Assalamualaikum,
Minggu lepas, saya di KL dari hari Sabtu tengah hari hinggalah ke Selasa tengah hari.
Saya mohon maaf kepada rakan rakan di KL yang saya tak sempat nak jumpa. Saya sepatutnya perlu berjumpa dengan Hj Amir dan Khairul Azwan dari Klang. Saya dah janji dengan mereka kalau saya ke KL, saya akan usaha untuk berjumpa dengan mereka.
Namun, Allah mempunyai perancangan lain buat saya.
Hari Ahad, mak mertua saya ajak saya balik kampung dia di Ayer Molek Melaka kerana ada jemputan kenduri. Saya hanya sampai balik ke KL jam 8 malam hari Ahad.
Hari Isnin pula, ada saudara Maria di Temerloh, Pahang yang meninggal dunia. Emergency.
BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPA
Kalau ditanyakan saya, memang saya tak larat nak drive ke Temerloh, Pahang. Saya agak penat. Hari Sabtu, saya drive dari Parit Buntar ke KL. Hari Ahad, KL-Ayer Molek-KL.
Tiba tiba, hari Isnin nak drive KL-Temerloh-KL pula.
Kalau ditanyakan saya, memang saya letih dan tak larat.
Tapi, bila dilihat wajah mak mertua saya yang ajak saya bawa kereta ke Temerloh, Pahang. Saya agak kasihan. Saya tahu, mak mertua saya memang berharap kepada saya untuk bawa dia ke sana.Bapa mertua saya pula tak berapa larat nak drive jauh jauh.
Perancangan asal, hari Isnin tu Maria dah atur tempat tempat yang dia nak pergi shopping. Tapi, semua plan perlu diubah kerana terpaksa balik ke Temerloh, Pahang.
Saya dah tak larat sebenarnya nak drive jauh jauh. Namun, ada dua faktor yang menyebabkan saya menggagahkan diri untuk ke sana.
Pertama, Rasulullah memang menyuruh kita menziarahi saudara kita yang meninggal dunia. Menziarahi orang mati tak perlu dijemput, kita perlu pergi terus ke rumahnya.
Yang Kedua, Rasulullah sentiasa menyuruh kita berbuat baik kepada ibu bapa.
Saya teringat satu kisah dimana, ada sahabat Rasulullah yang datang dan berjumpa Rasulullah serta bertanya soalan, "Ya Rasulullah, apakah amalan yang paling baik untuk aku lakukan?"
Rasulullah menjawab, "Berbuat baik kepada ibu bapa."
Saya rasa, saya perlu membawa mereka ke Temerloh. Inilah caranya untuk saya berbuat baik kepada mereka.
Sebelum pergi, saya menunaikan Solat Sunat Dhuha dan berdoa.
"Ya Allah, sekiranya Kau bertanya kepada ku kenapa aku mahu pergi ke Temerloh, setulus dan seikhlas hatiku mengatakan, aku pergi semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Aku mahu menziarahi saudaraku yang meninggal dunia ya Allah. Aku mahu berbuat baik kepada kedua ibu bapa mertua ku ya Allah.Ikhlaskanlah hatiku ke sana ya Allah. Permudahkanlah urusanku dan selamatkan perjalananku untuk pergi dan balik ya Allah."
Ikhlas saya katakan, saya pergi kerana permintaan emak mertua saya yang mahu saya bawa mereka ke sana.
Segala perancangan asal dibatalkan.
Sebelum pergi ke Temerloh, bapa mertua saya memberi botol air Livita kepada saya.
Saya berkata, "Saya berpuasa abah". Dia terkejut. Dia tak tahu yang saya berpuasa hari tu. Dan saya nak ke Temerloh dalam keadaan berpuasa.
"Tak palah. Puasa ni puasa sunat. Kalau saya tak larat nanti, saya buka la. Tapi, sekarang ni saya kuat lagi." Saya menjelaskan.
