Assalamualaikum,
Kenapa Tak Update Blog
Ada yang menghantar mesej kepada saya kenapa saya dah lama tak update blog.
Sebenarnya. Saya terkecil hati dengan salah seorang pembaca blog ini.
Dia merupakan sahabat baik saya.
Dia datang berjumpa saya dan berkata saya seolah olah membuang masa dengan mengupdate blog ini.
Dia berkata banyak lagi perkara lain yang lebih berfaedah untuk saya buat. Lebih penting dari saya menyibukkan diri saya dengan update blog.
Kali pertama. Saya bersabar. Namun, hati saya sedikit tawar untuk update blog dengan 'cemuhan' sahabat ini.
Selang seminggu, beliau berjumpa saya sekali lagi dan berkata perkara yang sama.
Aduh... Sakit jiwa saya.
Saya fade up. Saya ambil keputusan. Saya hold dulu. Saya malas nak update blog.
Inilah puncanya. Blog saya tak tersentuh hampir dua minggu.
Padahal. Banyak perkara yang ingin saya kongsikan dengan para pembaca.
Saya harap, sebagai sahabat yang rapat dengan saya. Beliau tak lagi men'down'kan saya selepas ini. Kalau tak nak baca blog saya. Saya tak kisah. Tapi, jangan la kata banyak lagi perkara lain yang lebih penting dari update blog.
Rasuah Oh Rasuah
Dalam dua minggu ini. Saya asyik 'tersembang' dengan orang berkaitan Rasuah.
Kes Pertama
"Minta maaf la Firdaus. Saya sibuk sikit sekarang ni. Banyak buat projek dengan Syarikat XX," saya bercakap dengan seorang sahabat melalui telefon.
"Bagus tu. Dapat projek dengan Syarikat XXX. Bukan senang nak dapat projek depa" saya membalas.
"Nak dapat projek ni, kena bagi 'komisen' sket kat orang dalam. Baru boleh dapat projek tu. Alah. Cakap 'komisen' pulak. Cakaplah rasuah. Senang sket,' sahabat saya menerangkan sambil ketawa kepada saya.
Dalam hati saya. Masyaallah. Kenapalah sampai ke tahap ni. Sampai kena bagi rasuah untuk dapat satu satu projek.
Mungkin. Ini realiti masyarakat Malaysia hari ini.
Kes Kedua
Sedang saya bersembang dengan seorang sahabat yang merupakan seorang kontraktor di Parit Buntar, beliau menerima panggilan telefon.
"Bos, lori kita kena tahan dengan JPJ," ujar suara di dalam telefon.
"La, macam mana boleh kena tahan. Kan kita dah bayar bulan," sahabat saya membalas.
"Ni dah luar kawasan bos. Kena tahan dengan JPJ dari tempat lain. JPJ dari XXX."
"Tak pa. Nanti aku setel," sahabat saya menjawab.
Beliau terus membuat panggilan telefon kepada sahabatnya yang lain.
"Bob, kalau JPJ dari XXX. Hangpa biasa kautim dengan siapa?"
"Dengan XXX."
"Hang tolong setelkan kes aku ni sat. Ni no phone driver lori. JPJ tengah tahan lori aku tu. Hang tolong call bos JPJ tu. Bagitau anak buah dia tahan lori aku"
"Ok."
Masya Allah. Sekali lagi saya nampak. Dengan terang. Pihak JPJ MEMAKAN RASUAH. Untuk melindungi lori lori yang dibawah 'penjagaan' mereka selepas mendapat bayaran tetap secara bulanan.
Saya bertanya kepada sahabat saya, "Kalau nak buat projek macam ni, kalau tak bayar rasuah tak leh ka?"
"Kalau tak mau bagi rasuah. Jangan dok buat projek la. Memang dah 'nature' dia macam tu. Kalau tak, lori tak boleh jalan.Ada saja pihak JPJ nak cari pasal."
Sekali lagi saya nampak. Seorang sahabat yang kaya. Tapi terpaksa memberi rasuah. Tak tahulah di akhirat nanti. Yang memberi dan yang menerima rasuah. Macam mana nak menjawab di hadapan Allah.
Kes Ketiga
Ketika lori ayam sedang mengambil ayam di reban ayam saya, saya bertanya kepada driver lori.
