Assalamualaikum,
Semasa di bulan Ramadhan, saya sering berdoa kepada Allah.
"Ya Allah, aku pohon kepada Mu. Kau temulah aku dengan orang yang boleh membantu aku untuk meningkatkan iman aku.Orang yang boleh mengajar aku untuk menjadi hamba Mu yang soleh"
Saya sangka, Allah akan menghantar seseorang yang hebat untuk mendidik saya. Seseorang yang akan memberi tazkirah kepada saya. Saya sangka ia akan berlaku begitu.
Namun, Allah mendidik saya kali ini dengan cara yang lebih istimewa.
Sumbangan Fakir Miskin
Beberapa hari sebelum berakhirnya Ramadhan, Allah ilhamkan saya untuk pergi menderma kepada fakir miskin di sekitar rumah saya.
Ia bukanlah jumlah yang besar. Ia hanya sedikit sumbangan yang kecil. Ia cuma untuk 4 orang susah yang saya pilih yang tinggal berhampiran dengan rumah saya. Apa yang saya nak beri kepada mereka pun, hanya boleh untuk beli beras barang sekampit dua.
Walaupun sedikit, saya bertekad untuk memberi. Beri sedikit lebih baik daripada tak beri langsung.
Lagipun, saya nak latih diri saya untuk mendekati orang orang susah.
Saya mahu melatih diri saya menjadi hamba yang bersyukur.
Untuk menjadi hamba yang bersyukur, saya perlu melihat mereka yang lebih susah daripada saya. Bila saya melihat kesusahan orang lain, barulah saya nampak semua 'nikmat' yang Allah berikan kepada saya.
Kalau saya 'melihat' orang yang lebih kaya, ia akan menjadi seperti "Rat Race". Ia akan menjadi suatu pengejaran yang tidak berkesudahan. Ia sukar menjadikan saya hamba yang bersyukur. Saya tak mahu begitu.
Berkongsi Bersama
Pada peringkat awal, saya agak sangsi sama ada saya nak ceritakan apa yang hendak saya lakukan ini di blog atau tidak.
Saya terfikir nak menderma hari Khamis pagi. Kalau saya minta kutipan di blog, bila masa saya nak pergi menyampaikan sumbangan kepada mereka.
Hmmm.. Saya sangsi. Saya minta pertolongan Allah untuk buat keputusan. Dan Allah gerakkan hati saya untuk menceritakan usaha saya ini di blog. Manalah tahu, ada seorang dua lagi yang ingin menderma. Boleh saya tolong sampaikan kepada mereka yang memerlukan.
Ternyata, tindakan saya tepat. Hebahan saya di blog ini pada pagi Khamis membuka ruang kepada ramai pembaca untuk turut menderma. Ada yang menderma sekecil RM30,RM50, RM100, RM150, RM300, RM500, RM4000 dan menjadikan jumlah terkumpul RM6280.
Subhanallah. Saya tergamam. Saya terpaksa menutup kutipan pada petang Jumaat. Saya mula rasa takut dengan 'amanah' yang begitu besar yang anda berikan kepada saya.
Perbincangan Dengan AJK Surau
Semasa majlis berbuka puasa di surau pada hari Jumaat, saya memaklumkan kepada mereka saya ada sedikit sumbangan untuk fakir miskin di kawasan ini. Dan saya minta mereka berikan nama kepada saya dalam kadar yang segera.
Usai Solat Sunat Terawarikh, saya pulang ke rumah dengan senarai nama yang panjang. Saya lihat ada sekitar 51 nama penerima yang diberikan kepada saya.
Subhanallah. Berat tugas saya. Bukan mudah untuk saya mencari rumah penerima ini dalam masa yang singkat.
Saya dan ayah serta mak saya mula membuat senarai panjang nama penerima. Ada yang betul betul susah, ada yang tidak beberapa susah. Untuk berlaku adil, saya dan ayah saya membahagikan wang mengikut tahap keperluan mereka. Yang lebih susah akan mendapat lebih.
