By : Mohd Firdaus Mat Saad
Assalamualaikum,
Nota: Ini adalah sambungan daripada entry sebelum ini:-
Qiamullail - Bagaimana Melakukannya? Part 2
Apa Yang Prof Kamil Ajarkan
Anda boleh baca nasihat Prof Kamil kepada saya tentang Qiamullail di sini :-
Travelog Haji - Part 23 : Nasihat Prof Kamil (IV)
Semasa di Madinah, Prof Kamil mengajar saya bagaimana untuk melakukan Qiamullail selama 3 jam di Tanah Suci.
Ia tidaklah terlalu sukar ketika dilakukan disana. Ia bermula pada jam 2.00 pagi.
Aturannya begini.
Prof Kamil menyuruh saya menunaikan Solat Sunat Tahjud sebanyak 6 rakaat. Baca secara perlahan lahan dan tidak tergopoh gapah.
Ia akan mengambil masa sekitar 30 minit untuk solat 6 rakaat ini.
Kemudian, Prof menyarankan saya untuk berdoa sekitar 30 minit.
Jam 3.00 pagi, Prof mencadangkan saya untuk melakukan Solat Sunat Taubat dan Solat Sunat Hajat. Kemudian berdoa lagi memohon ampun kepada Allah dan meminta apa yang dihajatkan kepada Nya.
Selepas itu, baca Al Quran dan Solat Sunat Witir.
Ini yang saya lakukan ketika di Tanah Suci dahulu.
Selepas Pulang Ke Malaysia
Selepas pulang ke Malaysia, azam saya yang pertama. Saya mahu melakukan Qiamullail setiap malam.
Cumanya, saya mencari formula yang sesuai dengan saya. Saya tak mampu untuk melakukan Qiamulllail selama 3 jam seperti yang saya lakukan di Tanah Suci.
Saya benar benar hairan, bagaimana Prof Kamil boleh melakukan Qiamullail secara konsisten setiap malam bermula jam 2.30 pagi. Allah Allah. Saya cemburu dengan keupayaan Prof melakukan Qiamullail. Sila baca buku Prof Kamil, Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok.
Anda akan tahu bagaimana Prof melakukan Qiamullail setiap malam bermula jam 2.30 pagi.
Ia satu anugerah yang Allah berikan kepada Prof.
Tempoh Masa Qiamullail
Jika anda bertanya kepada Prof Kamil, beliau akan mengatakan Allah 'mula' turun ke langit dunia di sepertiga malam yang tersisa untuk mencari hamba Nya yang berdoa untuk dimakbulkan. Mencari hamba Nya yang bertaubat untuk diampunkan. Mencari hamba Nya yang meminta untuk diperkenankan.
Jika tempoh malam diambil 12 jam dan dibahagi 3. Maka, sepertiga malam tersisa yang Allah maksudkan bermula jam 3.00 pagi.
Namun, saya tak mampu untuk bertahan. Jika saya mula bangun jam 3.00 pagi, pasti saya 'syahid' di tengah jalan.
Saya mencari cari rentak, pukul berapa yang sewajarnya saya bangun.
Sebelum bulan puasa ini, saya akan bangun setiap hari pada pukul 4.48 pagi. Saya tak tahu mengapa saya pilih waktu ini. Tapi, inilah 'loceng' yang dah diset di handphone saya setiap hari.
Saya ada sekitar satu jam untuk diisi dengan solat solat sunat, berzikir, berdoa dan bermunajat kepada Allah sementara menunggu waktu Subuh.
Saya fikir, ia sesuai dengan saya.
Saya rasa selesa untuk beribadah sekitar satu jam sebelum waktu Subuh.
Ia tidak terlalu lama dan tidak terlalu pendek. Cukuplah untuk saya isi dengan solat dan berdoa. Allhamdulillah.
Perasaan Di Hati
Satu perkara yang saya ingin kongsi dengan anda, Hadis yang Prof Kamil ceritakan kepada saya mengenai kelebihan Qiamullail amat terkesan di hati saya.
Prof membacakan sebuah hadis Qudsi yang bermaksud.
"Allah turun ke langit dunia, ketika satu pertiga malam masih tersisa. Allah menyeru: Adakah antara hambaku yang mahu berdoa kepadaku supaya aku mengkabulkan permintaannya? Adakah antara hambaku yang meminta ampun kepadaku supaya aku mengampunkannya? Adakah antara hambaku yang meminta kepadaku supaya aku memenuhinya?"
Hadis ini amat mudah. Tapi kesannya amat kuat dihati saya.
