Assalamualaikum,
Memandangkan semalam hari Isnin, ditambah pula kita sekarang ini berada dalam bulan Rejab. Maka saya tidak melepaskan peluang untuk berpuasa sunat hari Isnin.
Cuaca semalam amat panas. Memang mencabar bagi orang yang berpuasa. Ditambah dengan saya bergerak ke hulu ke hilir untuk membuat kerja. Agak meletihkan.
Di merata rata tempat sekitar Parit Buntar terdapat Banner "Kuliah Maghrib Ustaz Shamsuri" di Surau Taman Kerian. Sudah pasti ramai yang mengetahuinya. Sudah pasti ramai yang membacanya. Namun, hanya sebilangan sahaja yang Allah beri hidayah dan kelapangan untuk ke sana.
Saya amat meminati Kuliah Ustaz Shamsuri. Ini kerana, pada pandangan saya. Akhlak saya banyak 'dididik' selepas mendengar ceramah beliau. Saya mempunyai koleksi ceramah Ustaz dalam 200 buah ceramah dalam bentuk MP3. Dan saya akan dengar ceramah ini semasa berada di dalam kereta.
Ia penting. Pertama, saya kurang masa untuk pergi mendengar ceramah di masjid masjid lain. Yang kedua, ia banyak membantu saya. Daripada saya mendengar Hot FM, Suria FM, Era FM. Jauh lebih manfaat jika saya mendengar ceramah Al Fadhil Ustaz di dalam kereta semasa memandu.
Dan banyak kata kata Ustaz yang mengetuk pintu hati saya untuk lebih mendekati Allah. Sebab itulah saya tak boleh lepaskan peluang jika ada kuliah Ustaz Shamsuri di Parit Buntar.
Tepat jam 7.29 malam, saya berbuka puasa di rumah. Saya terpaksa berbuka dengan cepat kerana selepas itu saya perlu segera ke Surau di hadapan rumah saya untuk solat Maghrib berjemaah. Dan seterusnya saya perlu bergegas ke Surau Taman Kerian bagi mengikuti Kuliah Bulanan Ustaz Shamsuri.
Saya mengajak tiga orang sahabat saya untuk turut serta bersama saya. Namun, Allah hanya bagi kelapangan kepada salah seorang daripada mereka. Maka, kami pergi berdua.
Setiba di Surau Taman Kerian, saya masih terasa lapar.Mungkin, masih belum cukup makan semasa berbuka tadi.Malangnya, saya hanya bawa duit RM1.40 sahaja. Itupun diambil dari laci dalam kereta. Saya buat keputusan untuk membeli Kuih Pau Kaya.
Selepas makan, saya rasa saya perlukan air. Rasa nak tercekik makan Kuih Pau tak ada air. Kawan saya tergelakkan saya yang kehausan.
Memandangkan duit tidak di bawa. Saya terpaksa minum air paip sahaja. Masya Allah. Punyalah tak sedap air paip tu. Rasa payau semacam sahaja.
Selepas itu, saya mula mengambil tempat di dalam surau.
Pada waktu ini, di dalam surau memang sudah penuh dengan para jemaah. Saya tak peduli, saya mahu masuk juga ke dalam surau dan Alhamdulillah. Allah sediakan tempat untuk saya tidak jauh dari tempat Al Fadhil Ustaz Shamsuri berceramah. Tempat yang berkipas.Syukur kepada Nya.
Semasa mendengar ceramah, saya terasa haus.
Hmmm.. Di manalah nak cari air waktu waktu macam ni.
Tiba tiba saya teringat. Saya nak minum air yang paling berkat di dalam surau itu pada malam ini. Air dari gelas Ustaz Shamsuri.
Saya sudah memahami Ustaz Shamsuri. Dia tidak akan habiskan air dari gelas minumannya. Dia akan tinggalkan separuh dari gelasnya untuk anak muridnya minum.
Saya memang dah selalu buat 'kerja' macam ni.
Semasa kuliah sedang berlangsung, saya berdoa di dalam hati saya.
"Ya Allah, pastikan aku dapat minum baki air ynag Ustaz Shamsuri tinggalkan"
Selepas habis kuliah, saya segera bergerak ke hadapan menuju ke meja Ustaz. Dan Alhamdulillah. Allah perkenankan doa saya. Saya yang pertama mencapai gelas Ustaz itu walaupun saya yakin ramai yang turut berebut kerana mahukannya.
Sebelum minum. Saya berdoa.
"Ya Allah, kau fasihkanlah lidah aku untuk berbicara seperti Kau fasihkan lidah Ustaz Shamsui berceramah"
Doa yang sama yang saya akan baca setiap kali saya mahu minum air tinggalan Ustaz. Semoga akan mengalir sedikit keberkatan yang ada dalam diri ustaz kepada saya.
Semoga saya juga dapat menyampaikan ilmu agama kepada orang ramai seperti mana yang ustaz lakukan.
Pengisian Kuliah
Apa yang saya ceritakan di atas tidaklah penting. Apa yang saya ingin kongsikan dengan para pembaca sebenarnya adalah isi kuliah yang saya dapat malam tadi.
1) Kisah Amru Bin Luhail
Semasa peristiwa Israk dan Mikraj. Nabi Muhammad S.A.W telah diperlihatkan di neraka keadaan Amru bin Luhail yang diseksa.Nabi telah nampak Amru Bin Luhail di dalam neraka dalam keadaan beliau berjalan dan mengheret urat perutnya yang terburai akibat di seksa.
Siapa Amru Bin Luhail ini?
Amru bin Luhail merupakan seorang pembesar di Mekah sebelum kelahiran Nabi Muhammad. Beliau merupakan seorang yang amat berpengaruh di Mekah dan orang ramai akan mengikut apa yang beliau cakapkan.