Sebelum membuat pembahagian wang, saya berdoa kepada Allah.
"Ya Allah, aku mohon petunjuk Mu, dorongkan lah hati ku untuk membahagikan wang ini seadil adilnya kepada mereka yang berhak. Berikan petunjuk kepada ku untuk menetapkan jumlah wang yang akan mereka terima. Berilah petunjuk Mu."
Ini yang Prof Kamil ajar saya melalui buku buku beliau. Kita perlu minta bantuan Allah untuk buat pilihan dan keputusan yang terbaik.
Yang susah, saya berikan maksimum RM250 seorang. Dan ada yang menerima serendah RM50, namun secara puratanya setiap seorang menerima sekitar RM100. Saya membahagikan mengikut tahap kesusahan mereka 'pada mata hati' kami sekeluarga.
Semoga, saya berlaku adil dalam pembahagian ini.
Hari Sabtu
Pagi Sabtu, saya ke bank untuk keluarkan duit. Saya mula memasukkan duit ke dalam sampul yang tertulis nama penerima dan jumlah yang akan mereka terima.
Saya menelefon sahabat saya, yang akan menerima sumbangan untuk datang ke rumah. Saya tak tahu rumahnya.
Setiba di rumah saya, saya menjemput dia masuk. Dan ketika itu, dia melihat mak saya sedang menjahit baju rayanya.
"Mak cik ni, esok nak raya pagi ni baru nak jahit lengan baju ni. Beli dah lama. Tapi baru nak repair," kata mak saya.
"Alhamdulillah lah mak cik. Lambat lambat pun, mak cik ada baju raya," kata sahabat saya ini kepada mak saya.
Saya tersentap dengan kata katanya. Dia tidak meneruskan kata katanya selepas itu.
Tapi, jauh dihati saya terdetik mungkin dia tak mampu nak beli baju raya tahun ini. Sama ada untuk dia atau pun untuk anak anak dia yang ramai tu.
Saya rasa, saya tak tersalah membuat pilihan. Dia memang layak untuk terima bantuan daripada anda semua.
"Duit ni aku nak bagi sumbangan untuk hang, aku ngan kawan kawan aku. Kami kumpul duit. Dan aku tolong sampaikan sahaja. Mudah mudahan duit ni dapat bantu hang untuk raya," kata saya kepadanya.
Saya serahkan RM150 kepadanya dalam sampul. Dia ucapkan terima kasih dan beredar.
Mula Pencarian Penerima
Jam 9.00 pagi, saya mula bergerak dari rumah ke rumah. Bersama saya ada sekitar 50 sampul yang siap tertulis nama dan jumlah wang yang akan mereka terima.
Saya pergi dari satu rumah ke satu rumah. Dan terus ke satu rumah yang lain. Dan begitulah seterusnya.
Dalam perjalanan saya ini, Allah Allah.... Allah menunjukkan kepada saya seribu satu sebab mengapa saya perlu bersyukur.
Hati saya benar benar tersentuh apabila bertemu dengan mereka. Saya cuba untuk tidak bersembang lama dengan mereka, kerana saya ada banyak lagi penerima lain yang perlu saya temui.
Namun, ada beberapa penerima yang kisahnya saya ingin kongsi dengan para pembaca.
1) Satu Rumah Dua OKU
Antara rumah pertama adalah rumah pak cik yang lumpuh. Dia seorang bekas perokok tegar. Dia mula lumpuh selepas dia tiba tiba terkena serangan jantung. Dan kemudian, terus stroke.
Semasa sihat, pak cik ini pernah berkata, "Biar putus makan, jangan putus rokok". Betapa 'taikonya' dia dahulu.
Namun, selepas dia sakit. Saya pernah menziarahinya dan dia menasihatkan kepada saya.