Setiap malam, kalau saya terasa seolah olah 'malas' untuk bangun. Bila teringat hadis ini. Saya terasa Allah sedang 'menunggu' saya untuk saya bangun menunaikan solat. Mana mungkin saya 'tak bangun' bila saya membayangkan Allah sedang 'menunggu' saya memohon doa kepada Nya.
Setiap malam, selepas membersihkan diri, sebelum saya memulakan solat, saya memandang ke hadapan. Saya akan 'terasa' seolah olah, Allah ada berada di hadapan saya. Saya 'terasa' seolah olah Allah sedang memerhatikan saya sedang bersolat. Saya 'terasa' Allah sedang menunggu saya untuk berdoa kepada Nya.
Saya terasa seolah olah Allah berkata kepada saya, "Firdaus, mintalah daripada Aku apa yang kamu mahukan. Aku akan perkenankan"
Ini hanya perasaan dihati saya. Bagi saya, perasaan ini anugerah yang Allah berikan kepada saya. Syukur pada Nya atas nikmat ini.
Pada waktu ini, saya benar benar terasa Allah ada bersama saya. Jadi, apabila saya meminta, ia lebih khusyuk kerana saya membayangkan Allah berada dihadapan saya
Ia perasaan yang sukar saya gambarkan. Ia perasaan yang tidak pernah saya alami sebelum ini. Dan saya amat bersyukur apabila Allah menganugerahkan perasaan ini kepada saya.
Syukur Alhamdulillah.
Apa Yang Saya Lakukan
i) Solat Tahjud
Sekarang ini, apabila saya bangun. Saya akan mulakan dengan melakukan solat sunat Tahjud. Ia hanya dua rakaat. Jika saya mahu berdoa panjang, saya akan membaca ayat ayat ringkas dalam solat. Jika saya mahu berdoa ringkas, saya akan membaca ayat ayat panjang dalam solat.
* Nota : Allah menyukai sunat solat dua rakaat yang dibaca surah yang panjang berbanding solat banyak rakaat yang dibaca surah pendek pendek. Kepada pembaca yang alim dan bijak, betulkan saya jika saya salah dalam hal ini.
Maka, saya menyeimbangkan keduanya. Ada hari, saya baca surah-surah panjang dan berdoa ringkas. Ada hari saya baca surah-surah pendek dan doa panjang.
Selepas selesai Solat Sunat Tahjud. Saya akan melakukan Sujud Syukur.
Semasa sujud syukur, ini adalah doa yang saya baca.
"Ya Allah, aku bersyukur pada Mu. Kau telah mengizinkan aku untuk bangun melakukan Qiamullail pada malam ini ketika mana orang lain sedang nyenyak tidur. Aku bersyukur pada Mu ya Allah. Ya Allah, aku bersyukur atas segala nikmat yang telah Kau berikan kepadaku. Jadikanlah aku hamba Mu yang bersyukur "
Saya pasti melakukan Sujud Syukur. Mengapa?
Kerana Allah pilih saya untuk bangun melakukan Qiamullail. Tak semua orang Allah pilih untuk melakukan ibadah ini. Ia sesuatu yang perlu disyukuri.
Prof Kamil menasihatkan saya untuk selalu melakukan sujud syukur walaupun untuk perkara perkara yang kecil.
Sujud syukur adalah salah satu cara untuk saya menunjukkan kesyukuran saya kepada Allah atas segala nikmat yang telah diberikan kepada saya.
Ummat akhir zaman ini. Sedikit benar yang termasuk dalam golongan hamba yang bersyukur. Saya mahu termasuk ke dalam golongan yang sedikit itu.
Selesai sujud syukur, saya akan berdoa kepada Allah. Ini adalah doa yang saya baca.
Ya Allah, ampunkanlah dosa ku, ampunkanlah dosa kedua ibu bapa ku, dosa ahli keluarga ku, dosa nenek moyangku, dosa saudara mara ku dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.
Ya Allah, aku mohon pada Mu. Permudahkanlah aku untuk melakukan Qiamullail setiap malam. Gerakkanlah hatiku untuk melakukannya semata mata kerana Mu ya Allah.
Permudahkanlah aku untuk menunaikan solat fardhu secara berjemaah. Dorongkanlah hati ku untuk rajin bersedekah. Dorongkanlah aku untuk melakukan solat sunat Dhuha setiap hari.
Ya Allah, dorongkanlah hatiku dan hati ahli keluarga ku untuk melakukan amal ibadah yang boleh mendekatkan diri kami kepada Mu. Dorongkanlah hati kami untuk melakukan amal ibadah yang boleh membawa kami ke syurga Mu.
