Assalamualaikum,
10 hari lepas, saya menerima panggilan telefon daripada kakak ipar saya.
"Daus, Kak Aza nak beli baju raya untuk abah. Tahu tak abah pakai baju melayu saiz apa?" tanya kakak ipar saya.
"Abah pakai baju saiz XL." Saya menjawab.
"Hai, takkan beli untuk abah saja. Untuk mak tak beli ka? Nanti kecik hati mak kalau beli untuk abah tak beli kat dia"
"Untuk mak, Kak Aza beli tudung"
"Daus pakai baju saiz L" saya sengaja bagi tahu saiz baju saya. Nak buat lawak dengan dia.
"Hai, tauke ayam beli baju sendiri la," kakak saya membalas.
Kami ketawa.
Perbualan sekitar 5 minit 'menyentap' emosi saya.
"Aduh, macam mana saya boleh 'terlepas pandang' benda benda macam ni. Kenapa saya tak beli baju raya untuk mak dan abah. Sekarang Kak Aza dah dapat peluang untuk menggembirakan hati ibu bapa saya. Aduh.. Ruginya saya, " saya mengeluh sendirian.
Kenapalah saya tak fikir dari awal.
Lepas saya bertanya kepada mak saya, dia kata kain baju raya dia dah ada dua pasang. Cuma belum berjahit lagi. Hmm. Nampak gayanya, terlepas peluang nak beli untuk mak saya.
Untuk Mertua
Saya menelefon mak mertua saya di KL. Saya cadang mahu membeli baju raya untuk ibu bapa mertua saya.
"Mak, mak dah beli baju raya belum?" saya bertanya.
"Dah. Mak dah beli dua pasang. Warna biru tua dan warna coklat. Biasalah. Baju raya mesti beli awal awal. Mak tak larat nak berebut dengan orang kalau beli last minute" mak menjawab.
"Abah dah beli baju raya belum? " saya bertanya.
"Hmmm... Abah kamu tu rasanya dah berapa tahun tak beli baju raya. Asyik pakai baju raya tu saja tiap tiap tahun. Lagi pun, mak jarang tengok dia pakai baju melayu," mak membalas.
"Kalau macam tu, saya nak beli baju raya untuk abah la. Saya beli yang sama warna dengan baju mak. Nanti saya pergi beli warna biru tua atau coklat."
Saya terus ke kedai baju untuk membeli baju raya buat bapa mertua saya. Dan saya memilih warna biru tua. Agar ia sama dengan baju mak mertua saya. Bolehlah mereka sedondon hari raya nanti.
Saya rasa, ia hadiah yang 'simple' tapi signifikan. Kita selalu terlepas pandang perkara perkara yang 'simple' ni.
Kita selalu terfikir baju raya untuk kita. Kita selalu terfikir baju raya untuk anak anak kita. Tapi, berapa ramai di antara kita yang terfikir untuk beli baju raya ibu bapa mereka. Dan berapa ramai yang terfikir nak beli baju raya untuk ibu bapa mertua kita.
Pada pandangan saya, walaupun ibu bapa dan mertua kita kaya dan berduit. Tapi 'hadiah' dari seorang anak 'besar' nilainya. Hadiah dari seorang menantu lagi 'besar' nilainya. Hadiah kita yang simple ini akan menjadi 'pengikat' kasih sayang kita sekeluarga.
Dan yang lebih penting. Hidup kita akan menjadi lebih berkat. Kerana kita menggunakan duit kita untuk membeli hadiah buat ibu bapa kita dan mertua.
Ia sememangnya disuruh oleh agama kita. Cuma, kita kadang kadang terlepas pandang semua perkara perkara remeh ini.
Nasihat saya kepada kita semua.
Ayuh. Weekend ni kita ke kedai baju raya, kita belikan baju raya untuk ibu bapa dan mertua kita. Kalau perlu, bawa mereka sekali. Biar mereka pilih warna yang mereka suka. Dan untuk ibu, kita belikan sekali tudung buat mereka.
Percayalah. Pasti akan ada antara ibu bapa kita yang dalam diam akan 'menangis' kegembiraan menerima hadiah kita ini. Hati mereka pasti tersentuh menerima 'hadiah' daripada anak atau menantu mereka. Ia sesuatu yang amat istimewa. Percayalah.
Untuk buat benda ni jadi lebih 'tragis', biar kita hadiahkan baju untuk mertua kita. Dan pasangan kita menghadiahkan untuk mertua dia. Hadiah dari seorang menantu lebih 'power' daripada anak. Ini kerana, mertua akan terasa seolah olah menantu tu seperti anak dia sendiri.
Ini hanya pandangan saya.
Hadiah Daripada Maria
Selepas memaklumkan Maria hasrat saya untuk beli baju raya untuk bapa dia. Dia gembira. Dia juga nak hadiahkan sebuah buku untuk ayahnya.
Hari Selasa yang lepas, saya sudah poskan baju raya dan buku untuk bapa mertua saya.
Saya harap dia gembira dengan pemberian saya yang tidak seberapa ini.
Ayuh!!!
Ayuh kawan kawan. Ayuh kita gembirakan hati ibu bapa kita. Mereka sudah banyak berjasa membesarkan kita.
Tak terbalas jasa mereka sebenarnya walaupun kita beri sedulang emas buat mereka. Namun, percayalah. Sehelai baju melayu, baju kurung dan tudung akan 'menyentap' hati mereka.
Mereka akan 'menangis' dalam diam.
Kita tak tahu tahun hadapan adakah mereka akan bersama kita lagi. Ambillah peluang ini sementara ia masih ada.
Tanyalah!!
Tanyalah kepada mereka yang sudah kehilangan ibu bapa. Ibu bapa mereka yang sudah pergi menyahut seruan Illahi.
Adakah mereka 'teringin' dan rindu untuk menghadiahkan baju raya buat ibu bapa mereka?
Apakah mereka akan lakukannya jika Allah 'hidupkan' kembali ibu bapa mereka? Bukan sekadar baju, lebih daripada itu mereka mahu berikan.
Namun.
Berilah!!!
Berilah hadiah ini kepada ibu bapa kita. Dan jadikan ia tradisi setiap tahun.
Nasihatkan kawan kawan kita yang lain untuk berikan kepada ibu bapa dan mertua mereka.
Semoga, amalan kita yang sedikit ini, bila diniatkan semata mata kerana Allah akan menjadi 'penyebab' untuk Allah memberi rahmat kepada kita di Akhirat kelak. Semoga kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa di hisab.
Amin.
Wassalam.

Assalam,
ReplyDeleteSemuga dirahmati Allah.
Terima kasih atas peringagan ini.
terima kasih daus.....Aidil
ReplyDeleteAssalamualakum.. tqvm diatas peingatan.. -yfrz-
ReplyDelete