Air minuman Livita tu sengaja saya tinggalkan di rumah. Kalau saya bawa, ia akan jadi pemangkin untuk saya berbuka puasa pula.
BERTOLAK KE TEMERLOH
Saya pun tak tahu di mana Temerloh dalam peta negeri Pahang. Saya pun belum pernah ke sana. Saya cek dengan GPS, jaraknya dari KL sekitar 130km dan perjalanan akan mengambil masa sekitar 1 jam 45 minit. Ini berdasarkan maklumat daripada GPS.
Jam 10 pagi, kami bertolak pergi.
Sepanjang perjalanan ke sana, saya membuka CD Ceramah MP3 Ustaz Shamsuri sebagai halwa telinga kami semua. Saya memang dah selalu dengan ceramah tu, tapi saya nak beri peluang kepada ibu bapa saya untuk mendengar ceramah dari Ustaz Shamsuri pula.
Jam 12 tengah hari, kami tiba di Temerloh.
Thanks to Encik GPS yang membawa kami ke Taman Seri Indera dengan mudah. Syukur kepada Nya.
DI RUMAH JENAZAH
Semasa saya tiba di rumah jenazah, mayat sedang dimandikan.
Dikesempatan itu, saya membaca Surah Yasin untuk disedekahkan kepada arwah yang meninggal dunia.
Satu perkara yang agak kurang menyeronokkan saya. Orang yang hadir ramai yang bersembang sesama mereka. Ada yang bergelak ketawa. Seolah olah mereka tidak berada di rumah jenazah.
Rasa saya, masalah ni dah jadi kebiasaan dibanyak tempat. Ia sesuatu yang perlu diperbetulkan.
Saya teringat pesanan Ustaz Shamsuri mengenai adab adab menziarahi rumah orang mati.
Antaranya ialah jangan bergelak ketawa, jangan bersembang terlalu kuat, ucapkan takziah kepada keluarga si mati. Dan yang paling afdhal, bacalah sedikit surah untuk disedekahkan kepada arwah.
Saya membaca surah Yasin kerana, pahala membaca surah Yasin bersamaan dengan membaca seluruh Al-Quran.Pahalanya saya sedekahkan kepada si arwah yang telah meninggal.
JENAZAH SELESAI DIMANDIKAN
Habis saya membaca Yasin, Alhamdulillah. Jenazah habis dimandikan. Jenazah dibawa ke ruang tamu untuk dikapankan.
Memandangkan saya berada diluar rumah, saya terdengar ada sedikit masalah yang mereka hadapi.
Mereka tidak dapat menghubungi imam untuk mengimamkan solat Jenazah ini.
Sedangkan, pada waktu itu jenazah sudahpun dikapankan. Mereka pula masih tidak dapat menghubungi imam ditempat itu untuk mengimamkan solat jenazah.
"Mak long, kalau imam tak ada, saya boleh jadi imam Solat Jenazah nanti. Tapi, itu kalau imam tak adalah. Kalau imam di sini ada, bagilah keutamaan kepada mereka yang jadi imam nanti" saya memberitahu Mak Long Kamariah, emak saudara kepada arwah yang meninggal.
Mendengar pelawaan dari saya, Mak Long Kamariah terus memaklumkan kepada Mak Ngah Ani, ibu kepada arwah. Mereka bersetuju untuk melantik saya menjadi imam solat jenazah nanti.
HASIL DARI DIDIKAN KELUARGA
Syukur. Alhamdulillah. Hasil didikan daripada ibu bapa saya, saya tahu cara cara menguruskan jenazah.
Semuanya bermula di Kolej Mara Banting, sekitar tahun 1999. Saya menghadiri Kursus Pengurusan Jenazah oleh pihak Kolej. Ustaz yang memberi ceramah tu berjaya 'mengetuk' pintu hati saya untuk belajar menguruskan jenazah.