"Firdaus, saya nak habaq dekat hang. Rokoklah 'dajjal' nombor satu. Rokoklah punca ramai orang mati. Rokoklah punca ramai orang sakit. Rokok ni sebenaqnya betul betul tak bagus. Dulu saya silap. Saya nak habaq dekat hang, hang pi lah habaq dekat kawan kawan hang yang merokok. Suruh depa berhenti merokok"
Dan sekarang, selepas 3-4 tahun masa berlalu. Dia masih belum mampu untuk berjalan lagi. Dan sudah tidak mampu bekerja lagi. Makan, minum, berak kencing dia semuanya diuruskan oleh isterinya.
Allah Allah. Besar pahala seorang isteri yang menjaga suami dalam keadaan begini.
Di hujung rumahnya, saya terlihat seorang tua yang duduk terlantar tak bergerak. Dia adalah adik perempuan kepada pak cik tadi. Adiknya juga sudah lumpuh. Dan kini terpaksa memakai pampers. Dan dia perlu disuap untuk makan.
Allah Allah. Besar sungguh ujian buat mereka sekeluarga. Semoga Allah membalas syurga tanpa dihisab buat mereka yang sentiasa diuji. Semoga mereka bersabar. Amin.
Kepada pak cik ini, saya sumbangkan RM150 dan kepada adiknya yang lebih uzur, saya sumbangkan RM250.
2) Usia 98 Tahun. Orang Sakit Menjaga Orang Sakit
Saya pergi ke satu rumah. Saya sendiri tidak tahu siapa pak cik ini. Saya dimaklumkan, pak cik ini sudah tua. Dia yang sudah tua dan uzur terpaksa menjaga isterinya yang sakit dan lumpuh.
Allah Allah.
"Assalamualaikum!" saya memberi salam.
"Assalamualaikum!" saya memberi salam kali kedua.
Saya menunggu lama sedikit sebelum memberi salam kali ketiga. "Assalamualaikum"
Tidak lama selepas itu, saya terdengar bunyi pintu dibuka.
Saya segera menuju ke hadapan pintu. Dan saya benar benar terkejut melihat keuzuran pak cik ini.
Pak cik ini terbongkok 90 darjah. Seumur hidup saya, saya tak pernah tengok orang tua yang bongkon seteruk pak cik ini.
"Minta maaf, pak cik lambat buka pintu. Dah tua. Jalan lambat," pak cik tua ini memohon maaf kepada saya.
"Tak pa pak cik. Saya minta maaf sebab ganggu pak cik. Sebenarnya saya nak bagi sumbangan sedikit kepada pak cik. Ni ada sedikit sumbangan dari saya dan kawan kawan," saya menghulurkan sampul berisi duit kepadanya.
"Mana mak cik?" saya bertanya kepadanya.
"Mak cik dah lumpuh. Ada atas katil kat dapur. Tulang belakang dia dah patah. Dulu dia pernah jatuh," pak cik memaklumkan kepada saya.
Pak cik itu tak boleh berdiri lama, dia segera bergerak ke kerusi untuk duduk kerana sudah letih berdiri.
"Siapa yang jaga mak cik?" saya bertanya kepadanya.
"Pak ciklah. Kadang kadang ada anak mai tengok. Dia tolong buat apa yang patut untuk kami. Pak cik pun dah tua. Dah tak larat sangat dah ni." pak cik menjelaskan kepada saya.
Saya tak bercadang untuk ganggu lama pak cik ini. Dan saya terus memohon untuk beredar.
Selepas saya keluar, saya terserempak dengan anaknya yang datang ke rumah untuk menziarahi pak cik itu.
"Bang, banyak pahala abang bila jaga orang tua sakit macam ni. Moga abang sabar. Moga Allah bagi kekuatan. Moga Allah bantu abang" saya berkata kepada anak yang menjaga pak cik itu.
Saya berdoa, agar mereka semua dirahmati Allah.
