. Ayuh. Kita kongsikan dengan para pembaca yang lain. Ceritakan Kekuasaan Allah. Ceritakan Kehebatan Allah. Ceritakan Kuasa Doa.
Semoga kita semua sedar. Kalau kita ada masalah. Kita harus kembali kepada Allah.
Dan apabila masalah kita selesai. Kita harus bersyukur kepada Allah.
Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Nya.
Wassalam

mmg respek hang firdaus..mudah2han Allah bukakan hati aku utk turut serta... i follow.....
ReplyDeleteAssalam,
ReplyDeleteSemuga dalam kasih sayang Allah.
Teima kasih atas peringatan ini.
Semuga Allah merahmati hidup kita semua dan sentiasa bersyukur atas nikmat NYA.
Syuktan jazilan
Assalam ,
ReplyDeleteUsaha tangga kejayaan....dengan pertolongan Allah. Alhamdulillah...
Assalamualaikum... Tn Haji..
ReplyDeleteTerima kasih atas tunjuk ajar..
Moga Allah memberikan yg terbaik kepada kita..
Salam syekh..
ReplyDeleteterlebih dahulu saya panjatkan kesyukuran ke hadrat illahi kerna mengerakkan hati saya untuk melakukan sedikit kajian berhubung pertenakan ayam pada malam ini, dan cukup bertuah kerna menemui blog ini.. untuk makluman tuan, saya masih dalam peringkat perancangan untuk melibatkan diri dalam bidang ternakan ini.. dan blog tuan banyak memberi maklumat atau gambaran yang saya perlukan..
tapi perkara yang paling menyentuh hati saya adalah bagaimana tuan mencari jalan keluar apabila ditimpa dengan pelbagai masalah atau dugaan.. sebagai seorang muslim sudah semestinya kita perlu memohon dan mengadu kepada yang Maha Pencipta.. itulah yang dituntut. Apa pun saya doakan semoga tuan diberikan kesejahteraan dunia akhirat. Semoga segala pekerjaan yang kita lakukan menjadi amal ibadah yang diredhai Nya jua. amin....
Assalammualaikum,
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian ilmu yang diberi. InsyaAllah saya masih belajar untuk mengamalkannya dan akan terus berdoa agar beristiqamah dalam melakukan solat tahajud. InsyaALLAH.
(maaf saya nak tau, baja tahi ayam biasanya dimana yang hendak digunakan)