Assalamualaikum,
Entri saya semalam mengundang seseorang yang memberi komen priority aurat wanita untuk dilihat oleh orang lain semasa bersalin.
Persoalannya di sini, yang manakah perlu diberi keutamaan untuk menguruskan bersalin seorang wanita muslimah untuk bersalin?:
1) Doktor perempuan muslim
2) Doktor lelaki muslim
3) Doktor perempuan bukan muslim
4) Doktor lelaki bukan muslim
Yang pasti, jawapan nombor 1 dan nombor 4 sudah muktamad. Tiada khilaf. Namun, saya tertanya tanya antara doktor lelaki muslim dan doktor perempuan bukan muslim, manakah yang perlu diberi keutamaan.
Saya mencari jawapan bagi soalan ini di internet. Dan ini jawapannya. Saya rasa, berbaloi untuk anda baca huraiannya. Ia akan menjawab persoalan yang mana perlu diberi keutamaan. Disertai dengan dalil dan hadis.
At least, kita semua boleh ambil berat sebab saya rasa semua kita akan melalui perkara yang sama satu hari nanti.
Huraian Di Ambil Dari : http://klinikummi.blogspot.com/2009/01/hmmnak-jumpa-doktor-lelaki-atau.html
JAWAPANNYA:
Pertama:
Aurat (yang perlu ditutupi) oleh seorang lelaki ialah di antara pusat dan lututnya, kerana Nabi S.A.W pernah berkata:
“Bahagian di antara pusat dan lutut itu adalah aurat.”
Ia merupakan pendapat majoriti ulama’.
Kedua:Seluruh bahagian seorang perempuan adalah aurat dan perlu ditutupi daripada orang yang bukan mahramnya, berpandukan ayat (terjemahannya):
“Dan apabila kamu ingin meminta (daripada isteri-isteri mereka) apa-apa yang kamu perlukan, mintalah daripada sebalik tabir”(Al-Ahzab 33:53)Juga berpandukan hadith,
“Seluruh bahagian badan seorang perempuan adalah aurat.” (Diriwayatkan oleh al-Tirmidhi dengan isnad sahih)Ini adalah pendapat yang benar menurut Mazhab Hambali, salah satu dari pendapat Imam Maliki, dan salah satu dari pendapat Imam Shafi’i.
Ketiga:
Memandang aurat dengan sengaja adalah salah satu perkara yang sangat ditegah. Seorang muslim itu perlulah menundukkan pandangannya dan menahan diri dari melihat kepada yang bukan mahramnya.
Allah telah berfirman (terjemahannya) :
“Katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman supaya menundukkan pandangan mereka (dari melihat perkara yang haram), dan memelihara kehormatan mereka (dari melakukan zina dan yang seumpamanya). Demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhya Allah amat mendalam pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menundukkan pandangan mereka (dari melihat perkara yang haram), dan memelihara kehormatan mereka (dari melakukan zina dan yang seumpamanya)…”
(Al-Nur 24:30-31)Nabi SAW bersabda :
“Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki yang lain dan seorang perempuan tidak boleh melihat aurat perempuan yang lain.” (Diriwayatkan oleh Muslim)Dan baginda S.A.W pernah berkata kepada Saidiana Ali r.a :
“Janganlah kamu melihat peha seseorang, samada yang masih hidup atau yang telah mati.”
(Diriwayatkan oleh Abu Daud, hadis sahih).
Keempat : Jika ianya haram untuk melihat aurat, ianya juga haram untuk menyentuh aurat, walaupun berlapik dengan kain atau pakaian. Nabi SAW pernah bersabda:
"Aku tidak berjabat tangan dengan perempuan." (Diriwayatkan oleh Imam Malik dan Imam Ahmad, hadis sahih)Dan baginda SAW juga pernah bersabda:
“ Jika salah seorang daripada kamu hendak ditikam di kepalanya, itu adalah lebih baik baginya daripada dia menyentuh seorang perempuan yang tidak dibolehkan untuknya sentuh (bukan mahram).” (Diriwayatkan oleh Imam Tabrani, hadis sahih)Imam Al-Nawawi r.a pula pernah berkata:
“Di mana ianya dilarang untuk melihat, ianya juga dilarang untuk menyentuh, dan menyentuh itu lebih ditegah, kerana ianya lebih disukai (mendatangkan keseronokan).”
Kelima:
Perkara yang dikira aurat terdiri daripada pelbagai jenis dan tahap-tahapnya. Bahagian yang “paling aurat” ialah bahagian kemaluan samada depan atau belakang. Kemudian, bahagian yang “kurang aurat” ialah seperti peha seorang lelaki di depan sesama lelaki.