Jauhkanlah kami daripada melakukan amalan amalan yang membawa kami ke neraka Mu. Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam syurga Mu dengan Rahmat Mu.
ii) Solat Taubat
Selesai berdoa, saya akan terus melakukan Solat Sunat Taubat. Bagi saya ia amalan yang WAJIB saya lakukan setiap hari.
Dahulu, saya hanya lakukan solat sunat Taubat sekali sekala. Dahulu, ia hanya dilakukan sebulan sekali. Itupun, kalau saya teringat nak lakukannya. Jika tidak, mungkin sekali dalam dua tiga bulan.
Sekarang, saya mahu lakukan Solat Sunat Taubat setiap hari. Ya, kalau boleh. Setiap hari. Saya mahu memohon ampun kepada Allah setiap hari. Memohon yang sebenar benarnya.
Dan saya mahu memohon kepada Allah pada waktu yang penuh keberkatan. Iaitu, disepertiga malam yang tersisa.
Bukankah pada waktu ini Allah turun di langit bumi. Dan Allah mencari hamba Nya yang mahu bertaubat agar Dia boleh mengampunkan.
Ya, saya mahu bertaubat kepada Nya pada waktu ini.
Saya mahu, saya mati dalam keadaan saya bersedia untuk bertemu dengan Allah. Saya mahu saya mati dalam keadaan saya suka bertemu dengan Allah dan Allah suka bertemu dengan saya. Saya mahu mati dalam keadaan saya sudah bertaubat kepada Nya.
Itu yang saya mahukan.
Saya mahu menjadi insan insan yang terpilih. Saya mahu masukkan ke dalam syurga tanpa di hisab.
Saya sudah menyaksikan ramai sahabat saya yang meninggal pada usia yang muda. Ada yang meninggal dunia tanpa 'sebarang amaran' dari Allah. Ada sahabat yang meninggal akibat kemalangan jalan raya. Ada sahabat yang meninggal akibat penyakit jantung.
Jika ia boleh berlaku kepada mereka. Ia boleh berlaku kepada saya. Sebab itulah saya perlu melakukan Solat Sunat Taubat setiap hari.
Sekarang, selepas menunaikan Solat Sunat Taubat setiap malam. Saya 'terasa lebih bersedia' untuk mati berbanding dahulu.
Saya akui, banyak lagi amalan yang saya perlukan. Namun, sekurang kurangnya. Ini yang termampu saya lakukan setakat ini.
Selepas Solat Sunat Taubat, saya akan berdoa kepada Allah.
"Ya Allah, ampunkanlah dosa ku sekiranya aku ada melakukan syirik kepada Mu. Jika ia berlaku, ia bukan di atas kemahuanku, tetapi ia berlaku atas kejahilanku. Ampunkanlah dosa syirikku."
"Ya Allah, ampunkanlah aku jika aku ada berlaku riya' dalam amalan ku. Ampunkanlah aku jika ada perasaan ujub dalam diriku. Ampunkan lah dosa-dosa ku ini ya Allah"
Bagi saya, kedua-dua doa ini amat penting. Ia teramat penting untuk saya baca. Ia boleh menentukan sama ada saya ke syurga atau ke neraka.
Prof Kamil menceritakan kepada saya, Allah boleh mengampunkan semua dosa hamba hamba Nya, kecuali dosa syirik.
Dan, dalam kehidupan kita masyarakat Melayu hari ini. Banyak terdedah dengan amalan amalan syirik 'khafi'. Banyak contoh yang boleh diberikan. Misalnya, berjumpa bomoh untuk memohon sesuatu hajat, kita kata ubat sebagai punca sakit kita sembuh dan bermacam macam lagi.
Saya takut, kalau kalau saya ada terbuat sesuatu yang syirik. Dan jika saya tak mohon ampun daripada Allah dosa ini, dan jika Allah tak ampunkan dosa ini. Tiada pilihan lain. Tempat saya di neraka.
Saya tak mahu begitu. Saya perlu memohon ampun kepada Allah dosa syirik ini.
Begitu juga dengan dosa riya' dan ujub.
Riya' adalah apabila saya melakukan sesuatu amalan seolah olah saya mahu menunjuk nunjuk kepada orang lain. Seolah olah saya bagus. Ini yang saya takutkan. Terutama bila saya menaip di blog ini. Terlalu banyak amalan yang saya lakukan saya ceritakan kepada orang lain. Saya takut, kalau kalau terdetik dihati saya perasaan riya' yang mana ia akan menghapuskan segala pahala amalan yang saya lakukan.
Saya mohon ampun kepada Allah. Semoga saya tidak begitu.
Ujub pula adalah perasaan 'budget bagus' dalam diri. Kita rasa kita bagus. Orang lain tak bagus. Allah Allah. Saya amat takut kalau dalam diri saya ada perasaan ini.