Ustaz menerangkan, urusan menguruskan jenazah ibu bapa yang terbaik dilakukan oleh anak anak mereka sendiri. Jadi, saya sebagai anak perlu belajar cara cara menguruskan jenazah.
Kursus itu hanyalah teori semata mata. Saya perlukan yang praktikal.
Setelah balik ke kampung semasa cuti semester, saya berjumpa dengan seorang Ustaz di kampung saya yang bertugas sebagai tukang mandi mayat.
"Ustaz Ishak, boleh tak tolong ajar saya cara cara memandikan mayat. Saya nak belajarlah. Hari tu saya dah pi kursus, tapi semuanya secara teori. Saya nak mandikan mayat yang betul," saya bertanya kepada Ustaz Ishak.
"Masya Allah, bagusnya ada anak anak muda yang nak belajar memandikan mayat ni. Nantilah, kalau ada orang meninggal, saya telefon kamu," balas Ustaz Ishak dengan nada yang gembira.
Selang 3 hari, ada orang yang meninggal di kampung saya. Lantas, Ustaz Ishak menghubungi saya untuk bersama beliau mengajar saya secara praktikal memandikan jenazah.
Pada peringkat awal, saya belajar cara cara memotong kain kapan, kemudian menyusunnya dan seterusnya melipatkan kain kapan itu.
Ustaz turut mengajar saya cara cara untuk memandikan jenazah. Kali ini, saya mandikan mayat yang sebenar.
Selepas itu, saya belajar dengan beliau menguruskan dua lagi mayat. Jumlah keseluruhan mayat yang saya uruskan bersama beliau adalah 3 mayat.
Syukur Alhamdulillah. Saya dah faham cara cara menguruskan mayat dari segi memandi dan mengkafankan jenazah.
"Ustaz, saya ucapkan terima kasih banyak banyak sebab ustaz sudi ajar saya. Saya rasa cukuplah kot 3 mayat yang saya uruskan. Saya rasa saya dah tahu sedikit sebanyak cara cara menguruskan jenazah ni"
Alhamdulillah. Saya sudah belajar cara cara menguruskan jenazah dari segi memandi dan mengkafankan. Kalaulah ada saudara mara saya yang meninggal, bolehlah saya yang uruskan.
Itu yang terbaik sebenarnya.
Semasa Kursus di Kolej Mara Banting, mereka turut mengajar cara cara menunaikan Solat Jenazah dan kemudian Bacaan Talqin.
Saya rasa ia sesuatu yang menarik untuk dipelajari.
Ustaz yang memberi ceramah menceritakan kisah pengalaman beliau ketika menghadiri solat jenazah. Solat Jenazah itu diimamkan oleh anak si mati. Beliau mengimankan solat jenazah emaknya.
"Adik adik, bila habis solat. Bila tiba masa baca doa. Anak muda ni baca doa dalam bahasa Melayu. Dia menangis masa baca doa. Habis semua jemaah yang bersolat ini turut menangis. Menghayati apa yang dia bacakan. Cuba bayangkan, anak sendiri yang mendoakan untuk ibu bapa. Ia jauh lebih baik dari imam masjid yang mengimankan jenazah itu. Sebab anak akan membaca doa dengan sepenuh hati.Dan doa daripada anak itu akan terus sampai kepada emaknya tanpa ada hijab," Ustaz menceritakan pengalaman beliau.
Saya terus berazam untuk memahirkan diri untuk menunaikan solat jenazah dan membaca doa selepas solat jenazah dalam bahasa Melayu.
Kemudian, saya sering mengikuti bapa saya yang selalu membaca Talkin apabila ada kematian dikampung saya. Saya belajar mengenai cara cara membaca talqin apabila mayat dikebumikan.
Alhamdulillah. Ilmu asas menguruskan jenazah ada dalam diri saya. Walaupun ia masih jauh daripada sempurna, tapi sekurang kurangnya saya tahu asas asasnya.