Pada waktu itu, penduduk di Mekah beragama Islam hasil peninggalan daripada agama Islam yang diajar oleh Nabi Ibrahim dahulu.
Beliau seorang peniaga yang hebat. Suatu hari beliau pergi berniaga ke Syam.
Di sana, beliau nampak penduduknya menyembah berhala.Dan penduduk di sana pula mempengaruhi beliau dengan mengatakan keadaan di Syam bertambah aman dan maju selepas mereka semua menyembah berhala.
Dipendekkan cerita. Beliau terpengaruh dengan dakyah itu dan beliau membawa balik sebuah patung ke Mekah dan meletakkannya di dalam Kaabah untuk disembah oleh penduduk di Mekah.
Disitulah bermulanya penduduk di Mekah kembali menyembah berhala.
Dan disebabkan beliaulah yang memulakan penyembahan berhala dan diikuti oleh orang ramai di Mekah. Beliau menangggung dosa semua orang yang menyembah berhala di situ.
Disebabkan itulah beliau diseksa dengan amat dasyat di neraka sehingga urat perutnya terburai dan terpaksa diusung urat perutnya di dalam neraka.
2) Kisah Qabil
Qabil merupakan orang pertama yang menumpahkan darah di muka bumi ini. Beliau lah yang memulakan pembunuhan ke atas saudaranya Habil.
Disebabkan beliau yang memulakan pembunuhan. Maka, semua dosa orang yang membunuh orang lain dari dulu sehinggalah ke hari Qiamat akan turut 'dilaburkan dosanya' kepada beliau.
Pengajaran
Pengajaran penting di sini ialah, kita jangan sesekali menjadi orang yang mula melakukan dosa dan maksiat di muka bumi ini. Jika apa yang kita lakukan itu diikuti oleh orang lain. Maka, dosanya akan berterusan dikenakan ke atas kita selagi orang itu tidak bertaubat. Dan jika orang itu mengajar orang lain melakukan dosa yang sama, maka 'saham dosa' kita akan terus berkembang.
Sampai bila?
Kita akan terus menangggung dosa itu selagi mana ada orang yang melakukan dosa itu hasil daripada 'didikan' atau ajakan kita.
Mahukah kita diseksa seperti Amru Bin Luhail? Nauzubillah.
3) Kisah Abdul Rahman Bin Auf
Abdul Rahmana bin Auf merupakan seorang sahabat Nabi yang amat kaya. Beliau amat bijak berniaga sehingga beliau menjadi saudagar yang amat kaya. Dan kekayaannya banyak disumbangkan kepada Islam pada waktu itu.
Islam tidak menghalang ummatnya untuk menjadi kaya. Tetapi, Islam mahu kekayaan yang kita cari daripada sumber yang halal dan dibelanjakan ke jalan yang sewajarnya.
Pada suatu hari, Rasulullah telah bermimpi. Rasulullah ternampak di dalam mimpinya Abdul Rahman Bin Auf dihisab begitu lama ketika di Padang Mashyar. Dalam mimpi itu, Rasulullah nampak Abdul Rahman Bin Auf sekali lagi 'tersangkut' begitu lama di pintu syurga sebelum dibenarkan masuk ke dalam syurga.
Setiba di syurga, Abdul Rahman Bin Auf terus menuju kepada Rasulullah dan berkata, "Saya dihisab begitu lama.Sampai saya rasa saya macam dah tak dak peluang untuk bertemu dengan Tuan Hamba (Rasulullah) di syurga ini."
Ustaz mengajak kita semua berfikir.
Adakah segala harta yang kita peroleh selama ini diperoleh melalui jalan yang halal?
Adakah kita pernah menipu orang lain dalam usaha kita untuk mencari rezeki dimuka bumi ini.
Jika kita bekerja dengan syarikat, adakah kita berkerja mencukupi masa yang ditetapkan. Atau kita banyak berehat dalam ruang waktu yang sepatutnya kita bekerja.
Pernahkah kita memberi atau menerima rasuah dalam melakukan kerja kerja kita?
Jika kita ada mencari rezeki dengan cara yang tidak halal, maka tunggulah. Kita akan dihisab dengan amat dasyat sekali di akhirat kelak.
Jika ada sebelum ini kita melakukan dosa dalam mencari rezeki, maka bertaubatlah. Perbanyakkan sedekah. Semoga Allah menerima taubat kita semua.
Semoga apa yang saya sampaikan ini mendapat manfaat untuk kita semua. Semoga kita dapat sebarkan agama Allah ini tak kiralah melalui apa cara sekali pun.Semoga usaha kita yang kecil ini kelihatan besar disisi Allah di akhirat kelak.
Wassalam.

salam Tuan Haji...
ReplyDeleteAkak juga berpeluang mengikuti kuliah ustaz semalam walaupun agak lewat...surau masih dlm pembaik pulih bhgian muslimat sesak teruk sbb bhgian atas surau di tutup...sama2 kita imarahkan surau kita
Salam Kak Hafizah,
ReplyDeleteMungkin kak boleh tambah sket lagi apa yang Ustaz ceritakan malam tadi.
Sama sama kita dapat manfaatnya.
Wassalam
* Tak sangka orang Parit Buntar pun ada gak yang baca blog saya.
Assalam,
ReplyDeleteSemuga sehat sejahtera di samping keluarga.
Membaca catatan tuan haji kali ini, menyetuh perasaan. Semuga kita dilindungi Allah dari sifat sebegini. Nauzubillah.
Semuga tuan haji dan keluarga serta warga MFUAD dalam rwdha Allah.
AJ