Sebab itulah saya perlu memohon ampun kepada Allah setiap hari. Mohon ampun dosa syirik, dosa riya' dan dosa ujub. Takut takut kalau ia ada di hati saya. Nauzubillah.
Seterusnya saya membaca doa doa ini.
Ya Allah, aku mohon pada Mu, ampunkanlah segala dosa yang pernah aku lakukan. Sama ada dosa itu kecil atau dosa itu besar. Dosa yang aku sengajakan, atau dosa yang tidak aku sengajakan. Dosa yang aku ketahui atau dosa yang tidak aku ketahui. Ampunkanlah segala dosa dosa ku ya Allah.
Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibu bapa ku, dosa ahli keluarga ku, dosa nenek moyang ku dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.
Seterusnya, saya akan bermunajat kepada Allah.
Sekarang saya sudah tahu, air mata orang yang menangis kerana takutkan Allah dalam memohon ampun kepada Nya akan menjadi PEMADAM API NERAKA di akhirat kelak. Kalau tak silap saya, saya pernah dengan kalau kita tak boleh menangis, kita disuruh untuk 'buat buat' menangis.
Ia amat penting. Biarlah dalam hidup kita. Kita selalu menangis kerana takutkan Allah. Air mata itu akan 'menyelamatkan' kita daripada di bakar di api neraka kelak. Nauzubillah.
Semoga saya termasuk dalam golongan insan terpilih dan tak perlu ke neraka walaupun sesaat.
Dahulu, sukar sungguh untuk saya menangis kerana takutkan Allah. Saya tak tahu kenapa saya perlu menangis dan apa pentingnya saya menangis.
Saya Perlu Menangis
Alhamdulillah, selepas mengetahui fadhilatnya, selepas mengetahui caranya. Ia tidaklah sukar untuk dilakukan. Walaupun saya tahu, hati saya ini sebenarnya agak keras.
Saya dah cuba pelbagai cara. Berdasarkan pengalaman saya, cara yang paling mudah untuk saya mengeluarkan air mata adalah dengan menyanyikan lagu Raihan - I'tiraf.
Dan jika saya mahu mempercepatkan pengeluaran air mata, saya pasangkan lagu I'tiraf ini di telefon saya. Kemudian, saya dengar melalui earphone.
Bagi saya ia yang paling mudah. Ini berdasarkan pengalaman saya. Jika saya mendengar melalui earphone, saya akan lebih mudah untuk fokus. Dan keseluruhan hati, jiwa dan perasaan saya saya fokuskan kepada lirik nasyid ini.
Dan ia amat bertepatan dengan keadaan kehidupan saya.
Raihan - I'tiraf
Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu
Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar
(arabic verse)
Ila hilas tu lilfirdausi ahla
Wala aqwa a'lannaril jahim
Fahabblitau batau waghfir zunubi
Fainnakarob firul zanbi azim
Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmat Mu ampunkan daku Oh Tuhan ku
Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut kami harap kepada Mu
Suburkanlah cinta kami kepada Mu
Kamilah hamba yang mengharap belas dari Mu
Saya tak tahu sama ada anda pernah melakukannya atau tidak.
Tapi, berdasarkan pengalaman saya. Bila saya mendengar lagu ini, seorang diri, di waktu malam, dalam keadaan hanya saya dengan Allah. Air mata akan mudah mengalir.
Ini kerana saya akan terbayang setiap bait dalam lirik lagu itu dan kemudian membayangkan diri saya mengharapkan perkara yang sama.
Dan ayat terakhir sekali dalam nasyid ini, KAMILAH HAMBA YANG MENGHARAP BELAS DARI MU benar benar menyentuh perasaan saya.
Saya terasa saya sebagai hamba Allah yang benar benar sedang mengharap belas kasihan daripada Allah. Allah Allah. Ia perasaan yang sukar saya gambarkan dengan kata kata.
Anda perlu lakukannya sendiri dan alamilah. Ia perasaan yang sukar diceritakan. Semoga Allah mencampakkan perasaan yang sama kepada kita semua. Amin.
Solat Istikharah
Selepas menunaikan Solat Sunat Taubat, saya akan melakukan Solat Sunat Istikharah.
Pasti ada yang tertanya tanya kenapa saya lakukan Solat Istikharah setiap hari? Apa pilihan yang saya hendak buat setiap hari?
Begini, saya pernah terdengar dalam ceramah Prof Muhaya, beliau menasihatkan agara kita untuk melakukan Solat Istikharah setiap hari.
Mengapa?
