Assalamualaikum,
Malam Semalam
Malam tadi, saya menghadiri jemputan ke rumah terbuka seorang sahabat.
Terkejut tergempar, beliau meminta saya membaca doa selamat di rumahnya. Masya Allah.
Syukur saya biasa baca doa selamat dalam bahasa Melayu. Biasanya, saya baca untuk diri sendiri sahaja. Tapi, bila dah diminta untuk baca doa secara umum. Saya modify lah doa saya sedikit on the spot.
Selepas saya habis baca. Kami mula makan.
Pada masa itu, seorang sahabat datang berjumpa dengan saya.
"Firdaus, aku tersentuh dengar doa yang hang baca. Aku rasa syahdu. Dah la bahasa Melayu. Semuanya aku faham. Meresap masuk ke dalam hati. Memang bagus doa yang hang baca. Masa hang baca doa untuk tuan rumah, fuhhh.. Meremang bulu roma aku. Aku memang suka. Terasa doa tu naik cepat aja ke langit." kata sahabat saya itu.
"Alhamdulillah. Moga moga doa tu diperkenankan Allah. Sebab tu aku suka baca doa bahasa Melayu. Semua orang faham. Kalau baca bahasa Arab, aku sendiri pun tak faham nanti apa yang aku baca," saya membalas.
Pagi Tadi
Pagi tadi pula, saya dijemput oleh pihak surau untuk menjadi pengerusi majlis program bacaan Yasin perdana untuk para pelajar menghadapi peperiksaan UPSR, PMR, SPM.
Dan saya juga diminta untuk membaca doa untuk kejayaan para pelajar ini.
Memandangkan jemputan di buat sejak 3 hari lepas, saya sempat bersedia dengan lebih baik kali ini.
Alhamdulillah. Semasa saya membaca doa sebentar tadi. Ada beberapa ibu bapa yang mengalir air mata. Mungkin mereka sebak mendengar doa yang saya bacakan. Mungkin hati mereka tersentuh.
Dan selepas habis majlis, salah seorang ibu datang berjumpa saya.
"Firdaus, terima kasihlah baca doa tadi. Sedap sangat dengar Firdaus baca doa untuk anak kak," kata kakak itu.
"Alhamdulillah. Moga anak kak berjaya dunia dan akhirat," saya membalas.
Terima Emel
Saya ada menerima emel daripada seorang pembaca:
"Kalau boleh nak minta doa jenazah bahasa melayu yang haji baca...."
Baru saya teringat. Emel ini diterima selepas saya menulis entri yang bertajuk Berakhirnya Sebuah Penderitaan.
Bila saya diminta untuk membaca doa jenazah di rumah Ustazah saya yang meninggal dunia. Semasa saya baca, ramai hadirin yang mengalirkan air mata. Mungkin itu sebahagian daripada ahli keluarga arwah.
Terfikir
Saya hairan sebenarnya. Saya rasa doa yang saya baca itu biasa sahaja.
Doa selamat, doa yang saya selalu baca selepas solat. Doa untuk pelajar hadapi peperiksaan, doa yang saya selalu baca semasa saya belajar dahulu. Dan doa jenazah pula, doa yang saya olah dari sedikit ilmu saya berkaitan perjalanan hidup selepas mati hingga menuju ke syurga.
Doa itu doa yang saya selalu baca ketika saya berdoa sendirian. Dan saya selalu baca.
Saya terfikir. Apa yang istimewanya doa yang saya baca sampai orang boleh mengalirkan air mata.
Dan ada ketikanya, ada orang datang berjumpa saya minta teks doa yang saya baca. Masya Allah. Saya baca doa tak guna teks pun. Cumanya, saya tulis point point penting, dan kemudian saya terus baca ikut hati dan perasaan saya. Saya susun ayat on the spot sahaja.
Pendapat Saya
Selepas ramai yang bertanya doa yang saya baca. Saya berpendapat, lebih baik jika saya kongsi doa yang saya baca dengan para pembaca. Ia akan memberi manfaat kepada lebih ramai orang. Mungkin anda boleh guna doa ini ketika anda berdoa.
Memandangkan saya belum taip lagi doa doa ini. Insya Allah. Entri selepas ini adalah berkaitan doa doa yang ini. Semoga sedikit ilmu yang Allah kurniakan kepada saya dapat dikongsi bersama.
Moga lebih ramai mendapat manfaatnya.
Wassalam

Assalamualaikum..
ReplyDeleteSemoga tuan haji berada dalam rahmat Allah SWT..satu tazkirah yang amat baik..boleh di kongsi kepada semua muslimin dan muslimat..terus kan dakwah tuan haji sebagaimana prof Kamil Setiap hari Dan masa berdakwah di blog Dan fb..
Sempat bercakap dalam Talian sebentar dengan tuan haji Dari panggilan ayah angkat kami..abah Ramli sidam kiri..
Terima kasih tuan haji walau tuan haji tidal mengenali kami..
maassalamah ..