Assalamualaikum,
Pertama sekali saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada para pembaca blog Maria Firdaus - Usahawan Ayam Daging atas sumbangan yang telah diberikan untuk projek penukaran karpet di surau saya.
Ikhlas saya katakan, saya sebenarnya tidak menyangka sambutan yang akan diberikan begitu hebat.
Semasa saya menerima tanggung jawab untuk mencari dana untuk menukar karpet surau. Saya 'goyang'. Saya takut nak 'meminta' sekali lagi kepada para pembaca blog saya. Baru minggu lepas saya minta sumbangan, mingggu ni saya minta lagi.
Saya terfikir fikir, apa yang akan 'terfikir' dikalangan para pembaca blog saya. Adakah saya 'mengambil' kesempatan diatas 'kepemurahan' hati pembaca blog ini.
Saya berserah kepada Allah. Yang pasti, hasrat saya murni. Apa yang saya lakukan, semata mata kerana Allah.
Saban hari, saya terfikir. Apa yang saya boleh sumbang untuk agama saya? Apa yang saya boleh lakukan untuk mengajak orang yang turut menyumbang kepada agama kita?
Kadang kadang, saya fikir. Apa yang saya boleh lakukan untuk menambah nilai hidup orang lain. Apa yang saya boleh bantu?
Apabila saya ada idea, saya akan berusaha untuk melakukannya.
Saya tak mahu menjadi manusia yang hidup semata mata mencari 'keseronokan' dunia. Saya perlu meletakkan akhirat dihadapan saya. Dan saya yakin, dunia akan 'mengejar' saya dari belakang.
Andaikata saya 'gagal' di dunia sekali pun, saya redha. Yang penting, saya tak mahu 'gagal' di akhirat.
Urusan Karpet
Petang Khamis, kontraktor yang akan memasang karpet baru di surau saya datang ke rumah. Beliau baru buat sebut harga dan membawa 'sample' karpet yang boleh dipilih untuk dipasang di surau saya.
Selepas habis perbincangan, saya menceritakan kepada beliau secara jujur.
"Pak cik, sebenarnya. Kami di pihak surau baru bercita cita nak tukar karpet. Duit pun sebenarnya saya belum cari. Saya baru nak minta sumbangan daripada kawan kawan saya. Kalau duit cukup, insya Allah. Pihak surau akan tukar. Kalau tak cukup sikit, pihak surau akan tambah. Tapi, kalau tak cukup banyak. Ini yang susah sikit."
"Tak pa lah, nanti kalau betul betul dah ada duit. Boleh telefon pak cik sekali lagi." balas Haji Che Hussain.
Perbualan kami berakhir di situ.
Membuat Percaturan
Saya mula membuat perkiraan. Jumlah yang diperlukan adalah RM8250. Kos mungkin lebih sedikit kerana saya belum ambil kira kawasan imam.
Saya berbincang dengan ibu bapa saya.
"Mak, macam mana pandangan mak. Kalau kita sekeluarga sumbang seorang RM500 untuk projek karpet ni. Mak RM500, Abah RM500. Daus RM500. Kita guna duit Arwah Hani RM500. Dah ada RM2000. Kita minta kat Abg Jan RM500, Abg Ain RM500. Dzuha RM500. Dah ada RM3500."
Ini sumbangan daripada keluarga kita.
"Mak setuju. Banyak pahala kita sumbang untuk karpet ni. Setiap kali orang bersolat di surau tu. Setiap kali tulah kita dapat pahala. Ini boleh kira 'pencen' untuk mak ni"
Ayah saya berfikiran yang sama. Tiada masalah untuk menyumbang sebanyak ini. Small investment with high return.
Dan saya memberitahu mereka, baki selebihnya saya akan minta daripada rakan rakan saya di website. Kalau tak cukup, kita akan minta pihak surau untuk tambah sikit.
Pagi tadi, sekitar jam 9 pagi, saya siap menaip entri di blog mengenai Projek Penukaran Karpet Surau.
Jam 10 pagi. Saya mendapat sumbangan RM100. Jam 11 pagi, tambahan lagi RM150. Jam 12.30 tengah hari. Ketika saya di luar rumah, saya terkejut melihat Inbox Email saya yang penuh dengan emel baru.
Bila saya buka.
Subhanallah. Semuanya emel daripada Maybank2u.Com.
