Assalamualaikum,
MAK, ABAH & USTAZAH BERTOLAK MENUNAIKAN UMRAH
Malam tadi, mak dan abah saya bertolak untuk menunaikan umrah seperti yang saya ceritakan tempoh hari.Saya menghantar mereka ke Bagan Serai untuk mereka bertolak ke KLIA menggunakan bas.
Bersama mereka adalah Ustazah Arbakyah. Insan yang Allah anugerahkan keistimewaan kali ini.
Dan Ustazah Arbakyah memang ada kaitan dengan Blog Maria Firdaus ini.
Allah sudah menggerakkan hati kita semua untuk sama sama menghantar beliau ke sana.
Malam tadi di Bagan Serai saya berjumpa dengan Ustazah Arbakyah.
"Ustazah, apa perasaan nak pi menunaikan Umrah ni?", saya bertanya kepada Ustazah.
"Ya Allah, seronoknya. Tak dapat digambarkan dengan kata kata. Terima kasihlah Firdaus sebab tolong saya." Ustazah membalas.
"Tak pa Ustazah, ni kira rezeki buat Ustazah. Sampai sana nanti, doa doakanlah kami di Malaysia ni," saya meneruskan perbualan.
"Insya Allah," Ustazah menjawab.
Memandangkan Ustazah sibuk melayan ahli keluarga beliau yang ramai hadir. Saya tidak bercadang untuk bercerita lebih panjang dengan beliau.
JUMLAH KUTIPAN
Jumlah kutipan untuk Ustazah berjumlah RM5660.
Pembahagiannya begini. RM4500 adalah tambang untuk menunaikan Umrah. RM160 adalah tambang bas dari Bagan Serai ke KLIA pergi dan balik. Maka baki RM1000 sudah pun diserahkan kepada Ustazah untuk digunakan beliau berbelanja di sana.
"Alhamdulillah. Siap ada duit belanja lagi. Syukur. Sekarang ni orang kat sini pun dok sedekah kat saya juga. Kalau ada lebihan duit nanti lepas balik Mekah. Saya nak simpan duit ni untuk tabung pi Haji pula", jelas Ustazah kepada Mak saya semasa memberi wang RM1000 kepada Ustazah.
Kepada para penyumbang, saya memanjangkan ucapan jutaan terima kasih daripada Ustazah untuk anda semua.
UJIAN
Malam tadi, pukul 12.15 pagi baru saya sampai ke rumah selepas menghantar ibu bapa saya ke Bagan Serai.
Dan rasanya, sejak saya balik dari menunaikan Haji. Inilah first time saya tidur lewat. Rasanya, ini yang paling lewat. Saya tak biasa tidur lewat sebab saya nak bangun pagi untuk bersolat Tahjud sekitar jam 5 pagi.
Pukul 5 pagi. Jam di handphone saya berbunyi.Saya bangun ke tandas untuk membersihkan diri.
Masya Allah. Mengantuk sungguh rasanya. Lagipun, dalam seminggu ni. Setiap hari saya bekerja keras untuk menyiapkan reban ayam member saya di Kuala Kangsar. Perjalanan 3 jam setiap hari dalam kereta amat memenatkan. Ditambah dengan kerja kerja yang saya lakukan di sana. Ia satu 'pakej' yang amat sempurna untuk meletihkan badan.
Pagi tadi saya kecundang.
Saya dah tak larat nak bersolat tahjud.
Saya tidur balik sementara menunggu Azan Subuh.
Saya dah berazam. Letih macam mana pun. Saya mesti pergi menunaikan Subuh berjemaah di Surau dihadapan rumah saya.
Azan berkumandang. Saya bingkas bangun dan berwudhuk serta terus menunaikan Solat Sunat Sebelum Subuh di rumah.
Selepas selesai bersolat sunat, saya segera menuju ke Surau untuk bersolat Subuh berjemaah.
UJIAN LAGI
Hari ini hari Jumaat. Makanya, di Surau akan menunaikan Solat Subuh secara Sujud Sajadah.
Setiba di tangga Surau, saya perhatikan hanya ada dua pasang kasut di tangga. Hmm.. Harap harap salah seorang yang ada di atas adalah imam.
Apabila saya naik ke atas, saya dapati yang ada hanya seorang Muazzin dan seorang jemaah biasa.