Kerana, setiap hari dalam kehidupan kita. Kita perlu membuat keputusan. Kita perlu membuat pilihan. Dan kita mahu, pilihan yang kita buat adalah pilihan yang terbaik untuk kita. Kita tak mahu tersalah membuat keputusan.
Kita mahu, setiap kali kita buat keputusan, biarlah Allah bersama kita dalam membuat keputusan.
Maka, selepas Solat Sunat Istikharah, saya akan berdoa sebegini:
Ya Allah Ya Tuhanku, aku mohon kepada Mu, aku mohon petunjuk daripada Mu. Ya Allah, setiap hari dalam kehidupan ku, aku akan membuat keputusan. Aku akan membuat pilihan. Aku mohon kepada Mu, biarlah aku memilih untuk membuat keputusan yang betul. Keputusan yang terbaik untuk kehidupan ku pada masa kini dan masa akan datang dan untuk kehidupan ku di dunia dan diakhriat.
Ya Allah, aku mahu Engkau bersamaku setiap kali aku membuat keputusan. Biarlah keputusan aku itu sebenarnya keputusan daripada Kau. Kau ilhamkanlah aku untuk membuat keputusan yang terbaik untuk hidup ku. Janganlah Kau biarkan aku tersalah dalam membuat keputusan yang boleh mendatangkan kemudaratan dalam hidupku.
Bantulah aku ya Allah. Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui apa yang tidak aku ketahui.
Apa kesannya dalam hidup saya?
Sekarang ini, saya terasa lebih aman.
Mengapa?
Kerana jauh dilubuk hati saya, saya terasa Allah bersama saya setiap kali saya membuat keputusan. Dan bila saya yakin, Allah bersama saya apabila saya membuat keputusan, saya lebih mudah untuk redha dengan ketentuan Allah selepas itu.
Alhamdulillah. Hidup saya lebih tenang. Dan saya tak rasa menyesal dengan keputusan yang saya buat kerana saya yakin Allah bersama saya. Semoga ia begitu.
Solat Hajat
Selesai Solat Sunat Istikharah, saya akan melakukan Solat Sunat Hajat. Dan selepas itu, saya akan berdoa kepada Allah.
Doa untuk solat hajat saya ini berubah ubah. Mengikut keadaan dan kesesuaian. Ia bergantung kepada hajat saya pada waktu itu.
Umumnya, begini doa yang saya baca.
Ya Allah, aku mohon kepada Mu permudahkanlah segala urusanku dalam kehidupanku di dunia dan di akhirat.
Ya Allah, jadikanlah aku anak yang soleh. Jadikanlah aku suami yang soleh. Jadikanlah aku bapa yang soleh.
Jadikanlah isteriku isteri yang solehah. Yang menyejukkan mataku bilaku memandangnya.
Ya Allah, jadikanlah anakku anak yang soleh. Berikanlah kejayaan kepadanya dalam kehidupannya di dunia dan di akhirat. Jadikanlah dia seorang pemimpin dikalangan orang yang bertakwa. Jadikanlah anakku ahli syurga ya Allah.
Ya Allah, bantulah aku dalam perniagaan yang aku jalankan. Berikanlah keuntungan yang besar kepadaku, mudah mudahan dengan keuntungan yang besar itu aku dapat mengeluarkan zakat yang banyak dan dapat membantu ummat Islam yang lain.
Ya Allah, Jauhilahh aku dari mala petaka atau bencana yang akan menimpa aku.
Dan bermacam macam doa lagi mengikut hajat saya pada waktu itu.
Solat Witir
Akhir sekali, saya akan melakukan Solat Sunat Witir. 1 Rakaat. Ia diakhiri dengan Sujud Syukur kerana Allah telah membantu saya dalam perjuangan malam ini.
Saya berdoa kepada Allah agar Allah terus memberi hidayah kepada saya untuk terus mengekalkan amalan ini. Sehingga saya dijemput kembali untuk bertemu dengan yang Maha Pencipta.
Semoga, perkongsian saya ini dapat memberi sedikit motivasi kepada anda.
Ayuh!!!
Ayuh. Marilah kita sama sama berebut untuk menjadi insan terpilih. Satu daripada seribu. Dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. Ini seharusnya menjadi matlamat hidup kita semua. Dan kemuncaknya, berdoalah agar kita dapat bertemu dengan Allah. Ia adalah kemuncak bagi segala nikmat di syurga nanti.
Bila Nak Mula?
Jika anda bertanya kepada saya, bila anda perlu mulakannya.
Saya akan menjawab. Malam ini.
Mengapa? Saya sengaja menulis entri ini pada hari Jumaat. Saya tahu, esok kita semua akan bercuti. Maka, malam inilah malam yang terbaik untuk kita mulakan melakukan Qiamullail. Lakukan pada malam ini dan malam esok.