"Wan, hangpa bawa lori ayam bakul tinggi macam ni tak takut kena tahan ngan polis ka?"
"Rileks la bang. Tauke kami dah kautim siap ngan polis trafik.Bayar bulan. Sebulan RM150 untuk satu lori. Kami ada 4 lori. Tapi, semua nombor plate lori kami sama. Jadi, bila kena tahan. Bagi tau aja kat trafik tu. Sebut nama Koperal XXX. Nanti dia lepas. Alah, dah banyak kali kami kena tahan. Kalau setakat dengan polis trafik. Kami senyum aja. Koperal tu cover kami dari Alor Setar sampai ke Kuala Kangsar."
"Kira berbaloi la bayar RM150 sebulan. Kalau tak. Langsung tak boleh nak buat kerja.Lori tak leh jalan"
Masya Allah.Ini lagi satu kes yang berlaku secara terang terang. Penjelasan secara terus dari yang terlibat dengan rasuah.
Tak dapat saya bayangkan. Macam manala pegawai trafik ni nak menjawab di akhirat kelak.
Apa la nasib anak dan keluarga polis trafik yang terlibat ni.Makan dari sumber yang HARAM. Macam manalah anak anak mereka nak menjadi anak yang soleh dan solehah kalau diberi makan dengan makanan yang bersumberkan yang haram.
Kes Keempat
Siang tadi. Saya menjual kesemua baja tahi ayam saya. Alhamdulillah. Selesai semuanya.
Kebiasaannya, saya akan menyewa lori dari seorang kontraktor di XXXX. Saya dah biasa dengan dia.
Hari ini, mereka datang dengan dua lori untuk menghantar baja tahi ayam saya kepada pelanggan saya.
Dan mereka buat 3-4 trip hari ini.
Semasa mereka datang ke reban untuk trip terakhir. Mereka menceritakan pengalaman mereka di tahan oleh polis trafik di XXX.
Kesalahan mereka adalah membawa barang lebih muatan. Kedua dua lori melakukan kesalahan yang sama. Lori kedua lebih teruk. Pemandunya tidak mempunyai lesen lori.
Mereka menceritakan, polis trafik yang tahan mereka sebenarnya kawan mereka yang tinggal sekampung. Tapi masih nak tahan mereka juga.
Tahu tak apa yang diminta oleh polis ini untuk melepas mereka daripada di tahan?
"Air Daun Ketum"
"Kira oklah bang. Polis ni minta air daun ketum. Baru RM6 sebungkus. Dia suruh kami pi hantar kat rumah dia malam ni"
Saya terkejut.
Takkan polis pun minum air daun ketum.
"Awat abang terkejut? Ingat semua polis trafik baik ka?"
Perbualan kami terhenti di situ.
Kes Kelima
Saya mempunyai seorang sahabat yang adiknya bekerja sebagai seorang polis trafik.Beliau dari keluarga orang yang beragama.
Ia menarik bagi saya. Kerana saya nak tahu macam mana beliau nak mengelak dari terlibat dengan rasuah bila dah bergelar seorang polis trafik.
Saya bertanya kepada sahabat saya mengenai adiknya berkaitan rasuah.
"Hmmm.. Susah nak cakap la Firdaus. Adik aku kata. Dah tak leh nak elak dah. Mula mula memang dia tak mau. Tapi, semua orang dalam kumpulan dia ambil. Dia pun terpaksa ambil. Bila depa ada satu satu road block. Depa dah buat target. Misalnya, operasi untuk malam tu. Setiap orang perlu dapat RM200 seorang. Kalau mereka bertugas 5 orang. Hasil kutipan untuk malam itu mesti dapat RM1000. Kalau dapat RM1000, baru depa akan cool down"
"Adik aku kata, dia tak guna duit tu untuk makan anak isteri dia. Dia cuma guna duit tu untuk bayar duit kereta ngan rumah saja"
Aduh.... Sama lah tu. Mungkin pada mata mereka boleh guna duit HARAM tu untuk kereta dan rumah. Masya Allah. Dangkalnya pemikiran umat Islam hari ini.
