Assalamualaikum,
Dua minggu lepas saya menempah kereta baru untuk kegunaan saya. Kereta yang lebih besar dan untuk keselesaan saya ke tempat kerja.
Apabila membeli kereta, nombor plat menjadi kegilaan sesetengah orang. Kalau anda tanya saya, apakah nombor plat kereta yang menjadi idaman saya.
DAU5 ( DAUS ) dan MAR14 ( MARIA).
Tapi, saya tahu harga nombor plat ni pasti mencecah puluhan ribu ringgit. Saya rasa tak perlu saya membazir duit untuk mencari nombor plat ini.
Memandangkan dua kereta saya terdahulu menggunakan plat nombor KL. Kereta kali ini pun saya mahukan nombor plat dari KL. Kereta terdahulu WPE8281 dan WUW8281. Jadi nombor kali ini pun pastinya 8281.
Semasa saya menempah kereta, running nombor adalah WWM. Dan running nombor sekarang adalah WWQ.
Saya dalam dilema.
Saya sebenarnya minat dengan nombor WWW. Saya minat kerana ia cantik. Bukan sebab sebab yang lain.
Tapi, kalau saya nak tunggu nombor ni, saya kena tunggu lagi 2 bulan. Memandangkan saya perlu guna kereta segera. Saya terpaksa mengambil nombor plat WWQ sahaja.
SYIRIK
Ada beberapa orang yang saya hubungi untuk meminta pandangan mereka mengenai kewajaran saya menunggu nombor plat WWW.
Atau ambil aja nombor WWM or WWN or WWP or WWQ or WWR.
Saya terkejut apabila bersembang dengan salah seorang sahabat saya. Yang terlalu taksub dengan pilihan Nombor Plat ini.
"Ambil la WWW. WANG WANG WANG. Tak pun, ambil WWM. WANG WANG MARI. Jangan ambil WWQ atau WWP sudah. Sebabnya, WANG WANG QUE dan WANG WANG PI. Jangan ambil WWR, nanti WANG WANG RUGI." Beliau memberi nasihat kepada saya.
"Kalau WWW dan WWM, nanti duit selalu mai kat kita. Kalau ambil WWQ. Nanti kita nak kena Que selalu nak ambil duit. Kalau ambil WWP. Nanti duit Pi dari kita. Kalau WWR. Nanti business Rugi." Beliau menambah.
"Bang, mana boleh kita ingat macam tu. Rezeki ni Allah yang bagi. Bukan sebab nombor plat kereta yang kita pakai", saya membantah apa yang beliau katakan.
Saya hanya mahukan nombor yang mata tengok rasa cantik dan sedap dipandang. Tak lebih dari itu.
Bagi saya, ini adalah salah satu kesilapan yang biasa dilakukan oleh sebahagian daripada kita, orang Melayu.
Kita kadang kadang dalam tak sedar 'berniat' macam sahabat saya tadi.
Ia boleh menyebabkan kita jatuh syirik.
Syirik adalah dosa yang amat besar. Tapi kita selalu secara tak sedar melakukan sesuatu yang termasuk dalam kategori syirik.
Mana boleh kita percaya dengan memilih sesuatu abjad pada nombor plat kereta, ia memberi keuntungan atau kerugian pada kita.
Semoga, kita semua tak termasuk dalam golongan itu. Ini kerana, Allah akan mengampunkan semua dosa hamba hamba Nya kecuali dosa syirik. Maka, siapa yang ada dosa syirik. Pasti dan pasti dia akan masuk ke dalam api neraka. Nauzubillah.
"Ya Allah, ampunkanlah dosaku sekiranya aku ada melakukan syirik kepada Mu. Sekiranya ia berlaku, ia bukan di atas kemahuan ku. Tapi ia berlaku di atas kejahilanku. Ampunkanlah dosa syirikku"
Doa inilah yang diajar oleh Prof Kamil semasa saya di Madinah dahulu. Beliau menekankan betapa pentingnya kita membaca doa seperti di atas setiap hari. Memohon ampun kepada Allah. Takut takut kalau kalau kita ada melakukan sesuatu yang syirik kepada Allah tanpa kita sedari.
Nauzubillah.
RASUAH
"En Firdaus, kalau you mahu nombor plat WWW8281. You mau tunggu lagi 2 bulan. Lagi satu, mesti mau bayar RM500. Booking itu nombor. Tapi, kalau you mau running number WWQ8281, you mesti mau bayar rasuah sikit sama JPJ punya orang. Dalam RM50-RM100. You mesti dapat nombor tu", salesgirl kereta itu menelefon saya.
"Saya tak mahu bayar duit rasuah tu. You suruh runner booking macam biasa. Kalau dapat WWQ, dapatlah. Kalau tak dapat. Kita tunggu WWR. Kita tunggulah apa nombor pun. Yang penting 8281", saya memaklumkan salesgirl itu.
Dalam kes ni, saya rasa ia mungkin dah sering berlaku antara runner dan JPJ. Mereka mengenali 'orang dalam' JPJ dan mudah berurusan dengan mereka. Persoalannya, sejauh mana kita mahu bersubahat dengan mereka untuk mendapat apa yang kita impikan.
"Ya Allah, jauhilah aku dan ahli keluarga daripada terlibat dengan rasuah. Sama ada memberi ataupun menerima rasuah"
Semoga, kita semua sentiasa berada dalam lindungan dan limpah rahmat Nya.
Wassalam

COMMENTS