3) Bekas Ustazah Terlantar Patah Tulang Belakang
Saya menuju ke rumah ustazah yang pernah mengajar saya mengaji. Dia sudah terlantar sakit dan tak mampu berjalan lagi.
Dia terpaksa memakai pampers. Dan sudah tak mampu nak gerakkan kaki dan tangan lagi.
Saya bercadang untuk melihat dia. Namun, reaksi ahli keluarganya seolah olah macam tak bagi saya melihatnya. Mungkin, auratnya yang tidak ditutup sempurna. Saya amat memahaminya.
Maka, saya bersembang dengan suaminya sahaja.
Yang lebih memeritkan, ustazah saya ini menghadapi masalah buah pinggang dan terpaksa di dialisis sebanyak 3 kali seminggu.
Allah Allah. Besar sungguh ujiannya.
Dan anaknya yang seorang lagi juga terpaksa menjalani dialisis sebanyak 3 kali seminggu. Mereka berdua ada masalah buah pinggang.
Allah Allah.
Suaminya pun sudah uzur. Pada saya, umur suaminya pasti sudah melebihi 70 tahun. Terpaksa menjaga isterinya yang sakit. Dan terpaksa mengangkat untuk mandi, berak, kencing dan pergi dialisis.
Allah Allah.
Saya sendiri tak tahu sama ada saya mampu untuk melakukan apa yang mereka semua lakukan. Semoga Allah memberi ganjaran syurga tanpa dihisab buat mereka. Amin.
Untuk ustazah ini, saya sumbangkan RM250 manakala untuk anaknya yang sakit saya sumbangkan RM150. Semoga, sumbangan kecil kita ini dapat meringankan beban mereka.
4) Orang Tua Menjaga Maknya
Ada seorang mak cik yang sudah berusia sekitar 60-an. Dia sudah tua. Namun, bersamanya adalah ibunya yang sudah lumpuh.
Dia terpaksa menjaga ibunya yang sudah terlantar sakit.
Saya menyerahkan sampul berisi wang kepadanya sambil berkata, "Mak cik, saya nak bagi sumbangan sedikit untuk mak cik. Buat beli pampers mak mak cik yang sakit tu. Saya kumpul duit dengan kawan kawan, saya bagi kat orang kawasan sini yang memerlukan."
Mak cik itu tergamam.
Dia mengambil sampul itu, terus mencium sampul itu dan berkata. "Terima kasih Firdaus. Hang ingat juga kat mak cik"
Air matanya bergenang. Saya turut terasa sebak.
"Mak cik, saya faham betapa susahnya menjaga orang tua yang uzur. Saya harap mak cik bersabar. Allah nak bagi pahala banyak kat mak cik sebab jaga mak yang sakit. Semoga Allah bantu mak cik" saya cuba untuk menenangkan mak cik.
"Terima kasih Firdaus" air mata mak cik itu terus berjujuran.
Selepas keluar dari rumahnya, sambil menaiki motor air mta saya juga membasahi pipi. Mengenang kesusahan yang terpaksa ditempuhi mak cik ini demi menjaga seorang mak yang sedang sakit lumpuh.
Semoga mak cik ini memperoleh ganjaran syurga tanpa dihisab.
Buat mak cik ini, saya sumbangkan RM150. Semoga ia membantu mereka.
5) Ibu Tunggal
Usah bicara bab ibu tunggal. Dalam senarai nama yang saya peroleh, hampir separuh merupakan ibu tunggal yang kematian suami. Dan ada di antara mereka yang langsung tidak bekerja.
Allah Allah. Ada di antara mereka yang hidup dalam keadaan serba dhaif. Ada di antara mereka yang mendapat pelbagai musibah.
Ada yang anaknya baru kemalangan, patah kaki dan bersimen. Ada yang anak langsung tak menjenguk mereka. Ada yang anak anak masih kecil.
Allah Allah. Berat sungguh ujian yang Allah berikan kepada mereka.