Selepas saya semak satu persatu dan bila saya kira. Jumlahnya sudah mencukupi.
Terus saya menaip di komen untuk menutup kutipan derma ini.
Bila pulang ke rumah sekitar jam 12.45 tengah hari, saya buka blog saya dan terus membuat pengumuman rasmi bahawa kutipan dana ditutup.
Saya menceritakan berita ini kepada ibu bapa saya dan mereka betul betul terkejut kerana begitu cepat duit ini terkumpul.
Alhamdulillah.
Berurusan Dengan Kontraktor Karpet
Sebelah petang, saya terus menghubungi menantu kontraktor ini, dan memaklumkan duit yang dikumpul sudah mencukupi.
Beliau terkejut kerana begitu cepat duit dapat dikumpul. Baru semalam saya maklumkan duit belum ada lagi.
Kemudian, kontraktor karpet ini menelefon saya untuk urusan mengukur saiz sebenar di surau. Membuat pilihan corak karpet dan pembayaran duit deposit.
Berdasarkan perbincangan kami, insya Allah. Karpet ini akan dipasang sebelum bulan Ramadhan ini.
Sekarang ini, saya dah ahli jawatan kuasa tertinggi surau sedang berbincang untuk membuat pemilihan corak dan warna karpet. Selepas mendapat keputusan, pihak kontraktor akan mula datang memasang di surau saya.
Saya bersyukur. Allah memudahkan segala urusan saya ini.
Saya sujud syukur kepada Allah.
"Ya Allah, aku bersyukur kepada Mu. Kau permudahkan urusanku ini. Semoga Kau permudahkan urusan urusan ku yang lain selepas ini"
Ada Komen
Ada komen daripada salah seorang pembaca blog ini.
"Firdaus, aku rasa hang tak perlu tulis sumbangan daripada ahli keluarga hang dekat blog. Nak bagi, bagi ajalah. Tak perlulah 'mention' siapa yang bagi, berapa jumlah bagi. Nanti pahala kurang"
Terima kasih atas teguran yang diberikan.
Sekali lagi, teguran yang diberikan ini ada kaitan dengan soal 'keikhlasan'.
Mengapa saya selalu cerita?
Bagi mereka yang membaca blog saya, kalau yang follow blog dari sebelum saya menunaikan haji dan selepas saya menunaikan haji.
Anda akan dapat melihat perbezaannya.
Selepas saya pulang dari haji, saya banyak menceritakan di blog ini 'kebaikan kebaikan' yang saya buat.
Pada mata sesetengah pihak, saya seolah olah 'Budget Bagus'. Seolah olah, saya nak menceritakan kepada semua orang apa yang saya buat.
Kalaulah anda bermaksud begitu. Anda silap.
Tahukah anda, betapa takutnya dihati saya untuk menceritakan 'kebaikan' yang saya lakukan.
Saya boleh sahaja buat sesuatu kebaikan, selepas itu saya diam diam. Saya tak perlu menceritakan kepada sesiapa.
Namun. Hanya saya seorang sahaja yang mendapat faedahnya.
Betul tak?
Banyak kali saya terfikir, kalau saya cerita dekat orang lain. Apa yang saya buat. Dan apa yang saya rasa. Dan apa yang saya dapat selepas saya buat sesuatu kebaikan.
Saya harap saya dapat 'mengetuk' pintu hati seorang dua pembaca blog ini untuk turut sama membuat kebaikan yang telah saya buat.
Itu sahaja niat di hati saya.
Kalau anda kata, saya nak mengangkat diri. Nak tunjuk baik kepada orang lain. Cuba anda fikir balik.
Apa yang saya dapat bila saya buat begitu?
Anda yang membaca blog saya ini. Ramai yang tak mengenali saya pun in person. Jadi, tiada faedah pun untuk saya nak 'mengangkat diri'.
Dan apabila saya menceritakan kebaikan yang saya buat kepada orang lain, tidak lain dan tidak bukan. Kerana saya mahu orang itu pun cuba dan berusaha untuk melakukan perkara yang sama.
Riyak?
Saya amat takut kalau saya ada berlaku riya' dalam penulisan saya. Kalaulah saya ada berlaku riya', Nauzubillah. Sia sialah ibadah yang saya lakukan.
Saya sering berdoa dan memohon ampun kepada Allah.