Andai kata kita mengantuk sekali pun, kita masih boleh tidur keesokan harinya pada waktu pagi.
Cuma jangan lepaskan peluang ini. Jika kita tak mampu lakukan hari ini, bila lagi kita nak lakukannya.
Jika kita mampu lakukan malam ini, ia akan memudahkan kita untuk mengejar Malam Lailatul Qadar nanti.
Percayalah, sekarang adalah masa yang terbaik untuk kita semua mulakannya.
Berdoalah, agar Allah beri hidayah dan kekuatan kepada kita untuk melakukannya. Lakukan semata mata kerana Allah. Semoga kita semakin hampir kepada Nya.
"Ya Allah. Ampunkan dosa ku jika terdetik perasaan riya' dalam diriku semasa menulis entri ini. Jika ia berlaku, ia bukan kemahuanku. Ia berlaku atas kejahilanku. Ampunkan aku"
Wassalam.

Jika anda rasa entry ini bermanfaat untuk orang lain, mohon anda tekan button LIKE di bawah dan SHARE entry ini. Mudah-mudahan ia menjadi pencen kubur untuk kita semua. Amin.
-----------------------------------------------------------------------------------------------

EBOOK MOTIVASI USAHAWAN PERCUMA!!
DOWNLOAD EBOOK INI SEMENTARA IA MASIH PERCUMA !!!
Rahsia Maria Menghasilkan Jualan RM1 Juta Dalam Tempoh 9 Bulan At 'Zero Cost Marketing' Selepas Mengikuti Seminar Dr Azizan Osman Sehingga Terpaksa Berhenti Kerja.
Kini Maria Menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) Dan Menjana Pendapatan 5 Angka Sebulan Hanya Dari Rumah. Semoga bermanfaat..
Salam Aleyka Haji,
ReplyDeleteMasa yang haji pilih itu adalah masa yang paling sesuai bagi mreka yg ada t/jawab urusan duniawi disiang hari...dalam islam sikit tapi istiqomah adalah lebih disukai oleh Allaah ta3ala daripada banyak lepas tu tinggal terus..
Pernah berlaku pada sahabat Nabi yaknee salman al farasi ingin menziari saudara angkatnya (yg dipilih oleh Nabi)abi hurairah. sampainya dirumah saudara angkatnya salman melihat isteri abi hurairah berpakaian seperti tidak terurus lalu ditanya kenapa kamu seperti berpakaian seperti seorang hamba lalu dijawab oleh isterinya untuk apa aku memperhiaskan diriku sedangkan saudara kamu itu tidak pedulikan aku dirinya hanya beridah kepada Allah...dipendekkan cerita lalu berita ini telah sampai kepengetahuan Nabi...lalu nabi pesan kepada abi hurairah...sesungguhnya pada isteri kamu ada haqnya, keluarga kamu ada haqnya, sahabat kamu ada haqnya & pada diri kamu juga ada haqnya.
nah disini kita cuba ibadah mengikut kapasiti yg ada pada diri kita...biar kita jadi hamba Allah dalam ibadat
Assalam,
ReplyDeleteSemuga di beri kesihatan yang berterusan.
Semuga Allah beri kekuatan kepada kita menjadi hambaNYA yang bertaqwa dan bersyukur.
Jazakaullah.
k.ros
ReplyDeleteterima kasih, kerana mengingati
Salam,
ReplyDeleteTerima kasih Tuan Haji Firdaus kerana berkongsi ilmu yang sangat bermanfaat ini. Semoga Allah memberkati anda sekeluarga.
Di sini, saya ingin berkongsi dengan semua tentang satu lagi solat sunat yang tinggi fadilatnya yang juga boleh dilakukan ketika Qiamullail iaitu solat sunat Tasbih.
Solat sunat Tasbih ini telah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Abbas bin Muththalib. Rasulullah SAW bersabda: “Jika kamu mampu solat tasbih setiap hari, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, maka lakukanlah setiap hari Jumaat atau sebulan sekali atau setahun sekali atau seumur hidup sekali. "( HR. A bu Daud dan Ibnu Majah )
Dengan mengerjakan solat Tasbih itu diampunkan oleh Allah (a.w) sepuluh kategori dosa, iaitu:
(a)Dosa-dosa yang terdahulu;
(b)Dosa-dosa yang kemudiannya;
(c)Dosa-dosa yang lama;
(d)Dosa-dosa yang baru dibuat;
(e)Dosa-dosa yang tidak disengajakan;
(f)Dosa-dosa yang disengajakan;
(g)Dosa-dosa kecil;
(h)Dosa-dosa besar;
(i)Dosa-dosa yang disembunyikan; dan
(j)Dosa-dosa yang dilakukan terang-terangan.