Mana pergi imam imam yang dah 'expert' untuk baca Surah Sajadah dan Surah Al Insan pagi ni.
Muazzin melihat saya naik dan terus Iqamah.
Perghhhhh... Dah berapa tahun saya tak jadi Imam Subuh berserta Sujud Sajadah di Surau saya.
Saya memang biasa jadi imam di Surau. Tetapi, dah lama sangat saya tak jadi Imam Subuh yang ada Sujud Sajadah.
Perasaan seram sejuk terus menjelma.
Masya Allah. Sebelum memulakan solat, saya berdoa di dalam hati.
"Ya Allah, permudahkan aku membaca surah As Sajadah dan Al Insan. Jangan bagi aku tersangkut".
Melihat ke belakang. Masih belum ada tanda tanda imam lain yang ada di surau. Maksudnya, kalau saya tersalah baca nanti. Tiada siapa yang nak tegur.
Subhanallah. Besar ujian pagi ni.
Saya memulakan solat. Dan seperti di jangka, apabila membaca sekitar 6 ayat dari Surah Sajadah. Perasaan cuak menyebabkan saya jammmmm.......
Saya tersangkut dan suasana sunyi seketika di surau.
Saya ambil keputusan untuk ulang kembali dari mula. Dan kali ni, Alhamdulillah. Bacaannya lancar sehinggalah habis. Rakaat kedua disambung dengan Surah Al Insan. Alhamdulillah. Juga berjalan lancar.
TAZKIRAH TABLIGH
Usai Solat Subuh, ada 2 orang jemaah tabligh yang membaca buku tazkirah sesama mereka. Seorang membaca dan seorang mendengar.
Salah satu hadis yang saya rasa penting untuk saya kongsi dengan para pembaca adalah hadis yang membicarakan bab adab apabila berkunjung ke rumah jiran dan sahabat.
Hadis itu bermaksud sebegini:
"Janganlah kamu mendatangi rumah jiran kamu dari hadapan pintu rumahnya. Tetapi datangilah rumah jiran kamu dari tepi pintu rumahnya. Dan hanya masuk ke dalam rumah apabila diizinkan oleh tuan rumahnya"
* Saya hanya menulis maksud hadis. Berdasarkan apa yang saya faham. Kalau ada kesalahan, harap dapat diperbetulkan.
Saya rasa, ia isu yang amat mudah. Mengenai adab.
Adalah amat penting apabila kita berkunjung ke rumah saudara atau jiran kita. Kita memberi salam kepada tuan rumah dan jika pintu rumah terbuka sekalipun. Kita tidak harus mendatangi dari arah depan pintu. Tetapi kita seharusnya berada di tepi pintu.
Ini kerana mungkin isteri atau anak perempuan tuan rumah tidak berada di dalam keadaan menutup aurat.
Ini isu mudah. Tetapi ramai yang tidak faham.
Saya bagi contoh.
Semasa menunaikan haji tahun lepas. Ketika di Mina, ada jemaah haji lelaki yang hendak berjumpa dengan isterinya di dalam khemah jemaah wanita. Jemaah lelaki ini dengan selambernya membuka pintu khemah jemaah wanita dan terus mencari isterinya di dalam.
Inilah kesannya apabila kita tidak sensitif isu aurat. Dan inilah pentingnya kita mengetahui adab adab apabila kita berkunjung ke rumah saudara atau jiran kita.
Semoga peringatan di pagi Jumaat ini mendapat iktibar untuk kita semua.
Wassalam

Ustazah sedang bersalam dengan cucu beliau. Sebanyak 3 buah kereta yang mengiringi beliau hingga ke Bagan Serai.

Assalam,
ReplyDeleteSemuga sehat sejahtera hendaknya.
Alhamdulillah. SEmuga perjalanan umrah abah emak tuan haji serta Ustazah di permudahkan Allah dan mendapat umrah yang mabrur.
semuga Allah rahmati tuan haji dan keluarga.
AJ
Alhamdulillah , semoga mereka semua mendapat umrah yg mambrur.
ReplyDeleteAssalamualaikum..
ReplyDeleteAlhamdulillah Tn Haji. Terima kasih atas tunjuk ajar.
Salam terima kasih atas gambar Ustazah Arbakyah...semoga beliau memperolehi umrah yg mabrur...insyaAllah....
ReplyDelete