"Ya Allah, aku memohon ampun kepada Mu sekiranya terdetik perasaan riya' dalam hatiku. Sekiranya ia berlaku, ia bukan atas kemahuanku. Tapi ia berlaku di atas kejahilanku. Ampunkan dosaku ya Allah"
Dan salah satu definisi riya' adalah apa bila seseorang itu tidak melakukan sesuatu kebaikan kerana takut orang lain mengatakan dia riya'. Itulah riya'.
Sebab itulah saya tidak berasa takut untuk menceritakan apa yang saya lakukan.
Saya tahu, niat dihati saya. Apa yang saya lakukan semata mata kerana Allah. Semata mata kerana Allah. Jika terlintas perasaan riya' dihati saya. Saya memohon ampun kepada Allah.
Mengapa Berdakwah Cara Begini?
Saya belajar daripada Prof Kamil. Semasa saya mendengar tazkirah beliau. Beliau banyak menceritakan apa yang beliau telah lakukan.
Beliau menceritakan beliau berpuasa sunat Isnin Khamis, beliau melakukan solat Tahjud setiap malam, beliau buat itu dan ini dan segalanya beliau ceritakan.
Adakah beliau riya' dengan perbuatan beliau? Adakah beliau tidak ikhlas? Adakah beliau 'mengangkat diri'?
Tidak. Bagi saya, tidak sesekali.
Bahkan, saya dapat rasakan perbezaan antara sebelum dan selepas saya pulang daripada menunaikan haji adalah kerana nasihat daripada Prof Kamil.
Prof Kamil menceritakan segala apa yang beliau lakukan. Dan perkara itu betul betul 'menyentap' emosi saya. Sampai, saya sering berkata dalam hati.
"Aku nak buat macam mana yang Prof Kamil buat."
Anda boleh semak cara penulisan saya sebelum saya menunaikan haji dan selepas menunaikan haji.
Selepas menunaikan haji, saya lebih banyak menceritakan apa yang saya lakukan. Saya harap, dengan apa yang saya ceritakan. Ada seorang dua daripada pembaca blog ini yang berazam untuk buat seperti mana yang saya buat.
Saya betul betul berharap at least ada seorang dua daripada pembaca blog ini yang mula melakukan Solat Sunat Dhuha.
Ada seorang dua yang menjaga solat berjemaah.
Ada seorang dua yang berpuasa sunat Isnin dan Khamis.
Ada seorang dua yang rajin menderma.
Ada seorang dua yang mula berfikir, apa yang aku boleh sumbangkan untuk agama aku?
Itulah niat dihati saya.
Kematian
Saya sekarang berusia 31 tahun. Kalau diikutkan usia. Saya sudah separuh daripada usia Nabi Muhammad S.A.W.
Dan sekarang ini, saya sering teringat kematian. Saya selalu rasa takut.
Di fikiran saya, apa yang saya dah buat untuk agama saya?
Ditambah pula, saya teringat pesanan Prof Kamil mengenai sebuah hadis Qudsi yang maksudnya begini.
"Allah memerintahkan Nabi Adam untuk membuat seluruh keturunannya di suatu tempat, dan hanya seorang daripada seribu ummatnya yang akan masuk ke dalam SYURGA TANPA DIHISAB."
Ya. Hanya 1/1000 akan masuk ke dalam syurga tanpa di hisab.
Untuk termasuk ke dalam golongan ini. Saya perlu memastikan saya 'lebih' baik daripada 1000 orang disekeliling saya.
Saya bukan berbicara soal yang kecil. Saya berbicara SYURGA DAN NERAKA.
Ya, kita masuk syurga ke atas rahmat Allah. Bukan atas amalan kita. Tapi, kalau kita tidak berusaha untuk mencari amal di dunia. Macam mana Allah nak memberi rahmatNya kepada kita diakhirat kelak.
Saya tak mahu singgah di Neraka walaupun sesaat. Saya mahu saya dan ahli keluarga saya masuk ke dalam syurga tanpa dihisab.
Kematian tidak mengenal usia. Sebab itulah sekarang ini, saya selalu terfikir. Apa yang aku boleh sumbang kepada agamaku? Apa yang saya boleh lakukan untuk menambah nilai hidup orang lain?
Kalau difikirkan, apa yang saya dapat dengan menulis di blog ini? Kalau saya mengejar 'pujian' orang di blog ini. Masya Allah. Ruginya saya.