Pada waktu ini, saya hanya mahu belajar. Saya sendiri tak tahu bila ilmu ini akan dipraktikkan.
URUSKAN MAYAT SEPUPU
Sekitar 6 tahun lepas, sepupu saya meninggal dunia. Dan apabila tiba masanya, ustaz yang sepatutnya menguruskan mandi mayat dan kapan tak hadir pada masanya.
Saya berkata kepada ayah saya, "Abah, kalau Ustaz tu tak mai. Daus pun boleh mandi dan kafankan mayat ni. Bukan susah pun"
Namun, ayah saya tak yakin dengan kemampuan saya. "Tak pa, kita tunggu imam tu dulu," kata ayah saya.
Setelah menunggu lebih setengah jam. Mulalah ayah saya melihat kepada saya.
"Tak palah, hang uruskan lah mayat tu".
Terus saya memotong kain kafan, menyusun dan melipatnya kembali Dan terus menguruskan urusan memandikan jenazah. Dan kemudian mengkafankannya.
Alhamdulillah. Semuanya selamat diuruskan.
Pada waktu itu, baru saya rasa tak rugi dulu saya belajar menguruskan jenazah. Ilmu ini dapat juga dimanfaatkan dalam keadaan keadaan terdesak.
Sambungan....
DI RUMAH JENAZAH DI TEMERLOH
Setelah pihak keluarga si mati memilih saya untuk menjadi imam solat Jenazah, saya meminta semua saudara mara lelaki yang berada di situ untuk berwudhuk.
Saya bertanya kepada tuan rumah arah kiblat. Saya perhatikan keadaan jenazah. Jenazah itu berada dalam keadaan terbalik.
Saya memaklumkan mereka, untuk mayat lelaki, kepala mayat perlu berada di sebelah kiri jemaah yang menunaikan solat. Mereka segera mengalihkan kedudukan mayat seperti yang saya maklumkan.
Setelah semuanya berwudhuk, saya memberi sedikit taklimat ringkas kepada para hadirin.
"Assalamualaikum, tuan tuan yang dirahmati sekalian. Saya telah diamanahkan oleh pihak keluarga arwah untuk mengimamkan solat Jenazah hari ini. Sebelum kita memulakan solat jenazah hari ini,saya hendak memberi penerangan ringkas kepada kita semua sebagai ulangkaji Solat Jenazah." Saya memulakan sessi penerangan ringkas kepada para hadirin.
"Niat solat jenazah ialah Sahaja aku sembahyang ke atas ini mayat, empat takbir fardhu kifayah mengikut imam kerana Allah Taala".
"Selepas takbir yang pertama, kita akan membaca surah Al Fatihah. Kemudian kita akan bertakbir. Selepas takbir yang kedua. Kita akan membaca selawat seperti mana kita membaca selawat dalam tahiyat terakhir dalam solat. Kemudian kita akan takbir yang ketiga. Selepas itu, kita akan membaca doa ke atas jenazah ini. Kemudian bertakbir dan kemudian memberi salam"
Selesai penerangan ringkas kepada para hadirin yang akan menunaikan solat jenazah hari itu.
Bukan niat di hati saya hendak berlagak pandai. Tapi saya rasa saya perlu memberi penerangan ringkas kepada para hadirin. Takut takut ada yang terlupa mengenai cara cara menunaikan solat jenazah ini.
Saya memulakan solat jenazah.
Selepas selesai solat, saya membaca doa ke atas jenazah. Saya membaca doa dalam bahasa Melayu agar difahami oleh semua jemaah.
"Ya Allah, dihadapan kami ini adalah saudara kami ya Allah. Engkau telah pun menjemput dia untuk menemui Mu ya Allah.
Kami mohon kepada Mu ya Allah. Ampunkanlah dosa dia ya Allah. Ampunkanlah dosa dia ya Allah.
Kami mohon kepada Mu ya Allah, masukkanlah dia ke dalam syurga Mu tanpa dihisab ya Allah. Jauhilah dia daripada dimasukkan ke dalam api neraka Mu ya Allah.