Harapan
Cumanya, saya terfikir. Apalah yang nak jadi dengan masyarakat kita hari ini. Gejala rasuah berleluasa di sana sini. Macam mana agaknya nak mengatasi gejala rasuah ni.
Bagi saya, secara peribadi.
Punca rasuah berleluasa di Malaysia adalah kerana kurangnya pendedahan agama kepada kita semua. "Rasuah" dalam bahasa lembutnya disebut komisen atau hadiah. Ini tidak menampakkan ia satu kesalahan.
Mungkin, gejala sosial dikalangan remaja hari ini berpunca daripada ibu bapa yang memberi makan kepada anak dan isteri mereka makan daripada sumber yang tidak halal.
Kalaulah ada diantara pembaca blog ini yang terlibat dengan rasuah. Saya berharap. Sama samalah kita semua bertaubat dan berazam untuk tidak terlibat dengan rasuah.
Ingatlah, sekali kita terlibat. Kita akan rasa susah untuk berhenti. Kalau tak pernah, jangan sesekali mulakan.
Semoga entri kali ini mendapat pengajaran kepada kita semua.
Wassalam

salam firdaus.....teruskan berblog...aku pasti ianya hanya memeri faedah bagi mereka yg tahu menghargai...kalo kwn baik sendiri duk kutuk, abaikan saja..mungkin dia x nmpak kebaikan berblog ni..tapi aku yakin, x bnyk sedikit aku dan org2 lain pon mendapat manfaatnya...insyaallah....
ReplyDeletemajupuyuh
Assalamualaikum.
ReplyDeleteJika tidak kerana blog encik, mungkin Allah tidak akan memberi saya semangat utk berniaga.
Terima kasih En.Firdaus.
Teruskan blogging ^_^
En. Firdaus,
ReplyDeleteTeruskan menulis. Saya dapat banyak ilmu dan info dari blog ini.
Assalamualaikum En Firdaus,
ReplyDeleteHarap dapat teruskan menulis blog..sy suka dengar nasihat dan pengajaran dr cerita tuan..
Firdaus, ni baru sedikit cabaran.. Jgn cepat kalah ya!
ReplyDeleteAssalamualaikum Haji Firdaus..
ReplyDeleteTeruskan menulis pnglman anda d blog nih..sy dh ikuti blog ini dr awal smpi la nih..byk ilmu yg sy dapat n Insyaallah akn memulakan penternakan ayam sperti sdr.sedikit masa lg..
Brkenaan dgn rasuah tu nmpknya mmg sdh mnjadi barah dlm msyrakt kita.Sy rsa semua tahu mmberi dan menerima rasuah itu haram..tp dsbbkn sikap mngmbil mudah dn sdh berakar umbi dari prngkt bwahan smpaila atasan..hnggala ke pmimpin2 skrg..
Assalammualaikum Tuan Haji,
ReplyDeleteSaya pembaca senyap. Sila teruskan menulis sampai bila2. Banyak ilmu dunia n akhirat yg dikongsikan. Semoga ALLAH memberkati hidup Tuan Haji. Ameen.
Firdaus, teruskanlah menulis... pedulikan kata-kata orang. Hang bagi ilmu pada kami, hang bukan menulis benda tak berfaedah. Banyak manfaat kami dapat dari blog ini, malah kami kongsikan kepada sahabat lain. Hang dapat pahala.. kami pun dapat pahala.. pahala kongsi ilmu...
ReplyDeleteAssalamualaikum Firdaus.. saya juga pembaca senyap blog ni.. bila2 rasa iman depleting, dan bila2 rasa down, Insya Allah selalunya akan terinspirasi utk berlumba2 melakukan perubahan & kebaikan semata2 kerana Allah. Alhamdulillah, saya baca semua post travelog haji saudara, dan saya sgt terkesan. Insya Allah, saya dan suami akan menunaikan fardhu haji pada tahun ini. Terima kasih yang tidak terhingga, atas usaha tuan haji menyeru kami menunaikan haji ketika usia masih muda. Semoga Allah jua yang membalas usaha saudara, dan memberi kebaikan di dunia & akhirat. Ameen..