Keenam :
Kanak-kanak kurang daripada 7 tahun tidak termasuk di dalam peraturan aurat ini. Aurat seorang kanak-kanak lelaki yang sudah dapat membezakan perkara (mumayyiz) – antara umur 7 hingga 10 tahun – adalah bahagian kemaluan, manakala aurat kanak-kanak perempuan seusia itu pula ialah dari pusat sehingga ke lutut (peraturan di atas adalah di dalam keadaan tiada ketakutan atau fitnah).
Aurat mayat pula ialah sama seperti aurat bagi orang yang masih hidup. Manakala bagi orang yang jantinanya tidak jelas pula (khunsa), auratnya ialah seperti seorang perempuan, kerana dia mungkin sebenarnya seorang perempuan.
Ketujuh :

Di dalam keadaan keperluan, perkara yang biasanya haram adalah dibenarkan. Para ulama’ bersepakat bahawa adalah dibolehkan untuk seorang doktor lelaki melihat bahagian sakit seorang pesakit perempuan apabila perlu, tetapi di dalam batasan syari’at. Begitu juga, doktor lelaki adalah dibenarkan untuk melihat aurat pesakit lelaki. Tetapi, dia hanya dibenarkan melihat di bahagian yang sakit setakat yang perlu, dan tidak berlebih-lebihan.
Peraturan yang sama juga adalah terpakai bagi doktor perempuan. Peraturan ini berdasarkan kepada pendapat mengutamakan kepentingan menyelamatkan nyawa berbanding kepentingan melindungi aurat, di dalam kes-kes yang melibatkan konflik di antara dua kepentingan ini.
Kelapan :
“Keperluan perlu dinilai berdasarkan tahap-tahapnya.” Sebelum ini, telah dinyatakan bahawa dibenarkan untuk mendedahkan, melihat, menyentuh dan sebagainya, untuk tujuan rawatan di dalam kes keperluan yang perlu disegerakan. Namun, di dalam apa keadaan sekalipun, adalah tidak dibenarkan untuk melewati batasan syariat Islam.
Peraturannya adalah seperti berikut:
Keutamaan perlu diberikan kepada rawatan oleh doktor yang sama jantinanya dengan pesakit. Apabila seorang pesakit perempuan perlu didedahkan auratnya (untuk tujuan rawatan), pilihan utama perlu diberikan kepada doktor muslimah yang berkelayakan. Jika tidak ada, turutan pilihan seterusnya ialah doktor perempuan bukan muslim, doktor lelaki muslim, dan yang terakhir, doktor lelaki bukan muslim.

Jika keadaan penyakit itu memadai hanya dirawat oleh doktor perubatan biasa perempuan, pesakit itu tidak dibenarkan untuk mendapatkan rawatan daripada doktor lelaki walaupun doktor lelaki itu adalah doktor pakar. Jika memerlukan doktor pakar, pesakit itu perlu mendapatkan rawatan daripada doktor pakar perempuan, tetapi jika tidak ada, barulah dibenarkan baginya untuk dirawat oleh doktor pakar lelaki. Jika doktor pakar perempuan itu tidak cukup berkemahiran untuk mengendalikan keadaan penyakit pesakit itu, dan memerlukan penglibatan doktor pakar lelaki yang berkemahiran tinggi dan layak, maka dibenarkan untuk pesakit itu dirawat oleh doktor pakar lelaki itu. Jika ada doktor pakar lelaki yang lebih berkemahiran, dan lebih berpengalaman daripada doktor biasa perempuan, pesakit perempuan itu masih tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan doktor pakar lelaki, melainkan jika keadaan penyakitnya memerlukan kemahiran dan pengalaman doktor pakar lelaki itu. Menggunakan kaedah yang sama, seorang pesakit lelaki tidak sepatutnya dirawat oleh doktor perempuan sekiranya masih ada doktor lelaki yang boleh menjalankan rawatan.