Tak dapat saya bayangkan kalau Maria terpaksa hidup tanpa saya dan Farees hidup tanpa seorang ayah. Allah Allah. Semoga Allah memelihara kami sekeluarga.
Pengajaran
Banyak sungguh pengajaran yang Allah beri kepada saya hari Sabtu yang lepas. Saya meminta Allah temukan saya dengan orang yang boleh meningkatkan iman saya.
Alhamdulillah. Allah kabulkan.
Guru saya kali ini bukan seorang ustaz, bukan seorang Professor, bukan seorang yang berilmu. Tetapi Allah mengajar saya kali ini dengan penuh 'istimewa'.
Dengan caranya yang tersendiri.
Jauh disudut hati saya, timbul rasa keinsafan.
Terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan kepada saya, tetapi sedikit benar yang saya bersyukur.
Allah Allah.
Sekarang baru saya sedar, rupa rupanya ramai orang susah yang hidup disekeliling saya. Yang selama ini saya langsung tak pernah ambil berat tentang mereka.
Allah Allah. Jahilnya saya. Saya langsung tak ada perasaan untuk 'mencari' mereka yang perlukan bantuan.
"Ya Allah, ampunkan dosa ku atas kelalaian ku ini."
Selepas saya melalui pengalaman ini, ia menguatkan lagi azam saya. Matlamat saya untuk menjadi kaya dan berjaya lebih jelas.
"Ya Allah, aku perlu jadi kaya sebab aku mahu bantu lebih ramai orang lain ya Allah. Jadikanlah aku seorang jutawan yang bertakwa ya Allah"
Sekarang lebih mudah rasanya untuk meminta daripada Allah. Semoga suatu hari nanti, Allah memakbulkan doa saya ini. Semoga saya menjadi seorang jutawan yang bertakwa. Yang sentiasa membantu dan menolong orang lain. Saya perlu menjadi lebih kaya supaya lebih banyak yang dapat saya beri.
Kepada para sahabat yang membantu menyumbangkan wang untuk projek ini, yakinlah. Anda telah membantu di tempat yang betul.
Sumbangan kita semua walaupun telah dibahagikan kepada sekitar 51 orang, sedikit sebanyak ia dapat membantu mereka.Dan saya mendoakan agar Allah merahmati kita semua yang menyumbang hari itu.
Buat yang tidak menyumbang, pergilah. Carilah penduduk di sekitar rumah anda, yakinlah. Ramai yang susah dan sekarang ini masih menanti sumbangan daripada anda.
Semoga apa yang saya lalui hari ini dapat memberi keinsafan kepada saya dan kita semua.
Semoga kita semua menjadi hamba yang bersyukur. Percayalah, terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Betapa banyak yang kita bersyukur? Tepuk dada, tanyalah iman kita....
Wassalam

Assalam,
ReplyDeleteSemuga segala amal ibadah diberkati dan di terima Allah.
Semuga tuan haji dan keluarga dalam rahmat Allah.
Salam...
ReplyDeleteSaya juga ada menyampaikan sumbangan kepada beberapa orang fakir/miskin, ibu tunggal dan anak yatim pada Sabtu 29 Ramadhan lalu.
Kami tinggal ditaman perumahan; bukan semua orang senang. Ada yg keluarga ramai..kenderaan cuma 1 motosikal sedangkan jiran lain bekereta besar.
Saya juga berpendapat apabila membuat majlis berbuka puasa...elok dihantar gulai ayam/daging (atau lain2 lauk) dibungkus dan dihantar kerumah-rumah (kerana ramai anak2, orang2 tua atau yg sakit atau suri2 rumah tidak dapat nak ke majlis atau kesurau)..moga mereka dapat merasai masakan yang dihantar!
Teruskanlah usaha sebegini...70 hari lagi kita akan lalui Hari Raya Korban. Yg modal nipis buat kecil2an.
Wasssalam.
;((
ReplyDelete