Semoga Allah akan memberkati kita semua..
1. alhamdulillah... mampu menulis & mengaku TAKUT dgn sifat UJUB sebab jika di baca pd awalnya memang terdetik dihati, alangkah berlagak & ujubnya mamat ni nak bagitau amalan yg dia buat....
ReplyDelete2. kdg2 blogger yg islamik spt anda (kononnya) selalu ambil quote / petikan dari sesaorang spt Prof kamil / Muhaya sdgkan bila dikaji ianya adalah asal dtg dari al-quran & sabda Rasullullah, seolah2 nak kata ayat itu dari manusia.. manusia sekian2 yang suruh buat begitu... knp tak terus tulis Allah yg perintah (al-quran) & Sunah rasullullah (amalan Rasul)???
3. ia menjadi trend sekarang di FB, org & anak2 muda paste di wall kata2 spt UAI & lain2 ustaz popular sdgkan alangkah lebih baik paste terus ayat quran & hadis???
4. ini utk elak perasaan UJUB tadi jugak bagi org / insan yg dirujuk... (dunia akhir zaman)...
5. inilah sebabnya Allah hanya memilih terima Amalan yg IKHLAS sahaja.... susah nak IKHLAS kan????
5. lastly, bila anda kata anda boleh menangis dgr lirik2 I'Tiraf dan termasuk dlm 1:1000 tu sy rasa amatlah tinggi rasa UJUB anda...
sdgkan ada org lain selama ini memang sentiasa dgn mudah mengalirkan airmata hanya dgn mendengar & melihat rancangan diTV eg "islam the new dawn" TV Al Hjirah hanya krn syg & cinta dgn kisah rasullullah yg teramat tinggi akhlaknya itu....
Alhamdulillah, terima kasih di atas perkongsian ini. Mungkin entry berikutnya boleh saudara kongsikan cadangan bagaimana wanita di dalam haid dapat menghidupkan amalan di waktu malam? Supaya bangun malam itu kekal menjadi amalan dan tidak ditinggalkan. :-)
ReplyDeleteSaya rasa, Kalau tak silap sayalah, Hadis atau saranan Nabi salallahu alaihi wasallam ada menyatakan berilah 70 excuses for your brother, iaitu, bersangaka baiklah 70 kali terhadap saudara seIslammu sebelum terus mencurigainya. Insha Allah sama-sama kita amalkan. :-)
Barak Allahu feekum.
Pandanglah sesuatu dgn pandangan mata LEBAH, di mana lebah sentiasa mencari2 bunga yg cantik utk diambil madunya.
ReplyDeleteJgnlah pandang sesuatu dgn pandangan mata LALAT, yg sentiasa mencari2 najis & sampah utk dihurung walau sedang berada di dlm taman bunga.
Serahkan saja pada Allah yg Maha Mengetahui niat seseorang dlm setiap amalan. Sentiasa hitung keburukan & kelemahan diri sendiri, kita akan tiada masa utk berburuk sangka & menghitung keburukan org lain.
Masing2 ada cara tersendiri utk berdakwah. Yg penting msg yg cuba disampaikan dpt sampai ke hati yg membaca/mendengar, bg yg MAHU menerima. Wallahualam.
Betul saya setuju yg MAHU sahaja menerima....pasti ada yg terkesan membaca dan mahu berubah...tu yg lebih penting....
ReplyDeleteAssalamualaikum semua.
ReplyDelete1) Syd Loco, kalau tak silap saya. Sahabat Salman Al Farisi tu namanya Abu Darda'. Bukan Abu Hurairah. Saya pernah terdengar kisah ni dalam kuliah Ustaz Shamsuri. Betulkan saya kalau saya salah.
2) Terima kasih kerana berkongsi fadhilat solat sunat Tasbih dengan saya. Hmmm.. Saya pun nak kena muhasabah ni. Bila kali terakhir saya buat solat sunat Tasbih? Saya pun tak teringat. Sebab dah terlalu lama saya tak buat. Mungkin dah lebih 2 tahun saya tak buat solat Sunat Tasbih. Terima kasih kerana ingatkan saya. Insya Allah. Akan saya cuba lakukan dalam qiamullail saya di sepuluh malam yang terakhir nanti. Moga Allah membantu.
3) Kepada yang memberi 'nasihat' kepada saya. Saya ucapkan terima kasih. Insya Allah, akan saya perbaiki diri saya pada masa akan datang.