Setiap hari saya meluangkan masa untuk menulis di blog ini. Saya terpaksa mencari masa. Kadang kadang, saya perlu korbankan masa tidur saya untuk menulis.
Dan saya sedaya upaya untuk mengikhlaskan diri untuk menulis di blog ini semata mata kerana Allah. Saya mahu mencari Redha Allah. Bukan Redha manusia.
Kalau 100 orang tak suka cara penulisan saya di blog ini, dan ada seorang yang suka dan dia dapat amalkan apa yang saya katakan. Itu sudah cukup buat saya.
Pencen Kubur
Pernahkah kita terfikir sebuah hadis.
'Apabila mati anak Adam itu, maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara. Doa daripada anak yang soleh. Sedekah Jariahnya dan Ilmu yang bermanfaat."
Saya sekarang ini sedang berusah untuk mencari 'pencen kubur' saya dari segi sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaat. Sebab sukar untuk saya memahamkan Farees sekarang ini mengenai doa anak yang soleh.
Peluang saya sekarang ini terbuka luas dengan 'ilmu yang bermanfaat'.
Saya cuba sebarkan ilmu dengan segala kelebihan yang Allah berikan kepada saya. Saya bukan seorang ustaz. Saya tak banyak ilmu agama. Tapi, biarlah ilmu saya yang sedikit itu dapat saya amalkan dan saya 'ajar'kan kepada orang lain.
Kalaulah seorang dapat beramal daripada apa yang saya sampaikan. Inilah 'pencen kubur' saya.
Pernahkah kita semua terfikir 'pencen kubur' kita masing masing?
Kalau tak pernah terfikir. Baik anda fikirkan sekarang. Apa yang akan anda dapat bila sudah 'kaku' di alam kubur nanti.
Sebab itulah sekarang ini, saya nak ajak para pembaca blog ini sama sama kita menyumbang untuk Majlis Berbuka Puasa di surau saya dan juga Projek Penukaran Karpet.
Sebab saya tahu, apa yang kita lakukan ini. Inilah 'pencen' kubur kita semua. Kita semua akan mati sama ada kita mahu atau tak. Sama ada kita suka atau tidak.
Cuma, malanglah kalau kita mati dalam keadaan kita tidak membawa bekalan yang secukupnya ke sana.
Di akhir sekali, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada para pembaca blog ini yang betul betul memberi sokongan kepada saya. Sokongan dari segi moral. Dari segi komen. Dan sumbangan kewangan untuk projek projek yang saya jalankan.
Saya tahu, anda sibuk bekerja. Anda tak mempunyai peluang yang sama seperti saya. Sebab itulah. Saya tahu. Anda ada duit. Cumanya kadang kadang 'terlepas' pandang tempat tempat untuk menyumbang. Dengan adanya projek projek sebegini, yakin ia membuka ruang kepada anda untuk turut sama mencari 'pencen' kubur kita nanti.
Saya doakan. Agar Allah sentiasa merahmati kita semua dan semoga kita semakin hampir kepadaNya.
Dan sekali lagi saya berdoa kepada Allah,
"Ya Allah, ampunkan dosa ku sekiranya aku ada melakukan kesilapan dalam blog ku ini.Ampunkan aku kalau aku ada berlaku riya' kepada Mu. Jika ia berlaku. Ia bukan kemahuanku. Tapi ia berlaku atas kejahilanku. Ampunkanlah aku."
Wassalam

aduh....beruntunglah ibu bapa mu Firdaus...dan betapa terkadang aku salah menilai penulisanmu....
ReplyDeletehttp://majupuyuh.blogspot.com
Salam, mmg susah nak puaskan hati semua kan...tak apa, janji En Firdaus dan Allah tahu apa niat Encik...cuma saya sedikit terkilan sbb terlepas pandang projek tukar karpet tu...itulah, sibuk sgt dgn urusan dunia..Astaghfirullah...insyaALlah nak join lagi if ada projek2 akan datang...terima kasih sbb buka peluang...utk org yg mcm saya ni, tak pandai crik peluang menderma mcm ni, syukur jumpa blog ni yg membuka peluang dan ruang...terima kasih..Allah saja yang mampu membalasnya...InsyaAllah...
