Assalamualaikum,
Berakhir sudah Euro 2012.
Ramai di kalangan kita yang sanggup bersengkang mata untuk menonton perlawan bola sepak seawal jam 3 pagi dan berakhir sekitar jam 5 pagi.
Saya bersyukur kepada Allah. Allah dah hilangkan perasaan 'cinta' menonton bola sepak dalam diri saya.
Untuk Euro 2012 kali ini, tiada satu perlawanan pun saya tonton secara langsung. Kalau saya nak tengok pun, saya hanya menonton siaran ulangan di siang hari. Itu pun kalau saya ada kelapangan.
Pendek kata, saya tak rasa rugi kalau tak menonton mana mana perlawanan untuk Euro 2012 kali ini.
Kisah Pada Tahun 2000
Semasa di peringkat sekolah menengah, di kolej dan di universiti, saya memang minat bola sepak. Pasukan kesukaan saya adalah Manchester United & England.
Saya tidak akan melepaskan peluang untuk menonton semua siaran yang membabitkan pasukan ini walaupun ia berlangsung di awal pagi.
Ketika di Kolej Mara Banting, saya pernah 'terlepas' satu siaran langsung melibatkan Manchester United. Dan saya terasa amat rugi kerana tidak menonton siaran itu.
Hinggakan saya berkata kepada sahabat saya, Tazli.
"Tazli, hang tau tak apa perasaan aku terlepas tengok perlawanan Manchester United malam tadi?"
"Apa yang hang rasa?" Tazli bertanya kepada saya.
"Aku rasa rugi. Rugi seperti mana orang Alim yang mencintai untuk bersolat Tahjud setiap malam dan terlepas untuk bangun menunaikan Solat Tahjud. Itu yang aku rasa," saya menjawab kepadanya.
"Masya Allah. Hang jangan samakan keseronokan menonton bola sepak dengan Solat Tahjud. Baik hang istighfar banyak banyak," nasihat Tazli kepada saya.
Itulah saya dahulu.
Saya sanggup berjaga malam untuk menonton bola sepak.
Tapi sayang. Saya hanya bangun untuk menonton bola sepak. Namun, saya tak mampu nak bersolat tahjud.
Jahilnya saya pada waktu itu. Dan kejahilan saya ini berlarutan sehinggalah tahun 2011.
Doa Ketika Menunaikan Haji
Ketika menunaikan haji pada tahun 2011, saya berdoa kepada Allah dihadapan Kaabah.
"Ya Allah, aku mohon kepada Mu. Aku ingin menjadi hamba Mu yang soleh. Aku mahu berubah. Berubah untuk mendekatkan diriku kepada Mu. Aku mohon kepada Mu, selepas aku pulang dari menunaikan haji nanti. Hilangkanlah perasaan di hati ku daripada melakukan perkara perkara yang tidak berfaedah. Aku mohon kepada Mu, dorongkanlah hati ku untuk menunaikan Solat Tahjud setiap malam"
Ini adalah sebahagian daripada doa yang saya baca ketika di Tanah Suci dahulu.
Dan syukur kepada Nya. Allah memperkenankan permintaan saya.
Selepas Haji
Selepas saya pulang dari menunaikan haji, Allah hilangkan rasa cinta saya untuk menonton bola sepak. Saya amat bersyukur kepada Nya.
Selepas pulang dari menunaikan haji, saya langsung tidak pernah bangun malam untuk menonton sebarang perlawanan bola sepak pada waktu malam.
Saya akan rasa bersalah.
Apa yang terasa di hati saya. Daripada saya menonton bola sepak ini, lebih baik kalau saya bangun untuk menunaikan solat sunat Tahjud. Ia jauh lebih bermanfaat untuk saya. Ia memberi kebaikan kepada saya di dunia dan di akhirat.
Kesan Haji
Apa yang saya lakukan sepanjang berada di Tanah Suci selama 45 hari ketika menunaikan haji benar benar memberi kesan kepada hidup saya sekarang ini.
Saya amat bersyukur kepada Allah. Kerana Allah memilih saya untuk menunaikan haji pada usia muda.
Ini bermaksud, saya 'tersedar' lebih awal. Saya lebih 'bijak' untuk meletakkan keutamaan dalam membuat keputusan terutama jika keputusan yang saya mahu lakukan itu bertembung antara kehendak 'dunia' dan 'akhirat'.
Saya sedar, Allah menyukai orang tua beribadah. Tetapi, Allah lebih mencintai orang muda yang beribadah. Saya amat bersyukur. Allah memilih saya untuk menjadi 'orang muda' itu.
Saya berdoa, semoga hidayah yang diberikan kepada saya ini dapat dikekalkan sehinggalah saya menghembus nafas yang terakhir nanti. Amin.
Mohon Maaf
Saya memohon maaf. Jika entri saya kali ini mengecilkan hati mana mana pihak.
Bukan maksud saya menonton bola sepak pada waktu pagi itu perkara 'lagha'.
Apa yang ingin saya ceritakan kali ini adalah rasa syukur saya kepada Allah kerana menghilangkan perasaan cinta untuk menonton bola sepak pada waktu malam.
Sebaliknya, Allah menggantikannya dengan memberi perasaan cinta untuk saya bangun bagi menunaikan Solat Tahjud pada waktu malam.
Bukankah itu lebih baik?
Bagi yang meminati bola sepak. Ia tidak menjadi satu kesalahan. Dan jika anda bangun pada waktu malam, pastikan anda tidak terlepas untuk menunaikan Solat Sunat Tahjud. Sekurang kurangnya untuk 2 rakaat.
Kita boleh menunggu selama 90 minit untuk menonton bola sepak. Yang mana ia langsung tidak akan meningkatkan iman kita. Yang mana ia langsung tidak akan dapat membantu kita di akhirat kelak.
Luangkanlah 5-10 minit apabila terbangun malam untuk menonton bola sepak dengan menunaikan Solat Sunat Tahjud. Insya Allah. Ia akan memberi perubahan hidup kepada kita di dunia dan memberi manfaat yang besar di akhirat kelak.
Semoga, kita termasuk ke dalam golongan insan yang terpilih untuk bangun malam. Bukan sekadar menonton bola sepak. Tetapi juga untuk menunaikan solat sunat Tahjud.
Wassalam

Salam,
ReplyDeletesaya juga mengambil contoh doa En. Firdaus sebelum ke Mekah, saya olah agar bersesuaian dgn keadaan saya. Alhamdulillah, segala urusan berjalan lancar.. sekaran ni sedang bertatih2 utk cuba bangun setiap malam..moga amalan kita diberkati Allah.
Assalamualaikum Zahra,
ReplyDeleteDoa yang saya taip dalam blog ini kebanyakannya saya edit daripada apa yang Prof Kamil tulis dalam buku beliau.
Travelog Haji: Merubah Sempadan Iman.
Alhamdulillah. Allah bagi hidayah kepada Zahra. Semoga dapat istiqamah dengan apa yang dilakukan ketika berada di Tanah Suci dahulu.
Semoga semakin hampir kepada Nya.
Wassalam