4)Kak Mama Ponkey, saya bukanlah ustaz. Seperti yang saya katakan, ilmu agama saya pun kurang. Saya tak mampu nak nasihatkan kak mengenai ibadah orang perempuan yang datang haid untuk mencari malam lailatul qadar. Kak mungkin boleh bertanya kepada para ustazah yang lebih arif akan hal ini.
5)Saya suka ayat ini "Serahkan saja pada Allah yg Maha Mengetahui niat seseorang dlm setiap amalan. Sentiasa hitung keburukan & kelemahan diri sendiri, kita akan tiada masa utk berburuk sangka & menghitung keburukan org lain."
Saya pasti orang ini selalu mendengar ceramah Prof Muhaya. Sebab Prof selalu menyuruh kita 'menyibukkan' diri dengan menghitung dan mencari kelemahan sendiri. Sebab kalau kita selalu muhasabah diri sendiri, kita tidak ada masa untuk berburuk sangka dan menghitung keburukan orang lain.
Thanks sebab ingatkan saya.
Apa yang penting, apa jua pandangan kita. Ayuh, sama samalah kita berdoa. Semoga Allah masukkan kita ke dalam syurga tanpa dihisab. Semoga kita terpilih menjadi insan terpilih. 1/1000. Moga Allah jauhkan kita daripada dimasukkan ke dalam api neraka walau sesaat pun.
Amin.
* Terima kasih kepada yang memberi komen. Saya suka anda beri komen. Sekurang kurangnya, saya dapat muhasabah apa yang saya tulis ini.
* Banyak lagi yang saya perlu perbaiki diri ini.
Saya nak ucapkan terima kasih atas panduan yang diberikan..selama ini saya tercari2 bagaimana melakukan qiamulail..alhamdulillah saya terjumpa blog ini..saya mtk kebenaran untk salin dan cetak dan akan cuba sebarkan kpd kwn2..semoga usaha tuan hj dinilai sbg kebaikan di sisi Allah..
ReplyDeleteAlhamdulillah...info yg cukup brguna buat sekelian manusia....
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletekalau saya nak mengeluarkan air mata, saya pasang lagu keinsafan, kat youtube ( yang ada gambar LAILAHAILALLAH MUHAMMADARASULULLAH 0) - sorry eja rumi, dengar guna earphone. dalam video clip tu, ada part keluar "penghulu istighfar".
Ya Allah! Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Engkau-lah yang menciptakan aku. Aku adalah hamba -Mu. Aku akan setia pada perjanjianku dengan -Mu semampuku. Aku berlindung kepada -Mu dari kejelekan yang kuperbuat. Aku mengakui nikmat -Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku, oleh kerana itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau.
Alhamdulillah.....says sangat2 tertarik dgn blog INI...Mari sama-sama azam until qiamullail....BG pnulis blog INI...ucapan sejuta terima kasih ....semoga kita semua diberkati
ReplyDeleteAlhamdulillah. Saya tercari blog ttg qiam. Sy sgt tertarik dgn blog ni. Setiap isi penting sy capture. Dan sy meremang bile bace. Dan bile sampai pada part lirik raihan, sy terkedu sebab tibe2 di tv, shahir menyanyikan lrik tadi. Dan sy menangis. :( terimakasih sekali lagi. Sy doakan anda sentiasa kaya dan berjaya ! :-) -siti-
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteair mata saya tak tertahan mengalir....
ReplyDeleteAlhamdulillah.
ReplyDeleteSyukran ya akhi,
Atas pkongsian ini
terima kasih atas perkongsian ini. insyaAllah saya akan praktikkan.
ReplyDeletetips terbaik ! tq.
ReplyDeleteTerima kasih Tuan Haji Firdaus, diatas perkongsian, moga dengan entry ini dapat menjadi panduan bersama.
ReplyDeleteTerima kasih atas Tuan Haji diatas perkongsian..
ReplyDeleteTQ atas panduan tuan haji... saya pun tercari-cari macamana nak manfaatkan masa qiamullail yang begitu berharga dan masa yang tak ternilai di saat Allah turun ke langit dunia... mohonn copy paste..
ReplyDeletealhamdulillah dapat pengajaran setelah membacanya....
ReplyDeletealhamdulillah.. terima kasih banyak2 sudi berkongsi.. dan juga para pengkomen sekali di atas..
ReplyDeleteAlhamdulillah....terima kasih doakan saya mendapat rahmat Allah untuk melakukannya
ReplyDeleteAlhamdulillah.terima kasih...panduan yg sgt membantu.Semoga semakin ramai yg mendapat manfaat dr info2 ini..Semoga kita istiqamah berqiamullail hingga ke akhir usia...
ReplyDelete