Pesakit tidak dibenarkan mendedahkan auratnya lebih daripada yang diperlukan, iaitu hanya bahagian yang sakit sahaja perlu didedahkan. Pada masa yang sama, doktor yang merawat perlulah menjaga pandangannya seboleh mungkin, dan dia perlulah sedar bahawa dia sedang melakukan sesuatu yang pada dasarnya adalah haram, dan dia perlulah memohon keampunan daripada Allah untuk perbuatannya yang mungkin melewati batasan syari’at.Sekiranya dapat dirawat hanya dengan menjelaskan keadaan penyakit yang dialami, maka tidak dibolehkan untuk pesakit mendedahkan auratnya; sekiranya dapat dirawat hanya dengan melihat, maka tidak dibolehkan untuk doktor menyentuh pesakit yang bukan mahramnya itu; sekiranya dapat dirawat dengan sentuhan yang beralaskan kain, maka tidak dibolehkan untuk mengalihkan kain itu, dan begitulah lagi lain-lain situasi.
Walaupun syari’at Islam membenarkan pesakit perempuan dirawat oleh doktor lelaki (dalam keadaan keperluan, dan dengan peraturan-peraturan yang telah dinyatakan sebelum ini), tapi ia hanya jika pesakit itu ditemani, dan bukan keseorangan. Bermakna, pesakit itu perlu ditemani samada oleh suaminya, mahramnya atau perempuan lain yang boleh dipercayainya.
Doktor lelaki itu juga perlulah merupakan seorang yang boleh dipercayai, dan tidak diragui berkenaan kelakuan dan komitmen agamanya. Dalam kes ini, memadailah hanya dengan menilai raut wajahnya.
Apabila sesuatu bahagian badan itu dianggap lebih aurat, maka lebih ketatlah syarat yang dikenakan. Menurut penulis kitab Kafaayat al-Akhyaar: "Ketahuilah bahawa kelonggaran di dalam keadaan keperluan ialah hanya dengan melihat tangan dan muka. Untuk melihat bahagian badan yang lain, memerlukan sebab yang pasti dan jelas, manakala untuk melihat bahagian yang sulit, memerlukan sebab yang lebih-lebih lagi pasti." Oleh itu, seorang Muslimah perlulah lebih tegas dalam menjaga auratnya di dalam kes-kes seperti melahirkan anak, dan bersunat bagi kanak-kanak perempuan.
Keperluan rawatan juga perlulah segera, seperti keadaan berpenyakit, rasa sakit yang tidak tertahan, keadaan badan lemah yang membimbangkan dan sebagainya. Sekiranya tidak berpenyakit atau tidak perlu disegerakan, maka tidak dibolehkan untuk mendedahkan aurat, seperti dalam kes di mana pesakit itu sendiri yang mengandaikan dirinya sakit, atau di dalam kes hal-hal luaran.
Semua peraturan yang dinyatakan di atas hanyalah bagi keadaan di mana tiada kemungkinan fitnah atau hasutan nafsu baik dari pihak doktor atau pesakit itu sendiri.Akhir sekali, asasnya ialah mengingati dan takutkan Allah S.W.T di dalam berhadapan isu yang penting sebegini. Syari’at telah menetapkan langkah berjaga-jaga untuk keselamatan kita, dan telah menggariskan panduan yang jelas dan serius. Satu masalah yang sangat menular pada masa kini ialah kelalaian atau sikap acuh tidak acuh masyarakat kita berkenaan isu mendedahkan aurat di klinik-klinik dan hospital, seolah-olah dibolehkan mendedahkan segala-galanya kepada seorang doktor dan membiarkannya melakukan perkara-perkara yang tidak dihalalkan dalam agama. Keadaan yang sama juga terjadi kepada program-program pendidikan yang dibawa tanpa tapisan dari negara-negara kafir, mencontohi mereka dengan bersikap lalai atau acuh tidak acuh berkenaan hal ini di dalam pendidikan, latihan dan maklumat.
Orang-orang Islam perlulah memberi perhatian di dalam memberi pendidikan kepada wanita-wanita yang layak di dalam bidang pengkhususan perubatan yang pelbagai ini, supaya keperluan kemaslahatan kaum muslimah dapat dijaga. Pihak hospital juga perlulah mengeluarkan jadual dan menyusun atur sistem giliran (shift) di hospital dan klinik supaya keperluan muslimah tidak dianggap sebagai perkara yang menjengkelkan, atau diabaikan atau disusahkan (mungkin dimarahi) oleh doktor lelaki apabila pesakit meminta dirawat oleh doktor perempuan.
Kita memohon kepada Allah S.W.T supaya membantu kita memahami agama Islam dengan lebih sempurna, membantu kita mentaati syari’at Islam dan menjaga hak-hak sesama orang-orang Islam. Allah jualah tempat meminta pertolongan dan menunjuk ke jalan yang lurus.
Soal Jawab Islam
Sheikh Muhammad Salih Al-Munajjid

COMMENTS