Ya Allah, jauhilah dia daripada diseksa di alam kubur nanti ya Allah. Permudahkanlah dia untuk menjawab soalan mungkar dan nangkir Mu ya Allah. Terangilah kuburnya dengan cahaya Mu ya Allah. Janganlah Engkau biarkan kuburnya berada dalam kegelapan ya Allah.
Ya Allah, jadikanlah kuburnya sebagai salah satu daripada taman taman syurga Mu ya Allah. Janganlah Kau jadikan kuburnya sebagai salah satu daripada lubang lubang neraka Mu ya Allah.
Ya Allah, kami mohon kepada Mu ya Allah. Berilah dia peluang untuk mendapat syafaat Nabi kami, Nabi Muhammad S.A.W di padang Masyar nanti. Berilah dia peluang untuk minum air daripada telaga Al Kauthar. Mudah mudahan dengan minuman itu, dia tidak akan haus buat selama lamanya ya Allah.
Ya Allah, masukkanlah dia ke dalam 7 golongan hamba Mu yang mendapat rahmat Mu di padang Masyar nanti ya Allah.
Ya Allah, kami mohon kepada Mu ya Allah. Permudahkanlah dia untuk melintas titi siratul mustaqim nanti. Permudahkanlah dia sampai ke syurga Mu. Janganlah Kau biarkan dia terjatuh ke dalam lubang neraka Mu ya Allah.
Ya Allah, temukanlah kami semua kembali sebagai satu keluarga di syurga nanti ya Allah.
Ya Allah, yang terakhir sekali. Kami ingin mengucapkan selamat tinggal buat saudara kami ini. Semoga ia bahagia di sana nanti.
Ya Allah, jadikanlah kematian saudara kami ini sebagai peringatan kepada kami bahawa kami juga akan mati satu hari nanti. Jadikanlah diri kami semakin hampir kepada Mu.
Rabbana Atina Fiddun Ya Hasanah........"
Itulah doa yang saya baca selepas solat jenazah untuk saudara saya yang meninggal itu.
Alhamdulillah. Saya selesai melaksanakan amanah yang diberikan oleh waris si mati.
TIBA TIBA
Mak Long Kamariah datang kepada saya dan berkata, "Firdaus, nanti boleh tak tolong baca talkin sekali?"
"Masya Allah, saya mana ada bawa buku talkin ke sini mak long. Macam mana saya nak baca talkin. Mana saya hafal. Saya boleh baca, tapi kena ada buku talkin tu la. Kalau boleh cari buku talkin untuk saya, insya Allah saya boleh baca talkin tu"
Semua orang berfikir dimana nak cari buku talkin.
Kemudian saya terfikir. "Eh, mesti ada bacaan talqin dalam internet".
Terus saya buka phone saya, saya ON kan 3G dan taip di google "talkin bahasa melayu"
Malangnya, 3G tak da pula di situ.
Aduh. Macam mana ni. Saya try WIFI. Tapi, no connnection pula di situ.
Dalam kecuakan mencari internet connection, tiba tiba 3G timbul di phone saya. Dan saya berjaya jumpa talkin dalam bahasa Melayu.
Alhamdulillah. Saya dengan pantas copy talkin itu dan save kan di Notes. Takut takut talkin tu hilang.
"Ok Mak Long, Insya Allah. Saya dah jumpa talkin ni. Dan saya boleh baca di kubur nanti"
Ahli keluarga si mati lega seketika.
Mereka bertanya, "Macam mana nak angkat jenazah ini?"
Saya meminta adik beradiknya untuk mengangkat jenazah dan membaca Al Fatihah sebelum jenazah di bawa keluar dari rumah ke tanah perkuburan.
DI TANAH PERKUBURAN
Setiba di tanah perkuburan, ada ahli qariah di situ yang bertanya kepada saya, "Ustazkah yang akan baca talkin nanti?"
