Assalamualaikum,
Ada pembaca yang menghantar emel bertanya doa yang saya baca ketika menguruskan jenazah.
Doa ini doa yang saya baca ketika menguruskan jenazah kakak saya awal tahun ini. Anda boleh baca doa ini sama ada ketika jenazah keluar dari rumah atau selepas solat jenazah.
Doa Selepas Solat Jenazah Arwah Kakak Saya
Semasa mengurukan jenazah arwah kakak saya, jenazah di bawa ke masjid untuk di solatkan. Ayah saya menjadi imam. Dan kemudian saya membaca doa.
Ya Allah, Ya tuhan kami,
Kami mohon keampunan Mu, kami mohon perlindungan Mu, kami mohon rahmat daripada Mu.
Ya Allah,
Sekiranya Engkau bertanya kami mengapa kami berada di sini pada hari ini, setulus dan seikhlas hati ingin kami nyatakan kepada Mu kami berada di sini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah.
Kami berada di sini untuk menunaikan solat jenazah untuk arwah kakak ku ya Allah. Kami mahu memohon keampunan buatnya. Ampunkanlah dosa kakak ku ya Allah.
Ya Allah,
Sekiranya kakakku ada melakukan syirik kepada Mu, ampunkanlah dosanya. Jika ia berlaku, ia bukan di atas kemahuannya. tapi ia berlaku di atas kejahilannya. Ampunkanlah dosa syiriknya.
Ya Allah,
Ampunkanlah segala dosa arwah kakak ku. Dosa dosa kecil, dosa dosa besar, dosa yang dia sengajakan, dosa yang tidak disengajakan, dosa yang dia ketahui, dosa yang tidak dia ketahui.
Ya Allah,
Jauhkanlah kakakku daripada diseksa di alam kubur. Jadikanlah kuburnya sebagai tempat untuk dia beristirehat. Jadikanlah kuburnya sebagai salah satu daripada taman-taman syurga Mu. Janganlah kau jadikan kuburnya sebagai salah satu daripada lubang-lubang neraka Mu.
Ya Allah,
Permudahkanlah kakak ku untuk menjawab soalan Mungkar dan Nangkir nanti. Terangilah kuburnya dengan cahaya Mu, janganlah Kau biarkan kuburnya berada dalam kegelapan.
Ya Allah,
Masukkanlah kakak ku ke dalam syurga Mu tanpa dihisab. Masukkanlah dia ke dalam syurga Mu dengan Rahmat Mu. Jauhkanlah dia daripada dimasukkan ke dalam neraka Mu.
Ya Allah,
Berilah peluang kepada kakak ku untuk minum air daripada telaga Al Kauthar, mudah mudahan dengan minuman itu dia tidak akan haus buat selama lamanya ya Allah. Ya Allah, berilah peluang kepada kakakku untuk mendapat syafaat Nabi kami, Nabi Muhammad S.A.W. Masukkanlah kakak ku ke dalam 7 golongan hamba Mu yang mendapat Rahmat Mu di Padang Masyhar nanti.
Ya Allah,
Permudahkanlah timbangannya di Mizan nanti. Beratkanlah amalan kebaikannya dan hapuskanlah dosa dosanya. Ya Allah, permudahkanlah kakak ku untuk melintas siratul mustaqim nanti. Permudahkanlah dia untuk sampai ke syurga Mu dan jauhkanlah dia daripada terjatuh ke dalam lubang neraka Mu.
Ya Allah,
Kami mohon kepada Mu. Ampunkanlah dosa kakakku ini. Masukkanlah dia ke dalam syurga Mu tanpa dihisab ya Allah.
Ya Allah,
Di akhir sekali, kami ucapkan selamat tinggal buat kakak kami ini. Semoga dia selamat berkelana seorang diri di alam barzakh nanti. Ya Allah, Kami serahkan kakak kami ini kepada Mu. Semoga Engkau melimpahkan rahmat dan belas kasihan Mu kepadanya. Ya Allah, kami akan berpisah dengannya buat selama lamanya di dunia ini. Mudah mudahan, kami bertemu lagi dengannya di syurga nanti.
Ya Allah,
Temukanlah kami di dalam syurga Mu sebagai sebuah keluarga yang bahagia nanti. Jadikanlah kematian kakakku ini sebagai peringatan buat kami bahawa kami juga akan mati suatu hari nanti.
* Doa ini anda boleh juga baca untuk mendoakan ibu bapa, nenek moyang, saudara mara kita yang sudah lama meninggal dunia. Doa doa di atas ini masih releven untuk kita bacakan buat mereka.
* Pandangan peribadi saya, eloklah jika anda simpan doa ini di dalam komputer / telefon anda. Mungkin, satu hari nanti. Terkejut tergempar anda boleh guna doa ini jika memerlukan.
Semoga ia bermanfaat untuk kita.

Alhamdulillah. Trm kasih kerana sudi berkongsi doa2 ini. sgt2 berguna kerana kita dpt menghayati akan permintaan kita itu.
ReplyDeleteAkan saya share dgn kawan2 saya.
TQ
ReplyDeleteassalamualaikom..mohon izin utk saya print doa diatas untuk simpanan.
ReplyDelete