Assalamualaikum,
Syukur Alhamdulillah. Saya sudah pun menyempurnakan tanggung jawab saya untuk mengepos semua CD yang di pesan.
Berikut merupakan senarai nama penerima yang menempah dan saya sudah pos:
1) Mohd Kamal
2) Mohamad Firdaus Bakar
3) Zubaidah
4) Rosli Mat Saad
5) Noorly
6) Zamani
7) Riza Rina
8) Rosmawati
9) Shazlina Sayuti
10) Ridzwan Che Ros
11) Sharani Salleh
12) Maimunah
13) Shahrul Azlan
14) Esdani
15) Dzarifah
16) Khairul Anuar
17) Shuhaib Ismail
18) Husnidar
19) Okaz
20) Normah Abu Samah
21) Azwan
22) Sharmila
23) AJ - Dari Brunei
Ada yang 3 CD, ada yang 1 CD. Bergantung kepada jumlah CD yang anda minta.
Salah Faham
Ada yang tersalah faham. Sebenarnya CD ini saya edarkan secara percuma. Anda tak perlu membayar untuk mendapatkan CD ini. Ada sahabat yang hantar emel dan kata nak beli.
Mohon maaf. CD ini bukan untuk dijual ya. Ia PERCUMA.
Sumbangan
RM5 saya maklumkan dalam entri terdahulu adalah jika ada sesiapa yang ingin menyumbang.
Keseluruhannya, saya beli 25 sampul Pos Ekspress berharga RM3.50 setiap satu. Total Kos di sini adalah RM87.50 dan ada yang saya pos ke Brunei. Total postage kos adalah RM90.00
Kos CD kosong adalah RM35. Menjadikan total keseluruhan kos RM125.00
Jumlah ni sebenarnya agak kecil. Insya Allah, saya boleh 'bolot' pahala tu sorang sorang.
Tapi, biarlah saya berkongsi dengan para pembaca. Di tambah dengan keberkatan bulan Ramadhan sekarang ini. Mungkin ada di antara anda juga yang mahu mencari 'pencen kubur' nanti.
Saya suka jika kita bekerja berkumpulan. Kita 'kumpul' pahala sama sama. Kita semua nak masuk ke dalam syurga tanpa dihisab. Manalah tahu, kerana RM5 yang kita sumbangkan dengan begitu ikhlas. Ia penyebab Allah nak beri rahmat kepada kita untuk masuk ke dalam syurga. Siapa tahu.....
Sebab itulah saya bertanya kepada sesiapa yang ingin menyumbang. Kita sama sama buat pahala.
Pengajaran Penting
Jika anda bertanya kepada saya, mengapa nak kutip duit walaupun jumlahnya kecil. Setakat RM5 seorang. Apa ke hal....
Tapi, ada tiga perkara yang saya nak kongsi dengan anda.
Pertama: Salah seorang pembaca blog ini telah pun sumbangkan RM6000 untuk program berbuka puasa di surau saya yang masih berjalan sekarang. Dan orang yang sama juga menyumbang RM5 untuk projek CD ini. Pada saya, insan ini amat mencintai untuk mencari 'pencen kubur'. Saya rasa, ia satu sikap yang wajar diikuti. Banyak pun menderma, sedikit pun menderma.
Kedua: Ada salah seorang pembaca blog ini yang PERGI KE BANK. Semata mata nak bank in RM5 ke akaun saya melalui CASH DEPOSIT mesin. Boleh tak anda bayangkan, pergi ke bank untuk Bank In duit RM5 semata mata ingin mencari 'pencen kubur'. Ia satu sikap yang bagi saya amat murni. Sanggup bersusah payah untuk mencari 'pahala'.
Ketiga: Saya sengaja menghadkan setiap seorang untuk menderma RM5. Saya mahu ramai orang yang mendapat pahala. Sebagai contoh, kali ini ada 18 orang penyumbang RM5. Dan seorang yang menyumbang RM10. Menjadikan jumlah kutipan RM100. Bakinya, biarlah saya yang top up.
Dan kutipan RM5 kali ini pasti memberi ruang untuk anda yang kurang mampu untuk menyumbang dalam projek karpet, projek berbuka puasa dan projek menghantar ustazah ke Mekah menunaikan Umrah.
Saya harap, kita semua dapat mengambil pengajaran dalam kes ini. Saya mahu kita semua mencintai untuk bersedekah. Kerana sesungguhnya sedekah itu adalah pintu kepada rezeki kita.
Semoga ramai yang dapat manfaat melalui projek kecil ini.
Wasslam.

DENGAN INI, SECARA RASMINYA, KUTIPAN DUIT RM5 SUDAH DITUTUP.
Semoga ramai yang dapat manfaat melalui projek kecil ini.
Wasslam.
Assalam,
ReplyDeletesemuga di beri kesihatan yang berterusan.
Alhamdulillah. semuga di permudahkan semua urusan dan di bagi kekuatan bagi project seterusnya.
Jazakaullah
Salam,
ReplyDeleteCD sudah sampai pada saya semalam. Terima kasih banyak2. InsyaAllah saya akan manfaatkan sebaik mungkin. Didoakan saudara dan keluarga sentiasa diberkati dan dilindungi Allah Taala.
-Dzarifah-