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeletebila terdengar "Budget Bagus", "Pencen Kubur" teringat Prof Muhaya...
Keep up the good works at least kita semua dpt contribute for saham akhirat.
Teruskan menulis tuan!
ReplyDeleteAssalamu'alaikum Wrmbth, ada sedekah yang patut di tunjukkan pada orang ramai supaya mewujudkan persaingan dalam berbuat baik. Kalau tidak, macam mana kita tahu saidina Abu bakar ra menderma seluruh hartanya, saidina umar ra menderma separuh.
ReplyDeleteSaya doakan supaya kita semua boleh jadi seperti contoh teladan khalifah arrasyidin. Dan yang paling penting takda masa nak fikir buruk tentang orang lain.
Selamat menyambut ramadhan al mubarak. Ramadhan mabruk insyaallah.
UMM BARAQAH RESOURCES
http://kambinghalal.blogspot.com
Assalamu'alaikum,
ReplyDeleteTuan dan pembaca sekalian,
Saya sangat setuju dengan jawapan Tuan Hj Firdaus . . . .Tahukah anda, betapa takutnya dihati saya untuk menceritakan 'kebaikan' yang saya lakukan.
Saya boleh sahaja buat sesuatu kebaikan, selepas itu saya diam diam. Saya tak perlu menceritakan kepada sesiapa.
Namun. Hanya saya seorang sahaja yang mendapat faedahnya.
Betul tak?
Banyak kali saya terfikir, kalau saya cerita dekat orang lain. Apa yang saya buat. Dan apa yang saya rasa. Dan apa yang saya dapat selepas saya buat sesuatu kebaikan.
Saya harap saya dapat 'mengetuk' pintu hati seorang dua pembaca blog ini untuk turut sama membuat kebaikan yang telah saya buat.
Itu sahaja niat di hati saya.
Allah MAHA MENGETAHUI.
Assalamu'alaikum,
ReplyDeleteTeruskan menulis dengan seikhlas ikhlas perasaan, kerana BANYAK sangat yg dapat saya manfaatkan darinya. Bahan yang tuan tulis merupakan bahan santapan jiwa yg sangat berkhasiat. Ketajaman, kekuatan dan keberkesanan tulisan tuan kerana disokong oleh sembahyang malam dan solat dhuha yg tuan amalkan, InsyaAllah.
Tahniah
suhaimi c g
As salam Tuan Haji Firdaus,
ReplyDeleteUntuk makluman tuan, saya amat iri hati dengan Tuan Haji dan Prof Kamil. Disebabkan oleh itu, alahamdulillah, solat tahajud baru 3 kali tinggal sejak dari april 2012 dan tidak lokek lagi nk bersedekah. Cuma puasa sunat sahaj yang masih dok miss lagi.
Teruskan share kebaikkan anda semoga tuan haji dan kelaurga dipermudahkan.
Selamat menyambut Ramadhan yang mungkin ramadhan terkahir untuk kita.
Saya suka. Sebab insha Allah mungkin saya pun "ter" turut sama berbuat kebaikan. Segalanya bermula dengan niat.
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteAkak adalah salah seorg pembaca setia blog ini sekembalinya dr menunaikan Hj tahun lepas ... Alhamdulillah banyak ilmu yg akak boleh dr Tn Hj walaupun akak ni jauh lebih tua... Alhamdulillah .. dapatlah jg akak amalkan apa2 kebaikan & ilmu yg diperolehi ..... terima kasih kerana menyedarkan akak sebelum terlambat .....
Salam bang firdaus,
ReplyDeleteSy pun pembaca setia blog ni sejak 2010..tak perlu abg fikirkan sgt ckp 2-3org yg tak sukakan kite..Nik Aziz yg baik pun sentiasa dikutuk..Byk ilmu2 yg abg sampaikan..kite grow sama2..abg membentuk peribadi org lain dgn blog ni..byk pahala abg,dgn ilmu disampaikn ni & dimanfaatkan org lain..dalam 3tahun ni setiap bulan mesti sy akan bercerita pada kwn2 psl abg..kejayaan abg dlm ternakan,mgenai agama dll..ni baru kesan nya pada saya...mcm mana dgn beribu2 pembaca yg lain?teruskan bang..yg penting niat abg..mulut org lain bukan boleh ditutup..kalo kite dok pk pe org kata kite xkn kemana....