"Insya Allah, saya yang akan baca nanti"
Dalam hati saya, bila masa la saya jadi Ustaz.
Selepas itu, saya terus menjadi 'ustaz'.
"Ustaz, mayat ni nak masuk ke dalam kubur ikut posisi macam mana?" tanya salah seorang saudara di situ.
"Mana arah kiblat?" saya bertanya.
Mereka menunjukkan arah kiblat kepada saya.
Saya menerangkan, "Mayat akan dibaringkan dengan wajahnya menghadap kiblat dan bahu kanan di sebelah bawah. Bahu kiri di sebelah atas"
Saya sebenarnya tak sangka soalan ni akan ditanya kepada saya.
Syukur Alhamdulillah. Pengalaman saya yang lalu menguruskan jenazah membantu hari ini.
Selepas jenazah dibaringkan, saya meminta mereka untuk membuka balutan kain kafan di bahagian muka simati.
Kemudian, jenazah mula ditanam.
Saya perhatikan saudara mara si mati bersama sama menggali tanah untuk menimbus lubang kubur itu. Saya lihat mereka keletihan dan bertukar tukar orang.
Saya rasa kasihan dan terdetik di hati saya.
"Aku pun nak ambil pahala tanam mayat juga"
Lantas, saya mengambil cangkul dan mula menarik narik tanah di situ.
Saya berasa hairan, Kenapa saya berasa terlalu letih? Baru saya tersedar, "Masya Allah. Saya sedang berpuasa. Patutlah saya rasa letih"
Saya berhenti dari terus memberi cangkul itu kepada waris yang lain untuk meneruskan kerja kerja menanam. Sambil saya bersedia untuk membaca talkin.
Selesai jenazah ditanam. Saya menjemput ahli keluarga si mati untuk duduk di atas tikar bersama saya.
Saya mula membaca Surah Al Insan.
Kalau anda tanya saya kenapa saya baca surah ini? Ikhlas saya katakan. Saya pun tak tahu. Tapi saya selalu mengikuti ayah saya membaca talkin. Dia akan membaca surah ini dahulu.
Saya membaca surah Al Insan. Syukur saya masih hafal surah ini. Ia membantu. Di bantu dengan Al Quran dalam Iphone saya. Takut takut kalau saya tersalah baca.
Selesai membaca surah Al Insan. Saya mula membaca Talkin.
Kalau anda tanya saya, pernah tak saya baca talkin sebelum ini? Jawapannya. TAK PERNAH. Saya memang tak pernah membaca talqin sebelum ini. Saya tak berpeluang untuk membaca kerana tiada siapa yang nak beri peluang kepada saya. Lagipun, di tempat saya memang ada ramai imam yang menguruskan hal ini. Makanya, peluang untuk saya memang tertutup rapat.
Selesai membaca Talkin, saya membuat sedikit tahlil ringkas untuk si arwah.
Alhamdulillah. Segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan Allah.
Selesai segalanya. Saya lihat adik kepada arwah menangis dibahu ayahnya.
Saya teringat pesanan Prof Kamil. Pesanan yang sama saya berikan kepada adik itu.
"Adik, jangan menangis. Kalau adik betul betul sayang kepada abang, adik kena banyak berdoa agar Allah ampunkan dosa abang. Dan adik kena banyak baca Al Fatihah untuk disedekahkan kepada abang. Itulah tanda yang adik sayang kepada abang adik. Jaga solat 5 waktu. Berdoa banyak banyak selepas solat"
Selesai segalanya. Mak Long Kamariah datang kepada saya. "Terima kasihlah Firdaus. Tolong uruskan solat dan baca talqin"
"Alhamdulillah Mak Long. Allah yang hantar saya ke sini. Kalau ikutkan, saya dari Parit Buntar, datang ke KL. Datang Temerloh pulak.Allah yang gerakkan hati saya untuk datang ke sini hari ini. Alhamdulillah"
Selepas itu. Kami semua pulang kembali ke Kuala Lumpur.