ReplyDeleteSemoga sentiasa bersemangat untuk berblog..banyak manfaat buat pembaca2 lain..lakukan kerana Allah SWT..jangan hiraukan komen negative Dari orang lain..sebagaimana juga prof..bukan semua orang menyukai tulisan dia kalau orang tu lihat Dari sudut negative..insyaAllah, Allah Maha Melihat usaha Anda..
ReplyDeleteilmu tuan tu berguna utk pengikut bloq tuan
ReplyDeleteSalam tuan firdaus, teruskan menulis kerana ilmu yg di beri banyak memberi kesan yg baik kpd pembaca. Bukan sahaja dalam bidang perternakan tapi secara jujurnya saya gunakan ilmu ini dlm bidang pertanian. InsyAllah sasaran hasil pertanian saya menyamai hampir 50% pendanpatkan kerja tetap. Bagaimanakah saya melakukan? Salah satunya ialah ilmu yang Allah swt bagi pada tuan.
ReplyDeleteTentang sumber subahah spt rasuah wang dll banyak yg kita lihat kesan di sekeliling kita. Paling ketara anak2 degil, kurang cerdik dan suka melawan ibubapa.
Sdr Firdaus...
ReplyDeleteYang baik perlu diteruskan.
Halangan itu cabaran & ujian.
Solat dhuha, membaca alquran, berpuasa sunat & qiamullail adalah amalan mulia.
Melalui blog anda kami perolehi!
Wassalam.
Assalamu alaikum,
ReplyDeleteInsha Allah teruskanlah blogging, kami pembaca (terang mahupun silent seperti saya) yang memperoleh banyak manfaat.
Semoga Allah membalasnya berlipat ganda, aamiin..
TOLONGLAH JANGAN BERHENTI UPDATE BLOG TUAN. SAYA MERAYU... T.T
ReplyDeleteAssalamualaikum Tn Haji,
ReplyDeleteTn Haji selalu bercerita bahawa Allah menduga kita.
Jadi itu hanya lah dugaan dari nya.
Teruskan berblogging. Saya akan terus membaca dan mengambil iktibar.
Wassalam.
Assalamualaikum wbt,
ReplyDeleteSemoga Allah sentiasa merahmati Tuan Haji dan keluarga.
Saya juga pembaca senyap blog ni.teruskan menulis kerana tuan menyampaikan ilmu dan "banyak hati" telah terkesan dengan tulisan tuan.kita mencari redha allah bukan mencari redha manusia.semata-mata kerana Mu Ya Allah.
wassalam
Assalamualaikum,
ReplyDeleteWeh, firdaus.....
Tak sangka hang nie senang sangat 'tersentuh perasaan'....
Aku rasa sahabat hang x faham apa yang hang ingin sampaikan kepada pembaca.... sebab selama aku baca blog hang nie, aku rasa semuanya berunsurkan ilmiah... so, bagi aku ia bagus... sebab hang nie jenis x kedekut ilmu....
teruskan usaha hang nie... aku sendiri ambil pengajaran dan ikhtibar dpd blog hang.....
Sahabat yang baik akan sentiasa menyokong perkara-perkara baik yang kita lakukan.... ;)
Hmmm...Encik Firdaus, kesemua 5 jari tangan kita bukanya sama panjang... Manusia pun begitu juga. Apa boleh kita buat? Mereka sendiri kena fikir keburukkanya nanti. One must face the consequences resulting from their action. It may be good or bad. For every action there is a reaction!! Betul tak?? ;) Regards, mohan
ReplyDeleteAssalam,
ReplyDeleteSemuga dalam limpah rahmat Allah.
Teruskanlah update blog tuan haji.
Ilmu yang dikongsi dalam blog tuan haji banyak memberi menafaat kepada warga MFUAD.
Ungkapan dari FB Dr Hj Tengku Asmadi ".... Usaha mengajak kepada kebaikan itu tanggung jawab bersama."
Semuga Allah beri ilham bagi terus menulis bagi tatapan kami semua. Semuga dalam redha Allah.
Illal liqo'
Assalamualaikum Semua,
ReplyDeleteTerima kasih atas sokongan yang anda berikan.
Terima kasih atas nasihat yang dilontarkan.
Semoga kita semua dapat melakukan segalanya semata mata kerana Allah.
Semoga kita semua semakin hampir kepada Nya.
Wassalam