PENGAJARAN
1. Saya rasa kita semua WAJIB mempelajari cara cara menguruskan jenazah. Belajarlah cara cara memandikan jenazah.Mengkafankan jenazah dan menjadi imam solat jenazah. Sekiranya ada ahli keluarga kita yang meninggal, sekurang kurangnya kita ada pengetahuan asas untuk menguruskan jenazah ini.
2. Seorang anak yang menguruskan jenazah ibu bapanya adalah yang terbaik. Inilah hadiah terakhir daripada kita untuk mereka. Takkan lah ini pun tak mampu kita nak lakukan kepada insan yang banyak berjasa kepada kita.
3. Tuan tuan, saya merayu. Berilah dorongan dan didikan kepada anak anak kita. Agar mereka ambil tahu mengenai pengurusan jenazah. Semoga bila kita mati satu hari nanti. Anak anak kitalah yang memandikan kita. Anak anak kitalah yang mengkafankan kita. Anak anak kitalah yang mengimamkan solat jenazah kita. Dan anak kitalah yang membaca talqin untuk kita.
4. Kita tak tahu bila kita akan guna ilmu ini. Sehinggalah berlaku 'emergency' macam kes saya ini. Barulah kita akan tahu betapa pentingnya untuk kita belajar pengurusan jenazah.
Saya mengambil masa sekitar 2 jam setengah untuk menaip entri ini. Saya sanggup meluangkan masa yang panjang sebab saya rasa bab ini teramat penting untuk saya kongsi dengan anda semua.
Ia FARDHU KIFAYAH ke atas kita. Insya Allah. Kalau ada kesempatan. Saya akan menceritakan kepada anda bagaimana kami adik beradik sekeluarga menguruskan jenazah kakak saya yang meninggal dunia.Kami lakukan semuanya.
Semoga, kita semua mendapat iktibar daripada apa yang saya ceritakan.Kalau tiada tindakan daripada anda. Maka sia sialah saya meluangkan masa 2 jam setengah hari ini menaip entri ini.
Semoga kita semua semakin hampir kepada Nya.
Amin. Wassalam

Assalam,
ReplyDeleteSemuga dalam kasih sayang Allah bersama keluarga yang di kasihi.
Banyak pengajaran yang tuan haji kongsi dengan kita warga MFUAD.
Semuga tuan haji dan keluarga dalam peliharaan Allah.
Jazakaullah
AJ
Terbaik bro...
ReplyDeleteSemoga intipati cerita disini sampai kehati anak muda lelaki dan wanita, mahupun org veteran yg mempunyai anak muda utk di ikuti dan diamali.
barakallahumma
alhamdulillah...besar pahala hang dapat...xpala x dpt jumpa pun..insyaallah..panjang umur lain kali bole jumpa...mudah2han Allah bukakan hati aku untuk meniru sifat2 hang yg baik ni....
ReplyDeleteInsyaAllah , akak sedang cuba mendidik anak lelaki akak dalma pengurusan jenazah..mudah-mudahan Allah permudahkan...
ReplyDeleteSalam.
ReplyDelete1. Thanks AJ sebab doakan sy. Semoga Allah memberi yg sama kpd AJ.
2. To anonymous. Itulah matlamat sy. Semoga kita semua mendapat iktibar.
Wassalam
Alhamdulillah, moga rahmat Allah bersama Firdaus sekeluarga. Practice makes perfect. Imam2 kita patut ambil apprentice utk solat dan uruskan jenazah, bagi keyakinan pada yg muda utk menghadapi situasi penting sebegini. Doa saya agar terbuka hati imam/pengurus2 jenazah membuka jalan utk anak2 muda. Syabas Firdaus.
ReplyDeleteAlhamdulillah... Perkongsian yg Sgt bail.. Jazakallahu khair
ReplyDelete